TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Derma. Show all posts
Showing posts with label Derma. Show all posts

Tuesday, 27 September 2011

Sumbangan Tabung Pembangunan MTAQA (Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah)

Salam 1Malaysia semua. Aku memohon jasa baik seluruh rakan-rakan blogger semua yang berkemampuan untuk menghulurkan derma ikhlas untuk membantu Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah (MTAQA) untuk membeli Kenderaan Rasmi MTAQA.

Semoga derma ikhlas korang semua akan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Korang juga digalakkan untuk menghebahkan kepada rakan-rakan lain berkenaan sumbangan ini. Jasa baik korang semua amat dihargai.


MEMOHON SUMBANGAN TABUNG PEMBANGUNAN MTAQA (Pembelian Van Rasmi MTAQA)

MTAQA telah pun melewati enam tahun penubuhannya. Potensinya sudah mula membuahkan hasil. Namun, komitmen untuk menjalankan aktiviti masyarakat dan sekolah agak terbatas kerana ketiadaan sumber kewangan yang kukuh dan kenderaan bagi tujuan tersebut. Sehubungan itu rayuan sumbangan ini dilancarkan untuk meningkatkan potensi MTAQA supaya lebih terkehadapan dan cemerlang.

Jadi, Tabung Persatuan Ibu bapa dan Guru Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha (PIBG MTAQA) untuk pembelian Kenderaan Rasmi MTAQA (Van) telah dilancarkan untuk mengembangkan potensi tersebut.

Sumbangan anda boleh disalurkan terus melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03027010037358 atau cek atas nama “Tabung Pembangunan MTAQA (PIBG)”.

Sumbangan yang bakal anda salurkan didahului dengan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairal jaza’. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak MTAQA, tel :
09-7922560 atau melalui email : maahadmtaqa@yik.edu.my

"Sumbangan Anda amatlah dialu-alukan"

Thursday, 18 August 2011

Mohon Bantuan Hebahkan Sumbangan Ikhlas Bantu Rakyat Somalia


Tak tahu ler samada korang semua ada tengok berita kat Buletin Utama ke tak malam tadi. Kesian seh tengok rakyat Somalia menderita akibat East Africa Crisis. Sekarang nie rakyat Somalia yang majoritinya adalah umat Islam amat memerlukan bantuan makanan dari kita semua. 


Apa tindakan kita semua???? Dok diam jer ke???? Korang semua ada blogkan??? Kan??? Kan??? Meh kita sama-sama hebahkan pasal tabung bantuan nie untuk ringankan beban sedara seagama yang ada di Somalia. Sebelum tu korang leh tengok video nie dulu.



Aku tak kira samada korang suka ke tidak dengan entry nie aku tetap akan hebahkan untuk bantu Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk dapatkan dana supaya diaorang dapat bantu sedara seagama dengan kita semua yang tengah menghadapi musibah di Somalia. Ini misi kemanusian wehhhh.

Korang taknak ke pahala free???? Sesungguhnya menolong orang yang di dalam kesusahan macam rakyat Somalia nie pasti Allah akan berikan ganjaran pahala dan barokah pada korang semua. Tak nak ke??? Tambah lak tu dalam bulan yang mulia nie. Kalau ada duit lebih tu leh sedekah jariah pada mereka yang memerlukan. Tak rugi pun!!! tul tak???


Aku menyeru korang semua sama-sama buat entry khas pasal nie. Korang tak payah ler backlink kat sini. Aku tak kisah pun. Hanya aku minta kita sama-sama membantu. JOM HEBAHKAN SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA.



SUMBANGAN BOLEH DIBUAT SEPERI MAKLUMAT KAT BAWAH NIE. SILA RUJUK http://irmblog.org/donate/ UNTUK KEPASTIAN.

Anda juga boleh bank-in sumbangan ke akaun
Maybank (5621 4270 8704) 
atau 
CIMB (1259 0000 804 058)
Hantarkan resit bank-in ke fax kami (03-8948 7339) atau email resit ke info@irmblog.org..

Friday, 12 August 2011

Mohd Asyraf Haziq Rosli Jadi Tumpuan Dunia Rezeki Melimpah Ruah

Tak putus-putus berkat yang diterima oleh Mohd Asyraf Haziq Rosli. Pelajar Malaysia yang kena belasah dan dirompak baru-baru nie. Seluruh masyarakat dunia mengutuk tindakan segelintir remaja kulit hitam & kulit putih yang menyerang dan merompak Mohd Asyraf Haziq Rosli.

Sapa tak hangin oooooo. Kalau adik aku kena macam nie aku confirm aku amuk satu London cewahhh macam ler kuat sangat ngat SUPERMAN ke. Apa-apa pun aku masih rasa simpati dengan insiden yang berlaku pada adik Mohd Asyraf Haziq Rosli.


Sampaikan seluruh pemimpin ternama dunia amik perhatian atas kes nie. Perdana Menteri Britain David Cameron pun turut rasa kesal dengan apa yang berlaku ke atas Mohd Asyraf Haziq Rosli. Mahu tak nyer sebab kes nie image London tercalar teruk sehhhh.


Dalam kekalutan insiden yang berlaku pada adik Mohd Asyraf Haziq Rosli nie aku tengok ada banyak hikmah yang Allah turunkan terus pada Mohd Asyraf Haziq Rosli cara yang tak disangka-sangkakan. Allah Maha Adil dan Dia Maha Memberi.

Bayangkan sekarang nie ramai orang support Mohd Asyraf Haziq kat Facebook siap ada Fanpage lagi antaranya "Support for student Mohd Asyraf Haziq, robbed while bleeding", "Let's do Something Nice For Asyraf Hazif" dan Get Well Soon Haziq".

Ada gak sorang hamba Allah bernama Jamie Cowen iaitu bekas pekerja kebajikan "Save The Children" telah melancarkan tabung khas untuk bantu adik Mohd Asyraf Haziq. Korang tahu berapa jumlah sumbangan dah berjaya dikumpul??? Dah hampir RM20,000.00 tu beb.


Bukan tu jer, mengikut Cowen sebuah syarikat pengeluar basikal di Britain akan menyumbangkan sebuah basikal baru untuk Mohd Asyraf Haziq bagi menggantikan basikal yang hilang.


Ada lagi sumbangan wehhhhh. Selain itu, Syarikat Perkhimatan Keretapi British telah menderma dua tiket kelas pertama buat Asyraf untuk melancung ke mana sahaja. Manakala sebuah klinik pergigian yang dimiliki Dr Martin Narkisa telah menawarkan rawatan gigi percuma buat Asyraf.


Tengok macam mana Allah gantikan musibah kepada barokah pada orang-orang yang bersabar. Lebih-lebih lagi bila kita bersabar dalam bulan Ramadhan yang mulia nie. Semoga adik Mohd Asyraf Haziq cepat sembuh dan belajar sungguh-sungguh.


Kepada seluruh masyarakat dunia aku mengucapkan terima kasih atas keprihatinan anda semua untuk membantu adik Mohd Asyraf Haziq.



Video Asyarf Haziq Rosli di Hospital Royal London

LONDON: Paparan di Internet yang menunjukkan pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, diserang dan dirompak dalam rusuhan di sini, telah mendorong penduduk keturunan Asia untuk bersiap sedia mempertahankan diri dan harta sendiri.

Ketika rusuhan itu merebak, ramai penduduk khusus beragama Islam dan Sikh mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi nyawa, harta benda dan juga tempat ibadat masing-masing.

Tiga lelaki berketurunan Pakistan terbunuh akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang perusuh yang kemudiannya diberkas oleh polis.

Ketiga-tiga lelaki itu dipercayai sedang mengawal sebuah masjid daripada dicerobohi oleh perusuh.

Banyak kedai milik penduduk berasal dari Asia menjadi sasaran perusuh yang memecah masuk dan mencuri pelbagai barangan.

"Mereka ini bertindak sesuka hati dan melarikan apa saja yang mereka mahu," kata seorang saksi, Rahmat Khan, kepada Bernama.

Katanya, kejadian merusuh dan membakar harta benda berlaku di London, Birmingham dan beberapa bandar raya lain.

Masyarakat Sikh, termasuk mereka yang sudah lanjut usia di kawasan Southall di barat London bersiap sedia dengan pedang dan kayu hoki bagi melindungi tempat ibadat mereka. - BERNAMA

SUMBER : BERITA HARIAN

Sumbangan Ramadhan: Tabung Bantuan Pulih Wajah Nurul Dahyatul Fazlinda

Korang masih ngat lagi kisah seorang budak cedera teruk akibat disimbah asid oleh bapanya sendiri seperti yang dilaporkan dalam media. Kisah adik Nurul Dahyatul Fazlinda nie penah dapat liputan meluas semua media yang ada di Malaysia nie baik TV, radio, surat khabar, majalah dan lain-lain lagi lah. Semua cerita pasal kisah nie. Sedih dengan nasib yang dia alami kesan akibat amarah seorang manusia yang gagal dikawal secara rasional.

Bayangkan seluruh badan adik nie terbakar agak teruk akibat terkena simbahan asid. Tak ke naya tu. Jadi sempena bulan yang mulia nie aku ingin mengambil peluang nie untuk bersama-sama ngan korang semua untuk membantu adik nie. Kita sama-sama hebahkan tentang info nie pada rakan-rakan blogger yang lain.

Aku dapat info nie pun dari blog Dapur Kak Jee. Korang leh tengok kat SINI untuk makluman lanjut. Kat bawah nie pun aku ada letak copy paste pasal hebahan nie. Jasa baik korang semua hanya Allah saja yang mampu balas.

Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, saya pohon jasa baik semua untuk menghebahkan tentang tabung khas bagi membiayai pulih wajah mangsa asid, Adik Nurul Dahyatul Fazlinda. Rasanya ramai yang tahu wajah Adik Nurul Dahyatul Fazlinda cedera teruk akibat terkena simbahan asid oleh bapanya sewaktu terjadinya pertelingkahan antara bapa dan ibunya.

Sebelum ini kulit paha Adik Nurul Dahyatul Fazlinda telah diambil untuk menampal parut pada mukanya. Kecederaan muka yang serius ini menyebabkan dia harus menjalani beberapa pembedahan yang pastinya menelan kos yang tinggi. Selain muka, bahagian badannya juga cedera teruk.

Sumbangan boleh dibuat atas nama :
 
TABUNG BANTUAN PULIH WAJAH NURUL DAHYATUL FAZLINDA – YPU
 
AKAUN : 13053010003071 (Bank Islam)
 
TEL : 09 – 6242424 / 013 – 9216897 (En. Hairulnizam)
 
p/s:gambar berdasarkan carian internet.





Friday, 1 July 2011

Kisah Sedih Pasangan Norma dan Talib

Ermmmmm.....Rabu baru-baru nie aku ngan wife layan citer Pengorbanan Terakhir lakonan Dynaz ngan Hairi Othman....memang menarik kisah nie.....leh jadikan teladan buat semua.....betapa kasihnya seorang ibu pada anak yang dikandungnya.....dalam citer tu Dynaz menghidapi kanser rahim dan pada waktu yang sama dia pregnant.....dia merahsiakan kanser tu dari pengetahuan suaminya lakonan Hairi Othman....

Akhirnya baru ler suaminya tahu si isteri kena kanser.....so suami agak marah sebab tak maklumkan kanser tu dari pengetahuan si suami.....dalam kisah tu si isteri nie ada 2 pilihan jer.....teruskan pregnant anak dalam kandungan yang dah dinamakan Alia atau digugurkan.....kalau gugur kandung si isteri tak boleh pregnant lagi sebab rahimnya perlu dibuang......so si isteri amik keputusan untuk teruskan pregnant walaupun dia tahu risiko yang akan berlaku nanti.....

Tujuannya adalah supaya dapat berikan zuriat pada si suami walaupun dia tahu yang dia akan mati kalau dia teruskan proses kehamilan nie.......kanser dalam badan dia akan makan organ dan daging dalam badannya......tapi kandungannya tetap selamat......kisah nie agak sedih sebenarnya.....kalau ada masa korang cari ler kat youtube pasal citer nie......memang terbaik....

Sunday, 22 May 2011

Tanah runtuh di Rumah Anak Yatim: Semua Mangsa Ditemui

SALAM TAKZIAH DARI SAYA SEKELUARGA BUAT SEMUA MANGSA TANAH RUNTUH DI RUMAH ANAK YATIM ULU LANGAT. SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN SEMUA MANGSA YANG TERKORBAN DI SYURGA BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH KEPADA ALLAH. MARI KITA SEMUA BERSAMA-SAMA MENGHADIAHKAN AL-FATIHAH BUAT SEMUA MANGSA.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More