TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Wednesday 23 May 2012

M.Nasir Menangis Terpilih Sertai 'Imam Muda'

KUALA LUMPUR: Muhammad Nasir M Yakub Ismail atau M. Nasir dari Sumatera Utara, Indonesia memberitahu menangis apabila dimaklumkan terpilih menjadi sepuluh peserta akhir rancangan Imam Muda musim ketiga yang bakal bersiaran pada 1 Jun depan.

M.Nasir,26, memberitahu dia sangat terharu dipilih menyertai program tersebut kerana sentiasa mengikuti perkembangan dua siri terdahulu Imam Muda serta berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas dipilih menyertai program realiti tersebut.

"Saya menangis saat diberitahu menjadi sepuluh peserta akhir Imam Muda kerana akhirnya saya dapat belajar daripada ilmuwan terbaik dari negara ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran program itu di sini pada Selasa.

M.Nasir merupakan satu-satunya peserta antarabangsa dalam sepuluh calon akhir program Imam Muda musim ketiga.

Ia bakal bersiaran pada 1 Jun depan, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis sementara episod pengenalan akan muncul pada 28 Mei ini.

Pelancaran musim ketiga program berkenaan dilakukan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Masitah Ibrahim.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, untuk musim kali ini pihak produksi turut menerima penyertaan daripada negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Brunei dengan peningkatan sebanyak 32 peratus penyertaan berbanding musim lalu.

Pihaknya juga turut menerima 301 penyertaan menerusi dalam talian dan kebanyakan yang membuat permohonan itu adalah penuntut di luar negara seperti dari Jordan, Mesir, Brunei dan Indonesia.

"Daripada jumlah itu tiga peserta telah berjaya menjadi sepuluh peserta akhir selepas menjalani uji bakat secara dalam talian,” katanya.

Masih mengekalkan Datuk Mahmud Al-Hafiz sebagai Mudir (Pengetua), Imam Muda musim terbaru ini turut menyaksikan kembalinya alumni musim lalu iaitu Asyraf dan Hizbur yang bakal mengalas tanggungjawab sebagai Mursyid (Mentor).

Berbeza dengan musim terdahulu, Mudir dan dua orang Mursyid ini akan dibantu oleh barisan Naqib (Tenaga Pengajar) yang terdiri daripada barisan Imam Muda daripada musim sebelumnya.

"Seramai sepuluh orang Naqib daripada musim pertama dan kedua akan membimbing peserta kali ini dan pemilihan itu adalah untuk membolehkan mereka berkongsi ilmu dengan peserta baru," ujarnya.

Sementara itu, Izelan berkata, Imam Muda kali ini akan bertemakan Perhubungan Keluarga dan bakal memberikan cabaran lebih hebat.

Selain M.Nasir, sembilan peserta lain adalah Muhammad Ramadhan Subky Abdullah, 25 (Kuala Lumpur), Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26 (Perak) dan Mohammad Hafiz Abdul Kadir, 27 (Kuala Lumpur).

Turut menyertainya Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28 (Selangor), Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin, 26 (Perak), Mohammad Azri Nami Mohd Kamal, 21 (Johor) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).

Imam Muda musim ketiga bakal dihoskan oleh Akhil Hayy.



*****Mati-mati aku ngatkan M. Nasir yang penyanyi tu terpilih Imam Muda hehehehehe......

Monday 21 May 2012

Jom Makan BURGER BAKAR Kat LAVA GRILL BURGER UPM - Sedappppp!!!!


Assalamulaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan semua.

Kat sini saya dengan rendah diri ingin menjemput tuan-tuan, puan-puan, abang-abang, adik, kakak semua untuk datang menjamu selera resepi rahsia BURGER BAKAR keluaran kami dengan jenama LAVA GRILL BURGER.

Kami akan bermula OPERASI pada 14 MAY 2012 (ISNIN) JAM 6.00PM - 12.00AM

Kami menyediakan sendiri PATTY LEMBU, ISI DADA AYAM, SOS CHILI, SOS BLACK PEPPER, MODIFIED SOS CHEEZY & MAYONIS dengan rahsia tersendiri. 

Anggaran berat Patty Lembu sekitar 165 gram - 175 gram & Ayam sekitar 165 gram - 220 gram. Patty diperap dengan ramuan khas bagi membangkitkan citarasa pada patty.

Patty & roti burger digrill atas LAVA ROCK BROILER khas yang ditempah oleh kami.

Syarikat adalah 100% milik Bumiputera dan dijamin 100% HALALAN TOYYIBAN.

Harga Bermula Dari RM7.00

LOKASI CAWANGAN KAMI:

1.) LAVA GRILL BURGER UPM SERDANG (Cawangan Pertama)

Alamat: 
Restoran Bismillah, 
Jalan 18/5,
Taman Sri Serdang, 
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

GPS Coordinate:

3.004772, 101.717072

Google Maps: 


Maps




WAKTU OPERASI:

1) Waktu Operasi Dari 6:00PM - 12:00AM (Bergantung Kepada Jumlah Patty Yang Tinggal)

2) Kami Tidak Beroperasi Pada Setiap Hari Khamis

3) Kami Tidak Menerima Pesanan Atau Order Melalui PHONE CALLS / SMS. Anda Digalakkan Untuk Datang Sendiri Ke STALL Kami Di UPM Serdang.

Untuk Makluman Lanjut Boleh Hubungi Kami.

013-3823349 (Razman)
013-4136398 (Kimi)
017-3982204 (Izman)

Kengkawan semua digalakkan untuk menghubungi kami terlebih dahulu sebelum datang ke STALL.

Minta jasa baik kengkawan semua untuk LIKE FANPAGE KAMI & WAR-WAR kan kepada rakan-rakan yang lain.


Sokongan & doa dari kengkawan semua amat-amat saya hargai. Semoga Allah SWT jua yang dapat memberikan RahmatNya pada kengkawan semua. Amin

"LAVA GRILL BURGER"
ALANG-ALANG MAKAN BIAR PUAS

Saja nak bagi hangpa semua meleleh lagi hehehehe

















Senarai Harga Produk

Wednesday 9 May 2012

Video Ibu Kandung Belasah Bayi Perempuan Sendiri

Tadi petang aku tengok kat FB ngan forum pasal isu nie. Ada ke patut seorang ibu kandung gie belasah baby girl dia sendiri setengah mati. Kesian seh tengok baby tu kena belasah. Korang tengok ler video kat bawah nie.


Kalau tak leh tengok klik sini ek.


https://www.facebook.com/photo.php?v=373532582682509


Apa macam????? Geram tak??? Hangin kan!!!! Macam haram jer pompuan sekor nie.

Budak kecik macam tu leh ler ko belasah sampai macam tu sekali. Ko tunggu ler nanti bila baby tu dah beso macam ko. Kita tengok sapa nak belasah sapa lak lepeh nie.

Macam siot jer perangai ibu kandung yang sanggup buat macam nie pada anak sendiri yang tak mampu melawan.

Apa-apa pun pompuan benggong nie dah kena tangkap ngan Polis pada 29 Mei 2011 dan sekarang nie dia sedang menjalani hukuman penjara 18 bulan disabitkan dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Walaupun kes nie adalah kes lama pada tahun 2011 tapi tahap kekejaman seperti nie tak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi kekejaman nie dilakukan oleh ibu kandung sendiri pada bayi yang tak berdosa.

Kesian kat baby nie. Semoga baby nie dapat perlindungan yang sewajarnya dari pihak berwajib.


AMEKAW!!!!! DOK DIAM-DIAM DALAM JAIL!!!!!

BENGGONG MU NIE!!!!!

Saiful Apek vs David Teo : Apek Akui David Teo Tak Bayar Duit Lakon Filem

Wahhhhh!!!!! Ngatkan dah reda isu pasal Saiful Apek vs David Teo nie.....rupernya dah berlanjutan nie....

Saiful Apek sendiri akui yang Uncle David tak bayar duit lakonan filem yang dilakonkan oleh Saiful Apek dalam citer 'LADY BOSS' & 'ANAK MAMI KEMBALI'.....


Saiful Apek siap bersumpah lagi tu "Demi ALLAH, kalau sy b'bohong, kau cabutlah nyawa ku skrg."

Kalau aku sendiri dok kat tempat Saiful Apek pun aku hangin.....dah ler tak bayar satu hal.....

Leh lak David Teo nie cakap pasal Arwah Bob Kuman macam kat bawah nie,
HA HA HA! sikalang wa balu aman sbab itu olang talak mule mintak sedekah & aniaya wa lagi! HA HA HA!
Siap Saiful Apek kasi warning lagi....amekaw!!!!!
Saiful Apek : lu tunggu sana, walaupun lain orang diam2, tp wa solang xkan diam!!!! 

Inilah jadinya bila "Kadok Dah Naik Ke Junjung"....

Harap lepas nie artis Malaysia beringat-ingat ler nak berlakon bawah penerbitan Uncle David Teo.....

Beginikah layanannya pada insan lain.....tak ku sangka begini caranya.....

Habih ler lepeh nie takder orang dah nak tengok citer bawah penerbitan Uncle David Teo....

Dalam hal nie aku menyokong penuh tindakan Saiful Apek....Go A Head Apek!!!! Jangan takut!!!!

Tuesday 8 May 2012

Cikgu & Staf Sekolah-Sekolah Daerah Pendang Diarahkan Tidak Terlibat Dengan Majlis Pertandingan QAFA Anjuran Majlis Agama Islam



Apa padangan korang semua sebagai kakitangan kerajaan mendapat arahan seperti gambar kat atas nie????

Pelik kan?????

Kenapa agaknya Guru-Guru dan Staf sekolah-sekolah sekitar Daerah Pendang ditegah untuk terlibat atau menghadiri MAJLIS PERTANDINGAN QAFA ANJURAN MAJLIS AGAMA ISLAM?

Wow!!!! Ada tanda soal kat situ??????

Majlis macam mana yang boleh Guru-Guru dan Staf sekolah leh join ek?

KONSERT

KARAOKE

PARTI BUIH

PESTA PANTAI

EKSPO

PESTA MAKSIAT atau lain-lain yang seangkatan dengannya????

Ermmmm!!!! Macam mana seorang Pengarah Pelajaran Negeri Kedah boleh keluarkan arahan seperti ini.

Atas justifikasi apakah yang membolehkan dia keluar arahan seperti nie secara umum????

Bayangkan dengan keadaan PRU yang akan kunjung tiba nanti.

Tidakkah akan berlaku "AKSI TUDUH MENUDUH" dan "FITNAH" akibat dari arahan yang kurang jelas nie.

Adakah majlis yang akan dianjurkan oleh Majlis Agama Islam mengandungi unsur-unsur LARA', MAKSIAT & AJARAN SESAT????

Apa-apa pun penjelasan dari Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah bagi kes nie perlu diperjelaskan dengan detail atas sebab musabab kenapa program ini ditegah keras olehnya.

Sumber rujukan korang leh tengok screen shot kat atas tu atau klik link kat bawah nie.

http://www.ppdpendang.edu.my/ppdpendang/news.php

Leh lak dah keluarkan arahan tarik balik....hehehehe nampak sangat dah takut sebab dah kena tibai ngan orang ramai....


Aku letak screen shot sebelum dibuang dan selepas dibuang


SEBELUM
SELEPAS

Thursday 3 May 2012

Al-Fatihah Buat Allahyarham Bob Kuman (Husni Mohd Rawi)


AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM BOB KUMAN (HUSNI MOHD RAWI)

Sama-samalah kita hadiahkan AL-FATIHAH buat Allahyarham BOB KUMAN. 

AL-FATIHAH 


SELAMAT TINGGAL BOB

Arwah Bob Kuman dilaporkan tidak sedarkan diri dan kemudian dimaklumkan kepada saya.

Ketika tiba di rumah arwah pada jam 4.30 petang, jururawat peribadi arwah, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya sedang melakukan CPR.

"Berapa minit buat CPR?," soal saya.

"Lebih kurang 20 minit bang," balasnya.

Beberapa minit kemudian, dua kakitangan Hospital Sungai Buloh tiba di rumah dan mengesahkan beliau meninggal dunia 8 minit kemudian.

"Tiada nadi dan nafas, anak mata sudah membesar," ujar kakitangan hospital terbabit.

Isteri arwah kemudian dimaklumkan berhubung pemergiannya.

Ahli keluarga beliau telah dimaklumkan.

Saya telah menghubungi Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Kini jenazah sedang diziarahi oleh orang ramai di rumah arwah, C1-4-4, Salvia Apartment, Jalan Kenyalang 11/3, Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Al Fatihah

Wednesday 2 May 2012

Walaweh!!!! Skandal Seks Azmin Ali Lak Dah


Walawehhhhh!!!!! Apa citer nie????? 

Dengar kabarnya ada isu skandal seks terbaru melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Ada yang cakap Azmin Ali dalam gambar tu.

Tah ler betul ke tidak. Kalau tengok ada persamaan dari segi fizikal dan baju yang selalu Azmin Ali pakai.

Adoiiiii!!!! Makin pening isu politik di TANAHAIRKU MALAYSIA.



Banyak blog-blog politik tengah panas pasal isu nie. FUHHHHHH!!!! PANAS

Nak tengok gambar lain leh tengok kat bawah nie.....




Siapakah lelaki MISTERI ini?????

Macam mana leh pasang camera dalam JAMBAN nie???? hehehehe




Kalau tengok gambar nie ngan video kat bawah warna baju dan design ada persamaan. 

Ermmmm....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More