TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

Wednesday, 3 April 2013

Parlimen Malaysia Dibubarkan Hari Ini 3 April 2013


Akhirnya dah terjawab sudah tarikh rasmi pembubaran Parlimen Malaysia seperti yang dah diumumkan oleh Perdana Menteri kita sebentar tadi.

Sampai tersasul Datuk Seri Najib sebut tarikh pembubaran hehehehehe.......maybe Datuk Seri Najib tersilap cakap 2012......takper yang penting Parlimen dah dibubarkan......

Leh tengok video kat sini pengistiharan pembubaran Parlimen. 

Jom kita nyanyi lagu MARILAH MARI.....PERGI MENGUNDI....TUNAIKAN KEWAJIPAN PADA NEGARA.....

Yang pasti pilihanraya tahun adalah yang paling sengit dalam sejarah.

Wednesday, 13 March 2013

PRU 13 Bakal Tiba? PM Mengadap Yang Di Pertuan Agong


Hari nie (13.0.13) Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengadap Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.

Adakah PRU 13 akan kunjung tiba tak lama lagi?????

Sudahkah seluruh rakyat Malaysia yang cukup syarat mengundi bersedia dengan pilihan raya pada kali nie. Sesungguhnya ramai dikalangan rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan PRU 13 nie. Macam-macam andaian dibuat oleh penganalisa politik tempatan mahupun luar negara.

Yang pasti PRU 13 kali adalah salah satu Pilihan Raya Umum yang paling mendebarkan dan paling mencabar sepanjang tempoh bumi Malaysia Merdeka.

Jom kita dengar lagu nie dulu ek. Gendang PRU 13 telah berbunyi!!!!




KELIHATAN kenderaan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini. - Foto Aizuddin Saad
Mar 13, 2013 11:24 am

Sumber berita harian Online

Monday, 24 October 2011

Makanan di Restoran 1 Malaysia Hanya Murah Untuk Najib

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia semua. Aku nak share ngan korang satu artikel dari Milo Suam pasal Restoran 1Malaysia. Nampaknya ramai tertipu seh ngan Restoran nie. Cakap tak serupa bikin. Betul ker????? Nak tahu korang baca kat bawah nie yer.

DALAM artikel yang lalu, ReJaM© ada timbulkan isu harga makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia yang tak konsisten sehingga menimbulkan kemarahan pelanggan yang rasa tertipu rujuk sini [Restoran 1 Malaysia].

Kali ini mari kita bandingkan secara lebih terperinci harga makanan yang dimakan oleh Perdana Menteri berbanding rakyat biasa seperti ReJaM© di Restoran Rakyat 1 Malaysia tersebut.

Di bawah ini makanan yang ReJaM© makan tempoh hari di Restoran Rakyat 1 Malaysia iaitu nasi putih dengan lauk daging dan telur. Kalau dilihat, lauk ini jauh lebih sedikit dan murah berbanding lauk yang dimakan oleh Najib.


Di bawah ini pula harga yang perlu dibayar untuk makanan yang ReJaM© makan di atas iaitu RM5.70. Lihat bil di bawah ini nasi campur RM4.50 dan Teh O Ais RM1.20.


Bandingkan pula makanan yang diambil oleh Perdana Menteri tempoh hari iaitu nasi putih, ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom. Tapi Perdana Menteri hanya perlu membayar RM4.00.


Maka jelas di sini 1 Malaysia adalah gagasan Najib Tun Razak, maka harga makanan di Restoran 1 Malaysia hanya murah untuk Najib sahaja bukan untuk rakyat. Eloklah nama restoran ini ditukar kepada "Restoran Najib 1 Malaysia".

ReJaM© "Kena jadi Perdana Menteri baru dapat makanan murah..."

Sumber dari Milosuam.

Wednesday, 19 October 2011

Najib Jemput Peminat Bola Sepak Tonton Perlawanan Ahad Ini Di Seri Perdana

Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak ajak semua peminat bola sepak join dengan beliau untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Manchester City kat Seri Perdana Putrajaya Ahad nie.

Kalau korang berminat nak join leh register kat bawah nie. Teringin gak nak masuk ke Seri Perdana mesti ramai peminat bola sepak akan join hehehehe. 

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengajak para peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dengan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya, pada pukul 8 malam Ahad ini.

Najib dalam laman webnya www.1malaysia.com.my berkata mereka yang berminat bolehlah mendaftar di http://bit.ly/rmH8tz untuk berpeluang menghadirkan diri bersama seorang teman.

Beliau yang merupakan penyokong kuat Manchester United, berkata pendaftaran dibuka sehingga pukul 5 petang esok.

"Setelah menghadiri beberapa sesi menonton bola sepak beramai-ramai termasuk di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan bersama belia di Putrajaya, saya memutuskan untuk menganjurkan satu sesi yang serupa malam Ahad ini, 23 Okt.

"Inilah masanya untuk saya 'lepak' bersama rakan-rakan Facebook dan Twitter," katanya.

Friday, 7 October 2011

Teks Ucapan Penuh Belanjawan 2012 - Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara


Belanjawan 2012

Belanjawan 2012 bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Teks Ucapan Belanjawan 2012 boleh diperolehi oleh orang ramai pada 7 Oktober 2011 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Teks Ucapan Belanjawan 2012 dan Lampiran boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Belanjawan 2012 www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut:


Berikut adalah TEKS UCAPAN BELANJAWAN 2012. 
Download kat bawah tu yer.

Friday, 30 September 2011

Bila Koh Tsu Koon Kantol Pakai Photoshop

Lawak seh!!!! Nak gelak guling-guling pun ada nie hahahahaha. Ini lah jadinyer bila Dato' Dr. Koh Tsu Koon kantoi menggunakan photoshop bagi menampakkan dia ada bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Razak dalam program berbasikal di Pulau Pinang baru-baru nie. Dah ler tergolek masa berbasikal baru-baru nie (klik sini) sekarang nie lak jadi mangsa photoshop ngan budak-budak Lowyat Kopitiam yang sememangnya doing it FOR THE LULZ hahahaha kesian siot. Korang leh tengok kat sini http://forum.lowyat.net/ dan http://blogserius.blogspot.com

Korang layan jer gambar-gambar nie ek.....










Tuesday, 27 September 2011

Edisi Khas: Koh Tsu Koon Jatuh Basikal Masa Iringi Najib Razak

Salam 1Malaysia semua. Baru-baru nie Datuk Seri Najib Razak dan beberapa Menteri berbasikal bagi menjayakan program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong Pulau Pinang. Tujuan program ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu pembelajaran di Sekolah sekolah Cina. Mereka bercadang untuk mengumpulkan RM15Juta untuk 15 sekolah rendah.

Tapi aku bukan nak citer pasal dana tu. Aku nak citer pasal Dr. Koh Tsu Koon tergolek masa berbasikal hehehehe. Korang tengok gambar dia sebelum tergolek. Takkan dia ushar amoy sebelah kiri dia kot hehehehe. Tak pasal-pasal dah tergolek hehehehe. Jangan marah Dr. Koh Tsu Koon. Semoga lepas nie lebih berhati-hati.

Friday, 23 September 2011

Mamat Khalid Hangin Dengan Namawee a.k.a Wee Meng Chee

Tadi aku ada baca kat blog Abang Mamat Khalid pasal luahan rasa Abang Mamat Khalid dengan sikap orang Melayu yang tak abis-abis nak menyokong NAMAWEE a.k.a WEE MENG CHEE. Sampai ada yang sanggup nak aturkan perjumpaan Namawee dengan Perdana Menteri.


Aku paham perasaan Abang Mamat Khalid melalui penulisan beliau. Sapa tak marah kan bila orang yang sah-sah menghina negara boleh diberi muka. Cuba bayangkan orang Melayu macam kita buat macam tu agak-agak apa jadi? Silap-silap masuk ISA doh!!! Sib baik Perdana Menteri kita dah nak mansuhkan akta ISA. Kalau tak masuk dalam dulu ler tanpa bicara.


Bagi aku mudah jer dalam hal nie. Aku suka berpegang pada kata-kata Tun Dr. Mahathir "MELAYU MUDAH LUPA". Apa leh buatkan. Cuba tengok ada Presiden MCA cakap pada Timbalan Perdana Menteri pasal isu HUDUD. Siap main ugut-ugut lagi doh!!!


Kalau aku jadi TPM mau hangin satu badan. Macam haram siap ugut-ugut lagi. Sama gak ngan Tuan Guru Nik Aziz kena ugut gak ngan Karpal Singh. Kita yang majoriti nie lak rasa takut dengan golongan minoriti. Adoiiiii pening seh. 


Itulah jadinyer bila kita Melayu yang majoriti nie berpecah dan bertelagah. Kaum minoriti melompat girang macam haram. Panas doh!!! 


Aku syorkan korang pahami intipati penulisan Abang Mamat Khalid. Kalau korang paham sure korang akan dapat selami isi hati Abang Mamat Khalid.


BANGSAT PENGARAH MELAYU NI KAN MAT?


Sedari mula aku mula mengarah hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang. Segala perhal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya. Aku mahu filem dan drama melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.

Bukan aku seorang. Ramai pengarah-pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. Filem-filem Uwei Hj Shaari memperceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma dengan persoalan berat wanita melayunya. Aziz m osman juga di dlam filem terbaru Azura nya mengangkat budaya melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.

Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasilkerja mereka, aku mula gusar. Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar melayu aku di bumi melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integerasi kaum.



Bangsa melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan sipolan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang 'lebih elok dari filem melayu biasa' itu. Aku tidak irihati dengan karya beliau. Malah mereka melayu yang terlibat di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku. Di arak dan di beri penghormatan tahab menteri kerjanya itu. Kami yang terus menerus mendokong rasahormat kepada kedaulatan bangsa-bangsa dibumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.

Aku ingat lagi akan hari rakyat malaysia dikejutkan dengan video negara kuku nya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini beliau hero? Kini beliau layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?

Gusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan. Memusing cerita aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali ramai.

Adakah masyarakat kita kian lupa dengan maruah bangsa dan harapan anakcucu kita yang semakin rapuh dimakan dunia penuh pluralism ini? Adakah masyarakat kita sanggup menggadai hingga ke kain dalaman semata-mata untuk mendapat ereksi sementara tidak memperdulikan masa depan anakbangsa yang kian hanyut dikelabui mata dengan pandangan integrasi milik bangsa yang lain?

Aku dengan besar hatinya mengalukan perpaduan dengan filem aku namun bukan pujian atau sokongan yang aku dapat. Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang bermaruah terhadap bangsa aku. Dan bukan filem itu menjadi penyebab ramai yang mendekati dengan karya aku. Ianya hilang ditelan masa dan demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero pengarahnya!

Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf sipolan. Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi 'gua mau jumpa lu' berulang kali di youtube? Kalau mahu boleh la aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku baratur berjumpa menteri.

Bongkaknya entry aku kali ini adalah cermin bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang berjaya memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat mensucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.

Friday, 16 September 2011

Teks Penuh Perutusan Khas Hari Malaysia

Perutusan khas Hari Malaysia
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
sempena sambutan Hari Malaysia 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

6. Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.

7. Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

8. Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

9. Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.

10. Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.

11. Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.

12. Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

18. Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.

20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.

21. Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.

22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah
semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

25. Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

26. Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

29. Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

30. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

31. Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

32. Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

33. Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.

Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Tahniah Dato' Sri Najib Razak Atas Pemansuhan ISA


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana akhirnya Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Razak telah mengambil langkah untuk memansuhkan ISA dan tiga Proklamasi Darurat yang lain. Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada malam tadi amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia dan boleh dikira sebagai satu lakaran sejarah baru dalam sistem perundangan negara.


Pada pandangan peribadi aku tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri ini adalah merupakan satu langkah yang amat berani dan boleh mengundang satu perdebatan dikalangan rakyat baik orang awam, pihak berkuasa mahupun ahli politik. Yang pasti majoriti rakyat Malaysia melahirkan kesyukuran di atas pemansuhan ini. Pemansuhan ini perlu dilaksanakan agar satu undang-undang yang lebih relevan dan bercirikan islamik dapat digubalkan kelak.

Kenapa ISA perlu dimansuhkan? Secara peribadi aku setuju dengan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam hal ini kerana ISA adalah merupakan satu akta yang tidak islamik bercanggah dengan norma-norma hak asasi kemanusiaan bagi seseorang individu.

Diharapkan dengan pemansuhan ISA ini kelak akan dapat membawa seribu sinar impian yang lebih bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia. Yang pasti seluruh rakyat Malaysia akan tersenyum lebar atas pengumuman yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Razak sebentar tadi. 

Aku secara peribadi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia di atas pengumuman yang cukup berani dan bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pengumuman ini lebih tampak berseri lagi memandangkan esok pada 16 September 2011 seluruh rakyat Malaysia baik di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan sama-sama akan menyambut Hari Malaysia yang ke 48. Pasti lakaran peristiwa ini akan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira batasan agama, bangsa dan etnik.

Aku berharap Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Razak melalui Kerajaan Malaysia akan menggubal satu undang-undang yang lebih relevan berbentuk islamik bagi menggantikan ISA yang diwarisi melalui tinggalan British.


Terima kasih dan tahniah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Razak dan Kerajaan Malaysia. Selamat Menyambut Hari Malaysia.

Thursday, 15 September 2011

Namawee Kah Untung Atau Najib Yang Rugi???? Namawee Bakal Berjumpa Perdana Menteri Malaysia

Siapakah yang untung dan siapakah yang akan rugi kelak???? Itulah persoalan yang sedang bermain dalam fikiran aku ketika nie selepas aku terbaca isu panas pasal Wee Meng Chee a.k.a Namawee bakal berjumpa Perdana Menteri Malaysia (Sumber: Namewee akan jumpa PM minggu ini). Sama-samalah kita saksikan satu lagi episod drama swasta politik yang hangat tak lama lagi. 
Apa yang pasti ramai rakyat Malaysia akan terbuka mata seluas-luasnya untuk sama-sama menyaksikan episod drama yang sensasi nie. Agak-agak korang semua sapa yang bakal mendapat untung besar dan siapa yang bakal menerima bala?

Aku agak pelik sebenarnya bila orang yang pernah menghina lagu Negaraku, menghina kaum, menghina Islam dan melabelkan Melayu sebagai SAKAI boleh senang-lenang diberikan penghormatan untuk berjumpa Perdana Menteri dengan begitu mudah.

Nampaknyer lepas nie kalau korang nak jumpa Perdana Menteri cara mudah ikut style Wee Meng Chee a.k.a Namawee. Pelik kan!!!

Sekarang nie ramai blogger-blogger yang pro kerajaan betul-betul marah pasal isu nie. Kalau korang tak caya leh baca kat blog nie Parang Panjang Untuk Potong Kaki Namewee Sudah Tersedia. Bagi aku tak mustahil kalau perkara macam nie betul-betul terjadi bila orang dah marah. Mana taknyer diaorang punya ler backing kerajaan siang dan malam akhirnya orang yang menghina lagu kebangsaan diberi layanan cukup istimewa untuk jumpa "Orang Nombor 1 Malaysia" iaitu Perdana Menteri. 
Tak caya korang leh search kat cik GOOGLE. Korang akan jumpa banyak entry pasal isu nie. Diaorang betul-betul marah dengan pertemuan nie. Mahu tak hangin satu badan. Kalau aku pun jadi blogger pro kerajaan pun hangin. Sib baik aku nie bukan blogger politik. Adakah kerajaan sediada mendengar rintihan blogger pro kerajaan nie. Itu aku tak pasti.

Pada aku ramai orang Melayu akan terasa hati dengan layanan istimewa yang diperolehi oleh Wee Meng Chee a.k.a Namawee. Pelik kan!!!! Macam mana orang seperti Wee Meng Chee a.k.a Namawee boleh diberikan penghormatan sebegini. Tahniah buat Wee Meng Chee a.k.a Namawee atas jemputan ini.

Pada pandangan peribadi aku, sokongan orang Melayu pada kerajaan sediada akan makin terhakis akibat dari pertemuan ini. Siapakah yang untung dan siapakah yang akan rugi???? Sama-sama ler kita saksikan drama hebat yang bakal muncul kelak. Aku harap Datuk Seri Najib ada jawapan konkrit atas pertemuan nie kelak.

Buat Wee Meng Chee a.k.a Namawee, aku ucapkan TAHNIAH atas kejayaan anda!!!!

Wednesday, 7 September 2011

"Noramfaizul Mohd Nor Tak Sepatutnya Pergi" Ikuti Cerita Lengkap Tragedi 2 September 2011 Di Somalia

Berita nie aku cilok 100% dari website Agendadaily. Semoga berita akan menjelaskan segala-galanya. Terima kasih pada Agendadaily atas berita ini.

Asalnya Agendadaily hanya menelefon untuk dapat komen Datuk Azeez Abdul Rahim mengenai misi bantuan kemanusian di Somalia baru-baru ini. Tapi Ketua Kelab Putera 1Malaysia ini, macam biasa, “Kau datang pejabat, aku tunggu, banyak cerita,”  katanya.


Gambar oleh Minaq Jinggo - Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sedang berbuka puasa dalam pesawat TUDM dalam perjalanan ke Somalia

Memang banyak cerita, satu jam 30 minit, di pejabatnya di Kg Attap, Kuala Lumpur Azeez bercerita sambil tunjukkan satu persatu, dari lakaran kejadian, hingga ke senarai nama puluhan yang mohon ikut serta.

“Kalau tak boleh bagi manfaat, jangan bawa mudarat,” katanya meluah perasaan geram dengan perangai pembangkang yang tunggu orang buat silap saja untuk kritik.

“Saya cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini, Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.

“Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah,” katanya.

Sebelum itu, kami berbual panjang, banyak rakannya turut serta, dalam pertemuan lebih lebih 95 minit itu.

Walaupun teruk kena 'bambu' dengan pembangkang, kata Azeez, “Saya tak hairan, teguran dan kritikan yang membina, saya ambil jadikan panduan, tapi jenis yang sengaja cari salah ini, saya tak peduli, saya akan terus juga bekerja untuk misi-misi kemanusian akan datang, biar apapun orang kata,” jelasnya.

Ikuti sedutan temubual Datuk Azeez Rahim dengan Agendadaily :

Macam mana idea hendak hantar bantuan kemanusian Somalia?

Ia bermula apabila pihak pengurusan Media Prima buat tabung untuk bantu mangsa kebuluran kerana kemarau yang panjang di Somalia hingga menjejaskan kehidupan ratusan ribu penduduknya.

Sebelum itu kita sudah hantar pasukan peninjau (recce team), ke sana dan dapat semua maklumat, apabila balik ke mari mereka beri laporan kepada saya dan saya panjangkan laporan ini kepada Tun Dr Mahathir, Datuk Ahmad Talib dan Mercy Malaysia.

Memandangkan kita (Kelab Putera 1Malaysia) ada pengalaman, kita menawarkan diri untuk ke sana. Saya tahu dalam semua misi kemanusian yang telah kami jalankan, misi yang ke 15 ini adalah yang paling bahaya sekali.

Apabila saya beritahu kata ini misi kemanusian paling bahaya, ironinya inilah juga misi yang paling ramai orang menawarkan diri untuk bersama-sama.

Pada mulanya 173 orang menawarkan diri, kemudian kita tapis tinggal 95 orang, kami hadapi masalah yang besar hendak buang nama-nama mereka ini, sebab semua bersungguh-sungguh nak pergi.

Padahal saya sudah beritahu, tidak ada satu sen pun akan dapat, hangpa kena sain indemnity letter (surat pelepasan), bahawanya anda tak boleh claim apa-apa…


Sain masa itu sebelum pergi?

Ya semua sain, yang sain saja 93 orang hendak pergi. Kemudian saya terpaksa tapis lagi nama-nama ini, waktu itu sepatutnya kita dapat kapal terbang MAS, tapi oleh kerana last minute, MAS pun tak dapat, kita minta bantuan Angkatan tentera Malaysia (ATM) yang bagi kelulusan guna pesawat Charlie.

Hari terakhir sebelum berlepas pada 27 Ogos saja, ada 74 orang yang ada dalam senarai, sampai saya sendiri bermasalah hendak buang nama siapa, sebab semua bersemangat.

Media 20 orang, doktor 30 orang, tengok Cina berapa ramai (sambil tunjuk senarai) dan sukarelawan 24 orang, sedangkan ATM sudah tetapkan hanya 40 orang.

Sampai satu peringkat, saya merayu supaya ada antara 74 ini tarik diri, tapi tak ada siapa mahu tarik diri. Mereka tahu ini amat bahaya, tapi masih hendak pergi.

74 orang ini tidak tarik diri sampai hari terakhir dan mereka datang ke air port, dan balik dengan hati yang hancur sebab tak dapat pergi.

Saya cakap mereka tak percaya, tapi bila ATM yang cakap, mereka terpaksa akur, sampai di Maldives, saya buka telefon, masuk sms, “sampai hati Datuk buat saya macam ini,”.

ATM tanya, hendak bawa barang banyak atau hendak bawa orang banyak, saya kata nak barang banyak. Kita nak bawa bantuan makanan bukan nak pergi bercuti.

Hanya 30 tan dibenarkan dengan 40 orang, itu maksimum. Tolak campur-tolak campur, last sekali dilepaskan 48 orang campur yang sudah pergi tujuh orang yang naik commercial flight jadi semua 55 orang.

Tujuh orang itu pasukan peninjau, team yang pergi empat hari sebelum kami pergi. Mereka sampai ke Somalia pada 26 Ogos, mereka berjumpa dengan presiden kerajaan peralihan Somalia Sheikh Shaarif Sheikh Ahmad.

Team ini dipanggil mengadap, dan Presiden Somalia arahkan dua timbalan menteri kerajaan dia untuk menjadi pegawai pengiring misi kemanusian Malaysia ini. Seorang timbalan menteri kesihatan dan seorang timbalan menteri perikanan.

Jadi apabila kami sampai di airport, timbalan ketua polis negara, timbalan pemerintah tentera dan wakil kerajaan tunggu kami untuk beri taklimat.

Untuk misi kemanusiaan Malaysia ini, kita diberikan dua tempat, satu hotel dan satu lagi kem yang menempatkan tentera dan doktor Australia tinggal di situ.

Lebih menarik lagi, Allalhyarham Noramfaizul Mohd Nor TIDAK SEPATUTNYA PERGI, nama yang kita dapat dari Bernama TV, bukan Noramfaizul, bukan Khairul Anuar Yahaya (wartawan Bernama TV).

Nama yang kita dapat adalah wartawan Noor Farhana dan jurukamera Nur Ain Shafinas (sambil menunjulkan faks dari Bernama TV bertarikh 24 Ogos)

Bila nama dua wakil Bernama TV ini naik, Allahyarham telah datang ke pejabat saya pada 26 Ogos, buat bising, kata budak yang nak pergi ini tak ada pengalaman, budak muda, saya ini ada kursus, saya dah ikut pergi Gaza, Pakistan, Christchurch.

Staf-staf saya beritahu, saya tak mahu percaya pada staf, saya panggil Allahyarham masuk bilik, arwah kata, “Apa cerita Datuk, patut saya pergi, saya ada pengalaman, budak-budak itu tak ada..,”

Justeru, saya pun telefon Datuk Hasnul Hassan (Pengurus Besar Bernama) beritahu dia, boleh tak saya bawa Noramfaizul ini, dia kata okay, sebab Allahyarham tawar diri.

Saya tidak masukkan namanya pada peringkat awal adalah supaya dia boleh beraya di Malaysia, sebab tahun sudah, dia raya pun kat luar (di Gaza), saya ketua tak boleh tukar, diorang tu boleh tukar-tukar.

Kemudian, arwah sendiri minta hendak bawa wartawan sendiri Khairul Anuar dengan alasan boleh berkerjasama rapat.

Kita pun pergi, tak ada masalah, kerja kita senang, tak ada gangguan, selamat, tidak ada apapun berlaku pada misi kami sehinggalah kejadian peluru sesat tersebut pada 2 September.


Azeez sedang tunjuk surat asal dari Bernama yang tidak senaraikan nama Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor ke Somalia

Masa kejadian itu Datuk di mana, dan apa reaksi bila diberitahu ?

Pada hari kejadian 2 September, saya dengan arwah pukul 5.10 minit petang (waktu Somalia), sepatutnya pada malam kejadian, kita punya jadual perjumpaan dengan Presiden Somalia, saya beritahu arwah, “you tak payah pergilah, you hantar budak you pergi, you duduk di kem, buat story,”

Kemudian, arwah kata “Saya hendak meeting dulu,” tidak lama kemudian, arwah datang dia kata “tok, kita orang dah buat keputusan, semua hendak pergi, ada enam orang, tapi sekarang ini kami hendak balik hantar story,”.

Bila arwah kata hendak balik hantar story, saya panggil pihak keselamatan, ada lapan orang, untuk iring, kenderaan bersenjata jenis JPMG.

Dua jeep, depan belakang, saya teruskan mesyuarat dengan ahli-ahli perniagaan Somalia, sebab Presiden Somalia pesan, “jangan beri kami ikan sahaja, beri pancing supaya kami dapat cari ikan sendiri,”

Jadi kita bincang untuk bagaimana cara untuk naik taraf sosiol ekonomi mereka. Ahli perniagaan ini sedang pasang power point ketika saya dapat panggilan, repoter RTM budak Sarawak, “Datuk, kami kena tembak,” tutup telefon. Itu sahaja.

Saya tak sempat tanya di mana, kemudian dapat lagi satu panggilan, dari Melissa Ong, NTV7, “Datuk kami ditembak,” saya tanya, cedera di mana, “tangan” kata dia. “Okay kami datang sekarang,” kata saya.

Saya pun lari keluar, panggil doktor, naik kereta tuan punya hotel itu, dua minit sampai sebab jarak saya dengan tempat kejadian hanya 200 meter.

Saya tengok jeep itu depan pintu masuk kem, dekat penghadang, saya pun masuk dalam, saya tengok Aji budak TV3, saya kata “mana?” dia tunjuk tangan, “saya kata Allah ini sikit saja, tak ada hal lah, ko jadi wira…”

Tiba-tiba Melissa kata “Datuk ada sorang lagi,” Saya terkejut, “siapa?” “pejol” tengok dalam bilik di kem, doktor dan paramedic sedang beri rawatan.

Dia sudah di bawa ke dalam dan dibaringkan, saya masuk dengan Doktor Alwi (Datuk Dr Alwi Abdul rahman, ketua pasukan perubatan), ada satu doktor asing datang tanya apakah saya ketua, saya kata ya, dia minta maaf dan tanya ada duit tak 10 ribu USD.

Saya tanya nak buat apa, dia kata hendak panggil helikopter, saya tak banyak soal, saya kata, telefon sekarang, saya bayar, dia pun ambil telefon dan telefon.

Ketika itu, Doktor Alwi telah ambil alih operasi menyelamat, sedang beri bantuan, tiba-tiba dia kata, “Ya Allah, he's going, he's going”,

Dalam masa yang sama, saya ajar mengucap, tidak lama kemudian Noramfaizul pun tak ada, saya pun keluar, saya call PM (Datuk Seri Najib Tun Razak).

PM tanya keadaan Noramfaizul . Saya kata dah meninggal. PM kata you jangan panic, tapi yang 54 (anggota misi) lagi itu balik esok juga.

Saya pun telefon menteri pengiring, kemudian Presiden Somalia call, minta nombor telefon PM, bercakap dengan PM, minta maaf dan janji siasatan menyeluruh.

Dalam kem itu ada Menteri Dalam Negeri, Menteri Penerangan, ada pegawai tentera, saya dalam keadaan marah, saya tanya kenapa tidak lawan balik, kenapa tak tembak.

Baru mereka cerita siapa yang tembak, dan mereka tidak boleh lawan, kalau mereka lawan, semua meletup, macam mana hendak lawan dengan UTK yang sepatutnya jaga kita….

Hari ini, mereka (tentera AU) dah mengaku, jadi biarlah mereka siasat.


Inilah lakaran kedudukan Allahyarham Noramfaizul dan wartawan Malaysia lain dalam jip Nissan waktu kejadian 2 September

Datuk, sebagai ketua misi yang dapat semua infomasi, yang ada di tempat kejadian, apa teori Datuk terhadap peristiwa ini?

Teori saya, ini keretanya, (sambil tunjuk lakaran) kejadian jam 5.40 petang, meninggal 6.10 petang, arwah meninggal betul-betul waktu azan Maghrib.

Jeep mereka yang terakhir masuk ke kawasan kem, berhenti untuk tunggu penghadang terbuka, pada hemat saya, kereta perisai (tentera AU yang tembak itu) petang-petang ronda suka gempak-gempak (buli) orang,

Mereka naik kenderaan perisai, mungkin sebab kita lambat ganggu jalan dia ke, dia tembak, suka-suka, (pembuli).

Dia buat satu tembakan di bawah. Belakang jeep, di bawah bumper, ada tayar spare, dia tembak di situ, dia nak gempak ke apa ke, dia pun tak tahu orang Malaysia dalam itu, sebab cermin gelap, bila dia tembak itu, tidak kena tayar, kena rim.

Bila kena rim, peluru itu divert, terpelanting, tembus ke kerusi penumpang belakang sekali Noramfaizul duduk menyandar, hujung kanan, Aji sebelah kiri, tengah berbual, peluru masuk dari bawah kena ketiak dan tembus ke bahu Noramfaizul, keluar ikut cermin tingkap, dia pun jatuh kearah Aji.

Yang Aji pulak, dapat serpihan yang masuk itu, tangannya sebelah kanan, Aji duduk dekat dengan Faizul, bila (peluru) masuk, bahang itu pun membakar tangan Aji, bahang saja tu.

Satu peluru sahaja, laporan Reutres tak betul. Kalau tengok kesan luka, di bawah ketiak itu nampak kecil saja, tapi yang di bahu lubangnya sebesar lima puluh sen.

Melissa tengok Aji berdarah, tapi tengok Faizul tak berdarah lagi, tapi sudah jatuh kearah bahu Aji.

Bila saya sampai itu, masuk ke bilik rawatan, arwah masih sedar, saya sempat ajar mengucap.

Jadi peluru itu merosakkan organ di antara ketiak dan bahu, pendarahan luar tak sebanyak pendarahan dalaman.

Kalau kita tengok kronologi dia, memang panggilan Ilahi arwah, dia tak sepatutnya terbang, namanya tidak ada dalam senarai, dia minta, memang panggilan ilahi, kita kena terimalah Ketentuan Allah SWT.

Boleh Datuk jelaskan kenapa tidak pakai jaket kalis peluru ke tempat yang bahaya seperti Somalia?

Okay, bila saya sampai di situ, TAKLIMAT KESELAMATAN yang saya terima dari timbalan ketua polis Somalia, empat bintang, dan timbalan ketua pemerintah askar, TAK PERLU JAKET KALIS PELURU.

Di sini semua selamat, dia tunjuk pada kita “you tengok misi kemanusiaan Qatar, Kuwait, Sudan, Turki semua tak pakai, you tengok askar saya, polis saya, ada pakai ke?”

Askar dan polis dia yang bertugas tak pakai jaket kalis peluru.

Kalau kami pakai, takut dia ludah muka kami, “hangpa kalau tak percaya kami, pasai apa hangpa nak mai?”

Macam pemimpin asing datang ke negara kita, kita kata tak perlu guna jaket kalis peluru, tapi mereka pakai juga, apa perasaan tuan rumah? Engkau tak percaya dengan kami ke?

Lagi pun, kita ada pengalaman masa misi bantuan tsunami di Jepun, kita pakai baju warna oren, orang Jepun marah kita, rupanya warna oren dan kuning ini dalam budaya mereka untuk bersuka ria.

Fakta lain yang saya hendak beritahu, sebelum kami pergi, Duta Malaysia ke Libya, Datuk Zulkepkli Mohamad Nor bersama Kolonel Ramli Mohd Shah dari unit risikan ATM, yang duduk bertahun di Somalia pergi tinjau, dia kata you datang sekarang, selamat. Baru kita pergi.

Mereka sudah sahkan, hendak apa lagi.

Siapa yang kata kita terburu-buru pergi? Kita sudah dapat pandangan professional dari duta dan pegawai risikan, kita dapat taklimat dari pihak keselamatan di sana.

Sepanjang di sana, tidak ada ugutan apapun, selamat, kecuali kejadian malang yang menimpa Allahyarham Noramfaizul.

Datuk boleh jelaskan tentang tentera African Union (AU), kenapa mereka berlainan dengan polis dan askar Somalia yang jaga keselamatan pasukan misi kita?

African Union (AU) ini pasukan pengaman di Somalia, terdiri dari tentera negara Uganda, Kenya dan Brundi.

Contohnya begini, kalau negara kita jadi apa-apa, PBB datang ambil alih, tak ada orang hendak jaga keselamatan, jadi PBB buka tender, dia tengok siapa punya harga yang dia mampu bayar, setuju, sain kontrak, India punya askar datang jaga Malaysia.

Dia bukan ada hati perut, bukan ada saudara mara, ikut suka hati dia, orang tengah sembayang dia langgar dengan kereta perisai dan tak ada orang boleh tanya dia, tanya dia, dia bom, sebab dia jaga negara itu, dialah raja.

Ini atas sebab rakyatnya tidak bersatu, hancur, jadi orang luar datang jaga, jadi pengawal keselamatan.

Dari maklumat kami, yang tembak hari itu, Brundi punya askar, yang bagi tahu saya, askar tempatan yang jaga keselamatan kita. 

Pembangkang kata ini bukan misi kemanusian ini misi UMNO nak cari publisiti, apa komen Datuk?

Saya dapati blog Lim Kit Siang kata UMNO pergi buat misi ini untuk publisiti murahan, saya hendak tanya Lim Kit Siang dan DAP berapa kali pernah buat misi bantuan kemanusiaan seumpama ini ke negara-negara luar.

Saya cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini, Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.

Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah.

Pemergian Kelab Putera 1Malaysia atas nama rakyat Malaysia, bendera Malaysia, tidak ada kepentingan peribadi.

Wartawan kami tidak pernah paksa, kami hantar surat, hendak ikut, ikut, tidak mahu ikut tak apa, wartawan ikut boleh jual surat khabar, untung, kami tidak dapat apa, itu pun NST tak ikut, The Star tak ikut, Sinar Harian tak ikut, kami tak marah. Kita tak suruh bayar apa-apa, apa yang kami makan itulah yang kamu makan.

Wartawan yang ikut bawa makanan sendiri, kita kongsi, di sana kita satu keluarga, satu pasukan atas nama Malaysia.

Untung siapa? Rakyat Malaysia yang 28 juta jiwa ini, ke mana sahaja pergi, orang kata you Malaysian, you came and help in Gaza, in Pakistan, you go to Somali, bukan Azeez dapat nama, semua rakyat Malaysia dapat manafaat.

Apa yang selalu kita minta dari rakyat Malaysia? Berulang kali kita minta, tolong doakan pemergian kami, tanpa kira agama, fahaman, kaum, semua kita ketepikan atas nama semangat 1Malaysia.

Jadi bila 14 misi (sebelum ini) selamat, dan satu misi ada kejadian tidak diduga, janganlah kita menidakkan yang kita bawa nama negara ke persada dunia antarabangsa.

Malaysia dikenali sebagai negara kecil yang rakyatnya berjiwa besar.-5/9/2011- EKSKLUSIF OLEH HELME HANAFI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More