TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Kempen. Show all posts
Showing posts with label Kempen. Show all posts

Thursday, 22 September 2011

Tiket Percuma LRT & KL Monorel Sempena Hari Bebas Kereta Sedunia 22 September


Selamat menyambut Hari Bebas Kereta Sedunia semua. Tahukan korang semua setiap 22 September adalah merupakan sambutan HARI BEBAS KERETA SEDUNIA?

Jom kita semua sokong Hari Bebas Kereta Sedunia. Semoga usaha ini dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya esok. Secara tak langsung dapat kurangkan kesan pencemaran udara yang semakin menjadi-jadi. Kurang kenderaan kurang ler pencemaran kan.

Esok korang leh gie keje naik LRT atau Monorel FREE. Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) akan mengedarkan 150,000 tiket percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun. Semua kupon itu diedarkan secara berperingkat mulai semalam dan berakhir 22 September tahun depan (2012).

Apa lagi jom kita serbu LRT dan Monorel esok amik tiket FREE hehehe. Untuk makluman lanjut korang leh tengok laporan Berita Harian kat bawah nie yer.


Tiket percuma LRT, monorelOleh Nor Fariza Ramlannorfariza@bharian.com.my2011/09/21
PRASARANA edar 150,00 kupon percuma hingga 22 September 
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Bebas Kereta Sedunia Khamis ini, Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) mengedarkan 150,000 kupon percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun. 
Melalui kempen ‘Kurang Kenderaan, Kurang Pencemaran’ itu, semua kupon itu diedarkan secara berperingkat mulai semalam dan berakhir 22 September tahun depan.
Pengerusi PRASARANA, Tan Sri Ismail Adam, berkata pelbagai program diatur sepanjang kempen setahun itu, berteraskan kepada menanam kesedaran untuk tidak menggunakan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran. 
“Saya berharap sokongan kepada kempen bebas kereta ini tidak hanya berjalan satu hari saja malah diterapkan sepanjang masa oleh semua masyarakat. 
“Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk menunggang basikal dan menggunakan sepenuhnya kemudahan meletak basikal yang disediakan di 17 stesen LRT antaranya Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Abdullah Hukum, Kampung Baru, Damai, Dato’ Keramat dan Jelatek, ” katanya dalam satu kenyataan semalam. 
Sehubungan itu, katanya, kupon yang diedarkan sah untuk digunakan bagi kedua-dua laluan LRT Ampang dan LRT Kelana Jaya serta Monorel untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti am malah potongan harga tambang bagi Januari hingga September 2012 akan turut diperkenalkan bersempena kempen terbabit. 
“Kami juga akan mengedarkan pelekat kereta khas yang melayakkan pemilik kenderaan bertuah menerima hadiah Rapidpass bernilai RM100 dalam peraduan ‘Spot The Sticker Contest’ yang turut berlangsung selama satu tahun. 
“Pihak kami akan berganding bahu dengan pelbagai kementerian, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan, universiti awam serta swasta dalam mengatur beberapa program berterusan di stesen LRT, Monorel dan Hab bas, ” katanya. 
Selain itu, Pasar Kreatif di stesen LRT dan KL Monorel terpilih akan menjual barangan cenderahati kitar semula yang dihasilkan oleh persatuan kebajikan, ibu tunggal dan badan bukan kerajaan. 

Thursday, 11 August 2011

KLCC Breastfeeding Flash Mob 2011

Tadi aku ada tengok kat youtube pasal isu kontroversi breastfeeding di tempat awam. Sekumpulan ibu-ibu nie marah dengan beberapa insiden yang boleh dikatakan menzalimi hak ibu untuk menyusukan baby mereka kawasan KLCC.

Pihak KLCC siap halau ibu yang nak menyusukan baby diaorang kat public. Nak breastfeed kat surau pun kena halau gak. Biar betik???? Ibu-ibu nie complaint diaorang breastfeed dah ikut etika dan dilakukan dengan cara yang paling sopan sekali. Tapi itu pun kena halau gak. Sampai ada yang terpaksa breastfeed kat dalam toilet a.k.a JAMBAN.

Takkan nak bagi baby menyusu dalam JAMBAN lak kan. Kalau tak leh sangat pun KLCC sediakan ler breastfeeding room. So selesai masalah. KLCC kan banyak duit!!!! Apa ler sangat nak sediakan 10 bilik untuk breastfeeding kan. Tak luak pun duit tu.

Kalau benda nie jadi kat wife aku pun hangin. Mau aku sepak orang yang buat onar tu. Bagi aku breastfeeding nie adalah makanan terbaik untuk baby sehingga umur 2 tahun. Dalam Al-Quran pun ada mengisahkan pasal nie.

Sekarang nie tahap kesedaran pasal penyusuan secara eksklusif nie makin meningkat dikalangan ibu muda. So patut digalakkan lagi supaya lebih ramai lagi para ibu untuk menyusu baby diaorang. Tak rugi pun menyusu baby anda leh save duit lagi tak payah beli susu tin "cap lembu New Zealand" yang dah tentu mahal.

Hanya satu jer pesanan aku buat ibu yang menyusukan baby diaorang kat public nie. Harap korang beli ler breastfeeding cover. Elok bawa ke mana-mana jer. So kalau nak menyusukan baby tu pakai ler cover tu. Nampak lebih sopan dan terbit. Kang nanti ada lak mata yang jeling-jeling sambil tertelan air liur tengok korang menyusukan baby.

Pada sang suami korang kena ler jadi PAK GUARD untuk awasi keadaan sekeliling masa wife korang tu tengok selak sana sini. Kalau ada yang pandang-pandang tu kasi sound sikit "Apa pandang-pandang tak penah menyusu ngan mak korang ke?" hehehehe. Sesungguhnya aurat seorang wanita wajib dilindungi hanya untuk suami yang sah saja.

Monday, 1 August 2011

Kempen "Kami Sokong PPIM - Say No To Astro"

Aku dengan ini menyatakan SOKONGAN PENUH kepada pihak PPIM untuk meneruskan saman terhadap ASTRO kerana pihak ASTRO masih berdegil dengan pendirian mereka untuk menaikkan yuran langganan. Korang leh baca kat sini untuk makluman lanjut SAY NO TO ASTRO.

Jadi aku dengan ini memohon jasa baik korang semua untuk menggerakkan KEMPEN KAMI SOKONG PPIM - SAY NO TO ASTRO.


Pihak ASTRO nampaknya makin berani dengan membelakangkan arahan Kerajaan Malaysia dan hak pengguna seperti kita semua. Oleh itu pihak ASTRO patuh diboikot secara beramai-ramai. Oleh itu aku akan membantu pihak PPIM untuk mengumpul sebanyak mungkin senarai blogger yang ingin sama-sama untuk turut serta dalam kempen SAY NO TO ASTRO.


Apa yang perlu dibuat oleh korang semua untuk turut serta dalam kempen nie adalah seperti berikut:-





<a href="http://www.dezamancottage.com/" target="_blank"><img src="http://tinyurl.com/3lomtg6" border="0" /></a>

Thursday, 30 June 2011

Padan Ler ASTRO Makin Kaya

Perghhhhhh!!!! patut ler ASTROK makin kaya......korang tengok ler sendiri berapa income ASTROK nie untuk iklan jer.......lebih dari RM500 Juta tu.....biar betik!!!!.......dah ler amik duit yuran langganan.....amik gak duit iklan......adoi!!!!! nie yang hangin nie......dah ler Pak Menteri buat bodo jer......cuba amik tindakan sikit......macam mana ler rakyat marhain nie tak hangin ngan government........korang tengok ler sendiri.....

UNTUK DIKONGSI BERSAMA, SENARAI PENGIKLAN DI ASTRO :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More