TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Sinar Harian. Show all posts
Showing posts with label Sinar Harian. Show all posts

Tuesday, 19 February 2013

Amah Indonesia Yang Zalim Dipenjara 20 Tahun Amekawwww


KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah.

"Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya.

Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.

Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.

Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang.

Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba.

Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut".

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. - Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa...tahun-1.132663


Nie ler rupenyer wajah amah Indonesia yang kejam tahap "cipanzi"....amekawwww kan dah kena penjara 20 tahun......selamat beristirehat kat dalam tirai besi.....tahniah!!!!
 
Kali nie apa lak rakyat di Indonesia nak cakap lak pasal Malaysia.....tengok ler sendiri kekejaman amah diaorang.... 

Friday, 27 April 2012

Anggota Polis Istana Anak Bukit Kedah Mati Ditembak

Petang tadi aku dapat makluman berlaku kes tembak menembak kat dalam kawasan Istana Anak Bukit Alor Setar Kedah. Difahamkan sorang anggota Polis maut ditembak di muka dan dada.

Tak tahu apa sebab sampai berlaku tembak-menembak nie. Dengar citer suspek pun sorang anggota Polis gak. 

Korang leh baca news kat bawah nie.

Anggota polis Istana Anak Bukit mati ditembak

26 April 2012

ALOR SETAR - Seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit di sini maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, anggota berpangkat Konstabel, yang berasal dari Melaka mati di tempat kejadian.

Mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dipercayai ditembak di muka dan dada menggunakan senjata jenis M-16.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata kejadian tersebut disedari oleh seorang anggota lain, yang berada berhampiran tempat kejadian yang
terdengar bunyi seperti mercun.

"Bila anggota tersebut keluar dia nampak mangsa terbaring di hadapan pos pengawal dalam keadaan berlumuran darah dan suspek meninggalkan istana sejurus
kejadian berlaku dengan menggunakan kereta," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.


Beliau berkata, polis telah menahan suspek berpangkat Lans Koperal di Simpang Empat, Perlis dipercayai di rumah isterinya kira-kira pukul 8.30 malam ini dan
dibawa ke sini untuk siasatan lanjut mengenai motif pembunuhan tersebut.

Ahmad berkata, suspek yang berusia 25 tahun baru sahaja ditugaskan di istana tersebut dua minggu lalu dipercayai menembak mangsa dengan menggunakan senjata jenis M-16 hasil daripada kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian.

Katanya, mangsa dan suspek bekerja bagi shift 3 petang hingga 7 malam.

Mayat mangsa dibawa keluar dari istana kira-kira pukul 7.40 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut
keluarga.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab telah
memaklumkan mengenai kejadian itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong untuk dipersembahkan kepada Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

"Tuanku Abdul Halim sedih dengan kejadian yang berlaku dan ini merupakan kali pertama kes tersebut berlaku sejak istana itu wujud pada 1936," katanya.

Seorang saksi yang tinggal berhampiran istana itu, Jafiza Mohd Jaafar, 38, berkata dia terdengar bunyi beberapa das tembakan dan menyangka hanya bunyi
tembakan biasa kerana pihak istana memburu musang.

Dia hanya mengetahui kejadian tersebut ketika hendak mengambil gambar di depan istana. - Bernama

Wednesday, 4 April 2012

Pelajar Sekolah Menengah Projek Seksyen 11 Maut Di Panah Petir 3 April 2012


Salam takziah buat salah sorang pelajar dan pemain bola sepak Sekolah Menengah Projek Seksyen 11 Shah Alam yang baru saja meninggal dunia akibat di panah petir lebih kurang jam 3 petang tadi di Padang Bola Sepak UPM Serdang.

Rasa berita nie belum masuk paper atau mana-mana media lagi. 

Kebetulan aku ada kat situ masa kejadian. Baru kejap tadi dapat call pelajar nie dah meninggal dunia.

Salam takziah buat keluarga arwah. 

P/S: Hati-hati dengan kilat dan jangan duduk bawah pokok masa hujan dan ribut petir. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang nie musim hujan dan petir berdentum sana sini.

Pelajar maut disambar petir
NURFARHANA ABD MANAN
3 April 2012
SERDANG – Seorang pelajar yang menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop, masing-masing berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing-masing.
Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yang turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru.
“Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yang memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir.
“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang daripadanya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.
Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya lagi kepada Sinar Harian.

Friday, 20 January 2012

Ally Iskandar Dan Farah Lee Selamat Diijabkabulkan - Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru Buat Ally Iskandar & Nurfarahin Romli. 
Semoga berbahagian sehingga ke akhir hayat.


Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 kini sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli, 22, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.

Pasangan ini dinikahkan tepat jam 10.00 pagi tadi oleh Tuan Haji Mohd Abu Bakar, Jurunikah Kampung Atas Tol, dengan mas kahwin RM250.

Tanpa mendedahkan wang hantaran, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Sementara, Ally menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan. Antaranya sepersalinan pakaian lelaki, manisan, sejadah dan jubah, bunga rampai dan iPhone.

Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah ini turut mendapat liputan secara langsung di TV3.

Friday, 30 December 2011

Ngeri!!!!! Shuhaimi Mohamad Ariffin Maut Dalam Mesin Pengisar

AWAS!!!! 
VIDEO INI MENGANDUNGI PAPARAN YANG MENGERIKAN. PERTIMBANGAN KORANG SEMUA AMAT DIPERLUKAN SEKIRANYA INGIN MENONTON VIDEO INI.


Semoga arwah Shuhaimi Mohamad Ariffin ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh pada Allah SWT.

AL-FATIHAH



Maut dalam mesin pengisar
Oleh : NURUL MAZWANA HAMDAN
Tarikh : December 29, 2011


TAIPING – Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit di sebuah kilang di Kampung Padang Gajah, di sini semalam.

Lebih malang, mayatnya terpaksa diangkat dan dimasukkan ke dalam beberapa beg plastik kerana keseluru-han badannya hancur.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, mangsa, Shuhaimi Mohamad Ariffin, 38, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dipercayai telah menutup suis mesin berkenaan untuk dicuci.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba mesin berkenaan bergerak dan menyebabkan mangsa tergelincir lalu jatuh ke dalam mesin tersebut.

“Hanya mangsa berada di dalam kilang ketika kejadian sebelum disedari rakan sekerja mangsa yang berada di luar kilang yang mendengar jeritannya,” katanya.

Yusof berkata, difahamkan seorang pekerja warga Bangladesh cuba memberhentikan mesin untuk menarik mangsa keluar tetapi gagal.

Beliau berkata, mayat mangsa dikeluarkan pasukan jabatan bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan.

Difahamkan, anggota bomba mengambil masa satu jam untuk keluarkan mayat mangsa yang hancur dalam mesin berkenaan.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Azimi Mohamad Ariffin, 39, berkata, dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa adiknya itu pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan penduduk kampung.

“Saya terus ke tempat kejadian untuk melihat keadaan adik, namun dia tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah di seluruh badan,” katanya.

Saturday, 24 December 2011

Khir Toyo Dihukum Penjara 12 Bulan

Akhirnya Dr. Khir Toyo didapati bersalah juga dan akan dipenjarakan selama 12 bulan. Nak tahu lebih lanjut leh baca kat bawah nie ek.

Khir Toyo dihukum penjara 12 bulan
Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 23, 2011


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More