TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Bernama. Show all posts
Showing posts with label Bernama. Show all posts

Friday, 27 April 2012

Anggota Polis Istana Anak Bukit Kedah Mati Ditembak

Petang tadi aku dapat makluman berlaku kes tembak menembak kat dalam kawasan Istana Anak Bukit Alor Setar Kedah. Difahamkan sorang anggota Polis maut ditembak di muka dan dada.

Tak tahu apa sebab sampai berlaku tembak-menembak nie. Dengar citer suspek pun sorang anggota Polis gak. 

Korang leh baca news kat bawah nie.

Anggota polis Istana Anak Bukit mati ditembak

26 April 2012

ALOR SETAR - Seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, anggota berpangkat Konstabel, yang berasal dari Melaka mati di tempat kejadian.

Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai ditembak di muka dan dada menggunakan senjata jenis M-16.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kejadian tersebut disedari oleh seorang anggota lain, yang berada berhampiran tempat kejadian yang
terdengar bunyi seperti mercun.

"Bila anggota tersebut keluar dia nampak mangsa terbaring di hadapan pos pengawal dalam keadaan berlumuran darah dan suspek meninggalkan istana sejurus
kejadian berlaku dengan menggunakan kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.


Beliau berkata, polis telah menahan suspek berpangkat Lans Koperal di Simpang Empat, Perlis dipercayai di rumah isterinya kira-kira pukul 8.30 malam ini dan
dibawa ke sini untuk siasatan lanjut mengenai motif pembunuhan tersebut.

Ahmad berkata, suspek yang berusia 25 tahun baru sahaja ditugaskan di istana tersebut dua minggu lalu dipercayai menembak mangsa dengan menggunakan senjata jenis M-16 hasil daripada kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dan suspek bekerja bagi shift 3 petang hingga 7 malam.

Mayat mangsa dibawa keluar dari istana kira-kira pukul 7.40 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut
keluarga.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab telah
memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong untuk dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

"Tuanku Abdul Halim sedih dengan kejadian yang berlaku dan ini merupakan kali pertama kes tersebut berlaku sejak istana itu wujud pada 1936," katanya.

Seorang saksi yang tinggal berhampiran istana itu, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia terdengar bunyi beberapa das tembakan dan menyangka hanya bunyi
tembakan biasa kerana pihak istana memburu musang.

Dia hanya mengetahui kejadian tersebut ketika hendak mengambil gambar di depan istana. - Bernama

Thursday, 19 April 2012

Undang-Undang Baru - LARANGAN PENGGUNAAN NICKNAME DI INTERNET

Tadi aku ada terbaca kat forum pasal isu LARANGAN PENGGUNAAN NICKNAME DI INTERNET.

Haaaaaa!!!!! Apa macam undang-undang nie. Korang rasa ada ke yang follow nanti. Apa pasal tak suruh penggunaa internet letak NAMA PENUH, IC & ALAMAT terus masa nak online hehehehe

Tah ler. Aku sendiri pun tak berapa nak paham macam mana undang-undang nie boleh diluluskan.

Aku rasa sepatutnya pihak berkuasa perlu meningkatkan keperluan perkakasan, software, technology dan tenaga pakar untuk trace secara menyeluruh. Rasanya kaedah nie lebih berkesan.

Apa pandangan korang semua pasal isu nie.

KUALA LUMPUR: Dua Rang Undang-Undang iaitu Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 diluluskan oleh persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.  
Rang Undang-undang itu, termasuk pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang telah diluluskan semalam, adalah bagi melengkapi Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang turut diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 berkata penggunaan nama samaran ataupun ketanpanamaan oleh mana-mana pihak untuk melakukan jenayah siber menyukarkan tindakan diambil terhadap mereka.  
Justeru, katanya Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan internet.  
"Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran. "Itulah kita terpaksa meminda Akta ini supaya kita dapat mendakwa dan mentaksirkan kesalahan kepada mereka yang menggunakan nama samaran," katanya menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung isu tersebut.  
Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan pada bacaan kedua, Mohamed Nazri berkata penggunaan internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan masalah ketanpanamaan pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani jenayah siber dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat.  
Katanya pelbagai teknik digunakan oleh penjenayah untuk menyembunyikan identiti dan ada kalanya mustahil untuk menentukan punca sebenar sesuatu e-mel atau komunikasi elektronik yang lain.  
"Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya kesalahan jenayah dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung," kata beliau.  
Justeru, Nazri berkata tujuan peruntukan anggapan berasaskan 'owner-onus principle' adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu. Bagaimanapun, katanya pihak pendakwa raya yang ingin bersandar kepada peruntukan anggapan mesti membuktikan terlebih dahulu kewujudan fakta-fakta tertentu sebelum anggapan boleh dibuat terhadap seseorang.  
Pindaan pada Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkan pindaan pada Fasal 2 yang bertujuan menggantikan tarif komputer dengan takrif komputer yang baru yang lebih komprehensif dan selaras dengan takrif komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.  
Sementara itu, Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut memperuntukkan supaya memasukkan seksyen baru 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet.-BERNAMA

Wednesday, 4 April 2012

Petrol RON97 Naik Lagi 10 Sen Kepada RM2.90


Tengah malam tadi selepas 12:00am harga minyak petrol RON97 naik lagi 10 sen jadi ler RM2.90.....sib baik RON95 tak naik....kalau naik gak alamatnya bungkus ler kerajaan sediada nie.....rasanya tak mustahil lepas PRU13 nie harga minyak RON95 dan Diesel naik.....kepada pihak kerajaan cuba-cuba ler fikirkan prihatin dengan nasib rakyat sama.....jangan sampai rakyat menolak kerajaan sediada akibat perkara remeh macam nie....satu lagi cuba ler pegang pada janji....kalau dah kata tak naik tu jangan ler naikkan.....jangan bila dah nak dekat PRU janji tak naik.....dah lepas PRU lain lak jadinyer....terus naik ikut suka hati.....jangan sampai rakyat amik tindakan sendiri dah ler....tak pasal-pasal kecoh satu Malaya.....

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika dihubungi malam ini mengesahkan kenaikan harga itu.

Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini.

sumber : Bernama

Sunday, 23 October 2011

Marco Simoncelli Mati Kemalangan MotoGP Malaysia Dibatalkan



SEPANG: Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan, demikian diputuskan oleh penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports. 

Pembatalan acara MotoGP dibuat selepas kemalangan membabitkan penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli. - 

BERNAMA

Thursday, 13 October 2011

Gambar: Bali Indonesia Dilanda Gempa Bumi Berukuran 6.8 Skala Richter

Kesian dengan penduduk Bali Indonesia yang terlibat dengan gempa berukuran 6.8 Skala Richter. Alangkah bertuahnyer bumi Malaysia terletak jauh dari Lingkaran Api Pasifik. Itu pun kalau bumi Indonesia bergegar di Kepulauan Sumatera confirm Semenanjung Malaysia pun kena tempiasnyer.

Sib baik gempa kali nie takder ancaman Tsunami. Adakah bumi semakin sakit???? Teringat citer 2012.




Laporan Pemetaan Lokasi Gempa


Sumber Info Gempa:


KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda pulau Bali, Indonesia pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada 11.16 pagi di selatan pulau tersebut, 154 kilometer barat daya dari Denpasar dan 1,350km tenggara Kuching, Sarawak.

Gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu.

Sementara itu, menurut laporan agensi AFP, ahli seismologi mengesahkan gempa berkenaan menyebabkan keadaan panik di kawasan pelancongan berkenaan.

Jurucakap Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Endro Tjahjono berkata, situasi itu juga menyebabkan bangunan di ibu kota Denpasar, kepulauan selatan Bali retak.

Katanya, gegaran itu berlaku beberapa minit di daerah pelancongan utama Kuta.

“Suasana panik tercetus, orang ramai lari meninggalkan bangunan. Apabila kami kembali ke bangunan pejabat, kami lihat berlaku keretakan di dinding dan sebahagian daripada plaster dinding turut terkeluar,” katanya. - BERNAMA/AFP

Tuesday, 13 September 2011

MAS Dan Air Asia Taja Queens Park Rangers (QPR)

Perghhhhh MAS & Air Asia taja Queens Park Rangers (QPR) tu. Semoga tajaan nie akan membawa manfaat pada MAS & Air Asia. Mr Tony dah mula susun strategi pemasaran untuk MAS dan Air Asia melalui BPL. Sebelum nie Emirates taja Arsenal dan Ethihad taja Manchester City. Bagi aku penjenamaan melalui BPL nie boleh bawa keuntungan secara tak langsung pada MAS dan Air Asia. Bayangan bukan ribuan yang tengok BPL nie. Jutaan orang yang tengok game nie setiap hari baik LIVE atau siaran ulangan. Very good strategy. 


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia akan sama-sama menaja jersi Kelab Bolasepak Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana Barclay (BPL) bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013.

MAS akan menaja jersi pemain kelab itu bagi perlawanan di tempat sendiri dalam BPL itu, manakala tajaan AirAsia adalah bagi perlawanan QPR di tempat lawan dan jersi ‘ketiga’ pula bagi kedua-dua musim BPL yang serupa.

“MAS gembira dapat terlibat dengan peningkatan QPR ke Liga Perdana,” kata Pengarah Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Yusof.

QPR, yang 66 peratus kepentingannya dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, akan memakai jersi baharu bagi permainan di tempat sendiri, yang dihias dengan logo MAS itu buat kali pertama dalam perlawanan menentang Newcastle United di Stadium Loftus Road lewat malam ini.

Penajaan itu dianggap sebagai yang pertama dalam sejarah bolasepak profesional di dunia, yang menyaksikan dua syarikat penerbangan dari negara yang sama, bekerjasama menaja sebuah pasukan bolasepak, demikian dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin. “Penajaan jersi QPR bagi perlawanan di tempat sendiri (oleh MAS), dan penajaan jersi bagi permainan di tempat lain oleh AirAsia itu merupakan yang pertama bagi Liga Perdana Inggeris.

“Ia juga bagi meraikan rangka kerja kolaborasi MAS dengan AirAsia baru-baru ini,” kata Mohammed Rashdan.

Beliau berkata, penajaan itu yang merupakan inisiatif utama MAS dalam strategi pemasaran jenama baharunya akan membolehkan syarikat penerbangan nasional itu memperkukuhkan kedudukan perkhidmatan penuh dan francais premiumnya di peringkat global melalui peminat dan pencinta bolasepak dari selurun Eropah, Amerika, Asia Pasifik dan Australia.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, AirAsia juga berkata penglibatannya dengan sukan akan meningkatkan lagi kedudukan jenamanya memandangkan bolasepak merupakan sukan yang paling ramai penontonnya di seluruh dunia dan BPL pula diminati ramai di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif QPR, Philip Beard berkata: “Keupayaan memikat dua syarikat utama Asia untuk melibatkan diri bersama kelab bolasepak tersebut menunjukkan tarikan global yang ada pada QPR sebagai satu jenama. Beliau berkata, QPR amat positif tentang membina hubungan yang teguh dengan kedua-dua syarikat penerbangan untuk memperluas pendedahannya di Asia Tenggara dan selanjutnya.

“Ini merupakan kerjasama yang membanggakan bagi kelab ini dan membawa lebih banyak berita positif berikutan kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam beberapa minggu sejak pengambilalihan,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama MAS menggembirakan peminat BPL di Asia.

Ia merupakan penyedia rasmi perkhidmatan carter udara bagi Jelajah Asia Manchester United pada 2005 dan 2007. Ia juga penyedia rasmi perkhidmatan carter bagi Jelajah Asia pasukan Chelsea pada 2008 dan tahun ini.

Satu lagi pasukan BPL, Arsenal, juga menaiki penerbangan carter Malaysia Airlines bagi jelajah Asianya tahun ini.

SUMBER: BERNAMA

Monday, 5 September 2011

Gambar Kesan Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor Ditembak

Sedih sungguh aku tengok gambar Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor ditembak. Ada sekeping gambar yang diambil oleh jurukamera Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia. Korang leh tengok dengan jelas kesan tembakan pada atas baru kanan Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.



Besar kesan tembakan pada bahu beliau. Yang pastinyer peluru yang digunakan oleh penembak berkenaan pasti besar. Ada kemungkinan yang menembak nie adalah sniper atau penembak curi. Kalau tengok dari angle dan kesan tembakan bukan peluru biasa.

Nampak macam kesan tembakan peluru yang selalu digunakan oleh sniper. Tak tahu ler. Ini adalah andaian aku jer. Maybe 0.50 cal @ 300 Win Mag @ .308 Winchester @ 7.62×39mm (yang nie dipakai dalam AK-47). Jarak tembakan dalam lingkungan 50m - 250m dari sasaran. Sudut tembakan dari atas bangunan 30 - 50 darjah ke bawah.


Memang tembakan tahap maut nie kalau kena. Agaknya memang dah aim lama nie. Mungkin juga rutin perjalanan konvoi adalah dalam route yang sama. Selalunya dalam misi macam nie rutin route tak boleh sama. Kena diubah setiap masa. Lebih-lebih lagi dalam rutin konvoi. Selalunya sniper memang suka buat tembakan dalam keadaan rutin route yang sama. Mudah bagi diaorang nak buat marking, cari angle dan spot untuk lepaskan tembakan.

Aku yakin nie adalah keje sniper. Sebab takder tembakan rambang atau kesan bullet marking pada kenderaan konvoi lain. Hanya ada 1 spot bullet marking jer pada cermin penumpang di belakang. Kedudukan 1/3 spot pada cermin jeep konvoi jelas kalau kita tengok dari kesan tembakan.

Apa-apa pun perkara dah berlaku. Semoga Allahyarham Noramfaizul bersemadi dengan aman di sana.

AL-FATIHAH.

Sunday, 4 September 2011

Gambar Noramfaizul Mohd Nor Selamat Disemadikan (Al-Fatihah)


Tadi aku berkesempatan menghadiri majlis pengkembumian Allahyarham  Noramfaizul Mohd. Nor di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia. Alhamdullilah jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor telah selamat disemadikan. Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor merupakan orang taman aku. Rumah Allahyarham tak jauh dari rumah aku. Jadi aku ambil kesempatan nie untuk memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Aku ada snap beberapa keping gambar dan video untuk tatapan korang semua. Nampak wajah Allahyarham macam tidur jer. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan nie. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37 dan 2 orang putera yang comel Mohd Irfan, 8 dan Mohd Naufal 3. Anak Allahyarham memang comel. Korang leh tengok kat bawah nie. Sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor. 

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama para syuhada, orang beriman dan beramal soleh pada Allah S.W.T.

Semoga Noramfaizul Mohd. Nor bersemadi dengan aman di sana. 






































Saturday, 3 September 2011

Berita Terkini: Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd. Nor Terbunuh Ditembak Di Somalia

Salam Takziah kepada seluruh keluarga arwah Noramfaizul Mohd. Nor yang terkorban semasa menjalankan tugas sebagai Jurukamera Bernama TV di Somalia. Arwah maut akibat terkena tembakan dari peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusian Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia. 

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Noramfaizul Mohd. Nor. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh pada Allah.


NORAMFAIZUL BIN MOHD NOR - Berpengalaman luas dalam misi bantuan kemanusiaan bersama Kelab Putera 1Malaysia. dikenali dengan nama ZUL. Beliau seorang yang berpandangan tajam dan tidak mudah berpuas hati dengan hasil kerjanya. SUMBER


AL-FATIHAH

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.   

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More