TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

Thursday, 29 March 2012

Hubungan Siti Dan Datuk K Dingin?????? Apa Kaitan Rozita Che Wan Lak????

Tak tahu ler betul ke idak citer nie. Nampak macam prank jer nie. Takkan Harian Metro kuar berita macam nie lak kot. 

Aku dapat berita nie masa tengah layan forum. Kalau betul nie parah!!!!! Confirm leh jadi kontroversi panas nie.


Pada pandangan aku ada kemungkinan berita nie tak betul. Apa pandangan korang semua lak????


Rajin sungguh orang nak edit dan sensasikan citer macam nie. Adoiiiii!!!!





Friday, 25 November 2011

Gambar Tiz Zaqyah, Erra Fazira, Fahrin Ahmad, Lisa Surihani, Wardina Safiyyah & Siti Nurhaliza Sebelum Mumayiz

Jom tengok gambar artis-artis Malaysia sebelum Mumayiz hehehehe. Yang mana cute pada pandangan korang.

Tang Datuk K & Stacey tu aku tak tau ler nak kat Mumayiz ke tak hahahaha.

Korang layan jer lah yer.

Wednesday, 21 September 2011

Mamat (Sepah) Mengaku Salah 'Dedah' Rambut Fida

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


Mamat dan Fida kini sedang hangat bercinta.

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat telah melakukan kesilapan apabila secara tidak sengaja memuat naik gambar kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya.

Mamat berkata, dia kesal dengan kesilapannya itu kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.

"Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Mamat diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kekasih tanpa tudung sebaliknya tetapi menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi di laman-laman blog hiburan tempatan.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Mamat berkata gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain.

Gambar Fida menampakkan sebahagian rambutnya yang tersebar luas di laman-laman blog hiburan di Internet.

Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.
"Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.

"Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya," jelasnya.

Rasa bersalah mengenai kejadian tersebut, Mamat berkata dia berharap masyarakat tidak membuat tohmahan buruk kepada Fida kerana gadis itu tidak bersalah dalam hal tersebut.

"Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.

Ditanya adakah dia ada berbincang dengan Fida mengenai perkara berkenaan, Mamat memberitahu Fida tidak mengetahui dia memuat naik gambar tersebut.
"Sebab itu saya kata Fida tidak bersalah dalam hal ini kerana semasa anda menemu bual saya ini, dia sendiri masih tidak mengetahui mengenai apa yang sedang terjadi. Saya belum bercakap dengannya tentang hal itu," katanya.

SUMBER: mStar

Tuesday, 20 September 2011

Gambar Fida Awek Mamat Sepah Lagi!!! Adoiyai

Korang tengok ler sendiri.....takpe sikit-sikit lama-lama jadi bukit......untung Mamat Sepah??? Betul ke untung??? Korang layan jer lah....


fida bidang dada
fida bidang dada
Pesanan buat Fida Ibrahim: Berhati-hatilah dengan gaya fesyen anda. Jangan kerana nak popular sanggup ketepikan nilai-nilai agama.


SUMBER

Fida Awek Mamat Sepah Kantoi Sudah!!!!

Dah nama artis nie payah sebenarnya untuk jadikan diaorang nie sebagai ROLE MODEL. Mungkin ada betul nyer apa yang Wardina Safiyyah cakap sebelum nie "Artis tak sesuai untuk dijadikan ROLE MODEL". Sebelum nie aku respek ler gak ngan minah Fida nie a.k.a Sepupu Siti Nurhaliza a.k.a Awek Mamat Sepah.

Bila tengok gambar nie kat blog Abang Nara rasa respek tu makin pudar dan pudar. Tah ler. Payah nak komen. Korang komen ler sendiri. Nie kalau Ben Ashaari tengok mesti hangin satu badan nie hehehehehe. Mateeeee!!! hang mai tengok cepat hehehehe.


Tuesday, 6 September 2011

Filem Hantu Bonceng Menghina Agama Islam????


Perghhhhh baru 5 hari dah kutip RM5 juta citer Hantu Bonceng nie. Memang dasyat!!! Tapi aku belum tengok lagi citer nie sebenarnya hehehehe. Ikut dari kawan-kawan aku diaorang cakap citer nie memang best wajib tengok. Cakap diaorang ler??? Dato' Siti ngan Datuk 'K' pun dah tengok citer nie malam tadi kat GSC Pavilion KL. 



Aku baca kat forum Carigold dan blog BeautifulNara pasal citer nie sekali ada review yang cakap filem nie seperti mempersendakan dan menghina agama Islam. Antara review yang aku amik dari blog BeautifulNara
citer ni banyak hina agama islam..wat lawak x beringat..main-main ngan azan..g masjid pakai baju death note yg ade lambang salib tu..ada scene mengucap xhabis..agak2 la wat lawak pown..aku terasa ngan citer ni..sal x sensitif ngan agama ISLAM,tambah2 lagi pelakon dan pengarah nya org ISLAM…ada ke bogel depan hantu kalu jumpe..ni tahyul ****w name nya..org baca la ayat kursi ke hape..nt jawab la esok2 kat akhirat…time tu baru tau lawak ke x..
Antara pelakon yang berlakon dalam filem 'Hantu Bonceng' adalah Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid. Filem nie sedang ditayang di 80 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei, sejak 31 Ogos yang lalu.

Apa komen korang pasal filem nie?

Friday, 19 August 2011

Siti Nurhaliza Bertudung???? Alhamdulillah

Alhamdullilah. Kan comel Siti nie pakai tudung. Baru la nampak sopan. Aku doa semoga Siti kekal pakai tudung yang lengkap lepas nie. Semoga Allah melorongkan cahaya hidayah pada Siti. Sapa tahukan dengan kuasa Allah SWT. Dia saja yang berhak ke atas setiap hamba-hambaNya.

Friday, 12 August 2011

Rafidah Ibrahim a.k.a Fida Jatuh Hati DenganTandatangan Mamat Sepah

Perghhhh betul-betul aku tak sangka siot Fida yang muka nak sama ngan Siti Nurhaliza tu rupernyer dah berkenan kat Mamat Sepah weh hehehehe. Korang kenal tak Fida tu sapa??? Tak payah cakap pun korang dah kenalkan hehehehe sepupu Siti Nurhaliza merangkap pelakon citer Kasih Alia yang dok tayang kat TV3 jam 7.00 malam setiap hari tu.

Kiranya Mamat nie bertuah sehhh dapat couple ngan Fida hahahaha. Melepas ler korang semua yang ada hari ada jantung kat Fida hehehehe. Fida dah dimiliki oleh MAMAT SEPAH hehehe. Korang tengok info kat bawah nie.


11 Ogos – "Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.

Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.

Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."

"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.

Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.

"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida. 

Wednesday, 10 August 2011

SimplySiti Mendapat Pengesahan Halal Dari JAKIM.

Alhamdullilah akhirnya terungkai sudah isu SimplySiti Tak Halal???? Biar Bebenor. Macam nie ler yang kita harapkan. Pihak JAKIM keluarkan kenyataan rasmi untuk makluman awam secepat yang mungkin. Kan mudah macam tu. So takder ler lagi orang nak ragu-ragu ngan status produk yang dikaitkan. 

Tindakan yang diambil oleh JAKIM untuk rungkai persoalan berkenaan isu HALAL nie amat dipuji. Terima kasih kerana dapat menyelesaikan masalah ini dalam tempoh yang singkat. Maybe lepas nie boleh sebarkan info lebih cepat lagi. 

So korang leh ler gunakan SimplySiti tanpa was-was lagi hehehehe dah macam tagline ubat gigi ZAITUN lak GUNAKAN TANPA WAS-WAS.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan e-mel tidak betul mengenai status halal sesuatu produk hingga menimbulkan kekeliruan pengguna dan menjejaskan perniagaan pengeluar.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, berkata terdapat beberapa e-mel yang tersebar kini mengambil maklumat lama mengenai status halal sedangkan produk berkenaan sudah mendapat pengiktirafan halal Malaysia.

Beliau memberi contoh mangsa terbaru dalam kes ini iaitu produk kecantikan milik Datuk Siti Nurhaliza Taruddin di mana berus pemerah pipi dikatakan menggunakan bulu babi.

“Tindakan ini tidak wajar berlaku kerana penyebaran maklumat yang tidak jelas memberi kesan negatif kepada pengguna dan industri, malah perbuatan itu satu kesalahan,” katanya ketika dihubungi.

Hakimah berkata, ada produk yang disenaraikan Jakim sebagai tidak halal kerana mengandungi benda haram, tetapi selepas pelbagai proses dilalui pengeluar antaranya melakukan proses samak, Jakim menyenaraikan produk terbabit sebagai halal.

“Saya minta masyarakat tidak menerima maklumat baru tanpa menyelidiki kesahihannya dan sila rujuk Jakim untuk mendapatkan maklumat terkini,” katanya.

Beliau meminta masyarakat Islam yang was-was mengenai status halal sesuatu produk menghubungi 03- 83150200 untuk keterangan lanjut.

Beberapa hari lalu, Siti Nurhaliza terpaksa mengeluarkan kenyataan mempertahankan status halal produknya apabila seorang pemilik blog menyebarkan surat yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (Jaip) mengenai senarai nama syarikat yang tidak berjaya mendapat sijil pengesahan halal Malaysia. -  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More