TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Monday, 21 April 2014

Perlukah Kita Kutuk MAS????

Ramai orang dok kutuk2 MAS hitu la hini la.....pada aku servis Maintenance, repair and overhaul (MRO) yang MAS ada skrg nie adalah yang terbaik dan bertaraf dunia....kalau tak, buat apa la airline lain terhegeh nak suruh kita tlg servis aircraft depa......ada kawan2 aku yang dah jadi certified License Aircraft Engineer (LAE) kat MAS & Air Asia.....aku yakin dengan kemampuan depa baik pulih pesawat yang ada.....

Sama gak ngan kualiti pilot yang ada...pilot MAS adalah yang terbaik di dunia....so aku yakin dengan kawan2 aku yang jadi pilot ngan MAS termasuk la Air Asia....

Bila kes MH370 hilang malam tu first sekali aku terbayang classmate aku Anas Mazlin sbb dia salah sorang Flight Officer (FO) untuk aircraft 777.....bila jadi ke MH192 smlm aku teringat tuan kapten A Izzat Alias sbb dia dah jadi cip utk 737.....aku hanya mampu doa utk hangpa berdua semoga Allah SWT pelihara hangpa berdua dari segala musibah....aku tau hangpa mmg pilot yang terbaik....


Hanya disebabkan kes MH370 MAS kena titik atas bawah kiri kanan depan belakang.....tak fair la macam tu...kat US dan UK pun banyak gak kes lagi teruk dari MAS....lagi banyak kes kapal terbang bermasalah maintenance mcm haram jaddah....terhempas sana sini relax ja.....tp bila jadi kat MAS semua dok hentam termasuk la rakyat Malaysia....agak2 la kalau nak condemn airline negara....


Kalau hangpa semua nak tau ramai tenaga kerja profesional dalam bidang aviation dan aerospace di Malaysia mai dari UPM dan UTM.....part penting dalam aircraft airbus pun dibuat kat Melaka....berapa ramai ex student UPM dan UTM yang jadi engineer ngan CTRM....


Kalau orang tanya aku berani ka nak terbang ngan MAS jawapan aku adalah aku yakin 100% dengan pesawat dan pilot....


Hanya aku tak berapa nak setuju dengan cara pengurusan kewangan dan management MAS ja......jangan marah ek kawan2 yang keja ngan MAS hehehe.....


Kepada kawan2 yang masih dalam bidang aviation n aerospace industry tak kira la hangpa engineer ka pilot ka consultant ka lecturer ka aku salute dengan karier hangpa.....buktikan tahap kualiti hangpa dalam bidang aviation n aerospace setanding dan bertaraf dunia.....

MAS192 / MH192 Buat Emergency Landing Di KLIA

kalau ada sapa2 nak tengok mcm mana airline nak buat emergency landing leh tgk kat http://www.flightradar24.com/MAS192/327a227 ....kapal terbang Boeing 737-8H6 nombor pendaftaran 9M-MXJ tengah buat proses fuel dumping sblm buat emergency landing kat KLIA.....doakan semoga proses emergency landing berjalan dengan lancar....

hangpa leh dengaq sendiri communication antara tower ngan MAS192 / MH192 kat sini http://www.liveatc.net/flisten.php?mount=wmkk2&icao=wmkk


Tuesday, 13 September 2011

MAS Dan Air Asia Taja Queens Park Rangers (QPR)

Perghhhhh MAS & Air Asia taja Queens Park Rangers (QPR) tu. Semoga tajaan nie akan membawa manfaat pada MAS & Air Asia. Mr Tony dah mula susun strategi pemasaran untuk MAS dan Air Asia melalui BPL. Sebelum nie Emirates taja Arsenal dan Ethihad taja Manchester City. Bagi aku penjenamaan melalui BPL nie boleh bawa keuntungan secara tak langsung pada MAS dan Air Asia. Bayangan bukan ribuan yang tengok BPL nie. Jutaan orang yang tengok game nie setiap hari baik LIVE atau siaran ulangan. Very good strategy. 


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia akan sama-sama menaja jersi Kelab Bolasepak Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana Barclay (BPL) bagi musim 2011/2012 dan 2012/2013.

MAS akan menaja jersi pemain kelab itu bagi perlawanan di tempat sendiri dalam BPL itu, manakala tajaan AirAsia adalah bagi perlawanan QPR di tempat lawan dan jersi ‘ketiga’ pula bagi kedua-dua musim BPL yang serupa.

“MAS gembira dapat terlibat dengan peningkatan QPR ke Liga Perdana,” kata Pengarah Eksekutif MAS, Mohammed Rashdan Yusof.

QPR, yang 66 peratus kepentingannya dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, akan memakai jersi baharu bagi permainan di tempat sendiri, yang dihias dengan logo MAS itu buat kali pertama dalam perlawanan menentang Newcastle United di Stadium Loftus Road lewat malam ini.

Penajaan itu dianggap sebagai yang pertama dalam sejarah bolasepak profesional di dunia, yang menyaksikan dua syarikat penerbangan dari negara yang sama, bekerjasama menaja sebuah pasukan bolasepak, demikian dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin. “Penajaan jersi QPR bagi perlawanan di tempat sendiri (oleh MAS), dan penajaan jersi bagi permainan di tempat lain oleh AirAsia itu merupakan yang pertama bagi Liga Perdana Inggeris.

“Ia juga bagi meraikan rangka kerja kolaborasi MAS dengan AirAsia baru-baru ini,” kata Mohammed Rashdan.

Beliau berkata, penajaan itu yang merupakan inisiatif utama MAS dalam strategi pemasaran jenama baharunya akan membolehkan syarikat penerbangan nasional itu memperkukuhkan kedudukan perkhidmatan penuh dan francais premiumnya di peringkat global melalui peminat dan pencinta bolasepak dari selurun Eropah, Amerika, Asia Pasifik dan Australia.

Dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, AirAsia juga berkata penglibatannya dengan sukan akan meningkatkan lagi kedudukan jenamanya memandangkan bolasepak merupakan sukan yang paling ramai penontonnya di seluruh dunia dan BPL pula diminati ramai di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif QPR, Philip Beard berkata: “Keupayaan memikat dua syarikat utama Asia untuk melibatkan diri bersama kelab bolasepak tersebut menunjukkan tarikan global yang ada pada QPR sebagai satu jenama. Beliau berkata, QPR amat positif tentang membina hubungan yang teguh dengan kedua-dua syarikat penerbangan untuk memperluas pendedahannya di Asia Tenggara dan selanjutnya.

“Ini merupakan kerjasama yang membanggakan bagi kelab ini dan membawa lebih banyak berita positif berikutan kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam beberapa minggu sejak pengambilalihan,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama MAS menggembirakan peminat BPL di Asia.

Ia merupakan penyedia rasmi perkhidmatan carter udara bagi Jelajah Asia Manchester United pada 2005 dan 2007. Ia juga penyedia rasmi perkhidmatan carter bagi Jelajah Asia pasukan Chelsea pada 2008 dan tahun ini.

Satu lagi pasukan BPL, Arsenal, juga menaiki penerbangan carter Malaysia Airlines bagi jelajah Asianya tahun ini.

SUMBER: BERNAMA

Wednesday, 24 August 2011

Adakah PETRONAS Bakal Terima Nasib Seperti MAS????


Tadi aku ada baca kat blog Milo Suam sekali jumpa isu nie. Adakah PETRONAS akan mengalami nasib yang sama selepas MAS???? Air Asia gak yang untung kan hehehehe.

Ramai blogger politik agak marah dengan berita nie. Aku tak dapat nak pastikan kesahihan berita yang diperolehi nie. Sekiranya benar berita nie tak tahu ler nak cakap macam mana lagi.

Harap PETRONAS masih lagi dapat diterajui oleh rakyat Malaysia beragama Islam. Semoga hasrat nie akan kekal selamanya. Sesungguhnya manusia mampu merancang tapi Allah SWT juga yang akan menentukanNya.

DAPAT keluhan dari Kakitangan Petronas yang berbunyi:
Kami kecewa dengan UMNO yang menyerahkan Petronas kepada Shamsur Azahar yang melaksanakan dasar 1Malaysia dengan melantik orang Cina secara besar-besaran seperti berikut:
1. Dato' Wee YH (Executive Vise President)

2. Chai Kok Kit (Operation Advisor) - Retired Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) Staff (Did'nt make much impact in Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) even when he was there)
3. Dato' Yeow Kian Chia (Seen as a failed Project Director for Turkmenistan, now made as New Technology Advisor)
4. Dato' George Ling (Drilling Advisor). Ex-Shell. Last job Managing Director of Shell China.
5. Afendy Cheng has been the Senior General Manager of Exploration, now Vise 6. President for International Exploration.
7. Chen Ka Seong (Petroleum Engineer Manager)
All these new appointment within last 6-8 months.
Market Talk.

Dr Ong See Hong has been Approached.
Dr Lim Min Teong has been approached.
Chen is being groomed to be next Managing Director.
Harap dapat sampai kekecewaan ini sebelum nasi jadi bubur.
TPU: Bila dapat maklumat dekat atas ni, gua terfikir... Adakah selepas ini, Petronas akan mengalami nasib yang sama sepertimana MAS.
Adakah lantikan-lantikan tersebut dibuat mengikut "Merit", kenapa "Board" mengenepikan ramai "orang-orang kanan"yang lebih berkelayakan..?
PM Najib perlu beri penjelasan. Jangan sampai Kakitangan Petronas "Menzahirkan" kekecewaan mereka dalam bentuk "Nyata".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More