TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Wednesday 31 August 2011

Wordless Wednesday ##4 : Aircon Bas Yang Superb!!!! Lain Dari Yang Lain


Tuesday 30 August 2011

Artis: Elyana Selamat Lahirkan Baby Girl - Tahniah!!!

Tahniah Elyana & suami atas kelahiran baby girl yang comel. Elyana selamat melahirkan baby girl pada 27 Ogos pada jam 6.45 petang. Semoga kehadiran si comel nie akan menceriakan lagi sambutan Aidilfitri Elyana sekeluarga pada tahun nie. Tahniah sekali lagi.


Panduan/Tatacara Solat Aidil Fitri Lengkap Mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W



Salam Aidilfitri Semua. Maaf Zahir Dan Batin. Memandangkan pagi nanti kita semua akan mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri jadi aku nak kongsi dengan korang semua panduan & tatacara untuk mengerjakannya mengikut amalan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Semoga panduan dan tatacara ini dapat membantu kita memahami dengan lebih jelas bagaimana amalan Sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. 

Selamat beribadat & Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tatacara Solat Aidil Fitri

Waktu untuk mengerjakan solat Aidil Fitri adalah setelah terbitnya matahari setinggi tombak sehingga tergelincirnya matahari iaitu waktu dhuha. Disunnahkan untuk melewatkan solat Aidil Fitri agar memberikan kesempatan mereka yang belum menunaikan zakat fitrah untuk menyempurnakannya.

1 – Tidak ada solat sunat sebelum dan sesudah Solat Aidil Fitri.
Dari Ibnu `Abbas bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada Aidil Fitri kemudian solat dua rakaat dan tidak solat sebelumnya dan tidak pula sesudahnya.
(hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 989)

Hanya sahaja di Malaysia ini solat Aidil Fitri dikerjakan di masjid-masjid. Maka perlu untuk dilaksanakan solat Tahiyat al-Masjid kerana secara umumnya setiap kali seseorang masuk ke dalam masjid adalah disyari’atkan untuk dikerjakan solat sunat dua rakaat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah sebagaimana sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam:

Apabila salah seorang di antara kamu masuk masjid, hendaklah dia rukuk (solat) dua rakaat sebelum duduk.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Sholah, hadis no: 444)

2 – Tidak ada azan atau iqamah mahupun apa-apa ucapan sebelum solat Aidil Fitri. Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anh: Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat `Ied tanpa azan dan tanpa iqamah.
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Daud, Kitab al-Sholah, hadis no: 968)

Namun untuk kemaslahatan umum, dibolehkan membuat pengumuman ringkas untuk memberi tahu para hadirin bahawa solat Aidil Fitri berjamaah akan bermula, agar mereka dapat bangun dan mula menyusun saf, lebih-lebih di tempat solat yang luas dimana kedudukan imam tidak dapat dilihat.

3 – Jumlah rakaat solat Aidil Fitri adalah dua.
Dari Ibnu `Abbas radhiallahu ‘anh dia berkata: Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar pada Aidil Fitri kemudian solat dua rakaat…
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 989)

4 – Terdapat tambahan takbir di dalam solat Aidil Fitri.
Dari `Aisyah (radhiallahu ‘anha), dia berkata: “Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa bertakbir pada solat Aidil Fitri dan aidil Adha, pada rakaat pertama tujuh kali takbir dan pada rakaat kedua lima kali takbir, selain dari dua takbir rukuk.
- Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 970.

Ada pun tentang jumlah takbir secara keseluruhannya sebelum bacaan al-Fatihah, maka terdapat dua pendapat yang masyhur:

i – Untuk rakaat pertama lapan takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan tujuh takbir kerana solat Aidil Fitri. 1 + 7 = 8. Untuk rakaat kedua enam takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan lima takbir kerana solat Aidil Fitri. 1 + 5 = 6.

ii – Untuk rakaat pertama tujuh takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan enam takbir solat Aidil Fitri. 1 + 6 = 7. Untuk rakaat kedua lima takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan empat kali takbir solat Aidil Fitri. 1 + 4 = 5.

Kedua-dua pendapat termasuk dalam kategori perbezaan pendapat yang dibenarkan. Boleh memilih salah satu daripadanya atau yang lebih tepat, mengikuti takbir imam solat Aidil Fitri dalam pendapat yang dipilihnya.

5 – Tentang haruskah diangkat tangan atau tidak ketika takbir tersebut, menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan: Tidak pernah diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa baginda mengangkat kedua tangannya ketika takbir pada solat Aidil Fitri (takbir pada rakaat pertama yang berjumlah tujuh kali dan pada rakaat kedua lima kali)…

Hanya sahaja Ibnul Mundzir berkata: “Malik telah berkata bahawa di dalam masalah ini (iaitu angkat atau tidak tangan ketika takbir tersebut) tidak ada sunnah yang dianggap muktamad. Barangsiapa ingin mengangkat kedua tangannya pada waktu takbir tidak mengapa. Namun pendapat pertama (iaitu tidak mengangkat tangan) lebih aku sukai.”
(Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Total Koreksi Ritual Salat, ms. 395-396)

Oleh itu di dalam hal ini bolehlah kita memilih untuk mengangkat atau tidak tangan ketika takbir-takbir tersebut, namun yang lebih hampir kepada sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ialah dengan tidak mengangkatnya. Wallahu’alam.

6 – Mengenai bacaan di antara takbir-takbir tersebut maka Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari berkata: Tidak ada hadis yang sahih yang diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai doa tertentu yang dibaca di antara takbir-takbir solat Aidil Fitri, tetapi telah ditetapkan dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anh bahawasanya dia berkata mengenai solat Aidil Fitri: “Di antara dua takbir dipanjatkan pujian kepada Allah ‘Azza wa Jalla sekaligus sanjungan ke atasNya.”
(Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari, Meneladani Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya, ms. 61)

Menurut Imam Ahmad dan Imam al-Syafi’i rahimahumallah sunat di antara dua takbir itu membaca zikir seperti:

“Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar”.
(Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Syaikh Sayyid Sabiq (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 2, ms. 286)

7 – Tentang surah-surah yang dibacakan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam setelah membaca al-Fatihah, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah berkata: Diriwayatkan secara sahih dari bacaan pertama surah Qaf dan surah al-Qamar dan bacaan kedua surah al-A’laa dan al-Ghaasyiah, dan hanya inilah riwayat yang sahih dari beliau tentang bacaan itu (iaitu pada solat Aidil Fitri).
(Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma’ad, ms. 49)

8 – Apabila seseorang tidak dapat turut serta untuk solat Aidil Fitri bersama secara berjemaah maka hendaklah dia solat dua rakaat secara sendiri. Di dalam Shahih al-Bukhari terdapat sebuah riwayat dari Atha’ bahawa dia berkata:
Jika seseorang terlewatkan (tidak mendapatkan) solat Hari Raya, maka hendaklah dia solat dua rakaat.
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, Bab Apabila Seseorang Tidak Mendapatkan Solat `Ied, Maka Hendaklah Dia Melaksanakan Solat Dua Rakaat)

SUMBER

Monday 29 August 2011

Kucing Oh Kucing



Sabtu lepas sebelum aku nak balik ke kampung halaman di Perak terserempak ngan seekor kucing cedera parah depan rumah. Maybe baru lepas kena langgar ngan kete. Abih kaki belakang kucing tu hancur teruk. Tapi kucing tu masih hidup. Jalan kena kesot jer pakai kaki depan. Kaki belakang total malfunction. Kesian siot!!!!

Adakah ini ujian dari Allah untuk menguji aku, wife & adik aku sebelum balik ke kampung? Mungkin juga ini adalah satu ujian. Tak sampai hati lak nak tinggalkan kucing yang sakit macam tu jer. So aku, wife & adik aku Kimi apa lagi kena lakukan tugasan Wonder Pets ler pulak hehehehe. 




Korang nyanyi ikut gaya Wonder Pets ek....

Telefon! telefon berbunyi!
Telefon! telefon berbunyi
Ada haiwan dalam bahaya…
Ada haiwan dalam bahaya disana…

Wonder pets! wonder pets! kami datang
Membantu (anak haiwan) yang kesusahan
kami tak besar dan kami tak kuat
tapi bila bekerjasama semua jadi mudah…
Yayyyyy…wonder pets

Apa yang penting! kerjasama…
Apa yang penting!kerjasama…
semua jadi mudah
yayyyy wonder pets..yayyyyy wonder pets!!

Agak payah sebenarnya nak selamatkan kucing yang tengah cedera parah nie sebab dah ler sakit dia lak ngat kita nie nak mengancam dia lak dah. Keje nak gigit jer. So kena guna segala skill yang ada. Kena usaha gak ler. Akhirnya selamat gak masuk dalam kotak. Lepas tu call Klinik Veterinar. Tu pun sib baik ada yellonk pages. Thank you yellow pages. 

Tapi sayang banyak klinik dah tutup maklumlah malam minggu dah tu nak raya lak. Dapat call satu klinik jer yang buka 24 jam tu pun kat KL. Doktor Veterinar tu yang tolong guide. Bancuh air suam ngan glukos kalau takder glukos bancuh ngan gula. Lepas tu bagi pada kucing tu minum. Dalam keadaan cedera parah nie kucing tu perlukan tenaga untuk kekal hidup. Terima kasih atas nasihat doktor berkenaan atas khidmat nasihat.


Lepas tu terus hantar kucing tu ke Veterinar UPM. Tu pun dah tutup. Terpaksa ler kena tinggalkan dengan security kat situ. Harap hari nie diaorang leh serahkan pada Doktor Veterinar UPM untuk bantu kucing nie. Semoga kucing tu sihat.

Siapakah Pejuang Kemerdekaan Malaysia Yang Sebenar?

Salam Ramadhan semua. Semoga kita semua dilimpahi Rahmat Allah hendaknya di fasa terakhir Ramadhan nie. Tak lama lagi dah nak masuk bulan Syawal bulan kemenangan & bulan kemerdekaan setiap umat Islam seluruh dunia yang berpuasa. Yakni bebas dan merdeka dari belenggu hawa nafsu dan bisikan syaitan. 

Adakah benar kita merdeka dari belenggu hawa nafsu dan bisikan syaitan? Atau kita sebenarnya gagal mengawal hawa nafsu lalu menuruti perintah syaitan padahal syaitan semua nyer dibelenggu. Atau adakah kita sebenarnya syaitan yang tidak dibelenggu dalam bulan Ramadhan yang sentiasa meruntun untuk ikut perintah hawa nafsu? Banyak sungguh persoalan yang perlu kita jawab. Hanya kita sendiri jer boleh jawab dengan ikhlas.

Ok berbalik pada tajuk entry. Perghhhhh tengok tajuk jer aku sendiri dah meremang bulu roma. Layak ke kita nie yang lahir pasca selepas kemerdekaan Malaysia untuk berbicara perihal pejuangan. Sebelum tu cuba kita kaji jap. Tak ke sungguh cantik susunan Allah SWT pada rakyat Malaysia. Tak tahu le korang perasan ke tidak. Kita adalah insan yang bertuah sebenarnya. Bukan saja dapat menyambut kemerdekaan jiwa dari belenggu hawa nafsu dan syaitan malah kita juga ditunjukkan oleh Allah SWT erti kemerdekaan pada fizikal juga iaitu kemerdekaan negara kita tercinta Malaysia.

Sungguh cantik susun atur yang Allah telah tentukan. Sesungguhnya tiada kebetulan dalam pengetahuan Allah. Dialah Yang Maha Mentadbir Alam Semesta. Kalau kita mampu merancang tapi Allah lagi terer Dia yang menentukannya. 

Berbalik pada entry nie pada pandangan korang semua "Siapakah Pejuang Kemerdekaan Malaysia Yang Sebenar?"

Sekarang nie macam-macam komen dan ulasan kita akan dengar pasal isu nie selepas Mat Sabu dikatakan "mengangkat pejuang komunis yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar". 

Adakah korang semua setuju dengan statement yang dikeluarkan oleh Mat Sabu?

Sekarang nie ramai yang marah dengan statement tersebut dan ada juga yang menyokong kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu. Bagaimana dengan korang semua? Korang dengar sendiri video kat bawah nie then baru korang leh nilaikan. Selamat menonton.

Hurricane Irene Serang United States

Astagfirrullahhalazim. Sungguh dasyat ujian dari Allah pada rakyat US. Itu jer aku leh ungkapkan bila tengok keadaan New York dan seluruh kawasan US East Coast yang dilanda badai taufan yang diberi nama Hurrican Irene. Banyak kerosakan yang berlaku di kawasan US East Coast. Korang leh tengok gambar kat bawah nie yang aku amik dari yahoo dan google.

Sama-sama lah kita amik ikhtibar dari bencana yang berlaku pada rakyat United States. Diharapkan US akan sedar dengan kejadian yang berlaku. Sesungguhnya Allah Maha Besar Dia boleh turunkan apa-apa jer bencana pada kita semua. Kalau Allah nak tenggelamkan US nie dalam sekelip mata pun boleh. 

Nie baru kena tempias jer. Kalau kena super hurricane tak tahu ler nak cakap macam mana. Maybe lebih teruk dari Hurricane Katrina.

Apa-apa pun kita harap semoga rakyat Malaysia yang ada di US selamat dari bencana ini. Sama-sama kita doakan keselamatan seluruh rakyat Malaysia di sana.











Sunday 28 August 2011

LIVE STREAM : Manchester United (8) vs Arsenal (2) 28 August 2011 BPL


Saksikan perlawanan secara LIVE antara 

Manchester United vs Arsenal 28 August 2011.

Keputusan terkini

MANCHESTER UNITED (3) - ARSENAL (1)

Jaringan

Danny Welback (MU) - Minit 22
Ashley Young (MU) - Minit 29
Wayne Rooney (MU) - Minit 41
Theo Walcott (ARS) - Minit 45
Wayne Rooney (MU) - Minit 64
Nani (MU) - Minit 66
J.S. Park (MU) - Minit 69
Van Persie (ARS) - Minit 73
Wayne Rooney (MU) - Minit 81
Young (MU) - Minit 91

LIVE STREAM ONLINE DI BAWA KHAS OLEH DEZAMAN COTTAGE

Saturday 27 August 2011

Selamat Menyambut Merdeka Raya Maaf Zahir & Batin


Aku dan seluruh admin Dezaman Cottage mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Merdeka Raya Maaf Zahir & Batin.

Semoga  Hari Raya Aidilfitri & Hari Kemerdekaan Negara Yang Ke 54 akan membawa seribu makna pada kita semua. 

Diharapkan kita semua berhati-hati ketika memandu di jalan raya. Ingatlah insan yang tersayang yang menanti kepulangan kita ke kampung halaman. 

Selamat Menyambut Merdeka Raya Maaf Zahir & Batin Dari Dezaman Cottage Group.

Kontroversi Kumpulan Sepah Sah Berpecah


Tadi aku dapat perkabaran dari Abang Nara pasal kumpulan Sepah sah berpecah. Adoiiiiii. Nama tengah top berpecah lak dah. Ngat kan Sepah nie dapat ler jadi pengganti Bujang Lapok. Nampak nyer tinggal harapan ler. 

Apa leh buat. Masing-masing ada impian dan hala tuju yang mungkin berbeza. Harap lepas nie ada pengganti baru yang boleh dijadikan icon pengganti Bujang Lapok era millennium. 

Petikan yang aku amik dari blog Abang Nara.
Berikut ialah kata-kata Jepp Sepah selaku ketua kumpulan:-
Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.
Namun ternyata keputusan Jepp ini sangat-sangat mengejutkan Shuib. Kata Shuib:-
Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Isu Panas: Pelajar IPTA & IPTS Diharam Memakai Tudung????

Perghhhhh confirm akan jadi isu panas tak lama lagi. Rasanya bukan dalam Malaysia jer akan panas. Silap-silap seluruh dunia akan jadi kecoh pasal isu nie. Adoiyaiiiii!!! Pelajar IPTA & IPTS diharamkan pakai tudung. Biar betik???? Aku pun tak tahu ler nak cakap macam mana. Apa ke bengong ada Ahli Parlimen yang setuju ngan usul nie??? Korang baca ler sendiri sure korang pun akan hangin. Bila nak piliharaya nie? Rakyat harus bertindak singkirkan semua Ahli Parlimen yang mangkuk nie.  

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di Hospital Selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. 
Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak. 
Adakah Kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia. 
Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini. 
Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.
Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah. 
Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:- 
1)TUDUNG SAJI;
2)TUDUNG PERIUK;
3)TUDUNG TERMOS;
4)TUDUNG CAT; 
dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian. 
Hahahahaha aku pun terkono.....korang jangan marah ngan aku lak ek....sempena Aidilfitri yang bakal menjelma nie apa kata kita bermaafan hehehehehe......buang yang keruh amik yang jernih kekekekeke.....akhirnya korang terkono gak macam mana aku terkona hahahahaha......siot jer sapa yang buat artikel nie....kalau betul-betul mau huru-hara satu Malaysia. 

Selamat Menyambut Aidilfitri & Selamat Merdeka.

Berpakaian Tapi Berbogel????


Perghhh!!! Kontroversi giler tajuk entry. Tadi aku blogwalking jumpa gambar nie. Jadi aku nak kongsi ngan korang semua. Aku ngat nak jual gak ler baju jenis nie nanti hehehehe. Mesti laris giler kan.

Ko nak mampus jual baju nie!!!! Ko dah giler ke apa?

Kalau aku jual ayat kat atas tu confirm akan sampai kat aku dalam ruangan komen, email, FB, Tweeter dan lain-lain lagi.

Insyallah aku belum giler kentang lagi nak jual benda-benda macam nie. Pada pandangan aku baju nie tak sesuai untuk dipakai oleh kita sebagai seorang Muslim. Walaupun baju nie menutup aurat tapi dari segi niat pemakaian dah sah-sah melambangkan kita memang ada niat untuk tidak berbaju.


Nasib baik ler baju tu tunjukkan bentuk badan lelaki. Bayangkan kalau ditonjolkan ciri-ciri tubuh badan wanita. Perghhh confirm ada lelaki yang nampak meleleh air liur hehehehe. 

Apa pandangan korang semua????

LIVE STREAM ONLINE : Barcelona (2) vs Porto (0) UEFA Super Cup 2011



Saksikan perlawanan secara LIVE antara Barcelona vs Porto UEFA Super Cup 2011.


Keputusan terkini


BARCELONA (2) - PORTA (0)


Jaringan


Lionel Messi - Minit Ke 39
Cesc Fabregas - Minit Ke 88

LIVE STREAM ONLINE DI BAWA KHAS OLEH DEZAMAN COTTAGE

Friday 26 August 2011

Tips: Awas Virus Serang Blog / Website!!! Jom Scan Virus Blog / Website

Assalamulaikum dan Salam Ramadhan semua. Hari nie dalam ruangan TIPS BLOGGER aku nak bagi tips macam mana kita nak tahu blog kita sihat ke tak dari serangan VIRUS. Korang penah tak scan virus blog atau website? Kalau tak pernah hari nie korang akan tahu macam mana cara nak scan blog.

Baru-baru nie ada beberapa blog yang femes ames kena serang ngan virus. So tak dapat ler visitor nak masuk ke blog berkenaan. Bila korang klik jer link blog atau website tu akan keluar WARNING MALWARE DETECTED. Adoi macam mana kawan-kawan nak visit blog kita kan. Tak pasal-pasal visitor tak berani nak masuk atau klik URL blog atau website. Sure drop terus jumlah Unique Visitor (UV) hari tu. Silap-silap drop untuk 3 - 4 hari. Rugi dohhh!!!!


So macam mana nak tahu blog atau website kita tu sihat ke tidak. Kat sini aku nak bagi sikit tutorial macam mana kita nak check. Cara mudah jer takder ler susah sangat.


STEP 1:
Korang klik link nie http://www.urlvoid.com/

STEP 2:
Masukkan URL blog atau wesite korang contoh jomscanblog.blogspot.com lepas tu klik SCAN NOW. Nanti keluar result. Contoh result leh tengok kat bawah nie.


Thursday 25 August 2011

Menangisi Murtad Dan Zakat - Kupasan Eksklusif Dr. Mohd Asri Zainal Abidin


Salam Ramadhan semua. Korang ada tak baca artikel yang ditulis oleh Dr. Asri yang terbaru berhubung isu Gereja DUMC dan murtad baru-baru nie. Artikel Menangisi Murtad Dan Zakat. 

Aku amat tertarik hati dengan cara olahan yang disampaikan oleh Dr. MAZA. Memang menyentuh hati dan jiwa dalaman kalau dapat memahami dan menghayati setiap pandangan serta kupasan yang disampaikan oleh beliau.


Kalau korang tak baca lagi aku syorkan korang baca artikel tulisan Dr. MAZA. Aku tertarik ngan petikan nie:-
"Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini."
Cuba fahami petikan di atas tu. Siapa yang nak kita salahkan dalam hal nie? Cuba kita tanya diri kita sejujur-jujurnya. Salah siapa?

Sebenarnya itulah realiti yang berlaku ketika nie pada saudara seagama dengan kita. Kita yang tak prihatin sebenarnya dengan nasib saudara seagama yang dalam kepayahan dan keperitan. Kalau kita prihatin perkara seumpama nie tak akan berlaku. Saudara kita yang dalam kepayahan nie pun tak perlu merintih untuk dapatkan simpati dari pihak agama lain bagi membantu mereka.

Aku agak sedih dengan keadaan yang berlaku ketika nie. Memang amat menyedihkan. Dalam kesedihan nie aku rasa bahagia sebenarnya apabila masih ada insan yang berani seperti Dr. Asri untuk menyuarakan pandangan dan teguran yang membina bagi merungkai permasalahan yang berlaku. 

Tanggungjawab nie bukanlah tanggungjawab individu jer. Ini adalah tanggungjawab bersama. Tanggungjawab ummah. Setiap kita bertanggungjawab ke atas saudara Islam yang lain. 

Semoga lepas nie kalau kita ada terima berita seperti nie sama-sama lah kita bantu dan sebarkan. Kita kongsi bersama-sama. At least usaha kecil kita nie dapat membantu insan-insan yang memerlukan bantuan. Yang paling penting kita dapat membantu, menjaga dan mengekalkan akidah saudara Islam yang lain agar tidak terpesong dari landasan Islam yang sebenar.

Gosip: Dr. Rozmey Bakal Beli Real Madrid FC?

Berita panas!!!! Tadi tengah jalan-jalan kat forum terjumpa berita panas nie. Perghhhhhh!!!! Dr. Rozmey nak beli Real Madrid FC tu wehhhhhh. Walah weh banyak duit dia ek. Kalau korang tak percaya?? Tengok berita kat bawah nih yang dipetik dari laman web ESPN.



Berikut petikan berita tersebut:
“ahli perniagaan kosmetik terkenal telah mengadakan perjumpaan dengan alfredo di stefano dan juga Florentino Perez pemilik kelab terkaya real madrid untuk mengambil alih kelab tersebut pada bulan hadapan…banyak perubahan dijangka akan berlaku berikutan penukaran pemilik kelab antaranya jurulatih Jose Mourinho akan digantikan dengan jurulatih Malaysia, K.Raja Gobal.”
Hehehehehehe korang jangan marah kat aku lak ek. Sebab aku pun terkono hahahahaha. 

Kesian ngan Dr. Rozmey jadi bahan lawak lak sejak dua menjak nie. Maybe orang masih lagi hangin ngan dia kot pasal kontroversi citer Dua Alam. Bagi aku tak mustahil Dr. Rozmey boleh berjaya dalam dunia perfileman macam Uncle David Teoh, Datuk Yusof Haslam dan lain-lain lagi. 

Hanya satu perkara jer dia perlu belajar. Jangan terlalu angkuh, sombong dan terlalu mendabik dada. Sapa yang rugi???? Dia gak yang rugi kan. 

Sebenarnya dia sendiri yang create api kemarahan dan kebencian melalui statement yang dikeluarkan seolah-olah menampakkan filem dia ler yang terbaik di abad nie. Promo tahap melampau tak hengat. Harap dia belajar dari sejarah lalu.

Insyallah kalau dia belajar dari kesilapan silam pasti lepas nie dia akan naik balik. Leh duduk semeja ngan producer terkenal. Baru ler sama taraf. Good Luck Dr. Rozmey


SUMBER

Video Dua Beradik Dibunuh Dengan Kejam


Salam Ramadhan semua. Kenapa agaknya manusia makin kejam sekarang nie? Sedih gak aku tengok video kat bawah nie. Andainya 2 beradik nie betul-betul bersalah pun tak perlu rasanya amik tindakan undang-undang rimba. Ikut sedap kita nak jatuhkan hukuman. 


PERHATIAN!!!!
VIDEO INI MENGANDUNGI ELEMEN KEKEJAMAN. BUDI BICARA ANDA AMAT DIPERLUKAN SEBELUM ANDA MENONTON VIDEO INI.


"Two Brothers killed in Sialkot Paksitan, Live footage Brutal Killing by Lynch Mob, 2 innocent teenage brother killed Aug 15 2010 --Two young students brutally killed by a mob in Sialkot Punjab. The incident happened while police and many people watching two hours brutality. Complete footage of Brothers Hafiz Mughees and Muneeb and Funeral. Villagers misidentified them as bandits and killed them, brothers happened to be at wrong place at wrong time."
Kan ada pihak berkuasa dan mahkamah. Biar pihak berkuasa dan undang-undang negeri atau negara yang tentukan. Jangan kita lak jadi hakim. Confirm akan jadi macam kes nie. Marah macam mana sekali pun kita tak berhak nak amik nyawa orang sewenang-wenangnya. Melainkan kalau kita perlu mempertahankan maruah diri dan keluarga.

Nak tanya ngan korang semua. Perlu ke kita menghukum mengikut acuan hukuman kita sendiri? 

Bayangkan kita duduk ditempat yang kena pukul tu???? Apa korang akan buat ek???? Bagaimana perasaan korang ketika tu????

Aku difahamkan 2 beradik nie telah dituduh mencuri dan berita mereka nie mencuri adalah tak benar hanya rekaan semata-mata. Ada yang cakap insiden nie berlaku akibat rasa cemburu oleh segelintir orang kampung dengan kepintaran 2 beradik nie. Diaorang dibelasah tanpa rasa belas kasihan langsung. Kejadian nie berlaku dalam bulan Ramadhan 15 Ogos 2010. Tah ler aku tak leh nak pastikan. 

Apa-apa pun benda nie dah berlaku dan tak leh nak rewind balik dah. Ini semua adalah surat takdir yang mana Allah dah tetapkan bahawa mereka akan kembali dengan cara macam nie. 

Tapi pada aku ambil tindakan dan hukuman rimba nie adalah sesuatu yang amat hina. Semoga Allah mengampuni mereka yang terlibat.

Berbuka Puasa & Solat Di Alamanda Putrajaya


Semalam aku dan wife join majlis berbuka puasa dengan family kakak angkat aku di Restoran Bayou Alamanda Putrajaya. Perghhhhhh ramai nyer manusia. Full house semua restoran. Memang happening gak ler berbuka puasa ramai-ramai nie. Aku leh terlupa lak nak amik gambar ramai-ramai masa berbuka semalam. Apa leh buat hahahaha. Dah tua kot hahahaha. Melayu mudah lupa bak kata Tun Dr. Mahathir.


Dah lama aku tak berbuka puasa beramai-ramai macam nie. Dulu masa keje ngan GLC kerap gak ler berbuka puasa di luar. Leh katakan 3 hari sekali sure dapat jemputan majlis berbuka puasa. Dah jadi macam VVIP lak hahahaha. Tu semua kisah dulu-dulu. Sekarang nie hidup lebih aman dan tenang tak banyak kerenah.

Harga pakej berbuka puasa kat Restoran Bayou nie kiranya boleh tahan ler RM40++ untuk dewasa. Juadah bagi aku tak berapa banyak pilihan. Aku tak kisah sangat sebab aku nie bukan jenis makan banyak sangat hehehehe. Kalau orang ajak aku makan buffet nie confirm rugi hahahaha. Maybe sebab faktor umur yang makin meningkat so selera makan makin kurang.

Selesai berbuka terus solat kat Surau Alamanda. Ramai nyer orang dah ler surau kecik. Kena tunggu turn ler nampaknyer. Hanya satu jer aku nak pesan kat korang semua. Kalau ditakdirkan korang jadi Imam harap prihatin sikit yer.

Bukan apa. Kena prihatin dengan keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi bila bersesak-sesak. Bukan kita jer nak solat orang lain pun nak solat gak. Kalau korang gie bantai berdoa sampai 5 - 10 minit tak ke kesian pada jemaah lain yang menunggu nak solat lak. So jadi ler Imam kena prihatin. Kalau korang tak doa pun tak jadi kesalahan langsung.

Dari pemerhatian aku memang tak salah untuk berdoa lepas solat. Dalam keadaan bersesak-sesak nie kita kena prihatin dan peka. Jadi Imam tak perlu ler  nak doa panjang-panjang. Dah selesai solat tak doa pun takpe dalam keadaan bersesak-sesak nie. Bagi peluang pada yang lain nak solat pulak. Jangan kita amik masa jemaah lain lak. Masa itu penting. Kang nanti berdoa panjang-panjang terbabas waktu jemaah lain nak solat tak ke naya. Jangan ler kita menzalimi dan amik hak orang lain.

Cuba kita fikir-fikirkan.

Wednesday 24 August 2011

Iklan Termahal Di Dunia - Honda Accord

Tak tahu ler betul ke tidak iklan nie dikatakan iklan paling mahal di dunia. Nak agak menarik iklan nie. Korang tengok ler sendiri. Apa pandangan korang????

Perbandingan Drop Test iPad 2, Motorola Xoom & Samsung Galaxy? Ada Berani!!!!

Perghhhhh betul-betul banyak duit diaorang nie ek??? Siap leh buat Drop Test lagi tu. Sebenarnya dalam video nie korang leh tengok model tablet mana yang paling tahan sekiranya terjatuh. Mana pilihan korang iPad 2? Motorola Xoom? atau Samsung Galaxy? Pilih!!!! Pilih!!!! Mari Pilih!!!!


Tak sangka lak ada yang hancur berkecai. Nangis ler kalau korang ada pakai model yang hancur berkecai tu hehehehe. Ada yang masih ok lagi ler. Perghhhhhh leh kurang waras jap kalau tablet hancur depan mata hahahaha. Agak-agak korang tablet mana yang tahan lasak???? Apa-apa pun Samsung Galaxy tetap menjadi pujaan aku. Bila leh pakai ek?????

Adakah PETRONAS Bakal Terima Nasib Seperti MAS????


Tadi aku ada baca kat blog Milo Suam sekali jumpa isu nie. Adakah PETRONAS akan mengalami nasib yang sama selepas MAS???? Air Asia gak yang untung kan hehehehe.

Ramai blogger politik agak marah dengan berita nie. Aku tak dapat nak pastikan kesahihan berita yang diperolehi nie. Sekiranya benar berita nie tak tahu ler nak cakap macam mana lagi.

Harap PETRONAS masih lagi dapat diterajui oleh rakyat Malaysia beragama Islam. Semoga hasrat nie akan kekal selamanya. Sesungguhnya manusia mampu merancang tapi Allah SWT juga yang akan menentukanNya.

DAPAT keluhan dari Kakitangan Petronas yang berbunyi:
Kami kecewa dengan UMNO yang menyerahkan Petronas kepada Shamsur Azahar yang melaksanakan dasar 1Malaysia dengan melantik orang Cina secara besar-besaran seperti berikut:
1. Dato' Wee YH (Executive Vise President)

2. Chai Kok Kit (Operation Advisor) - Retired Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) Staff (Did'nt make much impact in Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) even when he was there)
3. Dato' Yeow Kian Chia (Seen as a failed Project Director for Turkmenistan, now made as New Technology Advisor)
4. Dato' George Ling (Drilling Advisor). Ex-Shell. Last job Managing Director of Shell China.
5. Afendy Cheng has been the Senior General Manager of Exploration, now Vise 6. President for International Exploration.
7. Chen Ka Seong (Petroleum Engineer Manager)
All these new appointment within last 6-8 months.
Market Talk.

Dr Ong See Hong has been Approached.
Dr Lim Min Teong has been approached.
Chen is being groomed to be next Managing Director.
Harap dapat sampai kekecewaan ini sebelum nasi jadi bubur.
TPU: Bila dapat maklumat dekat atas ni, gua terfikir... Adakah selepas ini, Petronas akan mengalami nasib yang sama sepertimana MAS.
Adakah lantikan-lantikan tersebut dibuat mengikut "Merit", kenapa "Board" mengenepikan ramai "orang-orang kanan"yang lebih berkelayakan..?
PM Najib perlu beri penjelasan. Jangan sampai Kakitangan Petronas "Menzahirkan" kekecewaan mereka dalam bentuk "Nyata".

Wordless Wednesday ##3 : Bapak Segala Petai

ERK!!!!!!

Tuesday 23 August 2011

Gosip: Nabila Huda Failkan Permohonan Cerai


Berita panas  nie!!!!! Dah jadi macam trend lak artis kat Malaysia nie kawin cerai kawin cerai. Dah suratan takdir. Apa leh buat kan. Semoga Nabila Huda dan Zaidi Zailani boleh pikir masak-masak sebelum pilih jalan penceraian. Kesian kat anak dia yang comel tu.

Agak terkejut gak sebenarnya bila dapat tahu takder angin takder ribut tiba-tiba jer failkan permohonan cerai. Apa-apa pun pasti ada sebab yang membuatkan  Nabila Huda terpaksa mohon untuk failkan penceraian.


Amy Search pun agak terkejut dalam hal nie. 
"Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.
"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya."
Nak tahu lebih lanjut korang leh baca kat Mstar Online. Leh klik sumber kat bawah tu yer.

Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI

Salam Ramadhan semua. Ada sapa-sapa berminat nak join segmen nie. Meh ler join. Nak tahu lanjut korang ke SINI yer.


Bagi yang berminat nak join ngan Dezaman Cottage korang leh tinggalkan URL korang kat ruangan komen. Harap semua berlaku jujur dan ikhlas dalam hal nie. Mana-mana blogger yang tinggalkan URL di ruangan komen insyallah aku akan masukkan terus dalam list. Harap korang pun buat benda yang sama yer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More