TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Kerajaan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Malaysia. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

Menteri Pengangkutan Arahkan JPJ Tangguhkan Operasi No. Plat

kah kah kah......akhir Pengarah JPJ dah leh buat keje lap kereta dia kat opis lepeh nie kekekeke.....
Menteri Pengangkutan dah arahkan hentikan sebarang pemeriksaan no plat kete kekekeke......bila mak ketam nak ajaq anak ketam jalan lurus tp last2 mak ketam sendiri jalan senget kekekeke......
sama la ngan Pengarah JPJ yang "bagus budi bahasanya".....sama standard ngan mak ketam dalam cerita kat atas kekekeke.....sendiri nak saman org tp diri sendiri terpalit ngan nista.....

Zaman skrg nie zaman berita di update every second....dulu boleh la kejadian hari nie jadi bahan utk berita esok....skrg nie zaman kejadian saat nie berita keluar 1 saat lepas kejadian.....zaman berita esoknya dah tak laku dalam era la nie.....
Perlu diingat zaman la nie org dah pakai smartphone....terlintas nampak mak ketam jalan tak betoi ajak anak2nya jalan lurus terus update masuk berita maya....terus viral cari kesalahan kecanggihan teknologi.....menteri n vvip pun panas punggoq sbb org ramai akan jadi hakim tak berbayar untuk mempertahankan hak yang dibuat oleh mak ketam yang jalan tak betoi......
amik ubattttttt......


Thursday, 9 October 2014

Bila Ahli Parlimen (MP) Minta Gaji Naik Sebab Ikat Perut


Tang rakyat hangpa suruh berhemah berbelanja....suruh ikat perut.....tang hangpa jadi ahli parlimen jadi menteri kena naikkan gaji la kononnya alasan ikat perut gaji tak cukup....kalau hangpa cakap gaji MP RM6000++ sebulan tak cukup bayangkan rakyat marhaen kat bawah nie dengan gaji bawah RM2000.....cukup ka?????

Hangpa tak payah la pi ke parlimen naik kereta mewah siap drebar.....

kan pengangkutan awam ada leh jimat kos.....



Hangpa tak payah la pi sarapan pagi, lunch n dinner kat hotel2 mewah lagi.....
kan warung tepi jalan n restoran mamak ada leh jimat kos......


Hangpa tak payah la beli baju, seluaq n kasut mahai2 n mewah....
kan bundle banyak la nie beli la baju kemeja RM5 hengget, seluar panjang RM8 hengget n kasut kulit RM20 hengget buat pakai ke parlimen.....


Hangpa cakap kat rakyat kalau tak suka ngan semua nie "nyah kau keluar dari bumi Malaysia....."

La nie masanya rakyat lak nak cakap kat hangpa semua....."kalau tak suka jadi MP gaji rendah baik pindah dok kat uganda tak pun burkina faso....." bak kataQebal Poyo hahahahaha

Belajaq2 la rasa susah sama-sama ngan rakyat marhaen.....

Tuesday, 8 May 2012

Cikgu & Staf Sekolah-Sekolah Daerah Pendang Diarahkan Tidak Terlibat Dengan Majlis Pertandingan QAFA Anjuran Majlis Agama Islam



Apa padangan korang semua sebagai kakitangan kerajaan mendapat arahan seperti gambar kat atas nie????

Pelik kan?????

Kenapa agaknya Guru-Guru dan Staf sekolah-sekolah sekitar Daerah Pendang ditegah untuk terlibat atau menghadiri MAJLIS PERTANDINGAN QAFA ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM?

Wow!!!! Ada tanda soal kat situ??????

Majlis macam mana yang boleh Guru-Guru dan Staf sekolah leh join ek?

KONSERT

KARAOKE

PARTI BUIH

PESTA PANTAI

EKSPO

PESTA MAKSIAT atau lain-lain yang seangkatan dengannya????

Ermmmm!!!! Macam mana seorang Pengarah Pelajaran Negeri Kedah boleh keluarkan arahan seperti ini.

Atas justifikasi apakah yang membolehkan dia keluar arahan seperti nie secara umum????

Bayangkan dengan keadaan PRU yang akan kunjung tiba nanti.

Tidakkah akan berlaku "AKSI TUDUH MENUDUH" dan "FITNAH" akibat dari arahan yang kurang jelas nie.

Adakah majlis yang akan dianjurkan oleh Majlis Agama Islam mengandungi unsur-unsur LARA', MAKSIAT & AJARAN SESAT????

Apa-apa pun penjelasan dari Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah bagi kes nie perlu diperjelaskan dengan detail atas sebab musabab kenapa program ini ditegah keras olehnya.

Sumber rujukan korang leh tengok screen shot kat atas tu atau klik link kat bawah nie.

http://www.ppdpendang.edu.my/ppdpendang/news.php

Leh lak dah keluarkan arahan tarik balik....hehehehe nampak sangat dah takut sebab dah kena tibai ngan orang ramai....


Aku letak screen shot sebelum dibuang dan selepas dibuang


SEBELUM
SELEPAS

Thursday, 19 April 2012

Undang-Undang Baru - LARANGAN PENGGUNAAN NICKNAME DI INTERNET

Tadi aku ada terbaca kat forum pasal isu LARANGAN PENGGUNAAN NICKNAME DI INTERNET.

Haaaaaa!!!!! Apa macam undang-undang nie. Korang rasa ada ke yang follow nanti. Apa pasal tak suruh penggunaa internet letak NAMA PENUH, IC & ALAMAT terus masa nak online hehehehe

Tah ler. Aku sendiri pun tak berapa nak paham macam mana undang-undang nie boleh diluluskan.

Aku rasa sepatutnya pihak berkuasa perlu meningkatkan keperluan perkakasan, software, technology dan tenaga pakar untuk trace secara menyeluruh. Rasanya kaedah nie lebih berkesan.

Apa pandangan korang semua pasal isu nie.

KUALA LUMPUR: Dua Rang Undang-Undang iaitu Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 diluluskan oleh persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.  
Rang Undang-undang itu, termasuk pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang telah diluluskan semalam, adalah bagi melengkapi Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang turut diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 berkata penggunaan nama samaran ataupun ketanpanamaan oleh mana-mana pihak untuk melakukan jenayah siber menyukarkan tindakan diambil terhadap mereka.  
Justeru, katanya Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan internet.  
"Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran. "Itulah kita terpaksa meminda Akta ini supaya kita dapat mendakwa dan mentaksirkan kesalahan kepada mereka yang menggunakan nama samaran," katanya menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung isu tersebut.  
Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan pada bacaan kedua, Mohamed Nazri berkata penggunaan internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan masalah ketanpanamaan pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani jenayah siber dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat.  
Katanya pelbagai teknik digunakan oleh penjenayah untuk menyembunyikan identiti dan ada kalanya mustahil untuk menentukan punca sebenar sesuatu e-mel atau komunikasi elektronik yang lain.  
"Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya kesalahan jenayah dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung," kata beliau.  
Justeru, Nazri berkata tujuan peruntukan anggapan berasaskan 'owner-onus principle' adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu. Bagaimanapun, katanya pihak pendakwa raya yang ingin bersandar kepada peruntukan anggapan mesti membuktikan terlebih dahulu kewujudan fakta-fakta tertentu sebelum anggapan boleh dibuat terhadap seseorang.  
Pindaan pada Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkan pindaan pada Fasal 2 yang bertujuan menggantikan tarif komputer dengan takrif komputer yang baru yang lebih komprehensif dan selaras dengan takrif komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.  
Sementara itu, Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut memperuntukkan supaya memasukkan seksyen baru 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet.-BERNAMA

Monday, 16 April 2012

Adakah Kerajaan Tipu Harga Minyak RON95?

Tadi aku ada terbaca kat forum dan beberapa blog pasal isu minyak RON95 nie. Agak mengejutkan sebenarnya. 

First aku tengok gambar ini.


Then aku rasa macam ada yang tak betul dengan harga tu so aku google harga semasa minyak RON95. Sekali lain da harga dia. Lagi tinggi oooo.

Tahukah korang semua bahawa harga minyak RON97 lebih murah dari RON95?

Nak tahu perbezaanya? Meh tengok kat sini

RON97

Harga Kawalan : RM2.90
Subsidi: RM0.00 (TIADA)
Harga Tanpa Subsidi: RM2.90

RON95

Harga Kawalan : RM1.90
Subsidi: RM1.51
Harga Tanpa Subsidi: RM3.41


Semua harga di atas adalah dirujuk pada Mac 2012. Bukti bergambar leh tengok kat bawah nie.




Aku agak musykil sekarang nie????? Kenapa harga RON95 lebih mahal dari RON97. Sedangkan RON95 minyak gred rendah. Kenapa tak diberikan subsidi pada RON97 jer????


Bayangkan kalau bagi subsidi RM1.51 pada minyak RON97. Berapa agak-agaknya harga RON97 selepas SUBSIDI. Murah sehhhhh RM2.90 - RM1.51 = RM1.39 per liter.


So dapat ler kita guna minyak bermutu tinggi dari RON95. 


Jual ler RON95 pada orang asing pada harga tanpa subsidi RM3.41 dan haramkan orang asing isi atau beli RON97. 


Dah tentu kerajaan akan lebih untung dengan penjualan RON95 yang tinggi harganya pada orang asing. Tak gitu!!!!!


Pelik tapi benar.


Adoiiiiiii pening ler macam nie. Aku harap pihak kerajaan boleh tengok balik calculation yang depa buat nie. Sapa la yang terer sangat matematik ek sampai benda yang simple macam nie pun tak leh nak pikir. 


Kang nanti rakyat cakap kerajaan TIPU marah lak.


Adoiiiiiii inilah MALAYSIA KU.

Wednesday, 4 April 2012

Petrol RON97 Naik Lagi 10 Sen Kepada RM2.90


Tengah malam tadi selepas 12:00am harga minyak petrol RON97 naik lagi 10 sen jadi ler RM2.90.....sib baik RON95 tak naik....kalau naik gak alamatnya bungkus ler kerajaan sediada nie.....rasanya tak mustahil lepas PRU13 nie harga minyak RON95 dan Diesel naik.....kepada pihak kerajaan cuba-cuba ler fikirkan prihatin dengan nasib rakyat sama.....jangan sampai rakyat menolak kerajaan sediada akibat perkara remeh macam nie....satu lagi cuba ler pegang pada janji....kalau dah kata tak naik tu jangan ler naikkan.....jangan bila dah nak dekat PRU janji tak naik.....dah lepas PRU lain lak jadinyer....terus naik ikut suka hati.....jangan sampai rakyat amik tindakan sendiri dah ler....tak pasal-pasal kecoh satu Malaya.....

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika dihubungi malam ini mengesahkan kenaikan harga itu.

Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini.

sumber : Bernama

Saturday, 31 March 2012

Gaji Baru SSM 2012 Pekeliling JPA Dah Keluar Pada 30 Mac 2012



Seronoknyer keje sebagai kakitangan kerajaan hehehehehe.......nasib sentiasa terbela......semoga kenaikkan gaji baru nie tak akan jadi penyebab kenaikkan harga barangan runcit.....kesian kat kakitangan swasta......korang leh tengok kat bawah nie ek.....aku dapat kat sini


Korang dah leh kira-kira ler berapa ringgit tertunggak korang akan dapat nanti bermula dari 1 Januari 2012 sampai March hehehehe......gunakan duit tu sebaik mungkin ek.....jangan boros-boros.....

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012

Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan 
Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Monday, 9 January 2012

Dato' Seri Anwar Ibrahim Bebas Tuduhan Liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan



Akhirnya terjawap sudah keputusan penghakiman "Kes Liwat Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari". Setelah sekian lama seluruh rakyat Malaysia menantikan keputusan penghakiman akhirnya, pada tanggal 9 Januari 2012 Hakim Mohamad Zabidin telah mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim bebas dari pertuduhan ke atas kes tersebut.


Ini jelas membuktikan ketelusan sistem perundangan dan kehakiman negara yang selama ini dicemuh dan dikritik hebat oleh orang ramai dan pemimpin politik negara. 


Semoga dengan keputusan penghakiman yang telah diumumkan ini dapat diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keamanan dan keadilan.


Untuk makluman lanjut berhubung isu ini boleh tengok kat bawah nie.


Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.
"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."
Sumber




Wednesday, 14 December 2011

Hati-Hati Dengan Borang Palsu Bantuan RM500 BR1M

Tadi aku dapat email dari kawan aku pasal dia ada dapat contoh borang palsu Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Harap korang semua dapatkan borang yang betul supaya tak teraniaya dan terpedaya dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jom kenalpasti BORANG YANG ASLI dan BORANG PALSU

BORANG PALSU


BORANG YANG ASLI


Kalau nak download borang Bantuan RM500 yang sebenar leh klik kat bawah nie yer

Tuesday, 13 December 2011

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia semua. Tadi aku baru jer terbaca kat Mstar Online pasal amaran dari Pusat Racun Negara berkenaan minyak masak. 

Ikut dari berita tu pihak Pusat Racun Negara menyarankan kita semua jangan menggunakan minyak masak berulang kali sebab boleh memudaratkan kesihatan. Minyak masak jenis bungkusan 1kg amat berisiko tinggi. 

Harap korang semua alert pasal amaran dari Pusat Racun Negara. Korang leh baca kat bawah nie yer.

Oleh P. Aruna
PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser. 
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali. 
"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati. 
"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya ketika dihubungi The Star. 
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram. 
"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.

Sunday, 11 December 2011

Jom Download Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)


Aku nak share ngan korang semua pasal agihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Borang permohonan dah keluar dan korang boleh isi dan memohon bantuan ini. Nak tahu lanjut leh tengok kat bawah nie. 

Borang permohonan Bantuan Rakyat Satu Malaysia, BR1M mula diedar di seluruh negara 10 Disember 2011. Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji. Dan diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan atau negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN. 

Kemudian Borang lengkap BR1M boleh diserahkan melalui Pejabat Daerah, wakil rakyat, Ketua Kampung, LHDN & sekolah-sekolah yang terpilih, ianya harus dikembalikan sebelum 10 Januari 2012, manakala bagi Pembayaran BR1M, ianya akan dibuat pada pertengahan bulan Jan kepada penerima yg layak setelah semakan dibuat oleh Kementerian Kewangan (MoF).

Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, contohnya berkerja sendiri, boleh mendapatkan pengesahan dari wakil rakyat ataupun ketua kampung.

Untuk maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500.

Download/muat turun online Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500


Atau boleh klik mana-mana link di bawah nie:-

Permohonan BR1M yang berjaya akan dimaklumkan menerusi surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012. Ia membabitkan individu berkahwin, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan. 

Selain bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas berusia lebih 60 tahun sebatang kara layak menerima bantuan itu. Dan setiap anak berkahwin yang mempunyai pendapatan kasar isi rumah tiga ribu ringgit ke bawah tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa, dikira sebagai satu isi rumah berlainan.

Syarat Kelayakan memohon bantuan RM500 (BR1M) 

Syarat -syarat kelayakan untuk memohon bantuan rakyat 1 Malaysia RM500 (BR1M) adalah seperti di bawah: 

* Warga negara Malaysia. 
* Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulan RM3000 dan kebawah.
* Berkahwin 
* Ibu - Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
* Bujang yang mempunyai tanggungan (di dalam rumah yang sama) 
* Warga emas (berumur 60 tahun keatas) yang sebatang kara dengan jumlah pendapatan RM3000 dan kebawah.

Sila kemukakan salinan ; 
* Mykad/Kad Polis/Kad Tentera. 
* Penyata/Slip gaji bagi pemohon yang menerima gaji sahaja. 
* Waris dan wakil adalah tidak dibenarkan untuk menuntut bayaran bagi pihak pemohon. 

NOTA PENTING

Borang yang telah di isi dengan lengkap dan teratur boleh dihantar ke Jabatan Pembangunan Persekutuan, Sekolah-Sekolah terpilih, cawangan LHDNM terdekat dan kaunter LHDNM yang di sediakan. 


Atau boleh klik mana-mana link di bawah nie:-


Monday, 17 October 2011

Agak-agak Berapa Tahun Jangka Hayat Korang? Jom Kira Kat Sini

Aku pun tak tahu rupernyer ada laman web Jabatan Perangkaan Malaysia pasal JANGKAAN HAYAT PENDUDUK MALAYSIA (MENGIKUT KUMPULAN ETNIK DAN JANTINA).

Biar betik!!!! Website macam nie pun ada gak ker. Dah macam tahyul lak. Sapa ler yang cipta sistem nie ek. Dah takder keje agaknyer hehehehehe. Jom layan hahahaha.


Jom check kat sini http://www.statistics.gov.my

Sunday, 16 October 2011

Tahniah Kepada Semua Pemohon Terpilih Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

Tahniah ler kepada semua pemohon Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang berjaya dalam proses cabutan undi baru-baru nie. Best kan berjaya menjadi salah sorang yang bertuah. Tahniah kepada anda yang terpilih. Bagi yang tak terpilih jangan gundah gelana sebab masih ada projek lain nanti. So leh register untuk projek lain lak yer.

Harap proses pemilihan secara undi ini tidak berlaku ketirisan agak semua pemohon dapat menerima manfaat dari pengundian yang telus. Kepada yang tak tahu pasal projek PR1MA nie harap korang rajin-rajin ler masuk ke website ini yer http://www.pmo.gov.my/pr1ma/

PENIAGA pasar malam, Mohammad Norazam Azman Shah, 25, bertuah nombornya yang pertama diundi Najib untuk memiliki rumah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Presint 11, Putrajaya, semalam.



NAJIB bersama Rosmah menunjukkan nombor cabutan undi sebahagian daripada lebih 7,000 permohonan bagi 560 unit rumah mampu milik fasa pertama di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sambil diperhatikan Tengku Adnan serta Dr Jamaluddin (kanan) di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya, semalam.

Perdana Menteri jamin lebih banyak rumah PR1MA akan dibina

PUTRAJAYA: Sejak Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang pertama di Presint 11 dibuka pada 30 September lalu, lebih 7,000 permohonan diterima dan semalam, 560 pemohon gembira kerana menjadi pemilik pertama program rumah mampu milik itu manakala 200 lagi dipilih dalam senarai menunggu.
Ramai yang kecewa tetapi Datuk Seri Najib Razak menegaskan mereka yang tidak berjaya boleh memohon semula bagi projek PR1MA akan datang, kerana lebih banyak rumah seumpama itu akan dibina.
Dalam ucapannya Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus campur tangan melalui program khusus itu bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah berkualiti pada harga rendah.

Katanya, sasaran program itu adalah membangunkan rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana yang hidup di bandar besar sehingga terpaksa menanggung kos perbelanjaan harian yang tinggi khususnya kos pengangkutan. 

“Memiliki rumah sendiri adalah satu impian dan cita-cita rakyat yang diambil berat oleh kerajaan. Ini adalah kerana memiliki rumah sendiri akan menyemai perasaan memiliki selain mempunyai rumah berhampiran tempat kerja. Lagipun, kerajaan sedar tinggal berhampiran dengan tempat kerja mampu meningkatkan produktiviti rakyat," katanya pada majlis pengundian terbuka pertama PR1MA untuk rumah mampu milik di Presint 11 di sini, semalam. 

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis; Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib.

Rumah PR1MA ditawarkan pada harga RM120,000 dan RM150,000 seunit berbanding harga pasaran rumah terbabit RM175,000 dan RM220,000 seunit yang dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2014. Projek itu dibangunkan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) dengan kerjasama Unit PR1MA, Jabatan Perdana Menteri.

Ia dibuka kepada warga negara Malaysia berumur 21 tahun ke atas, bermastautin atau bekerja di Putrajaya dan juga pengundi berdaftar Parlimen berkenaan; tidak memiliki lebih daripada satu rumah di Malaysia dan pendapatan isi rumah kasar tidak melebihi RM6,000 sebulan.

Najib berkata, lebih banyak program PR1MA akan dibina di sekitar kawasan bandar seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Lembah Klang bagi memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang masih belum memiliki rumah untuk mempunyai kediaman sendiri.

“Peningkatan harga rumah di kawasan bandar akan mendorong perpindahan dari kawasan bandar ke luar bandar dan secara tidak langsung ia akan memberi komplikasi atau tekanan sosial dan ekonomi kepada golongan terbabit.

“Ini kerana difahamkan harga purata rumah teres baru sekarang adalah RM450,000 sebuah, yang memerlukan bayaran ansuran bulanan sehingga RM3,000 sebulan bagi tempoh pinjaman 20 tahun, menyebabkan sebilangan besar rakyat di kawasan bandar tidak mampu untuk memiliki kediaman sendiri di Lembah Klang,” katanya.

Sementara itu, peniaga makanan di Pasar Tani Mega Putrajaya di Presint 2, Mohamad Norazam Azman Shah, 25, melahirkan rasa terkejut kerana menjadi pemohon pertama yang nombor undian dicabut pada majlis pengundian di dewan Kompleks Kejiranan Presint 11 di sini.

Bapa kepada bayi berusia tujuh bulan yang kini tinggal bersama ibu bapanya di Presint 9, menganggap dirinya amat bertuah kerana nombornya dicabut sendiri oleh Najib, sekali gus memberinya peluang untuk memiliki kediaman sendiri.

“Selama hampir tiga tahun saya cuba mencari rumah di kawasan sekitar termasuk Bangi dan Kajang tetapi gagal kerana harga yang ditawarkan terlalu tinggi, berbanding dengan pendapatannya hanya sekitar RM2,000 sebulan.

“Pemilihan hari ini dapat merealisasikan impian saya untuk terus tinggal di Putrajaya kerana saya memang suka tinggal di sini, memandangkan keadaannya yang aman dan menenangkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias menjelaskan, senarai menunggu itu bertujuan memudahkan proses seterusnya jika ada pemohon yang dipilih dalam senarai awal tidak memenuhi syarat termasuk gagal memperoleh pembiayaan daripada bank atau institusi kewangan.

INFO Rumah PR1MA
  • RM400,000 had maksimum harga rumah

  • RM6,000 pendapatan bersama pasangan suami isteri

  • Rumah pertama bagi pasangan suami isteri

  • 1,880 unit akan dibina 2011 di Putrajaya dan Bandar Tun Razak

  • 7,700 unit dibina 2012 di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja

  • Pengecualian duti setem surat perjanjian

Thursday, 13 October 2011

Senarai Elaun Ahli Parlimen Malaysia

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia semua. Korang semua dah sarapan ke belum. Kalau belum baik gie sarapan dulu. Kang nanti korang tengok entry nie panas hati tak pasal-pasal korang tak jadi nak sarapan pagi hehehehe. 

Sedangkan kini seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan bawahan dan pertengahan terpaksa mengikat perut menghadapi "bencana" akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang terlampau di Malaysia ada pulakkkkk!!!! Ahli Parlimen dan ADUN yang bercita-cita nak mengenyangkan perut masing-masing.

Apa punya jenis manusia ler korang nie yer. Korang suruh rakyat berjimat cermat tapi korang nak mencekik lebih dari rakyat. Tak cukup-cukup ker korang nak susahkan rakyat lagi. Lepas tu korang lak nak sangat tambah itu ini. Pikir ler sama wahai Ahli-ahli Parlimen dan DUN sekalian. Korang cuba tengok kat kawasan-kawasan jajahan korang tu dulu. Aku berani kerat jari ada hamba Allah di kawasan korang semua sedang berlapar dan dahaga. TAHU TAK?????

Adoiiiii!!!!! Sib baik usul nak naikkan elaun Ahli Parlimen ditarik balik. Kalau tak sama jer kerajaan dan pembangkang. Adoiiiii!!!! Pening seh ngan kerenah korang semua.





Monday, 10 October 2011

Melindungi Kemaluan Anda

HAHAHAHAHA memang lawak siot. Sib baik aku tak guling-guling HARHARHARHAR. Macam mana ler leh lepas "Billboard" nie ek. PBT mana ler yang leh terlepas pandang nie hehehehe. Atau adakah "Billboard" nie jadi mangsa PHOTOSHOP? hehehehe. 

Yang pasti "Billboard" nie adalah di Malaysia. Ada 2 ekor "haiwan" atas jalan iaitu KELISA dan KANCIL. Macam mana ler "KEMAHUAN" leh jadi "KEMALUAN" ek HAHAHAHAHA. Korang tengok ler sendiri. Komen jangan tak komen. 




Friday, 7 October 2011

Teks Ucapan Penuh Belanjawan 2012 - Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara


Belanjawan 2012

Belanjawan 2012 bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Teks Ucapan Belanjawan 2012 boleh diperolehi oleh orang ramai pada 7 Oktober 2011 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Teks Ucapan Belanjawan 2012 dan Lampiran boleh dimuat turun melalui Laman Rasmi Belanjawan 2012 www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut:


Berikut adalah TEKS UCAPAN BELANJAWAN 2012. 
Download kat bawah tu yer.

Wednesday, 5 October 2011

Gambar Terkini Istana Negara Yang Baru

Perghhhhhhh!!!!! Memang nampak eksklusif abih senibina luaran dan dalaman Istana Negara yang baru nie. Hiasan dalaman memang cantik kalah hotel bertaraf 5 - 7 bintang. Projek dah hampir nak siap walaupun pebelanjaan asal dah naik sekali ganda sebab faktor bahan mentah seperti keluli yang melambung tinggi.

Kos asal pada 2006 sekitar RM400 juta tapi sekarang nie dah naik sehingga RM811 Juta. Boleh baca kat sini yer.

Semoga Istana Negara yang baru nie akan dapat dimanfaatkan sebaik yang mungkin memandangkan rakyat juga ada menyumbang wang ringgit secara tak langsung dengan pembinaan Kompleks Istana Negara ini melalui kutipan cukai pelbagai yang dikenakan oleh kerajaan.

Diharapkan takder ler kerosakan atau kebocoran sana sini lepas projek dah siap. Ibarat "rumah sudah siap pahat masih berbunyi". 























Friday, 16 September 2011

Teks Penuh Perutusan Khas Hari Malaysia

Perutusan khas Hari Malaysia
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
sempena sambutan Hari Malaysia 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

6. Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.

7. Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

8. Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

9. Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.

10. Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.

11. Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.

12. Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

18. Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.

20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.

21. Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.

22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah
semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

25. Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

26. Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

29. Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

30. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

31. Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

32. Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

33. Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.

Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More