TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Thursday 1 December 2011

Video Penafian Shida Harmi Sebar Gambar Aksi Mesra Khairul Fahmi (Apek)



Makin panas rupernyer citer kontroversi aksi mesra Khairul Fahmi (Apek) dan Shida Harmi. Mana tidaknya dah sampai tahap nak amik tindakan undang-undang lagi pada penyebar gambar aksi mesra mereka berdua.


Tuan punya badan Shida Harmi pun dah buat kenyataan video pasal isu nie (Credit video pada Rotikaya.com). Korang leh tengok kat bawah nie. Shida Harmi dan keluarga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit jika isu ini tidak reda dan makin bermaharajalela selepas ini.


AKu harap kontroversi yang melanda nie akan cepat reda memandangkan Shida Harmi akan melangsungkan perkahwinan 2 minggu lagi. Semoga majlis perkahwinan Shida Harmi akan berlangsungkan dengan aman damai. 


Pada Apek aku harap lepas-lepas nie hati-hati nak amik gambar dengan mana-mana wanita. Jangan lepas nie tercetus lagi kontroversi seperti yang berlaku sekarang nie. Anda adalah "tangan emas negara". Jangan kerana kontroversi karier anda merudum. 


Good luck pada Khairul Fahmi dan selamat berbahagia pada Shida Harmi.

Video Kenyataan Shida Harmi Tentang Isu Khairul Fahmi


Screenshot penafian individu yang dikaitan dengan penyebaran gambar aksi mesra Khairul Fahmi dan Shida Harmi. 



Screenshot kat bawah nie adalah maklumat si penghantar e-mail yang diterima oleh Rotikaya.com pada malam Sabtu yang lalu dengan menggunakan nama samaran Nurul Hidayah. 

Siapakah NURUL HIDAYAH??? Anda sedang dijejaki.


Shida Harmi bakal melangsungkan perkahwinan 2 minggu lagi dengan jejaka pilihan hati Mohd Danial Adnan, 24. Semoga kontroversi ini tidak akan menjejaskan perkahwinan yang telah dirancang. Ikuti luahan hati Shida Harmi di Harian Metro kat bawah nie.

SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.

Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.

Khairul Fahmi (Apek) Bakal Bersara Awal Tidak Tahan Kontroversi

Akibat kontroversi melanda Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan APEK terfikir nak gantung but akibat tak tahan dengan kontroversi yang melanda sejak dua menjak nie.

Maybe isu kontroversi aksi mesra antara Apek dan Nor Hashidah Harmi telah memanaskan situasi sekarang nie. Tambah lak dengan ugutan message BBM yang mengandungi pendedahan yang amat kontroversi. 

Apa-apa pun Apek ko buat bodo jer ngan kontroversi-kontroversi nie. Ko tumpukan pada karier sebagai penjaga gol negara. Ko adalah harapan dan penyelamat pintu gol Malaysia bro. Good luck.


KUALA LUMPUR: Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat tidak menafikan pernah terfikir bersara awal daripada karier kesayangannya itu gara-gara tidak tahan dilanda kontroversi demi kontroversi membabitkan kisah di luar padang.

Mengakui lemas apabila sering dihambat dengan cerita sensasi dipaparkan media, Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek merayu dia diberi ruang untuk memberi tumpuan kepada kariernya.


“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas. “Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” katanya yang ditemui selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 di sini, semalam.

Pada majlis itu, penjaga gol berusia 22 tahun itu meraih anugerah Penjaga Gol Terbaik buat tahun kedua berturut-turut berikutan kecemerlangannya membantu Kelantan muncul juara Liga Super musim lalu.

Apek turut menjadi tonggak kejayaan skuad bawah 23 tahun negara yang mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia, baru-baru ini.

Bagaimanapun, reputasi pemain kelahiran Kota Bharu itu tercalar dengan kontroversi terbaru membabitkan penyebaran lima gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar menerusi beberapa blog hiburan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More