TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Monday, 7 January 2013

Ribut Tropika (SONAMU)

Ribut Tropika Sonamu dijangka akan sampai ke area Pantai Timur selewat-lewatnya hari Selasa nanti.

Diharapkan semua warga Pantai Timur Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur bersiap-sedia dengan  dugaan yang bakal dihadapi tak lama lagi.

Semoga warga Pantai Timur tabah menghadapi dugaan nie. Diminta juga korang semua amik langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas Ribut Sonamu tiba.

Make sure korang dapatkan informasi terkini dari Jabatan Kajicuaca sekerap yang mungkin. Bila tengok dari keadaan yang diwar-warkan dan laporan kajicuaca agak merisaukan sebenarnya.

Jadi amiklah langkah berjaga-jaga dari awal.

Seluruh warga Dezaman Cottage sentiasa mendoakan keselamatan rakan-rakan dan saudara mara yang tinggal di kawasan Pantai Timur.

Korang leh tengok LIVE UPDATE keadaan cuaca di sini http://www.ssd.noaa.gov   

 

Nasihat Ribut Tropika

Di keluarkan pada 08:52PM 06 Januari 2013

 
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).


Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.


Kedudukan : Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.


Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.


Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.


Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.


Sumber : http://www.met.gov.my

Wednesday, 30 November 2011

Aksi "TOYOL" Mencuri Laptop Dirakam

Penah tengok aksi "TOYOL" mencuri tak???? Kalau tak penah meh tengok kat bawah nie macam mana aksi dioarang mencuri. Kecik-kecik lagi dah mula jadi pencuri besar-besar nanti dah tentu jadi perompak lak. Adoiiiii apa ler nak jadi ek. Korang tengok ler sendiri.

Rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba. 

JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.

Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.

Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.

Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik pintu merangkak untuk mengelak wajahnya dirakam.

Thursday, 29 September 2011

10 Fakta Menarik Mengenai Orang Muar a.k.a Muo

Inilah dia 10 fakta menarik yang patut anda tahu mengenai masyarakat di Muar, Johor: 

1. Orang Muar makan satay untuk sarapan, nasi lemak untuk makan malam. 

2. Kalau bercakap mesti dihujung ayat ada bunyi "ek". Contoh: hari ni ape projek ek? 

3. Kebanyakan yang "old school" di Muar adalah rockers/berangan nak jadi rockers, yang muda-muda pula nak jadi B-Boy. 

4. Orang Muo pegi paso naik beco pakai selipor panjat pagor pakai gebor lalu bando. Terjemahan: orang Muar pergi pasar pakai selipar naik beca panjat pagar pakai gebar(selimut) lalu bandar

5. Orang Muar pandai melawak, walau yang paling pendiam sekalipun sekali buat lawak mesti orang ketawa berdekah-dekah. 

6. Orang Muar adalah spesis kuat "menganjing" dan amat kebal bila "dianjingkan". Haha..

7. Orang Muar mencipta Mee Bandung, yang langsung tiada kena mengena dengan Bandung, Indonesia. 

8. Bila orang Muar berkata mereka nak pergi "Johor", bermakna mereka nak ke Johor Bharu a.k.a JB. 

9. Bila anak jati Muar yang lama merantau balik ke kampung halaman dan lupa nak berbahasa "Orang Muo" akan diperli selama seminggu. 

10. Orang Muar ramai duduk dekat parit

Sekian, terima kasih.

P/S: Aku dapat fakta nie dari email yang dihantar oleh rakan blogger. Terima kasih atas email anda.

Saturday, 24 September 2011

Gambar Norman Hakim Dan Memey Suhaiza Selamat Dinikahkan


Hari nie 24 September 2011 sekitar jam 5:00 petang Norman Hakim dan Memey Suhaiza selamat diijabkabulkan . Dengan sekali lafaz Norman Hakim sah bergelar suami kepada Memey Suhaiza. 

Majlis pernikahan Norman Hakim dan Memey Suhaiza dilangsungkan di rumah keluarga Memey Suhaiza di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dengan mas kahwin RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24,000. 

Majlis persandingan dan resepsi yang gilang gemilang akan dilangsungkan di rumah pengantin perempuan pada 25 September 2011.

Dezaman Cottage mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal sehingga akhir hayat. 

Tahniah



Monday, 15 August 2011

Resepi: Kacang Pool

Salam Ramadhan semua. Hari nie aku nak kongsi satu resipi yang femes ames di selatan tanah air iaitu JOHOR. Menu nie memang superb sehingga menjilat kuku jari tangan orang sebelah hahahaha. Sedap tahap melampau tu hahahaha. Aku memang suka menu nie kalau aku balik ke Johor mesti carinyer lah lebih-lebih lagi dalam bulan puasa. 
Kalau korang ada baca entry Journal Of My Life : Alhamdulillah Baru Sampai Dari Kampung dalam tu aku ada citerkan pasal Kacang Pool. Kempunan seh!!!! So hari nie aku nak share resipi yang aku cedok dari MukaBuku a.k.a FaceBook. Thank you pada tuan punya Facebook yang share menu nie.

Malas ler aku nak citer panjang-panjang lagi korang salin atau print cepat menu nie sebelum menu nie dok kat section belakang-belakang nanti. Dah payah nak godeh-godeh.


Gambar Ehsan www.azuanzahdi.com

Bahan-bahan ( 15 orang )

6 -7 tin kacang phool/ medames foul/ , 4 tin blender kasar + 3 tin diramas supaya ia sedikit berbiji-biji
5 sudu makan minyak sayuran
3 sudu makan rempah kari daging babas
1 sudu makan serbuk lada putih
200 gram daging cincang, digoreng tanpa minyak

#Bahan untuk kisar#
1 sudu makan jintan halus
1/2 sudu makan jintan kasar
2 biji bawang besar
1 inci halia
4 biji bawang putih
1 cawan lada kering kisar
 

#Bahan Hiasan#
6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak
2 biji bawang besar, didadu
4 batang lada hijau, dipotong serong
20 sen limau kasturi
1 tin minyak sapi, dicairkan

Cara Masak
Cara-cara Panaskan minyak sayuran, tumis lada kering kisar sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga ia naik bau. Masukkan rempah kari daging, serbuk lada putih, daging cincang, kacang phool yang telah diblender kasar dan juga diramas. Masukkan garam dan ajinamoto (jika suka). Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti cair tak sedap. Bila sudah mendidih, sudah sedia untuk dihidangkan.

Cara Menghidang Sendukkan kacang phool kedalam pinggan. Ambil satu sudu makan minyak sapi yang telah dicairkan tuangkan atas kacang phool. Ini untuk membangkitkan dan juga menyedapkan kacang phool. Taburkan sedikit bawang yang telah didadu, hirisan cili hijau dan sebutir telur goreng. Limau kasturi letakkan ditepi. Sesuai dihidangkan dengan roti perancis atau pun roti potong.

SUMBER: Facebook

Sunday, 14 August 2011

Juadah Berbuka Puasa: Air Kelapa Pandan Rengit Jadi Pilihan Hati

Hari nie adalah hari kedua aku ada kat Rengit Batu Pahat. Seperti biasa setiap kali Ramadhan aku dan wife wajib balik ke kampung aku di Parit Buntar atau kampung wife aku di Rengit. Kena tengok turn sapa raya tahun nie. Memandangkan tahun nie raya kat Parit Buntar so wajib balik untuk berpuasa kat Rengit. 

Aku ngan wife memang hanya akan raya satu tempat jer memandangkan perjalanan Rengit & Parit Buntar bukan dekat jauh seh. So kena ler utamakan keselamatan itu lebih penting dalam hal nie. Kang dibuat letih-letih accident tak ke naya. Korang leh tengok entry nie Oh Kampung Halaman: Catatan Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke Rengit Batu Pahat
kalau nak baca ler.


Perghhhh bukan mainpanjang lagi intro hahahahaha. Sebenarnya aku nak citer pasal juadah berbuka puasa kat korang hehehehe dah melalut. Ok straight to the point. Kalau tiap kali aku balik ke Rengit umah mertua aku confirm pokok kelapa pandan macam kat gambar bawah nie pasti jadi sasar aku hahahaha. Siap ko aku kejekan nanti.

Sasaran dah dikenalpasti.

Dengan bersenjatakan parang panjang apa lagi kasi tetak ler pelepah kelapa yang ada tu. Kalau tak potong pelepah tu payah nak potong tandan kelapa. Korang tengok ler aksi aku "pancung" tandan kepala ehhh bergurau ler pulak hehehehe tandan kelapa ler hahahaha.

Apa macam tinggi tak pokok kelapa tu hehehehe. Saja nak action sikit ngan korang. Aku amik 5 biji jer buah kelapa. Jadik ler. Nak beli mahal weh. Sebungkus RM2.00 - RM4.00 tak berbaloi sebab ais lagi banyak dari air kelapa. Last-last minum ler air kelapa yang dah di"racuni" ngan ais. Mana sedap beb!!! Yang nie ori punya mah!!!! Cempion punya lollll tatak jual lehhhh!!!!




Korang jangan tiru aksi kat bawah nie yer. Salah "takek" naya wehhhh hilang jari. Kalau pakai parang korang betul-betul kena hati-hati yer. Sayangilah jari-jari anda.





Dah siap amik air kelapa adik aku Kimi lak tolong korek isi kelapa pandan masuk dalam bekas biru tu. Dapat ler satu bekas tu. Puas gak ler nak mencekik air kelapa. Perghhhh memang menyelerakan dapat teguk air kelapa masa berbuka puasa hehehehe. Nikmat tak terhingga sehingga menjilat tapak kaki hahahaha macam siot jer bunyi sampai menjilat tapak kaki hahahaha.




Adik aku Kimi ngan gaya rambut Safee Sali tengah korek isi kelapa. Inilah hasil yang berjaya diperolehi. Ergkkkkkkk sedap seh!!!! Kena lak ngan gula melaka. Perghhhh meleleh air liur.







Mee rojak yang dibeli kat Benut. Boleh tahan gak ler. Leh beli lagi nanti. Kena lak ngan air kelapa pandan perghhhhh tersandar jap kat atas kerusi hehehehe


Aksi anak sedara aku yang sama-sama "berpuasa penuh"....dia pun tak lepaskan peluang hehehehe.


Antara dailog yang selalu aku dengar dari mulut si kecik nie.
"Auni puasa tak???"
"Puasa"
"Auni makan tak???"
"Makan"

Hahahaha....biasa ler budak-budak....Korang pun macam tu gak dulu hehehehe. 

Bila perut dah kenyang aksi ini yang akan dapat kita lihat hehehehehe. Betul-betul penat anak sedara aku nie. Sampai terlentuk kat atas kerusi hehehehe. Selamat berpuasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More