TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Sunday 31 July 2011

Apa Itu Puasa? Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah

PUASA
Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah

Ertinya:


Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.


Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.

 
Dalil

Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:



Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa



Wajib Puasa:


1) Islam

2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur
4) Telah melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan bulan Sya’ban 30 hari.

Sah Puasa:


1) Beragama Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.

2) Suci dari haid dan nifas.
3) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari Syak (30hb Sya’ban).

Rukun Puasa:


1) Niat, di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.

2)
3) Meninggalkan semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Membatalkan Puasa:


Sekiranya


1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.

2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).
 
Pantang-larang puasa:

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).


1) Berdusta, berbohong.

2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.

Rasulullah s.a.w. bersabda:


Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.

(Hadis menurut Sahih Muslim)

Sunat-sunat Puasa:


1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.

2) Makan sahur walaupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.

3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.

4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
Cool Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa:


1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.

2) Orang sakit, wajib di qada’.
3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.

Bacaan Niat Puasa:


1) Lafaz niat puasa Fardhu Ramadhan


“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.


Bacaan Hendak Berbuka Puasa:


“Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”(Petikan dari Risalah Siri (11) : Sembahyang Tarawih, Terbitan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri (1981) – Cetakan Ketiga)



SEMBAHYANG TARAWIH


1. Hukum Sembahyang Tarawih:

a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.

2. Waktu Sembahyang Tarawih:

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.

3. Rakaat Sembahyang Tarawih:

a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma’mum kerana Allah Taala


5. Rukun Sembahyang Tarawih

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.

SEMBAHYANG WITR


1. Sembahyang Sunat Witr


a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.

b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr
i- bagi dua rakaat yang pertama:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr dua rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.


ii- bagi rakaat yang akhir:


Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Witr satu rakaat ma’mum kerana Allah Ta’ala.


d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca doa Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.

Selamat Menyambut Ramadhan Dan Selamat Berpuasa



Aku & seluruh keluarga mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Dan Selamat Berpuasa pada semua visitor yang sudi meluangkan masa di blog Dezaman Cottage. Semoga Ramadhan pada kali ini akan membawa seribu Rahmat kepada kita semua. Selamat Berpuasa Dan Selamat Menunaikan Solat Tarawih.

Selamat Berpuasa Dari Dezaman Cottage

Khairul Fahmi a.k.a Apek Dan Elia a.k.a Jejari Runcing Putus Tunang????

Biar betul apa yang aku baca nie?????? Nampaknyer dah takder jodoh untuk diaorang berdua mengikat talian sebagai suami isteri. Dah tersurat ikatan pertunangan diaorang putus dipertengahan jalan. Harap diaorang berdua dapat menghadapi dugaan nie dengan tabah dan berjumpa dengan pasangan yang sesuai kelak.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
 
SUMBER: Harian Metro

Mohor Besar Raja-Raja Umum Esok 1 Ogos 2011 Bersamaan 1 Ramadan 1432H Bermula Puasa

Esok dah mula Puasa wehhhh!!!!! Bestnyer malam nie dah mula Solat Tarawih.....JOM KITA GIE TARAWIH.....

KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, sebentar tadi mengumumkan esok, 1 Ogos bersamaan 1 Ramadan , sebagai permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia.

SUMBER:
BERITA HARIAN

Misi Memburu Patin Sg. Dengkil - GAGAL

Ingat lagi post entry aku Jumaat baru-baru nie....nampaknya misi memburu Patin Sg. Dengkil GAGAL.....keadaan cuaca sebelah petang hingga tengah malam memang elok.....hanya keadaan arus sungai yang deras dan banyak sampah sarap yang "berkeliaran sana sini" sepanjang Sg. Dengkil membuatkan sesi memburu menjadi buntu huhuhuhu......

Akhirnya lewat jam 3 pagi nampak langit menghitam dan angin sejuk datang dengan tiba-tiba......apa lagi kena pack semua "alatan perang" secepat mungkin sebab hujan dah nak turun.....sib baik sempat kemas semua barang-barang sebelum hujan sampai......masuk jer dalam keta terus hujan lebat....apa leh buat takder rezeki untuk penutup sesi memancing bulan nie sebab bulan Ramadan akan tiba tak beberapa jam lagi......so elok ler stop jap bulan puasa nie.....kita repeat balik lepas raya nanti.......semoga ada hasil dari dasar Sg. Dengkil......
 
lokasi tapak camp Abu Sayyaf...


Aku sedang mencuba nasib....



keadaan air sungai yang melimpah ruah...


Berita Terkini : Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz @ Aleesha Farhana meninggal dunia

 
Sedih dapat perkhabaran berita melalui media Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz @ Aleesha Farhana telah meninggal dunia semalam akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah. Marilah kita bersama-sama sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah Mohd Ashraf yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya setiap insan pasti akan kembali kepadaNya. Hanya masa saja yang menjadi penentu segala-galanya. 
 
Maybe sekejap lagi, maybe malam nanti, maybe esok, maybe lusa, maybe minggu depan, maybe bulan depan maybe tahun depan....yang pasti kita tak berupaya untuk mengetahuinya. Hanya Yang Maha Pencipta saja yang tahu bila kita akan kembali padaNya.

Jadi sama-samalah kita tingkatkan amal ibadah kita lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendekatikan diri pada Allah sebelum dijemput oleh Malaikat Izrail untuk bertemu Yang Maha Esa. AL-FATIHAH buat saudara Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz.

KUALA TERENGGANU 30 Jun - Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam.

Allahyarham dilaporkan mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya menukar nama ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Sementara itu, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu kini telah tiada.

Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia, awal pagi tadi.

Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, jam 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Shahrizat berkata, kementerian sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

"Kita dari mula lagi rasa prihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang," katanya sebaik tiba di pejabat Wanita Umno di Menara Datuk Onn di sini, sebelum mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu.

"Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba," tambahnya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka dapat bersabar dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.

"Kita harap keluarganya menerima takdir ini dengan hati terbuka dan jika keluarganya memerlukan bantuan, diharapkan dapat menghubungi saya (Shahrizat) atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin," katanya.

Menurut beliau, ajal yang telah ditentukan Allah tidak memungkinkan pihaknya yang menawarkan bantuan bimbingan kepada Mohd Ashraf dapat ditunaikan kerana pemergian mengejutkan itu.

Allahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lalu dan menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.
 

Saturday 30 July 2011

Trailer The Avengers 2012 (Gabungan Superhero)

Perghhhhh tadi aku saya search kat youtube terjumpa lak pasal citer nie......mesti menarik wehhhhh.....tak sabar nak tunggu kemunculan THE AVENGERS kat panggung wayang 2012 nanti.....mesti gempakkkk giler....sapa agak-agaknyer akan jadi team baik dan team jahat ek hehehehe.....nantikan kemunculan 2012 nanti.....korang layan trailer dulu ler yer.....

Isu Astro: Rais Perlu Letak Jawatan!


Kemelut kenaikan caj perkhidmatan Astro sudah lama diperkatakan tetapi apa yang dibuat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Rais Yatim- tiada!


Senang cakap macam ni sajalah, Rais selaku menteri telah gagal mengawal satu-satunya stesen televisyen swasta berbayar di negara ini, ASTRO All Asia Networks Plc (Astro), yang menafikan kepentingan rakyat dengan menaikkan harga pakej-pakej langganannya baru-baru ini.


Sebagai seorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjaga kepentingan rakyat dari kerakusan dan ketamakan ‘taikun’ bidang penyiaran seperti Astro, Rais sepatutnya bertindak tegas menghalang stesen televisyen tersebut dari membebankan rakyat.


Rakyat mungkin mampu memahami kenaikan harga minyak petrol, tarif elektrik dan beberapa harga barang ekoran tanggungan Kerajaan terhadap subsidi yang sangat tinggi serta kenaikan bahan mentah itu di pasaran dunia.


Namun, rakyat tidak langsung dapat menerima kenaikan tarif harga pakej perkhidmatan Astro yang memonopoli majoriti hak penyiaran utama di negara ini dan mendapat keuntungan ratusan juta.


Sebelum ini, Astro begitu berbangga mengumumkan keuntungan sebelum cukai RM430.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2010, berbanding kerugian RM372.37 juta tahun sebelumnya.


Pencapaian itu bersandarkan pendapatan yang meningkat 9.66 peratus kepada RM3.26 bilion, daripada RM2.97 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Januari 2009.


Selain itu, Astro juga mempunyai seramai hampir tiga juga pelanggan seluruh negara dan mereka begitu setia melanggan siaran stesen televisyen berbayar itu lebih dari sepuluh tahun.


Justeru itu, wajarkah Rais membenarkan Astro ‘membuli’ pelanggan-pelanggan yang juga merupakan rakyat negara ini, dengan menaikkan harga pakej-pakejnya sebagai ‘penghargaan’ kepada kesetiaan mereka?


Sewajarnya, sebagai seorang Menteri yang memilik autoriti yang diamanahkan rakyat untuk menjaga kepentingan mereka, Rais harus bertindak tegas dengan memaksa Astro mengekalkan tarif caj perkhidmatan mereka atau berdepan dengan penarikan hak penyiaran di negara ini.


Rakyat yang rata-ratanya pelanggan Astro merungut, mengecam dan mengutuk tindakan stesen televisyen itu menaikkan harga pakej perkhidmatan, namun semua itu tidak pun diendahkan oleh Astro.


Malah, Astro telah melakukan penyelarasan harga pakej mereka dan memberi alasan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersetuju dengan tindakan mereka itu.


Jadi, kepada siapakah yang harus rakyat suarakan rintihan dan rungutan mereka yang di’buli’ jika tidak kepada Rais? Tidakkah Rais rasa bersalah melihat rakyat tertekan dan rasa di’buli’ disebabkan oleh tindakannya yang tidak tegas terhadap Astro?


Atau, wajarkah Rais marah dan tersinggung sekiranya ada suara yang meminta beliau meletakkan saja jawatannya kerana gagal menjaga kepentingan rakyat?


Terserah kepada Rais untuk menentukannya.


Pisau dan timun ada ditangannya. Kita lihat sama ada beliau akan memotong timun atau terpotong jarinya?


Sumber :
http://mynewshub.my/

Friday 29 July 2011

This Is Hijab And This Is Not Hijab - Jom Kita Sebarkan

Aku dapat poster nie dari blog ww.muzir.wordpress.com. Aku suka ngan artikel jadi aku nak kongsi ngan korang semua. Diharapkan semoga korang semua terutama wanita akan dapat memahami apa itu HIJAB yang sebenar-benarnya????
 
Cara Yang Betul

Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:
  1. Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan. 
  2. Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
  3. Mestilah kainnya tebal. Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
  4. Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
  5. Tidak berwangi-wangian.
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  8. Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.
Semoga dengan kalian menepati kesemua ciri-ciri berpakaian di atas, keredhaan ALLAH dan kasih-sayangNYA melimpahi diri kalian, amin…
 
Cara Yang Salah

Berikut pula disenaraikan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai wanita-wanita Muslimah samada mereka sedar atau tidak:
  1. Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh. 
  2. Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
  3. Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
  4. Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
  5. Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
  6. Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
  7. Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.
Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar saudara-saudara Muslimah kita semua dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya. Bukan mereka semua sengaja mahu langgar, tapi kadang-kadang akibat salah faham dan pengaruh sekeliling, maka mereka keliru dan jauh dari petunjuk agama.

Atas dasar ukhwah Islamiyyah (persaudaraan kasih sayang dalam Islam) dan nasihat-menasihatilah, maka tulisan demi tulisan, teguran demi teguran dibuat. Supaya saudara Muslimah kita faham dan seterusnya dipeliharai ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

Jika benar ALLAH yang kalian sayang dan kasih, ikutlah cara yang ALLAH sukai. Janganlah kerana mahukan perhatian dan pujian orang ramai, kalian langgar perintah ALLAH dan membuatNYA murka. Semoga ALLAH menyayangi kita semua, amin.

WAllahu Ta`ala A`lam.

SUMBER: www.muzir.wordpress.com

Misi Memburu Patin Sg. Dengkil

Jap lagi dalam kul 6 ptg aku ngan beberapa orang kawan yang memang kaki pancing tegar ada misi khas memburu Patin Sg. Dengkil. Harap dapat ler merasa penangan sang patin Sg. Dengkil. Dah lama sebenarnya aku tak mancing ikan air tawar nie. Selalu layan mancing ikan laut dalam. 

So hari nie nak cari kelainan sikit aktiviti mancing ikan air tawar. Misi memancing penamat sebelum puasa tahun nie. Mana tahu leh rezeki baiknyer dari perut Sg. Dengkil nie. Leh ler buat lauk untuk bulan puasa hehehehe. Best oooooo kalau masak ikan patin pancing nie lebih-lebih lagi kalau dibuat masak lemak tempoyak pucuk ubi ikan patin perghhhhh meleleh air liur hehehehe.

Harap ada ler rezeki hari nie. Nanti ada hasil aku update dalam blog nie yer khas untuk korang semua. Seperti biasa korang layan jer gambar kat bawah nie hasil yang kawan aku dapat masa mancing kat Sg. Dengkil. Korang layan jer lah yer......


Laserman Dikesan Anda Telah Mencemarkan Perlawanan Malaysia vs Singapore

Gambar Ehsan: Rilekslah.com

Semalam masa game ada lak individu tak bertanggungjawab yang pancarkan laser pada penjaga gol Singapore. Adoiiiiiyaiiiii kerana ko pancar laser abih game tergendala rugi masa pada team Malaysia.

Sekarang nie identiti laserman dah dikenalpasti. Kan dah tak pasal-pasal orang snap gambar ko. Jangan ler kerana kes laser nie nanti kang media-media asing cop penyokong Malaysia nie sebagai "LASERMAN".

Trend Wanita Bertudung Hisap Rokok......Apa Pandangan Korang????

Sekarang nie korang semua perasan tak makin ramai wanita yang bertudung dengan tanpa segan silu mula hisap rokok secara terbuka depan umum. Bayangkan selama nie semua orang beranggapan imej orang yang bertudung nie sinonim dengan status "Perempuan Melayu Terakhir"???? Adakah Perempuan Melayu makin layu dengan peredaran zaman dan trend????? Tah ler.....aku sendiri pun tak tahu nak jawap. 

So apa pandangan korang semua pasal isu dan trend semasa nie ek....cuba korang story sikit nak gak aku tahu reason disebalik trend nie......so harap semua orang tak emosi dalam hal nie ek.....





 

Safee Sali Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Tadi aku ada terbaca kat MYNEWSHUB Safee Sali mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kekalahan team Harimau Malaya dengan team "1% Singaporean". Bagi aku Safee dah main sebaik mungkin dalam game malam tadi. Lebih-lebih lagi ketiadaan partner gandingan mantap iaitu Norshahrul Idlan yang masih injure & Shafiq Rahim yang kena RED CARD di "1% Singaporean".  

Kita boleh nampak dengan jelas seakan-akan team Harimau Malaya hilang arah tumpuan dalam game malam tadi dengan ketiadaan Shafiq sebagai Kapten Harimau Malaya. Apa-apa pun tahniah pada Skuad Harimau Malaya sebab terus main bermati-matian menentang "1% Singaporean". Takper kita cuba lagi pada masa akan datang.

KUALA LUMPUR- Penyerang terhebat negara, Safee Sali memohon maaf kepada penyokong Malaysia atas kegagalan skuad Harimau Malaya melangkah ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014.

Dalam nada yang sedih dan nyata kecewa, Safee memberikan reaksi demikian ketika ditemuramah wartawan RTM sebaik permainan berakhir.

“Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau melihat pasukan pertahanan telah gagal memainkan peranan yang berkesan dalam perlawanan timbal balik dengan Singapura itu.

Safee merupakan penyumbang gol tunggal Malaysia dalam pertemuan yang berkesudahan dengan keputusan 1-1. Malaysia bagaimanapun tewas dengan kiraan aggregat 6-4.

Sementara itu, Jurulatih negara, Datuk K Rajagobal meluahkan rasa terkilan dengan sikap tidak profesional pemain negara jiran yang dilihat terlalu banyak berlakon dalam pertemuan itu.

“Setiap kali ada kecederaan, mereka melengahkan masa dan ini mengganggu rentak pemain kita,” katanya.

Beliau juga yakin, pengalaman bermain malam ini mematangkan para pemain dan membawa pengajaran penting kepada pasukan negara.

Oleh: Arshad Khan

Thursday 28 July 2011

LIVE Streaming : Malaysia vs Singapore 2011 Bukit Jalil

SAKSIKAN LIVE STREAMING 
MALAYSIA VS SINGAPORE 28 JULY 2011 
DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL


Live video from your Android device on Ustream

Siapakah Yang Layak Jadi Penjaga Gol Utama Skuad Bola Sepak Harimau Malaya Khamis Nie????

Meh kita vote sapa yang korang rasa layak jadi penjaga gol utama Skuad Bola Sepak Harimau Malaya yang akan menentang Singapore hari khamis nanti????? Sorang leh vote sekali jer. Kalau nak vote tengok kat sebelah kanan atas yer. Vote jangan tak vote.

Rezeki Pagi Khamis


Alhamdullilah pagi nie aku nak hantar sebahagian Tasbih Mutiara (Pearl) yang dah diorder oleh pihak Tabung Haji. Terima kasih terhingga atas kesudian pihak Tabung Haji sebab sudi amik produk yang dihasilkan oleh kami. 

Dah 2 hari berturut-turut betungkus lumus nak siapkan order untuk Tabung Haji khas untuk pelanggan diaorang. Insyallah Isnin atau Selasa depan akan siap semua order. Dapat ler sikit duit poket untuk belanja raya nanti hehehehe.

Nanti aku upload gambar hasil kerja tangan 100% handmade sepenuhnya dari awal proses buat tasbih sampai ke finish good khas untuk korang semua. Mana tahu korang yang bujang-bujang nie nak kawin nanti leh order untuk buat hadiah masa majlis perkahwinan ke tunang ke. Kalau yang nak kawin lain pun leh order gak hehehehehe. Tak pun kalau korang ada event untuk syarikat ke atau apa-apa jer majlis yang perlukan door gift yang lain dari lain leh ler cuba try test order Tasbih Pearl keluaran kami hehehehe.

Insyallah hasil kualiti produk dijamin bermutu tinggi. Kalau tak mustahil pihak Tabung Haji sanggup amik kan. Apa-apa pun terima kasih sekali lagi pada Tabung Haji sebab sudi amik produk 100% handmade dari kami. Lepeh nie meh ler order lagi. Kalau korang nak tengok contoh produk Tasbih Pearl leh klik kat link di bawah nie:-

Wednesday 27 July 2011

Harimau Malaya Bakal Mengaum Membaham Sang Singa Khamis Nie


Perghhhhh dasat sungguh penanggan bola sepak Malaysia sekarang nie......penyokong bagaikan kena histeria sejak dua menjak nie.....asal jual tiket jer confirm abih licin laris macam pisang goreng.......mana taknyer bila Team Malaysia Skuad Harimau Malaya makin menunjukkan belangnya.....

Aku respek ngan team bola sepak Malaysia sebab ada peningkatan yang begitu hebat sekarang nie.....aku dapat rasakan kegemilangan dan semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh pasukan bola sepak Malaysia sekarang hampir sama dengan zaman arwah Super Mokh dulu-dulu.....korang kenal tak sapa tu SUPER MOKH????? Legend tu wehhh.....korang tengok video kat bawah nie kalau nak tahu pasal Super Mokh.....


Aku harap Skuad Harimau Malaya akan main habis-habisan menentang Singapore.....kita mesti menang!!!!! Jom kita ramai-ramai berikan sokongan padu pada Skuad Harimau Malaya.........GO MALAYSIA!!!!!

Serius Coolllll.....Video Awek Nyanyi Acapella Lain Dari Yang Lain

Serius cooolllll aku cakap kat korang semua......bagi aku awek nie boleh dikirakan sebagai terer ler leh edit video acapella nyanyi sorang-sorang macam nie.......korang tak caya korang tengok ler......seriussss cooollllll!!!! THUMB UP!!!! Korang layan jer lah yer.....



Malaysia vs Singapore - Bukit Jalil !!!!!!!! Aku Datang Esok......GO MALAYSIA!!!!! Tiket Dah Abih Daaaa


Semalam aku dah amik tiket untuk game Malaysia vs Singapore Khamis nie kat Stadium Nasional Bukit Jalil......sib baik aku beli kat tiket secara online......kalau aku beli terus kat stadium confirm aku kecewa heheehehe.....tak sabar sehhhh nak tengok Skuad Harimau Malaya baham Skuad Singa Tiruan hehehehehe......peduli apa aku ngan Singa Tiruan.....betul per player diaorang ramai tiruan....apa barang amik player import main untuk national team!!!! Kalau berani turun semua player tempatan ler wehhhh!!!!


Perghhhhh bukan main provokasi lagi aku nie ek hahahaha......semangat nieeeee.....mana leh tahan wehhhh dan lama aku tunggu saat kegemilangan macam nie......last sekali masa era SUPER MOKH.....semoha semangat kegemilangan nie akan berkekalan selamanya dalam sanubari semua player......

Semalam masa beli tiket kecoh kat kaunter Stadium Bukit Jalil......ramai tak puas hati sebab tak dapat beli tiket hehehehe sib baik aku dah beli secara online.....dengar lak tadi 85,000 tiket dah clear licin....dasat tu....apa-apa pun aku dah selamat beli tiket hahahaha.......Bukit Jalillllll!!!!!! Aku Datang Esokkkk......GO MALAYSIA!!!!!

Aku ada amik beberapa shots gambar kat stadium masa beli tiket khas untuk korang semua......so korang layan jer lah yer......





Wartawan Astro Awani interview salah sorang penyokong Malaysia yang gagal untuk dapatkan tiket.....



Betul Ke Khairul Fahmi a.k.a Apek Ada Hubungan Dengan Awek Lain?????

Adoiyaiiiiiii......tak tahu le kesahihan citer nie....hanya Allah, Apek dan sipolan-sipolan berkenaan jer tahu kebenarannyer.....aku dapat info nie dari blog Beautifulnara masa tengah search kat google pasal Khairul Fahmi a.k.a Apek.....tup tup aku jumpa pasal nie kat blog tu......adoiyaiiiiii

Harap berita nie tak benar dan hanya spekulasi.....memandangkan Apek adalah penjaga gol harapan Malaysia.....takut kang kerana gosip-gosip liar macam nie boleh down performance Apek pada masa akan datang.......sapa yang rugi????? Dah tentu skuad Harimau Malaya yang akan terima tempias dan akibatnyer nanti sebab tonggak benteng akhir ada masalah leh kacau keseluruhan game wehhhhh!!!!

Tah ler yer.....maybe betul gak ler kot macam orang selalu cakap "bila dah jadi glamour nie mula lupa diri".....betul ke statement nie ek.....aku harap Apek tak macam tu......aku hanya mampu pesan pada Apek tu pun kalau dia baca kat blog banggang nie la hahahahaha..... "Jangan disia-siakan usia muda dan bakat yang dah Allah berikan pada bro......bro ada potensi untuk terus maju lebih jauh dalam dunia bola sepak.....teruskan usaha bersungguh-sungguh pasti kejayaan milik bro".

Nasihat yang aku leh bagi pada tunangan Apek si Jejari Runcing......"Harap bersabar kuatkan iman dan terus tingkatkan semangat.....jangan rasa takut menghadapi dugaan yang mendatang.....teruskan juga  usaha untuk support Apek dan berikan nasihat membina pada dia......insyallah Allah akan bersama-sama orang yang bersabar dengan dugaanNya".

Disclaimer: Kebenaran cerita ini tidak dapat diketahui kesahihannya 100%. Info diambil daripada forum Cari dan forum Aper

Benar atau tidak wanita di atas benar-benar mempunyai hubungan dengan Khairul Fahmi tidak dapat disahkan. Ini adalah info daripada sumber-sumber yang dimaklumkan di atas. Berdasarkan luahan Facebook Jejari Runcing di bawah, nampak memang benar hubungan mereka berdua ada isu tersendiri.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Isteri Sheikh Muszaphar Lahir Bayi Menerusi Kaedah Bersalin Dalam Air

Tahniah khas buat Sheikh Muszaphar sebab kini beliau dah bergelar seorang bapa. Anak dia memang comel saling tak tumpah macam muka dia. Mana tau anak dia pun bakal jadi angkasawan gak lepeh nie hehehehe. Semoga beliau menjadi ayah yang terbaik untuk anaknya. Tahniah Bro!!!!



SOPHEA ISABELLA

KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.

Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau. 

Tuesday 26 July 2011

Khas Untuk Pompuan Jer - Tips Elak Kena Rogol

Aku tengah layan forum tadi sekali jumpa satu thread nie yang menarik untuk aku kongsi ngan korang semua.....menarik gak cara tuan thread nie nak sampaikan message dalam bentuk kartun dan humors....so seperti biasa korang layan jer lah yer.....

Heh.. macam biasa entry ni untuk perempuan, jantan dengan lelaki lembut boleh ambik iktibar.. har har har..So apa cara paling betul untuk elak kena rogol? Untuk jawab soalan ni, gua kena berfikir sebagai seorang lelaki yang mahu merogol perempuan.. kalau lah gua ni perogol, apa yang membantutkan nafsu syahwat gua untuk merogol? Kalau je okeh.. grrr

Belajar silat

Hakikatnya belajar silat, karate atau menatam apa sekalipun tidak akan membantu ketika dirogol.. cuba ambik contoh ni.. hari-hari korang baca quran.. tiba-tiba suatu malam korang jumpa hantu, gua gerenti semua orang lari laju-laju.. haha.. time belajar silat boleh la yihaa yihaaa kan? jadi nasihat gua jangan belajar silat..

Dah tu? Apa cara untuk elak dirogol?

Kencing ketika dirogol
lelaki mana yang nak rogol kalau dah ada air kencing? Hancing tahu? Air kencing sendiri pun gua tak pernah pegang, inikan nak sentuh air kencing orang lain..

Simpan bulu banyak-banyak
Kalau lah gua ni seorang perogol, gua geli dengan bulu-bulu ni.. jadi, start dari sekarang, anda sebagai wanita yang takut dirogol sila lah simpan..jadi apa salahnya mencuba simpan bulu, ye dak?

Pakai Kotex setiap hari

Kalau lah gua ni perogol, gua tak nak rogol perempuan yang sedang haid.. kotor tahu kotor? Tapi, sebagai seorang lelaki, macam mana gua nak tahu beliau sedang haid ataupun beliau suci bersih???? Jawapannya mesti la gua tak tahu!!! Har har har…

Yang gua tahu kalau pakai Kotex mesti la haid.. ye dak? Jadah apa orang pakai kotex saje-saje kan? Nak tadah air kencing? Tak logik la pulak.. Jadi bila lelaki nampak kotex beliau akan assume anda datang haid.. bijak tak gua??

Dah la.. kalau lah gua ni perogol, benda-benda ni la yang membantutkan semangat gua untuk merogol.. cara ni lebih efisien, jimat, dan amat berkesan di waktu kecemasan… kalau je okeh, tak ada niat pun gua nak jadi perogol.. grrr Tapi kalau dah buat semua ni tapi dia rogol jugak nak buat macam mana ??? 
 

Keputusan Pemenang Contest Saya Sayang Family Saya


Dengan lafaz

 Dengan ini aku mengumumkan keputusan pemenang Contest Saya Sayang Family Saya seperti di bawah:-

TEMPAT PERTAMA :

http://famollylifestyle.blogspot.com/


TEMPAT KEDUA:

http://alycia-dan-contest.blogspot.com/

TEMPAT KETIGA:

http://along-nidar.blogspot.com/


Hadiah-hadiah yang tawarkan adalah:-


Tempat Pertama:

Wang Tunai RM50.00 + Hadiah Misteri Bernilai RM40.00 + Free 3000 Blogwalking + Bloglist

Tempat Kedua:
Wang Tunai RM30.00 + Hadiah Misteri Bernilai RM30.00 + Free 3000 Blogwalking + Bloglist

Tempat Ketiga:
Hadiah Misteri Bernilai RM30.00 + Free 3000 Blogwalking + Bloglist


Untuk rujukan senarai penuh peserta boleh rujuk di link bawah ini:- 

 Senarai Penuh Peserta Contest Saya Sayang Family Saya
  
Tahniah Buat Semua Pemenang. Korang Akan Dihubungi Oleh Admin Dezaman Cottage Melalui Email.
Sekian Dimaklumkan. 

Alamak Google Nak Delete Blog????? Adoiyaiiiiii.....



Tadi aku singgah kat blog bro bertubuh sasa sapa lagi kalau bukannyer BEN ASHAARI. Adoiyaiiii hangin gak dengar kabar berita yang leh buat semua blogger mengamuk. Dengan kabarnyer google akan delete blog yang mana blogger suka tinggalkan URL link kat ruangan komen. Sebagai google beranggapan blogger telah melakukan spam adoiiyaiiiii. Macam mana nie????? Habis ler blog yang femes riban-riban visitor kena delete akaun blog diaorang huhuhuhu.

Macam tu dah tak leh nak buat segmen lagi ler lepeh nie. Pulak dohhhh!!!! Nampak gayanyer nak kena ubah platform ler lepeh nie. Platform mana yang tak melibatkan google yer???? Kalau korang tahu habaq mai kat chek satttttt

Tah ler aku sendiri pun tak berapa nak paham pasal isu nie. Kalau korang nak tahu leh tengok kat blog BEN ASHAARI atau IZZATI LIYANA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More