TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Tuesday, 17 January 2012

Jadual Puasa Yang Dianjurkan Islam Tahun 2012 @1433/1434 Hijrah


Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia buat semua pembaca blog Dezaman Cottage. Hari nie aku nak share ngan korang semua satu Jadual Puasa Yang Digalakkan Oleh Islam sepanjang tahun 2012 @ 1433/1434 Hijrah. Aku amik dari Facebook kawan aku nama dia Raja Along. 

Thank you Along sebab hang buat jadual yang menarik nie. At least boleh kita semua yang beragama Islam share jadual nie untuk manfaat bersama. Kalau korang nak share jadual nie amat dipersilakan.

Aku creditkan jadual nie atas nama RAJA ALONG. TQ BRO.


Wednesday, 26 October 2011

Alamak Kawasan Aku Kena Serangan Roket!!!!


Hehehehehe seperti tahun-tahun sebelum nyer mana-mana perayaan di Malaysia tepat pukul 12.00 tengah malam akan berkumandang lah pesta letupan KEBABOOOO di sana sini. 

Sekarang nie kat tempat aku sekitar area Seri Kembangan tengah berperang dengan bunyi mercun dan pelbagai jenis bunga api yang hebat-hebat. Dah macam tahun baru lak hehehehe.

Itulah kemajmukkan masyarakat Malaysia. Semoga mereka yang bermain dengan bunga api dan mercun berhati-hati yer. Jangan sampai memudaratkan diri dan orang lain termasuk harta benda.

Kepada yang ada anak-anak kecil tu kalau dah nangis-nangis pujuk diaorang yer hehehehehe. Tempoh berperang nie tak lama jap lagi tamat ler.

JOM MAIN MERCUN hehehehehe.

Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan HAPPY DEEPAVALI kepada seluruh masyarakat India di Malaysia. Semoga perayaan kali ini penuh bermakna pada anda semua.

HAPPY DEEPAVALI

Monday, 24 October 2011

Makanan di Restoran 1 Malaysia Hanya Murah Untuk Najib

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia semua. Aku nak share ngan korang satu artikel dari Milo Suam pasal Restoran 1Malaysia. Nampaknya ramai tertipu seh ngan Restoran nie. Cakap tak serupa bikin. Betul ker????? Nak tahu korang baca kat bawah nie yer.

DALAM artikel yang lalu, ReJaM© ada timbulkan isu harga makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia yang tak konsisten sehingga menimbulkan kemarahan pelanggan yang rasa tertipu rujuk sini [Restoran 1 Malaysia].

Kali ini mari kita bandingkan secara lebih terperinci harga makanan yang dimakan oleh Perdana Menteri berbanding rakyat biasa seperti ReJaM© di Restoran Rakyat 1 Malaysia tersebut.

Di bawah ini makanan yang ReJaM© makan tempoh hari di Restoran Rakyat 1 Malaysia iaitu nasi putih dengan lauk daging dan telur. Kalau dilihat, lauk ini jauh lebih sedikit dan murah berbanding lauk yang dimakan oleh Najib.


Di bawah ini pula harga yang perlu dibayar untuk makanan yang ReJaM© makan di atas iaitu RM5.70. Lihat bil di bawah ini nasi campur RM4.50 dan Teh O Ais RM1.20.


Bandingkan pula makanan yang diambil oleh Perdana Menteri tempoh hari iaitu nasi putih, ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom. Tapi Perdana Menteri hanya perlu membayar RM4.00.


Maka jelas di sini 1 Malaysia adalah gagasan Najib Tun Razak, maka harga makanan di Restoran 1 Malaysia hanya murah untuk Najib sahaja bukan untuk rakyat. Eloklah nama restoran ini ditukar kepada "Restoran Najib 1 Malaysia".

ReJaM© "Kena jadi Perdana Menteri baru dapat makanan murah..."

Sumber dari Milosuam.

Tuesday, 27 September 2011

Edisi Khas: Koh Tsu Koon Jatuh Basikal Masa Iringi Najib Razak

Salam 1Malaysia semua. Baru-baru nie Datuk Seri Najib Razak dan beberapa Menteri berbasikal bagi menjayakan program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong Pulau Pinang. Tujuan program ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu pembelajaran di Sekolah sekolah Cina. Mereka bercadang untuk mengumpulkan RM15Juta untuk 15 sekolah rendah.

Tapi aku bukan nak citer pasal dana tu. Aku nak citer pasal Dr. Koh Tsu Koon tergolek masa berbasikal hehehehe. Korang tengok gambar dia sebelum tergolek. Takkan dia ushar amoy sebelah kiri dia kot hehehehe. Tak pasal-pasal dah tergolek hehehehe. Jangan marah Dr. Koh Tsu Koon. Semoga lepas nie lebih berhati-hati.

Monday, 26 September 2011

Kereta Kentut Berapi Di Karnival Usahawan Desa 2011

Salam 1Malaysia semua. Banyak betul jemputan kenduri kawin dan majlis rumah terbuka seminggu dua nie. Syok gak sekali sekala layan jemputan nie. Leh makan free doh hehehehe.

Semalam aku ngan wife ada jemputan majlis kenduri kawin di Dewan Seri Siantan Perbadanan Putra Jaya. Anak kawan wife aku kawin. Majlis agak menarik. Susun atur superb. Ada duit apa-apa pun leh buat hehehehe.


Tak jauh dari dewan tu ada Karnival Usahawan Desa 2011. So aku ngan wife berkesempatan jalan-jalan kat sana lepas selesai hadiri majlis kenduri kawin. Dah kenyang telan Nasi Daging yang superb so dah bertambah kalori dalam badan aku hahahaaha apa lagi kena banyak exercise ler lepas nie.

Salah satunyer cara nak kurangkan kalori dan lemak dari badan kena ler jalan-jalan kat Karnival Usahawan Desa hehehehe. Ceh!!! Alasan jer tu hehehehe sebenarnya memang nak pusing-pusing tengok apa yang ada kat situ. 

Banyak-banyak persembahan aku suka 1 part masa kat Karnival Usahawan Desa tu. Show KERETA KENTUT BERAPI hahahaha. Seriusssss aku tak tipu doh. Memang kereta kat situ leh KENTUT KELUAR API. Tak caya korang tengok video aku amik kat bawah nie khas untuk korang semua. SUPERBBB!!!! Secara keseluruhan Karnival Usahawan Desa agak menarik leh dianjurkan lagi next year.

VIDEO KERETA KENTUT BERAPI





Thursday, 15 September 2011

Namawee Kah Untung Atau Najib Yang Rugi???? Namawee Bakal Berjumpa Perdana Menteri Malaysia

Siapakah yang untung dan siapakah yang akan rugi kelak???? Itulah persoalan yang sedang bermain dalam fikiran aku ketika nie selepas aku terbaca isu panas pasal Wee Meng Chee a.k.a Namawee bakal berjumpa Perdana Menteri Malaysia (Sumber: Namewee akan jumpa PM minggu ini). Sama-samalah kita saksikan satu lagi episod drama swasta politik yang hangat tak lama lagi. 
Apa yang pasti ramai rakyat Malaysia akan terbuka mata seluas-luasnya untuk sama-sama menyaksikan episod drama yang sensasi nie. Agak-agak korang semua sapa yang bakal mendapat untung besar dan siapa yang bakal menerima bala?

Aku agak pelik sebenarnya bila orang yang pernah menghina lagu Negaraku, menghina kaum, menghina Islam dan melabelkan Melayu sebagai SAKAI boleh senang-lenang diberikan penghormatan untuk berjumpa Perdana Menteri dengan begitu mudah.

Nampaknyer lepas nie kalau korang nak jumpa Perdana Menteri cara mudah ikut style Wee Meng Chee a.k.a Namawee. Pelik kan!!!

Sekarang nie ramai blogger-blogger yang pro kerajaan betul-betul marah pasal isu nie. Kalau korang tak caya leh baca kat blog nie Parang Panjang Untuk Potong Kaki Namewee Sudah Tersedia. Bagi aku tak mustahil kalau perkara macam nie betul-betul terjadi bila orang dah marah. Mana taknyer diaorang punya ler backing kerajaan siang dan malam akhirnya orang yang menghina lagu kebangsaan diberi layanan cukup istimewa untuk jumpa "Orang Nombor 1 Malaysia" iaitu Perdana Menteri. 
Tak caya korang leh search kat cik GOOGLE. Korang akan jumpa banyak entry pasal isu nie. Diaorang betul-betul marah dengan pertemuan nie. Mahu tak hangin satu badan. Kalau aku pun jadi blogger pro kerajaan pun hangin. Sib baik aku nie bukan blogger politik. Adakah kerajaan sediada mendengar rintihan blogger pro kerajaan nie. Itu aku tak pasti.

Pada aku ramai orang Melayu akan terasa hati dengan layanan istimewa yang diperolehi oleh Wee Meng Chee a.k.a Namawee. Pelik kan!!!! Macam mana orang seperti Wee Meng Chee a.k.a Namawee boleh diberikan penghormatan sebegini. Tahniah buat Wee Meng Chee a.k.a Namawee atas jemputan ini.

Pada pandangan peribadi aku, sokongan orang Melayu pada kerajaan sediada akan makin terhakis akibat dari pertemuan ini. Siapakah yang untung dan siapakah yang akan rugi???? Sama-sama ler kita saksikan drama hebat yang bakal muncul kelak. Aku harap Datuk Seri Najib ada jawapan konkrit atas pertemuan nie kelak.

Buat Wee Meng Chee a.k.a Namawee, aku ucapkan TAHNIAH atas kejayaan anda!!!!

Sunday, 4 September 2011

Gambar Noramfaizul Mohd Nor Selamat Disemadikan (Al-Fatihah)


Tadi aku berkesempatan menghadiri majlis pengkembumian Allahyarham  Noramfaizul Mohd. Nor di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia. Alhamdullilah jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor telah selamat disemadikan. Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor merupakan orang taman aku. Rumah Allahyarham tak jauh dari rumah aku. Jadi aku ambil kesempatan nie untuk memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Aku ada snap beberapa keping gambar dan video untuk tatapan korang semua. Nampak wajah Allahyarham macam tidur jer. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan nie. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37 dan 2 orang putera yang comel Mohd Irfan, 8 dan Mohd Naufal 3. Anak Allahyarham memang comel. Korang leh tengok kat bawah nie. Sama-samalah kita berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor. 

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama para syuhada, orang beriman dan beramal soleh pada Allah S.W.T.

Semoga Noramfaizul Mohd. Nor bersemadi dengan aman di sana. 






































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More