TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Utusan Malaysia. Show all posts

Monday, 20 February 2012

Al-Fatihah Buat Allahyarham Latiff Ibrahim


AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM LATIFF IBRAHIM

Sama-samalah kita hadiahkan AL-FATIHAH buat Allahyarham LATIFF IBRAHIM. 

AL-FATIHAH 


20/02/2012 6:57pm

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Penyanyi dan pelakon era 70-an, Latiff Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara, di sini pada pukul 5.50 petang tadi akibat komplikasi jantung.

Jenazah beliau akan dibawa ke Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk urusan pengkebumian. 

SUMBER: UTUSAN

Sunday, 9 October 2011

GSC Henti Tayang Filem Namewee Nasi Lemak 2.0


KUALA LUMPUR, 9 Okt — Golden Screen Cinemas (GSC), rangkaian pawagam terbesar negara ini telah memutuskan untuk menghentikan tayangan Nasi Lemak 2.0 arahan pembikin filem dan artis kontroversi Namewee.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia ada kaitan dengan siri kontroversi sejak kebelakangan, tetapi GSC dipetik akhbar tempatan berkata keputusan itu diambil ekoran keputusan Astro menyiarkan menerusi saluran Astro First.

Laporan New Sunday Times hari ini berkata, filem yang telah mencatatkan kutipan lebih RM4 juta setakat ini dihentikan penayangan sejak Jumaat lalu.

Menurut laporan itu, GSC juga menyiarkan permohonan maaf menerusi laman sosial Facebook memaklumkan bahawa mereka yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan balik duit masing-masing.

“Bukan amalan GSC untuk menyiarkan mana-mana filem yang disiarkan serentak di mana-mana saluran filem berbayar yang lain,” kata mesej Facebook itu.

Seorang jurucakap dipetik akhbar itu berkata pihaknya menayangkan filem itu sejak lima minggu lalu.

Dalam satu kenyataan akhbar tiga minggu lalu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee bimbang Nasi Lemak 2.0 mungkin diharamkan ekoran demonstrasi membantah filem tersebut di Perak baru-baru ini.

Katanya, dia kesal dengan protes tersebut dan berharap pihak berkuasa tidak mengendahkan desakan supaya filemnya diharamkan.

“Film ini mendapat kelulusan sebelum penggambaraan dan satu lagi kelulusan sebelum tayangan. Saya berharap pihak berkuasa menghormati keputusan mereka sendiri serta usaha kerja saya,” katanya.

Filem tersebut dilaporkan dikecam pihak-pihaknya yang mendakwa ia mempunyai pengaruh buruk kepada anak-anak muda.

Ketika mengadakan protes di luar sebuah panggung wayang di Ipoh, satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Perak, menuntut kerajaan mempertimbangkan mengharamkan filem tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan filem ini boleh membuat aduan.

Menjawab soalan mengapa tidak mahu meneruskan tayangan meskipun mendapat sokongan besar, GSC berkata, pihaknya mahu mempertahankan hakikat bahawa institusi pawagam masih merupakan tempat terbaik bagi mana-mana tayangan filem.

Dalam pada itu, Pengarah Eksekutif Nasi Lemak 2.0 Fred Chong pula memberitahu beliau menerima keputusan GSC dan menghargai sokongan institusi pawagam.

“Kami gembira kerana menerima sokongan mereka lebih empat minggu meskipun kami tidak mendapat sokongan tayangan wajib daripada Finas,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Chong berkata dia berharap mereka yang kehilangan peluang menonton di pawagam boleh mengikutinya menerusi saluran Astro First.

GSC menjelaskan, Nasi Lemak 2.0 bukan merupakan filem pertama pihaknya menghentikan tayangan.

Filem Bini Biniku Gangster, yang menjana RM7 juta dalam empat hari pertama tayangan juga telah dihentikan selepas tiga minggu apabila Astro menawarkan tayangan.

Filem Nasi Lemak 2.0 tidak memperoleh status Wajib Tayang daripada Finas, yang mewajibkan operator pawagam menayangkan selama dua minggu.

Pelakon Nasi Lemak 2.0 termasuklah Adibah Noor, Datuk David Arumugam dari Alleycats, Karen Kong, Afdlin Shauki, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nur Fathia, Nadine Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin, Felixia Yap dan Namewee.

Ekoran satu artikel Utusan Malaysia memperlekehkan filemnya, Namewee mengecam akhbar milik Umno itu melalui video klip selama 2 minit 43 saat.

Artikel tersebut menzahirkan pandangan penulisnya yang tidak senang dengan sikap Namewee yang cuba menjadi hero 1 Malaysia melalui filem Nasi Lemak 2.0 sedangkan didakwa telah beberapa kali mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia sebelum ini.

Awal bulan ini, Utusan Malaysia membuat dua laporan polis berhubung kenyataan Namewee itu, didakwa lucah terhadap syarikat berkenaan dan wartawannya Fauziah Arof.

Kumpulan itu mendakwa Namewee menyalah guna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar Utusan Malaysia dan mengeluarkan tuduhan melampau terhadap penulisan artikel “Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...” yang disiarkan bulan lalu.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri menyifatkan Namewee sebagai seorang pendukung kuat 1 Malaysia dan seorang yang unik dan tidak konvensional dalam pemikiran dan kaedah menyampaikan ideanya.

Sunday, 2 October 2011

Namawee a.k.a Wee Meng Chee Kena Bantai Dengan Siti Jarum Utusan Malaysia


Salam 1Malaysia semua. Tadi pagi aku dan wife sempat layan sarapan roti canai cicah kari kambing kat kedai bawah pokok ceri Bangi. Perghhhhhh marbeles seh!!!! Sib baik kari kambing feveret aku ada hehehehe. Memang ngetop doh!!!

Tengah aku layan sarapan pagi tu sambil ditemani surat khabar Utusan Malaysia sekali aku jumpa satu artikel yang memang best dan marbeles. Kisah Seorang Budak Cina. Tajuk tak leh blah hehehehe. Terus jer aku membaca perghhhhh memang sesuai sangat artikel tu.

Kisah Seorang Budak Cina yang tak sedar diri rupernyer sapa lagi kalau bukan Namawee a.k.a Wee Meng Chee. Adoiiiiii mangkuk hayun bertingkat nie lagi rupernyer. Balik-balik Namawee a.k.a Wee Meng Chee macam dah takder nama lain lak hehehehe.

Itu ler sapa suruh jolok sarang tebuan. Kan sekarang nie dah mula kena sengat sana sini. Baru hang tau sakit kena sengat. Sebelum nie suka sangat cari pasal. Dah kena sengat mula nak melalak tak tentu pasal. OOOOOO masa hang dok usik-usik sarang tebuan hang tak ngat dunia. Sekarang nie bila hang dah kena sengat baru hang nak marah kat tebuan-tebuan yang sengat hang. "Bolooooo punya bulak...."

Namawee a.k.a Wee Meng Chee ada ke cakap dia minta maaf pada semua rakyat Malaysia pasal isu lagu-lagu dia yang kontroversi tu. Ada ker???? Ada ker Namawee a.k.a Wee Meng Chee buat video mohon maaf pada rakyat Malaysia???? Ada ker???? Mana video lu Namawee a.k.a Wee Meng Chee. Bila lu nak buat video minta maaf secara terbuka pada seluruh rakyat Malaysia???? Bila lagi bro????

Apa yang aku nampak bila kena kat Namawee a.k.a Wee Meng Chee  nie secepat sungguh dia buat video upload kat youtube macam kes baru-baru nie. Sebab dia tak puas hati dengan wartawan Utusan Fauziah Arof. Dia suka-suka hati jer nak maki hamun orang lain. Leh baca kat sini Namawee a.k.a Wee Meng Chee Mengamuk Pasal Nasi Lemak 2.0.

Adoiiiii tahu lak dia nak melalak mengamuk bila dah kena tibai. Pada Namawee a.k.a Wee Meng Chee sudah-sudah ler bro. Kalau betul bro Namawee a.k.a Wee Meng Chee dah berubah tunjukkan perubahan tu pada semua. Cuba control perasaan marah tu elok-elok. Takdak guna lu bikin panas bro. Nanti lagi lu kena tibai.

Bro Afdlin Shauki pun ada cakap bagi peluang pada Namawee a.k.a Wee Meng Chee. Yes bro Afdlin....aku leh terima pandangan bro atas dasar "bagi peluang". Tapi sekarang nie cuba bro Afdlin tengok balik komen dan makian yang Namawee a.k.a Wee Meng Chee dah keluarkan pada Fauziah Arof. 

Aku ada satu soalan pada bro Afdlin Shauki. Adakah betul Namawee a.k.a Wee Meng Chee boleh berubah dan boleh diberikan peluang macam mana bro cakapkan tu???? Apa pandangan bro???? Rasanya bro sendiri ada jawapannyer. Selamat maju jaya dalam filem-filem akan datang.

Kisah seorang budak Cina
Oleh Siti Jarum
 
BEBERAPA orang kawan Siti orang Cina berasa segan dan malu kepada Siti. Mereka semua Siti kelaskan sebagai kawan yang baik, berhemah dan pekerti mulia. Kebaikan yang ditunjukkan bukan dibuat-buat. Tapi mereka malu dengan angkara seorang budak Cina.
Siti kata kepada mereka, walaupun sepohon nangka dari benih yang baik tapi ada juga buah yang busuk dan berulat. Siti sama sekali tak melihat perangai seorang budak Cina sebagai cermin kepada orang Cina seluruhnya. Siti juga kata kepada mereka, budak Cina yang seorang itu adalah buah nangka busuk dan berulat. Memang tidak berguna. Ulang lagi, memang tak berguna.
 
Budak Cina ini kalau dilahirkan sebagai Melayu atau India pun dia akan buat perangai yang sama. Perangai tak sedar diri dan maki hamun orang tak tentu pasal. Dia pernah berkata dalam klip videonya bahawa Melayu ini keturunan Sakai. Bagi Siti, yang jadi masalah bukan keturunan tapi perangai.
Tengoklah, dia anggap Melayu keturunan Sakai. Kononnya orang Melayu ini hina dan tak bertamadun. Kalau tengok perangai dia pula, bagi Siti, orang Sakai jauh lebih bertamadun. Orang Sakai sedar diri, tapi budak Cina yang seorang ini tak sedar diri. Kalau nak suburkan budaya maki hamun, negara ini bukanlah tempatnya. Dengan kata yang lebih manis, boleh berambuslah, negara ini tak rugi setengah sen pun. Pergilah ke Taiwan atau Macau, kalau takut ke China. Kalau di China, orang perangai macam ini memang tak lama.
 
Dia pernah berdosa kepada negara ini, dia derhaka apabila lagu kebangsaan dicerca. Kalau di negara lain, budak ini telah dikenakan hukuman berat. Tapi entah mana silapnya, budak ini jangan kata nak dicubit, dicuit pun tidak. Biarpun dia kata Melayu keturunan Sakai, tapi dia bebas. Kalau orang Melayu gila macam dia, tentu teruk budak Cina ini dikerjakan. Tapi Melayu tak begitu. Buktinya budak Cina yang sangat biadab ini bergerak bebas malah boleh buat filem, bebas masuk Parlimen dan macam-macam lagilah.
Bila dia buat filem, ambil pelakon Melayu juga. Masalahnya pelakon Melayu itu pun tak sedar diri, suruh pula orang memaafkan budak Cina ini. Siti fikir kalau tak berlakon filem nasi basi itu pun pelakon-pelakon Melayu itu tak mati kebulur. Siti ada tengok filem dia, tapi tak usah cakaplah. Filem itu elok tayang dalam jamban saja.
 
Siti harap kawan-kawan Siti kalangan orang Cina jangan segan dengan Siti. Budak nangka busuk dan berulat ini tak mewakili keturunannya. Tengoklah, orang Cina pun malu dengan kelakuan budak nangka busuk ini. Tapi biasalah, kerana ada “hal-hal” lain, nangka busuk ini dapat kelebihan. Biar pun mencerca lagu Negaraku, dia tidak diapa-apakan. Ini salah orang kita juga yang takut sangat harga saham politik merudum hingga membiarkan orang pijak kepala. Kononnya budak Cina ini ada nilai saham politik. Sebab itu tak ada siapa yang ambil tindakan. Peliknya yang ada kuasa tak berani guna kuasa, takut dan menggigil kerana nak jaga periuk nasi politik. Demikianlah secebis kisah dari bercebis-cebis yang membuatkan Siti sangat marah.
SITI JARUM: Jahit mulut siapa yang celupar.

Wednesday, 28 September 2011

Namawee a.k.a Wee Meng Chee Mengamuk Pasal Nasi Lemak 2.0

Tak abih-abih ngan Namawee a.k.a Wee Meng Chee. Kali nie dia mengamuk pasal wartawan Utusan Malaysia buat artikel tibai Namawee. Aku setuju dengan artikel tu. Bukan apa sebab Namawee nie makin melemak makin menjadi-jadi. Bukan sebab jealous dengan citer Nasi Lemak 2.0 tu tapi bila dipikirkan balik apa yang dia dah buat tu agak payah nak diterima. Sapa tak hangin doh!!!! lebih-lebuh lagi bila agama, bangsa dan tanahair dihina. Sapa tak sakit hati. Betul ler apa yang FAUZIAH AROF cakap dalam artikel tu. Korang baca ler sendiri dan lihat video mangkuk bertingkat nie.


Artikel yg menyebabkan Namewee mengamuk

Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...

Oleh Fauziah Arof

MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.

Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.

Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.

Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.

Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.

Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.

Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.

Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.

Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.

Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.

Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.

Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.

Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.

Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!



Video Namewee Hina Melayu & Islam bg mereka yg dah lupa


Wednesday, 14 September 2011

Karikatur 'Kekejaman Komunis' Di Utusan

Bayangkan korang berada di tempat mereka yang dipaksa oleh komunis untuk makan daging babi seperti mana yang digambarkan dalam lakaran karikatur di bawah nie.


Adakah korang akan tunduk dengan arahan si komunis nie? Atau adakah korang akan melawan sehingga titisan darah terakhir demi menjaga akidah korang? 


Inilah persoalan yang bermain dalam kotak fikiran aku ketika nie. Sekiranya aku berada di tempat mereka nie pasti aku akan melawan biarpun nyawa melayang. Sekurang-kurangnya jika aku mati aku dah cuba sedaya upaya menjaga akidah demi agama tercinta.


Bagaimana dengan korang semua? Beginilah kekejaman komunis yang wajib kita ketahui.


Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my


Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak.

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Bagi generasi muda hari ini yang tidak pernah merasai penderitaan hidup pada zaman komunis, mereka mungkin tidak dapat membayangkan kekejaman kumpulan pengganas itu.

Namun, bagi yang pernah melalui zaman tersebut seperti Hamzah Mohd. Amin, 71, trauma yang ditinggalkan daripada kekejaman komunis itu tidak dapat dilupakannya sehingga hari ini.

Malah, Hamzah yang mempunyai bakat melukis turut menghasilkan beberapa karikatur anggota komunis yang sedang menyeksa tahanan sewaktu zaman keganasan kumpulan tersebut di negara ini.

Menurutnya, lukisan tersebut dihasilkan beberapa minggu lalu bertujuan memberi gambaran keadaan sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini suatu ketika dahulu terutamanya kepada generasi muda.

Katanya, walaupun telah menjangkau usia 71 tahun, dia masih tidak dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap rakyat dan mahu generasi pada hari ini juga mengetahui perkara itu.

"Generasi hari ini tidak mengetahui penderitaan hidup pada zaman komunis, jadi saya berusaha menghasilkan lukisan ini beberapa minggu lalu supaya mereka mendapat gambaran tentang kekejaman komunis dan mengapa kami sangat bencikan mereka.

"Generasi muda hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek mereka tetapi tidak pernah terbayang bagaimana komunis menyeksa tahanan. Menerusi lukisan ini, saya harap mereka akan sedar tentang kekejaman komunis dan menjadikannya pengajaran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Warga emas dimasukkan ke dalam guni kemudian dicampak ke dalam api yang sedang marak. Kanak-kanak pula dicampak terus ke dalam api begitu sahaja.

Hamzah cuba memberi gambaran tentang kekejaman komunis menyeksa tahanan menggunakan beberapa kaedah yang tidak berperikemanusiaan menerusi karikatur yang dihasilkannya.

Berdasarkan kepada karikatur tersebut, Hamzah turut memberi gambaran tindakan komunis mengurung ahli keluarga tahanan di sebuah rumah dan kemudiannya membakar rumah berkenaan.

Dia juga menggambarkan mayat-mayat tahanan itu dijadikan baja di kebun sayuran dan hasilnya pula dijadikan bekalan makanan kumpulan pengganas tersebut.



Menurut Hamzah yang berasal dari Batu Pahat, Johor, dia terpanggil untuk menghasilkan karikatur berkenaan kerana geram serta kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengangkat kumpulan pengganas tersebut sebagai hero.

"Saya sangat geram dan marah apabila komunis diberikan pengiktirafan. Mereka telah melakukan pelbagai kekejaman termasuk mengoyak, memijak, melumur kitab suci al-Quran dengan najis sebelum membakarnya. Para imam serta bilal di masjid dan surau pula dipaksa memakan daging babi sebelum dibunuh.

"Bagaimana kumpulan pengganas tersebut boleh kita iktiraf?" katanya yang sanggup datang ke pejabat Utusan di sini bagi menyerahkan karikaturnya itu.

Antara sumbangan Hamzah yang pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai pelukis ialah mencipta logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang digunakan pada 1963 sehingga 1997.

Monday, 5 September 2011

Gambar Kesan Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor Ditembak

Sedih sungguh aku tengok gambar Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor ditembak. Ada sekeping gambar yang diambil oleh jurukamera Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia. Korang leh tengok dengan jelas kesan tembakan pada atas baru kanan Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.



Besar kesan tembakan pada bahu beliau. Yang pastinyer peluru yang digunakan oleh penembak berkenaan pasti besar. Ada kemungkinan yang menembak nie adalah sniper atau penembak curi. Kalau tengok dari angle dan kesan tembakan bukan peluru biasa.

Nampak macam kesan tembakan peluru yang selalu digunakan oleh sniper. Tak tahu ler. Ini adalah andaian aku jer. Maybe 0.50 cal @ 300 Win Mag @ .308 Winchester @ 7.62×39mm (yang nie dipakai dalam AK-47). Jarak tembakan dalam lingkungan 50m - 250m dari sasaran. Sudut tembakan dari atas bangunan 30 - 50 darjah ke bawah.


Memang tembakan tahap maut nie kalau kena. Agaknya memang dah aim lama nie. Mungkin juga rutin perjalanan konvoi adalah dalam route yang sama. Selalunya dalam misi macam nie rutin route tak boleh sama. Kena diubah setiap masa. Lebih-lebih lagi dalam rutin konvoi. Selalunya sniper memang suka buat tembakan dalam keadaan rutin route yang sama. Mudah bagi diaorang nak buat marking, cari angle dan spot untuk lepaskan tembakan.

Aku yakin nie adalah keje sniper. Sebab takder tembakan rambang atau kesan bullet marking pada kenderaan konvoi lain. Hanya ada 1 spot bullet marking jer pada cermin penumpang di belakang. Kedudukan 1/3 spot pada cermin jeep konvoi jelas kalau kita tengok dari kesan tembakan.

Apa-apa pun perkara dah berlaku. Semoga Allahyarham Noramfaizul bersemadi dengan aman di sana.

AL-FATIHAH.

Sunday, 4 September 2011

Gambar Noramfaizul Mohd Nor Selamat Disemadikan (Al-Fatihah)


Tadi aku berkesempatan menghadiri majlis pengkembumian Allahyarham  Noramfaizul Mohd. Nor di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia. Alhamdullilah jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor telah selamat disemadikan. Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor merupakan orang taman aku. Rumah Allahyarham tak jauh dari rumah aku. Jadi aku ambil kesempatan nie untuk memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Aku ada snap beberapa keping gambar dan video untuk tatapan korang semua. Nampak wajah Allahyarham macam tidur jer. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan nie. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37 dan 2 orang putera yang comel Mohd Irfan, 8 dan Mohd Naufal 3. Anak Allahyarham memang comel. Korang leh tengok kat bawah nie. Sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor. 

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama para syuhada, orang beriman dan beramal soleh pada Allah S.W.T.

Semoga Noramfaizul Mohd. Nor bersemadi dengan aman di sana. 






































Saturday, 3 September 2011

Berita Terkini: Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd. Nor Terbunuh Ditembak Di Somalia

Salam Takziah kepada seluruh keluarga arwah Noramfaizul Mohd. Nor yang terkorban semasa menjalankan tugas sebagai Jurukamera Bernama TV di Somalia. Arwah maut akibat terkena tembakan dari peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusian Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia. 

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Noramfaizul Mohd. Nor. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh pada Allah.


NORAMFAIZUL BIN MOHD NOR - Berpengalaman luas dalam misi bantuan kemanusiaan bersama Kelab Putera 1Malaysia. dikenali dengan nama ZUL. Beliau seorang yang berpandangan tajam dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya. SUMBER


AL-FATIHAH

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.   

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama

Thursday, 18 August 2011

Queens Park Rangers (QPR) Bakal Dimiliki Tan Sri Tony Fernandes

Memang dasat sungguh Tony Fernandes!!!! Memang dia bakal jadi Billionaire terkenal kat Malaysia. Rasanya dalam tahun depan ada chance dia masuk ranking Top 10 Billionaire Di Malaysia. Apa-apa pun tahniah diucapkan pada Mr Tony. Aku suka baca buka pasal cara dia manage Air Asia dari sebuah company yang rugi juta-juta terus jadi company high profile.


LONDON - Tan Sri Tony Fernandes dijangka mengambil alih Queens Park Rangers dalam tempoh 24 jam lagi dan menyatakan sokongan penuh terhadap pengurus kelab Liga Perdana Inggeris itu, Neil Warnock.


Ahli perniagaan terkemuka Malaysia itu bakal menjadi pemegang saham majoriti kelab dan difahamkan membeli lebih daripada 51 peratus pegangan, seperti yang dibincang sebelum ini.

Fernandes, yang memiliki syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan Team Lotus dalam F1 dilihat berada di Loftus Road, Sabtu lalu untuk menyaksikan perlawanan pembuka tirai QPR melayan kunjungan Bolton.

Meskipun dibelasah 0-4, Fernandes berkata: "Saya fikir Neil ialah seorang yang hebat dan dia menjalankan tugasnya dengan begitu cemerlang sehingga menjulang QPR pada kedudukan sekarang.

"Dia akan mendapat sokong penuh daripada saya. Saya fikir seseorang pengurus harus mendapat apa diingininya."

Pemimpin F1, Bernie Ecclestone yang memiliki 66 peratus saham dalam QPR berhasrat menjual pegangannya, justeru urus niaga kali ini pastinya menamatkan segala ikatannya dengan Loftus Road.

Hartawan industri keluli, Lakshmi Mittal juga diramal meningkatkan pegangannya kepada 33 peratus tetapi Fernandes akan memiliki kuasa penuh di QPR.

Satu sidang media bakal diadakan di Loftus Road hari ini bagi mengumumkan pengambilalihan tersebut.

Perkembangan itu pasti menggembirakan Warnock kerana Fernandes mahukan dia membawa masuk empat pemain baru sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir. - Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More