TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Berita Harian. Show all posts
Showing posts with label Berita Harian. Show all posts

Sunday, 16 October 2011

Tahniah Kepada Semua Pemohon Terpilih Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

Tahniah ler kepada semua pemohon Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang berjaya dalam proses cabutan undi baru-baru nie. Best kan berjaya menjadi salah sorang yang bertuah. Tahniah kepada anda yang terpilih. Bagi yang tak terpilih jangan gundah gelana sebab masih ada projek lain nanti. So leh register untuk projek lain lak yer.

Harap proses pemilihan secara undi ini tidak berlaku ketirisan agak semua pemohon dapat menerima manfaat dari pengundian yang telus. Kepada yang tak tahu pasal projek PR1MA nie harap korang rajin-rajin ler masuk ke website ini yer http://www.pmo.gov.my/pr1ma/

PENIAGA pasar malam, Mohammad Norazam Azman Shah, 25, bertuah nombornya yang pertama diundi Najib untuk memiliki rumah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Presint 11, Putrajaya, semalam.



NAJIB bersama Rosmah menunjukkan nombor cabutan undi sebahagian daripada lebih 7,000 permohonan bagi 560 unit rumah mampu milik fasa pertama di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sambil diperhatikan Tengku Adnan serta Dr Jamaluddin (kanan) di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya, semalam.

Perdana Menteri jamin lebih banyak rumah PR1MA akan dibina

PUTRAJAYA: Sejak Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang pertama di Presint 11 dibuka pada 30 September lalu, lebih 7,000 permohonan diterima dan semalam, 560 pemohon gembira kerana menjadi pemilik pertama program rumah mampu milik itu manakala 200 lagi dipilih dalam senarai menunggu.
Ramai yang kecewa tetapi Datuk Seri Najib Razak menegaskan mereka yang tidak berjaya boleh memohon semula bagi projek PR1MA akan datang, kerana lebih banyak rumah seumpama itu akan dibina.
Dalam ucapannya Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus campur tangan melalui program khusus itu bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah berkualiti pada harga rendah.

Katanya, sasaran program itu adalah membangunkan rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana yang hidup di bandar besar sehingga terpaksa menanggung kos perbelanjaan harian yang tinggi khususnya kos pengangkutan. 

“Memiliki rumah sendiri adalah satu impian dan cita-cita rakyat yang diambil berat oleh kerajaan. Ini adalah kerana memiliki rumah sendiri akan menyemai perasaan memiliki selain mempunyai rumah berhampiran tempat kerja. Lagipun, kerajaan sedar tinggal berhampiran dengan tempat kerja mampu meningkatkan produktiviti rakyat," katanya pada majlis pengundian terbuka pertama PR1MA untuk rumah mampu milik di Presint 11 di sini, semalam. 

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis; Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Rumah PR1MA ditawarkan pada harga RM120,000 dan RM150,000 seunit berbanding harga pasaran rumah terbabit RM175,000 dan RM220,000 seunit yang dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2014. Projek itu dibangunkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) dengan kerjasama Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri.

Ia dibuka kepada warga negara Malaysia berumur 21 tahun ke atas, bermastautin atau bekerja di Putrajaya dan juga pengundi berdaftar Parlimen berkenaan; tidak memiliki lebih daripada satu rumah di Malaysia dan pendapatan isi rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan.

Najib berkata, lebih banyak program PR1MA akan dibina di sekitar kawasan bandar seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Lembah Klang bagi memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang masih belum memiliki rumah untuk mempunyai kediaman sendiri.

“Peningkatan harga rumah di kawasan bandar akan mendorong perpindahan dari kawasan bandar ke luar bandar dan secara tidak langsung ia akan memberi komplikasi atau tekanan sosial dan ekonomi kepada golongan terbabit.

“Ini kerana difahamkan harga purata rumah teres baru sekarang adalah RM450,000 sebuah, yang memerlukan bayaran ansuran bulanan sehingga RM3,000 sebulan bagi tempoh pinjaman 20 tahun, menyebabkan sebilangan besar rakyat di kawasan bandar tidak mampu untuk memiliki kediaman sendiri di Lembah Klang,” katanya.

Sementara itu, peniaga makanan di Pasar Tani Mega Putrajaya di Presint 2, Mohamad Norazam Azman Shah, 25, melahirkan rasa terkejut kerana menjadi pemohon pertama yang nombor undian dicabut pada majlis pengundian di dewan Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini.

Bapa kepada bayi berusia tujuh bulan yang kini tinggal bersama ibu bapanya di Presint 9, menganggap dirinya amat bertuah kerana nombornya dicabut sendiri oleh Najib, sekali gus memberinya peluang untuk memiliki kediaman sendiri.

“Selama hampir tiga tahun saya cuba mencari rumah di kawasan sekitar termasuk Bangi dan Kajang tetapi gagal kerana harga yang ditawarkan terlalu tinggi, berbanding dengan pendapatannya hanya sekitar RM2,000 sebulan.

“Pemilihan hari ini dapat merealisasikan impian saya untuk terus tinggal di Putrajaya kerana saya memang suka tinggal di sini, memandangkan keadaannya yang aman dan menenangkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias menjelaskan, senarai menunggu itu bertujuan memudahkan proses seterusnya jika ada pemohon yang dipilih dalam senarai awal tidak memenuhi syarat termasuk gagal memperoleh pembiayaan daripada bank atau institusi kewangan.

INFO Rumah PR1MA
  • RM400,000 had maksimum harga rumah

  • RM6,000 pendapatan bersama pasangan suami isteri

  • Rumah pertama bagi pasangan suami isteri

  • 1,880 unit akan dibina 2011 di Putrajaya dan Bandar Tun Razak

  • 7,700 unit dibina 2012 di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja

  • Pengecualian duti setem surat perjanjian

Thursday, 13 October 2011

Gambar: Bali Indonesia Dilanda Gempa Bumi Berukuran 6.8 Skala Richter

Kesian dengan penduduk Bali Indonesia yang terlibat dengan gempa berukuran 6.8 Skala Richter. Alangkah bertuahnyer bumi Malaysia terletak jauh dari Lingkaran Api Pasifik. Itu pun kalau bumi Indonesia bergegar di Kepulauan Sumatera confirm Semenanjung Malaysia pun kena tempiasnyer.

Sib baik gempa kali nie takder ancaman Tsunami. Adakah bumi semakin sakit???? Teringat citer 2012.




Laporan Pemetaan Lokasi Gempa


Sumber Info Gempa:


KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda pulau Bali, Indonesia pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada 11.16 pagi di selatan pulau tersebut, 154 kilometer barat daya dari Denpasar dan 1,350km tenggara Kuching, Sarawak.

Gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu.

Sementara itu, menurut laporan agensi AFP, ahli seismologi mengesahkan gempa berkenaan menyebabkan keadaan panik di kawasan pelancongan berkenaan.

Jurucakap Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Endro Tjahjono berkata, situasi itu juga menyebabkan bangunan di ibu kota Denpasar, kepulauan selatan Bali retak.

Katanya, gegaran itu berlaku beberapa minit di daerah pelancongan utama Kuta.

“Suasana panik tercetus, orang ramai lari meninggalkan bangunan. Apabila kami kembali ke bangunan pejabat, kami lihat berlaku keretakan di dinding dan sebahagian daripada plaster dinding turut terkeluar,” katanya. - BERNAMA/AFP

Wednesday, 28 September 2011

Berita Terkini: Gambar Letupan Pusat Membeli-belah Empire Shopping Gallery Subang Jaya












KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi ini berkata beliau mendoakan penduduk di kawasan berhampiran selamat. Setakat ini punca kejadian belum diketahui lagi.

Thursday, 22 September 2011

Tiket Percuma LRT & KL Monorel Sempena Hari Bebas Kereta Sedunia 22 September


Selamat menyambut Hari Bebas Kereta Sedunia semua. Tahukan korang semua setiap 22 September adalah merupakan sambutan HARI BEBAS KERETA SEDUNIA?

Jom kita semua sokong Hari Bebas Kereta Sedunia. Semoga usaha ini dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya esok. Secara tak langsung dapat kurangkan kesan pencemaran udara yang semakin menjadi-jadi. Kurang kenderaan kurang ler pencemaran kan.

Esok korang leh gie keje naik LRT atau Monorel FREE. Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) akan mengedarkan 150,000 tiket percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun. Semua kupon itu diedarkan secara berperingkat mulai semalam dan berakhir 22 September tahun depan (2012).

Apa lagi jom kita serbu LRT dan Monorel esok amik tiket FREE hehehe. Untuk makluman lanjut korang leh tengok laporan Berita Harian kat bawah nie yer.


Tiket percuma LRT, monorelOleh Nor Fariza Ramlannorfariza@bharian.com.my2011/09/21
PRASARANA edar 150,00 kupon percuma hingga 22 September 
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Bebas Kereta Sedunia Khamis ini, Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA) mengedarkan 150,000 kupon percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun. 
Melalui kempen ‘Kurang Kenderaan, Kurang Pencemaran’ itu, semua kupon itu diedarkan secara berperingkat mulai semalam dan berakhir 22 September tahun depan.
Pengerusi PRASARANA, Tan Sri Ismail Adam, berkata pelbagai program diatur sepanjang kempen setahun itu, berteraskan kepada menanam kesedaran untuk tidak menggunakan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran. 
“Saya berharap sokongan kepada kempen bebas kereta ini tidak hanya berjalan satu hari saja malah diterapkan sepanjang masa oleh semua masyarakat. 
“Selain itu, orang ramai juga digalakkan untuk menunggang basikal dan menggunakan sepenuhnya kemudahan meletak basikal yang disediakan di 17 stesen LRT antaranya Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Abdullah Hukum, Kampung Baru, Damai, Dato’ Keramat dan Jelatek, ” katanya dalam satu kenyataan semalam. 
Sehubungan itu, katanya, kupon yang diedarkan sah untuk digunakan bagi kedua-dua laluan LRT Ampang dan LRT Kelana Jaya serta Monorel untuk hari Sabtu, Ahad dan cuti am malah potongan harga tambang bagi Januari hingga September 2012 akan turut diperkenalkan bersempena kempen terbabit. 
“Kami juga akan mengedarkan pelekat kereta khas yang melayakkan pemilik kenderaan bertuah menerima hadiah Rapidpass bernilai RM100 dalam peraduan ‘Spot The Sticker Contest’ yang turut berlangsung selama satu tahun. 
“Pihak kami akan berganding bahu dengan pelbagai kementerian, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan, universiti awam serta swasta dalam mengatur beberapa program berterusan di stesen LRT, Monorel dan Hab bas, ” katanya. 
Selain itu, Pasar Kreatif di stesen LRT dan KL Monorel terpilih akan menjual barangan cenderahati kitar semula yang dihasilkan oleh persatuan kebajikan, ibu tunggal dan badan bukan kerajaan. 

Friday, 12 August 2011

Mohd Asyraf Haziq Rosli Jadi Tumpuan Dunia Rezeki Melimpah Ruah

Tak putus-putus berkat yang diterima oleh Mohd Asyraf Haziq Rosli. Pelajar Malaysia yang kena belasah dan dirompak baru-baru nie. Seluruh masyarakat dunia mengutuk tindakan segelintir remaja kulit hitam & kulit putih yang menyerang dan merompak Mohd Asyraf Haziq Rosli.

Sapa tak hangin oooooo. Kalau adik aku kena macam nie aku confirm aku amuk satu London cewahhh macam ler kuat sangat ngat SUPERMAN ke. Apa-apa pun aku masih rasa simpati dengan insiden yang berlaku pada adik Mohd Asyraf Haziq Rosli.


Sampaikan seluruh pemimpin ternama dunia amik perhatian atas kes nie. Perdana Menteri Britain David Cameron pun turut rasa kesal dengan apa yang berlaku ke atas Mohd Asyraf Haziq Rosli. Mahu tak nyer sebab kes nie image London tercalar teruk sehhhh.


Dalam kekalutan insiden yang berlaku pada adik Mohd Asyraf Haziq Rosli nie aku tengok ada banyak hikmah yang Allah turunkan terus pada Mohd Asyraf Haziq Rosli cara yang tak disangka-sangkakan. Allah Maha Adil dan Dia Maha Memberi.

Bayangkan sekarang nie ramai orang support Mohd Asyraf Haziq kat Facebook siap ada Fanpage lagi antaranya "Support for student Mohd Asyraf Haziq, robbed while bleeding", "Let's do Something Nice For Asyraf Hazif" dan Get Well Soon Haziq".

Ada gak sorang hamba Allah bernama Jamie Cowen iaitu bekas pekerja kebajikan "Save The Children" telah melancarkan tabung khas untuk bantu adik Mohd Asyraf Haziq. Korang tahu berapa jumlah sumbangan dah berjaya dikumpul??? Dah hampir RM20,000.00 tu beb.


Bukan tu jer, mengikut Cowen sebuah syarikat pengeluar basikal di Britain akan menyumbangkan sebuah basikal baru untuk Mohd Asyraf Haziq bagi menggantikan basikal yang hilang.


Ada lagi sumbangan wehhhhh. Selain itu, Syarikat Perkhimatan Keretapi British telah menderma dua tiket kelas pertama buat Asyraf untuk melancung ke mana sahaja. Manakala sebuah klinik pergigian yang dimiliki Dr Martin Narkisa telah menawarkan rawatan gigi percuma buat Asyraf.


Tengok macam mana Allah gantikan musibah kepada barokah pada orang-orang yang bersabar. Lebih-lebih lagi bila kita bersabar dalam bulan Ramadhan yang mulia nie. Semoga adik Mohd Asyraf Haziq cepat sembuh dan belajar sungguh-sungguh.


Kepada seluruh masyarakat dunia aku mengucapkan terima kasih atas keprihatinan anda semua untuk membantu adik Mohd Asyraf Haziq.



Video Asyarf Haziq Rosli di Hospital Royal London

LONDON: Paparan di Internet yang menunjukkan pelajar Malaysia, Asyraf Haziq Rosli, diserang dan dirompak dalam rusuhan di sini, telah mendorong penduduk keturunan Asia untuk bersiap sedia mempertahankan diri dan harta sendiri.

Ketika rusuhan itu merebak, ramai penduduk khusus beragama Islam dan Sikh mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi nyawa, harta benda dan juga tempat ibadat masing-masing.

Tiga lelaki berketurunan Pakistan terbunuh akibat dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang perusuh yang kemudiannya diberkas oleh polis.

Ketiga-tiga lelaki itu dipercayai sedang mengawal sebuah masjid daripada dicerobohi oleh perusuh.

Banyak kedai milik penduduk berasal dari Asia menjadi sasaran perusuh yang memecah masuk dan mencuri pelbagai barangan.

"Mereka ini bertindak sesuka hati dan melarikan apa saja yang mereka mahu," kata seorang saksi, Rahmat Khan, kepada Bernama.

Katanya, kejadian merusuh dan membakar harta benda berlaku di London, Birmingham dan beberapa bandar raya lain.

Masyarakat Sikh, termasuk mereka yang sudah lanjut usia di kawasan Southall di barat London bersiap sedia dengan pedang dan kayu hoki bagi melindungi tempat ibadat mereka. - BERNAMA

SUMBER : BERITA HARIAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More