TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label ASTRO. Show all posts
Showing posts with label ASTRO. Show all posts

Friday, 13 January 2012

Video Lawak Antarabangsa Live Astro Awani - "Haris!!! On Air..."

Sumber Gambar: http://fitrihadi.com/

Hahahahahahahaha!!!!! Lawak siot sampai nak kuar air mata aku tengok video nie. Tengah syok Pembaca Berita Astro Awani On Air tiba-tiba muncul dengan slumber jer rakan dia bawa masuk dokumen sampai terhalang Pembaca Berita tu nak teruskan berita yang nak disampaikan hehehehehe.




Memang kelakar habis. Cuba bayangkan tengah On Air leh kena lindung macam tu. Antara dialog yang aku dengar "…perlawanan berlangsung semalam manchester city…Haris, on air!!” hahahaha tak pasal-pasal satu Malaya kenal Si Haris nie kekekeke.

Harap pihak Astro tak amik tindakan yang tak tentu hala kat Si Haris nie. Kesian kat dia. Maybe dia terlupa agaknyer. Apa-apa pun "Ko Memang Lawak Ler Haris.....hahahaha". 

Saturday, 31 December 2011

Tahniah OSBON Juara Maharaja Lawak Mega 2011

TAHNIAH OSBON 
JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2011



Aku amik kesempatan nie untuk ucapkan sekalung TAHNIAH pada OSBON di atas kemenangan sebagai JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2011. Tahniah juga pada BOBOI yang dinobatkan sebagai NAIB JUARA kerana berjaya menjadi pesaing yang mantap pada OSBON. Tidak lupa juga pada SAEHU ditempat ke 3 dan SYOK ditempat ke 4.

Memang mantap persembahan Final Maharaja Lawak Mega hari nie. Persembahan OSBON dan BOBOI yang bersahaja amat memukau setiap penonton di Stadium Melawati Shah Alam dan juga penonton di rumah. Seluruh penonton Maharaja Lawak Mega pasti merindui saat kegembiraan dengan aksi-aksi lucu yang dipersembahkan oleh OSBON dan BOBOI.

KAMI AKAN MERINDUI OSBON & BOBOI.

TAHNIAH SEKALI LAGI.

GOOD JOB OSBON & BOBOI.

Sunday, 4 December 2011

Adakah Program Show RM1,000,000 Money Drop Di Astro Berunsur Perjudian?



Semalam aku ada tengok rancangan sebuah program show RM1,000,000 MONEY DROP dikelolakan oleh ASTRO di channel ASTRO RIA SALURAN 104. Sepanjang game show tu ada gak aku terpikir nampak seakan-akan ada seperti UNSUR PERJUDIAN. Adakah game show RM1,000,000 MONEY DROP berunsur perjudian? Yang nie aku tak leh nak komen. Kena tanya orang yang lebih arif.

Korang ingat tak masa zaman kecik-kecik dulu pernah tak main TIKAM hehehehe. Bayar RM0.20 lepas tu cabut nombor tengok nombor tu dapat hadiah apa hehehehe. Lebih kurang macam tu game show RM1,000,000 Money Drop.

Pada pandangan peribadi aku nampak seakan-akan ada unsur perjudian di dalam game show nie. Maybe pihak Jabatan Agama Islam atau mana-mana individu yang arif dengan Hal Agama Islam boleh berikan komen pasal game show seperti nie. Adakah bebas perihal PERJUDIAN atau TIDAK?

Konsep permainan korang leh baca kat bawah nie yang aku amik dari website ASTRO. Leh klik SINI.


Apa pandangan peribadi korang yer???
KONSEP PERMAINAN
Setiap pasangan peserta akan diberikan RM1,000,000 dan perlu menjawab 8 pilihan soalan. Mereka diberikan 60 saat untuk melaburkan wang yang mereka miliki di petak jawapan yang mereka fikirkan betul. Sekiranya mereka tidak pasti mereka boleh meletakkannya di beberapa petak. Jika jawapan mereka BETUL pelaburan mereka selamat dan boleh digunakan pada pusingan berikutnya tetapi jika SALAH pelaburan tersebut akan hilang.

Friday, 11 November 2011

Chef Wan Tegur Chef Riz - Aku Tabik Spring Dengan Chef Wan


Rasanya semua orang dah tahu pasal isu resume Chef Riz dalam Master Chef. Pada aku Chef Riz perlu mohon maaf sekiranya kesilapan maklumat itu berpunca dari dia sendiri. Malu seh kalau saja buat profile macam tu. 

Tapi aku betul-betul respek ngan Chef Wan sebagai bapa pada Chef Riz, dia sendiri buat teguran keras pada anaknya. Bukan mudah nak jumpa seorang bapa yang terkenal macam Chef Wan buat teguran terbuka macam tu.


Walaupun pedih kata-kata dan teguran Chef Wan tu, anak dia Chef Riz wajib patuh dengan teguran tersebut. Bapa dia bukan Chef biasa. Bukan calang-calang Chef seh!!!! Bapa dia seorang Celebrity Chef yang terkenal bukan saja kat Malaysia malah luar negara pun orang kenal.


Jangan kerana masalah profile nie orang akan COP Chef Riz nie sebagai PENIPU lak dah  ler. Naya jer. Bukan takat nama Chef Riz jer diheret nama bapa dia sekali pun kena tempias. Kesian ooooo.

Pada Chef Wan satu jer ayat yang boleh aku cakap pada dia "SUPERB!!!!!" Chef Wan memang seorang yang prihatin dan bertanggungjawab dalam hal nie. GO CHEF WAN!!!!

Korang leh tengok screenshot komen Chef Wan kat bawah nie. Aku amik dari Facebook Fanpage Chef Wan.


Monday, 1 August 2011

Kempen "Kami Sokong PPIM - Say No To Astro"

Aku dengan ini menyatakan SOKONGAN PENUH kepada pihak PPIM untuk meneruskan saman terhadap ASTRO kerana pihak ASTRO masih berdegil dengan pendirian mereka untuk menaikkan yuran langganan. Korang leh baca kat sini untuk makluman lanjut SAY NO TO ASTRO.

Jadi aku dengan ini memohon jasa baik korang semua untuk menggerakkan KEMPEN KAMI SOKONG PPIM - SAY NO TO ASTRO.


Pihak ASTRO nampaknya makin berani dengan membelakangkan arahan Kerajaan Malaysia dan hak pengguna seperti kita semua. Oleh itu pihak ASTRO patuh diboikot secara beramai-ramai. Oleh itu aku akan membantu pihak PPIM untuk mengumpul sebanyak mungkin senarai blogger yang ingin sama-sama untuk turut serta dalam kempen SAY NO TO ASTRO.


Apa yang perlu dibuat oleh korang semua untuk turut serta dalam kempen nie adalah seperti berikut:-





<a href="http://www.dezamancottage.com/" target="_blank"><img src="http://tinyurl.com/3lomtg6" border="0" /></a>

Saturday, 30 July 2011

Isu Astro: Rais Perlu Letak Jawatan!


Kemelut kenaikan caj perkhidmatan Astro sudah lama diperkatakan tetapi apa yang dibuat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Rais Yatim- tiada!


Senang cakap macam ni sajalah, Rais selaku menteri telah gagal mengawal satu-satunya stesen televisyen swasta berbayar di negara ini, ASTRO All Asia Networks Plc (Astro), yang menafikan kepentingan rakyat dengan menaikkan harga pakej-pakej langganannya baru-baru ini.


Sebagai seorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjaga kepentingan rakyat dari kerakusan dan ketamakan ‘taikun’ bidang penyiaran seperti Astro, Rais sepatutnya bertindak tegas menghalang stesen televisyen tersebut dari membebankan rakyat.


Rakyat mungkin mampu memahami kenaikan harga minyak petrol, tarif elektrik dan beberapa harga barang ekoran tanggungan Kerajaan terhadap subsidi yang sangat tinggi serta kenaikan bahan mentah itu di pasaran dunia.


Namun, rakyat tidak langsung dapat menerima kenaikan tarif harga pakej perkhidmatan Astro yang memonopoli majoriti hak penyiaran utama di negara ini dan mendapat keuntungan ratusan juta.


Sebelum ini, Astro begitu berbangga mengumumkan keuntungan sebelum cukai RM430.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2010, berbanding kerugian RM372.37 juta tahun sebelumnya.


Pencapaian itu bersandarkan pendapatan yang meningkat 9.66 peratus kepada RM3.26 bilion, daripada RM2.97 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Januari 2009.


Selain itu, Astro juga mempunyai seramai hampir tiga juga pelanggan seluruh negara dan mereka begitu setia melanggan siaran stesen televisyen berbayar itu lebih dari sepuluh tahun.


Justeru itu, wajarkah Rais membenarkan Astro ‘membuli’ pelanggan-pelanggan yang juga merupakan rakyat negara ini, dengan menaikkan harga pakej-pakejnya sebagai ‘penghargaan’ kepada kesetiaan mereka?


Sewajarnya, sebagai seorang Menteri yang memilik autoriti yang diamanahkan rakyat untuk menjaga kepentingan mereka, Rais harus bertindak tegas dengan memaksa Astro mengekalkan tarif caj perkhidmatan mereka atau berdepan dengan penarikan hak penyiaran di negara ini.


Rakyat yang rata-ratanya pelanggan Astro merungut, mengecam dan mengutuk tindakan stesen televisyen itu menaikkan harga pakej perkhidmatan, namun semua itu tidak pun diendahkan oleh Astro.


Malah, Astro telah melakukan penyelarasan harga pakej mereka dan memberi alasan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersetuju dengan tindakan mereka itu.


Jadi, kepada siapakah yang harus rakyat suarakan rintihan dan rungutan mereka yang di’buli’ jika tidak kepada Rais? Tidakkah Rais rasa bersalah melihat rakyat tertekan dan rasa di’buli’ disebabkan oleh tindakannya yang tidak tegas terhadap Astro?


Atau, wajarkah Rais marah dan tersinggung sekiranya ada suara yang meminta beliau meletakkan saja jawatannya kerana gagal menjaga kepentingan rakyat?


Terserah kepada Rais untuk menentukannya.


Pisau dan timun ada ditangannya. Kita lihat sama ada beliau akan memotong timun atau terpotong jarinya?


Sumber :
http://mynewshub.my/

Wednesday, 20 July 2011

PERSOALAN PENGGUNA KEPADA ASTRO









19 JULAI 2011


KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM):
MENGENAI KEPUTUSAN ASTRO MENERUSKAN KENAIKAN HARGA PAKEJ LANGGANAN. PENGGUNA WAJIB DIBELA ATAS KEANGKUHAN ASTRO!

PPIM Tekad Mahu Saman Astro!!!

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Astro.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, PPIM sangat kecewa kerana pihak pengurusan Astro meneruskan harga pakej langganan walaupun kerajaan telah mengumumkan yang mereka tidak meluluskan kenaikan tarif tersebut.

” Kami di PPIM percaya Astro telah nekad menaikkan harga walaupun tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selaku pengawal selia dan pemberi lesen bagi sektor penyiaran dan telekomunikasi.

” Sehubungan itu PPIM akan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk tindakan undang-undang untuk memastikan hak pengguna dibela dan syarikat Astro beroperasi dengan tidak menindas pengguna,” tegasnya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada bulan Jun lalu, Astro mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa pada 11 Julai lepas dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sehubungan itu, PPIM telah melancarkan kempen ‘boikot Astro’ dan mengecam stesen televisyen berkenaan.

Tunku Azwil berkata, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Ekoran itu, Astro terpaksa menangguhkan kenaikan harga caj pakej penyiaran apabila Kabinet melarang stesen berbayar itu bertindak demikian.

Bagaimanapun, perkembangan terkini menunjukkan Astro tetap meneruskan tindakan mereka menaikkan harga caj langganan dan tidak mempeduli langsung arahan kerajaan tersebut.

Kenaikan harga caj langganan tersebut telah menyebabkan ramai pihak yang marah terhadap stesen televtsyen berbayar itu dan sekali lagi bertindak memboikot Astro.-Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

Friday, 15 July 2011

ASTRO Ingkar Arahan Kerajaan Malaysia - Yuran Tetap Akan Dinaikkan

Astro nie memang cari pasal ler sekarang nie.....adoiiiii......diaorang nak naik kan gak yuran langganan tak lama lagi.......rasanya dah sampai masa kita semua boycot ASTROKKK!!!! macam haram ler ASTRO.....ada Menteri pun tak berani nak amik tindakan......arahan kerajaan sendiri ASTRO nie langgar apakan pulak ngan nasib pengguna.......habis ler semua pengguna kat Malaysia nie......korang baca ler detail kat bawah nie.....

Saturday, 2 July 2011

Dah Lama Tak Naik LRT

Perghhhhhh!!!! Rasanya dah lama aku tak naik LRT.....giler lahhhh!!!!......saja hari nie layan naik LRT ke The Mall.......mulanya aku nak drive jer terus ke The Mall.....sampai kat tol Besraya tah macam mana ada dorongan dalam hati berkata-kata cewahhhhh berkata-kata siottt!!! hahahaha......lama tak naik LRT jom kita CUBA TRY TEST tengokkkkk!!!!!......rupernya best gak layan naik LRT ke KL area nie......mudah, cepat, mesra alam, selamat, jimat masa dan segala-galanyer lahhhh......yang paling penting dapat elakkan diri dari terperangkap dalam kesesakan jalan raya.........sapa tak kenal KL "Kota Metropolitan & Raja Segala Kesesakan Jalan Raya Di Malaysia"......

Thursday, 30 June 2011

Padan Ler ASTRO Makin Kaya

Perghhhhhh!!!! patut ler ASTROK makin kaya......korang tengok ler sendiri berapa income ASTROK nie untuk iklan jer.......lebih dari RM500 Juta tu.....biar betik!!!!.......dah ler amik duit yuran langganan.....amik gak duit iklan......adoi!!!!! nie yang hangin nie......dah ler Pak Menteri buat bodo jer......cuba amik tindakan sikit......macam mana ler rakyat marhain nie tak hangin ngan government........korang tengok ler sendiri.....

UNTUK DIKONGSI BERSAMA, SENARAI PENGIKLAN DI ASTRO :

Wednesday, 29 June 2011

PPIM vs ASTRO - Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan!


image
KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Monday, 27 June 2011

Tips Langgan Channel Astro MUSTIKA Secara Percuma Meh Ler Try

Perghhhhh!!!! Layan Channel Astro MUSTIKA free wehhhh!!!!.....tak nak try ker.....tak rugi pun....dah ler ASTRO nak naikkan bil langganan....so apa lagi meh kita kasi lingkup ASTRO hahahaha......jom kita share ramai-ramai....baru padan muka ASTRO!!!!! walaupun kawan aku kat ASTRO tak bagi share ngan orang lain.....aku tak kira gak.....aku nak share gak ngan semua orang.....Malas nak bebel panjang-panjang moh kita CUBA TRY TEST.....korang ikut step kat bawah nie......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More