TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Rukun Islam. Show all posts
Showing posts with label Rukun Islam. Show all posts

Saturday, 21 April 2012

Video: Melayu Makan Babi Di Pulau Pinang

"Melayu Makan Babi Baru Ada Akai...."


Erk!!!! Bila aku dengar statement tu aku tak tau nak cakap macam mana dah ngan pakcik nie. 


Biar betik pakcik dalam video nie. Korang tengok ler sendiri. Apa pandangan korang semua.


Kenapa babi haram dimakan?

Sebab pertama, haiwan ini jelas telah diharamkan di dalam al Quran pemakanan dagingnya. Antara ayat Al-Quran yang menerangkan pasal perkara nie.

1. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan ( Al-Baqarah: 173 ).

2. Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah ( al-Maidah:3 ).

3. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.( al-An'am:145 ).

4. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ( al-nahl:115 )

Monday, 19 September 2011

Zizan Raja Lawak Wajib Bertaubat Sebab Mempersendakan Kalimah Syahadah



Astagfirullah Al Azim.....setelah aku tengok citer Hantu Bonceng kat youtube baru-baru nie hanya satu jer aku nak minta Zizan dan seluruh mereka yang terlibat dalam pembikinan dan juga yang meluluskan filem nie kembali bertaubat pada Allah S.W.T.

Jangan main-main dengan Kalimah Syahadah. Aku agak kecewa dengan cara pihak tertentu yang cuba mempersendakan agama Islam terutamanya Kalimah Syahadah.
“Salah satu babak dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah s.a.w. apabila Zizan menyebut ‘Asyhadu anna Muhammadar Syaitan’ yang membawa maksud ‘aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan.
Perlu diingat Kalimah Syahadah adalah RUKUN PERTAMA dalam RUKUN ISLAM. Jangan dibuat main-main dengan Kalimah Syahadah. Jangan nanti bila Malaikat Izrail  datang nak cabut nyawa Allah S.W.T kelukan lidah akibat perbuatan kita mempersendakan Kalimah Syahadah dah ler. Baru ler menyesal tak sudah.


Lain kali ingat lah yer semua producer, director, artis dan pegawai yang meluluskan filem jangan sampai jadi agama dipersendakan macam nie lagi. Sendiri mau ingat lah yer.



Korang tengok ler komen Pengarah Filem Hantu Bonceng nie yang betul-betul angkuh. Aku tak tahu ler nak cakap macam mana lagi. Pandai-pandai korang ler  jawap depan Allah SWT nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More