TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label SMS. Show all posts
Showing posts with label SMS. Show all posts

Monday, 26 March 2012

Pengirim SMS Kes Bunuh Dirang Adalah Budak 11 Tahun


Terer sungguh budak-budak sekarang nie ek.....cantik sungguh Bahasa Melayu budak 11 tahun nie sampai boleh hantar SMS ugutan secantik macam gambar kat atas nie......macam ada bau hancing kucing lak....tak pun bau hanyir ikan kat pasar.....rasa macam tak logik dek akal lak budak umo 11 tahun boleh tulis SMS berbaur ugut seperti nie.....confirm UPSR BM karangan nanti budak nie akan dapat 'A'.......

Apa-apa pun tahniah kepada pihak Polis kerana berjaya menangkap pembunuh sebenar DIRANG.....semoga pembunuh terbabit akan dikenakan hukuman yang berat dan setimpal dengan kesalahan yang dah dilakukan.....berita penuh leh tengok kat bawah nie ek....

JOHOR BAHRU: Pengirim sebenar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta wang tebusan berjumlah puluhan ribu ringgit kononnya bagi membebaskan Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang hilang pada 1 Mac lalu sebelum disahkan dibunuh, sebenarnya seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.
Ketika mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kes itu berjaya dibongkar selepas polis menahan seorang bekas anggota tentera berpangkat Koperal di Kelantan, 16 Mac lalu.
“Hasil siasatan terhadap bekas anggota tentera terbabit bersama teman wanitanya mendapati SMS itu dihantar anak lelakinya.
“Koperal berusia 45 tahun yang juga duda dua anak itu ditahan di kediamannya di Kampung Alor Melaka, Pulai Chondong, Machang,” katanya.
Mokhtar ditemui pada majlis Perhimpunan dan Melafaz Ikrar Sempena Peringatan Hari Polis ke-205 di kawasan tempat letak kereta Pasaraya Maslee, Setia Indah, di sini.
Menurut Mokhtar, polis menemui tiga telefon bimbit di kediaman lelaki terbabit sebelum ia disita untuk pemeriksaan.
“Saya sahkan kes ini ditutup kerana SMS terbabit dihantar seorang kanak-kanak. Kerjasama yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan membantu menyelesaikan kes ini.
“Saya turut nasihatkan orang awam supaya tidak melakukan perkara sedemikian selain memastikan anak berada di bawah jagaan tidak melakukan perkara negatif seperti itu,” katanya. 

Friday, 9 September 2011

Telco Caj 6% Pembelian Kad Tambah Nilai Pra Bayar

Tadi aku dapat SMS dari HOTLINK. Korang tengok sendiri kat bawah nie.


 
Terus terang aku cakap memang macam haram semua Telco kat dalam Malaysia nie. Woiiii!!!! Korang dah kaya raya tu absorb ler caj 6% nie. Jangan ler dibebani rakyat Malaysia dengan caj seperti nie. Dah ler sekarang nie rakyat Malaysia dibebani dengan pelbagai "TAX" takkan ini pun korang nak suruh rakyat bayar. 

Kerajaan sediada patut pertimbangkan hal nie secara mendalam sekiranya masih lagi nak memerintah Malaysia. Jangan sampai rakyat menolak kepimpinan yang ada sekarang nie kerana perkara yang remeh.
Macam haram!!!!!

Saturday, 20 August 2011

Kontroversi Bulan Mengelilingi Kaabah? Penjelasan Wakil ANGKASA

Korang ada dapat tak SMS atau message kat Facebook tak pasal isu Bulan Mengelilingi Kaabah???. Korang leh baca message kat bawah nie.
"Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)..."
Aku agak pelik ngan SMS nie. Kenapa ler mudah sangat nak percaya perkara-perkara macam nie. Pelik Tapi Benar???? Itulah yang terjadi di zaman sekarang nie. Mudah sangat orang nak sebar dan percaya dengan benda yang tak tahu kesahihan hujung dan pangkalnyer.

Bagi aku belum tentu SMS tu betul atau sahih walaupun nampak seakan-akan message tu dikeluarkan oleh bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof Datuk Dr Mazlan Othman. Tak ke pelik dengan SMS tu. Bagi aku mudah jer, nie semua keje budak-budak yang terencat akal!!!! 

Bagi yang dah dapat message tu harap jangan ler cepat percaya nak sebarkan pada kawan-kawan atau umum. Selidik dulu yer kesahihan message tu. Sekarang nie pihak ANGKASA sendiri dah keluarkan kenyataan rasmi menafikan kesahihan message yang dah tersebar nie.

Harap kita semua lebih berhati-hati untuk sebarkan maklumat seperti nie yer.

Kat bawah nie aku lampirkan penjelasan dari wakil ANGKASA untuk tatapan korang semua.
SalamBerdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya serta peta bintang di attachment (simulasi peta bintang di mekah pada jam 0325, 20 ogos 2011), saya boleh rumuskan bahawa:Berita seperti di bawah adalah rumours Tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan bulan, jarak bulan, keterangan bulan, fasa bulan untuk malam ini. Spesifikasi bulan malam ini:Bulan terbit:2243 (10:43 malam) Bulan terbenam:1121 (11:21 pagi) Bulan tepat di atas kepala (transit):0440 (4:40 pagi) Jarak bulan ke Bumi pada 20 Ogos 2011: 404,738 km [bulan paling dekat dgn bumi pada tahun 2011(perigee) yang berlaku pada 19 Mac 2011: 356,577km][bulan paling jauh dgn bumi pada tahun 2011(apogee) yang berlaku pada 2 April 2011: 406,655km]So purata jarak bumi ke bulan ialah 381,616kmFasa bulan: 67.88% (keterangan bulan) 

Harap maklumtqMHD FAIROS BIN ASILLAMUnit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA)Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)Tingkat 8, Bangunan Komersil 4C11Persiaran Perdana, Presint 462100 PutrajayaMALAYSIATel: +603 - 8888 8668Faks: +603 - 8888 3478E-mail 1: fairos@angkasa.gov.myE-mail 2: mhdfairos@gmail.comURL 1: http://www.angkasa.gov.my URL 2: http://www.angkasa.gov.my/langkawi_observatory/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More