TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Saturday 30 August 2014

Halalkah Minyak Masak Terpakai?????


Ada customer tanya saya kat Restoran Lava Grill pakai minyak masak jenis apa????? Terus terang saya cakap di restoran kami nie kami sentiasa pakai minyak masak jenis SAJI dalam botol 5kg.

Walaupun mahal minyak masak dalam botol nie dari minyak paket 1kg saya tetap pilih minyak masak dalam botol. Memandangkan kualiti dan aspek halalan toyibban yang ada pada minyak masak dalam botol jenama terkenal diperakui halal dan sempurna prosesnya serta diperakui halal oleh pihak JAKIM.

Satu lagi minyak masak dalam botol nie diproses terus dari buah sawit dan bukannya dari proses kitar semula minyak terpakai.

Kenapa kami beli minyak masak dalam botol?????

Sepanjang saya terlibat dalam dunia pengurusan restoran banyak benda saya pelajari secara langsung dan tak langsung. Salah satunya adalah dalam aspek pemilihan minyak masak berkualiti. Kenapa dan mengapa kita perlu pilih minyak masak yang disahkan tahap kualitinya dan tahap halal pada produk?????

Minyak masak terpakai nie sebenarnya ada pihak yang datang membeli pada harga RM1.00/kg. Bila kita nampak sendiri cara pengendalian mereka amik minyak tu membuatkan saya mula terfikir faktor kehalalan pada minyak masak terpakai yang diproses semula.

Bagaimana status HALAL pada produk minyak masak terpakai yang diproses semula?

Mengikut pihak yang membeli minyak terpakai nie diaorang borong di seluruh restoran yang ada di Lembah Klang termasuk la restoran halal dan tidak halal. Minyak masak terpakai nie akan dipam masuk ke dalam satu tangki khas. So kat sini kita dah boleh nampak minyak yang halal dan tidak halal telah bercampur keseluruhannya.

Sebagai sorang muslim saya berhak memastikan pelanggan di restoran saya menikmati produk asas untuk memasak dari produk yang halal sahaja. Memandangkan isu halal adalah sesuatu yang sensitif saya mengambil langkah awal untuk mengelakkan dari mengguna minyak masak dalam paket yang diproses semula agar keraguan ke atas minyak telah saya atasi dari peringkat awal.

Mungkin ramai lagi peniaga muslim yang terlibat dalam industri berasaskan makanan tak tahu berkenaan isu ini. Oleh itu saya berharap pada setiap muslim terutamanya pada peniaga produk makanan boleh take note dan berhati-hati dengan isu ini.

Korang juga sebagai pengguna terutamanya yang beragama Islam wajib amik tahu supaya dapat memberikan makanan yang betul-betul halal pada keluarga. Sesungguhnya mencari yang halal itu adalah satu kefardhuan pada setiap muslim.

Lagi satu minyak masak terpakai yang diproses nie mengikut kajian sainstifik mengandungi kandungan karbon yang tinggi boleh jadi penyebab berlakunya proses kanser dalam tubuh badan kita.

Semoga korang semua menjadi pengguna yang bijak dalam memastikan kesihatan dapat dijaga dari peringkat awal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More