TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label KOSMO. Show all posts
Showing posts with label KOSMO. Show all posts

Wednesday, 7 January 2015

Fenomena Sejuk Melampau Dijangka Melanda Bumi Malaysia


Kosmo

Selepas bencana banjir besar di Pantai Timur hampir berakhir sekali lagi penduduk Pantai Timur dan sekitar Semenanjung Malaysia akan berhadapan dengan fenomena suhu sejuk melampau dari kebiasaan.

Tahun lepas sekitar Januari kita digemparkan dengan suhu sejuk melampau ala-ala musim bunga di Eropah yang berlaku di sekitar Pantai Timur di mana Kuala Krai menerima suhu sehingga 15 darjah celcius.

Fenomena nie berlaku disebabkan oleh suhu melampau yang sedang dialami di bahagian utara Siberia Russia. Tiupan angin sejuk bertekanan tinggi akan merentasi Asia Tenggara termasuk Malaysia melalui tiupan angin Monsun Timur Laut.

Dijangkakan fenomena ini akan berlaku akhir bulan Januari 2015.

Nampaknya banyak fenomena pelik sedang berlaku ketika nie ke atas bumi kita. Semoga kita sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.

Tuesday, 15 November 2011

Elak Lintah Masuk Kemaluan

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Tadi aku ada baca kat paper KOSMO pasal isu lintah masuk ke dalam kemaluan. Perghhh ngeri gak dengo hehehehe. Jangan tak caya lak benda nie boleh berlaku dan pernah berlaku. Selalunya berlaku time banjir. Yang kerap kena adalah kanak-kanak dan remaja perempuan.

Jadi nasihat yang dikeluarkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan seperti artikel kat bawah nie adalah bagus untuk diketahui umum. Agar semua ibu bapa akan amik perhatian serius supaya perkara macam nie tak berlaku. Harap ibu bapa awasi anak-anak mereka baik lelaki atau perempuan.

Kalau dah masuk lintah dalam badan alamat nyer ke hospital ler. Kan masa dulu-dulu ada citer drama kat TV pasal nie. Perempuan tak kahwin pregnant akibat lintah masuk ke dalam kemaluan. So perut membusung macam orang pregnant. Sekali yang keluar lintah daaaaa. Itu citer ler tapi ada logik nyer.

Tak sangka lak kat Kelantan tahun lepas jer ada 13 kes pasal lintah masuk dalam kemaluan. Jadi kalau kawasan korang terlibat dengan banjir amik perhatian yer. Awasi anak-anak atau adik-adik korang dari bermain air banjir sebab kita tak tahu apa yang ada kat dalam air banjir tu.

Oklah korang baca berita dari KOSMO kat bawah nie yer.


KOTA BHARU – Pelajar perempuan di negeri ini dinasihatkan supaya tidak 'ghairah' bermain dan mandi air banjir bagi mengelakkan berulangnya kes lintah memasuki alat sulit seperti yang dilaporkan tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata, pada musim banjir tahun lalu, seramai 13 orang pelajar perempuan di negeri ini yang bermain dan mandi air banjir telah dimasuki lintah dalam alat sulit mangsa.

“Jadi saya ingin menasihatkan pelajar perempuan supaya tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian serupa berulang kerana ia boleh mengancam nyawa mereka akibat pendarahan dalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.

Terdahulu beliau bersama pegawainya serta pegawai perhubungan awam HPRZ II, Zaid Ahmad meluangkan masa melawat tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpakasa mengambil peperiksaan di hospital akibat masalah kesihatan.

Tuesday, 13 September 2011

AWAS!!!! Restoran Guna Sos Ada DNA Babi Di Kesan



Isu panas!!!! Bila ler agaknyer isu babi nie nak selesai ek. Macam mana diaorang tak tahu produk yang digunakan tu ada mengandungi DNA babi. Dah jadi pengusaha restoran tu rajin-rajin ler tangan tu search kat laman web JAKIM pasal produk halal. Dah jadi macam nie mudah jer cakap tak tahu. Takkan itu pun nak diajar. Nampak sangat nak guna ayat cover line. Adoiyaiiii!!!!


Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
SEREMBAN – Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi. 
Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu. 
Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim. 
Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak. 
Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal. 
“Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam. 
Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.
SUMBER: KOSMO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More