TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hudud. Show all posts

Thursday, 15 December 2011

Hudud Yang Disalah Tafsirkan

Perghhhhh!!! Begini ke cara nyer nak terangkan pasal HUDUH???? Ada ke patut cakap laksanakan HUDUD akan jadi lagi teruk???? Ini mana punya pandangan nie???


Aku tak paham dengan penerbit video nie mana dia belajar tah laksana HUDUD akan jadi lagi teruk. Korang leh tengok dan dengar sendiri kat penghujung video nie. Dialog yang dilafazkan oleh pelakon tu boleh menyebabkan lari akidah seorang muslim yang beragama Islam.


Adoiiiii!!!! Aku tak paham dengan cara penyampaian seumpama nie. Semoga Allah SWT akan membuka pintu hati dan melorong hidayah yang sebenar pada mereka yang terlibat di dalam pembikinan video nie agar mereka memahami Islam yang sebenar.

Friday, 14 October 2011

Beza Sebatan Cara Islam Dan Cara Sivil

Sekadar berkongsi dengan korang semua. Tengok dari gambar dan info di sini kita dah leh tahu mana yang lebih ringan dan yang mana lebih berat sebatannyer kan.


Monday, 10 October 2011

Suami Cekup Isteri Bersama 2 Lelaki Di Bilik Tidur

Tadi tengah layan forum aku jumpa satu post nie tajuk tak leh blah "Suami Cekup Isteri Bersama 2 Lelaki Di Bilik Tidur". Perghhhhh tajuk tak hengat dunia hehehehe. Aku dah leh agak paper mana yang buat tajuk nie hehehehe. Sah Harian Metro.

Itulah realiti sosial yang berlaku di Malaysia pada zaman ini. Macam-macam hal berlaku kan. Aku pun tak paham kenapa benda macam nie berlaku. Dah sampai waktunya untuk Malaysia menggunapakai Undang-Undang Islam yakni HUDUD. Secara tak langsung dapat membanteras dan sekaligus dapat mengurangkan kadar jenayah dan sosial yang makin tidak terkawal. 

Kesian ngan suami yang dimaksudkan dalam artikel kat bawah nie. Semoga beliau bersabar dan tabah menghadapi dugaan dari Allah S.W.T.
KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang suami berusia 32 tahun apabila menangkap isterinya sedang ‘berpesta’ arak di dalam bilik di rumahnya di Pantai Dalam, di sini, bersama dua lelaki tidak dikenali, Khamis lalu.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut si suami di dalam bilik itu menemui puluhan botol dan tin arak disembunyikan dalam almari di bilik tidurnya itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, berang dengan tindakan isterinya berusia lewat 20-an itu, si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.
Menurut sumber, si suami yang baru pulang dari kerja berasa curiga apabila melihat dua pasang kasut lelaki di hadapan pintu rumahnya.
“Sebaik masuk ke dalam rumah, lelaki terbabit mendengar bunyi gelak tawa dari dalam bilik tidurnya. “Si suami terkejut apabila melihat isterinya dan dua lelaki tidak dikenali berada dalam keadaan khayal di dalam bilik tidurnya. “Si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum menemui puluhan tin dan botol arak disembunyikan dalam almari di bilik itu menyebabkan mereka bertengkar hampir 20 minit,” katanya.

Tuesday, 27 September 2011

"Ibu Suruh Saya Jadi Pelacur", Pengakuan Ziela

Astagfirullah Al Azim. Sampai hati seorang ibu sanggup ajar anaknyer sendiri untuk jadi pelacur. Bayangkan keadaan sosial di Malaysia ketika nie. Keruntuhan akhlak dikalangan generasi baru makin menjadi-jadi. Yang makin pening bukan apa "IBU" sendiri merestui. Jadi cikgu ajar anak-anak bergelumang dah dunia hanyir. Perghhhhh itulah realiti kehidupan pada zaman serba canggih dan canggun.

Tapi aku tak salahkan diaorang sebenarnya. Pada aku keadaan sosio-ekonomi di Malaysia yang jadi penyebab kepada gejala seperti nie. Nak hidup sekarang nie perlukan modal yang tinggi. Kalau iman goyang begini ler jadinyer. 

Patut ler Ustaz Asri (Dr. MAZA) bising pasal zakat. Pada aku kalau dapat disalurkan zakat pada mereka yang memerlukan seperti keluarga nie pasti kita dapat mengurangkan gejala sosial seperti pesundalan dan sebagainya.

Bukan nak menunding jari pada mana-mana pihak tapi kalau ditanya pada mereka pasti isu sosio-ekonomi jadi punca. Macam kes nie ibu sendiri dah jadi pelacur so anak-anak pun diajak sekali. Jawapannyer mudah jer "easy money". Semuanya untuk keperluan hidup. 

Harap pihak yang berwajib dapat memantau. Rasanya tak keterlaluan kalau HUDUD dilaksanakan agar gejala macam nie dapat dibanteras.

KUALA LUMPUR: “Ibu yang mengajar saya teknik urutan batin dan menyuruh saya menjadi pelacur.” Itu pengakuan mengejutkan seorang remaja berusia 16 tahun yang ditemui di sebuah premis urut yang menyediakan khidmat seks, di sini.
 
Mahu dikenali sebagai Ziela, remaja itu berkata, dia tidak rela melakukan pekerjaan itu, tapi tiada pilihan kerana ibunya yang juga pelacur memaksanya berbuat demikian.
“Saya tak mahu (melacur). Sebelum ini kakak menjadi pelacur kerana disuruh ibu, tapi selepas dia malas untuk terus melakukannya, saya pula dipaksa ibu menjadi pelacur sejak dua bulan lalu,” katanya.
 
Ziela ditemui wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan di rumah pelacuran dikendalikan ibunya di satu kawasan rumah kedai di pinggir ibu negara.
Wanita berusia 40-an yang dikenali sebagai Kak K itu mempunyai empat anak yang semuanya tinggal di premis itu bersama beberapa warga Indonesia yang turut menjual tubuh.

Sunday, 25 September 2011

Apa Itu HUDUD?


Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun Jinayah Syariah.

Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk undang-undang; antaranya ialah undang-undang jinayah, undang-undang munakahat, undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan Islam ataupun Kanun Dusturi Islami dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam
yang lain.

Di bawah undang-undang jinayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah Syariah) ini terbahagi pula kepada 4 jenis.Iaitulah hudud, qisos, diat dan takzir.

A) Makna HUDUD:

Bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun. Contohnya; kalau seseorang itu mengaku berzina, maka dia wajib dihukum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, iaitu wajib sebat dia 100X (bagi yang belum kahwin).Kalau dia mengaku mencuri pula, maka tak boleh penjarakan dia dan tak boleh dendakan dia, tapi wajib dipotong tangannya kerana ia adalah satu batasan yang telah dibuat oleh ALLAH SWT.

B) Hukuman HUDUD:

Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH di dalam Quran/hadith.Hukuman Hudud ini adalah hak ALLAH ,yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh di ubah-suai dan dipinda. Hukuman Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun.Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH/rasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:
" Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Suratul Baqarah:229)

C) Kesalahan yang dikenakan hukuman HUDUD:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Hudud ialah:

i) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengkut  hukum syara`.

ii) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan 4 orang saksi.

iii) Minum arak atau minuman yang memabukkan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.

iv) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan
atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya..

v) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.

vi) Merompak (hirabah); iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

vii) Pendurhakaan (bughat) ;iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau   mendurhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum ALLAH.

QISAS:

Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas. Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Perbandingan QISAS dan HUDUD:

Persamaan diantara qisas dengan hudud ni ialah hukumannya telah ditetapkan; seperti kadar dan bentuknya, yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran. Manakala perbezaan diantara qisas dengan hudud pula ialah hukuman qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa ataupun keluarga mangsa Tapi kalau tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa ,maka tidak boleh dikenakan hukuman qisas.Jadi, berbezalah diantara qisas dengan hudud ,dimana hudud ini, walaupun tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa tetapi ianya tetap wajib dilaksanakan.

Kesalahan & Hukuman QISAS:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah :

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.

a) Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Suratul Baqarah : 178)
b & c) Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya, wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu, juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan yang dilukakan tadi.Sepertimana firman ALLAH SWT yang membawa maksud:
"Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (orang-orang Yahudi) yang disebutkan dalam Kitab Taurat, bahwasanya nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan kecederaan juga hendaklah dibalas seimbang. Tapi bila sesiapa mengampuninya,maka itu adalah penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH,maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Suratul Ma`idah : 45)

DIAT:

Hukuman Diat bermakna pampasan atau pun ganti rugi.

Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjinayah kepada wali/waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan oleh penjinayah keatas mangsanya.

Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan
kesalahan qisas.Hukuman diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH dan rasulNya di dalam al-Quran/hadith sebagai ganti rugi diatas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan, atau melukakannya.

Kesalahan yang dikenakan hukuman diyat:

i) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja: Serupa dengan sengaja bermakna perbuatan tadi sengaja walaupun tidak ada niat untuk membunuh atau mencederakan.

ii) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) - qotlu qotto` yakni yang memang tidak sengaja.

iii) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang yang dibunuh; sepertimana firman ALLAH TA`ALA dalam Suratul Baqarah ayat 178 yang bermaksud,:
"Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan daripada saudaranya (waris kepada mangsa yang dibunuh), maka hendaklah diikuti dengan cara yang baik (iaitu menuntut ganti rugi dengan tidak melampaui batas).Dan tunaikanlah bayaran diyat itu dengan ihsan. Yang demikian itu adalah suatu keringanan/kemudahan yang diberikan oleh ALLAH SWT. Serta satu rahmat daripada Tuhan kamu ( makna rahmat adalah kasihan belas daripada ALLAH SWT kepada sekelian hambaNya). Sesiapa yang melampaui batas selepas daripada itu, maka baginya azab yang pedih."

Hukuman TAKZIR:

Hukuman takzir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera,
iaitu penjenayah-penjenayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Hukuman takzir dalam Kanun Jenayah Syariah adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan ALLAH kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran/hadith. Ia terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri.Tetapi para ulama berpendapat bahwa takzir tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.

Contohnya; kalau kita nak sebat orang,misalnya.Kalau nak jatuh hukuman sebat diatas kesalahan takzir,maka bilangan sebatan yang dijatuhkan tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.Contoh sekurang-kurang hudud ialah 40 sebatan,yakni yang dikenakan keatas peminum arak atau peminum minuman keras yang memabukkan.Jadi kalau hendak melaksanakan sebatan mengikut hukuman takzir,maka ia tidak boleh sampai kepada 40 sebatan.Ia mestilah 39 sebatan ke bawah. Wallahu Taala A'lam.

Hukuman takzir adalah hukuman dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud/qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas.

Jenis atau kadar serta bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan keatas penjenayah-penjenayah itu,kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan  untuk menghalang penjenayah-penjenayah daripada mengulangi kembali kejahatanyang mereka lakukan tadi,yakni bukan untuk menyiksa mereka.

Friday, 23 September 2011

Mamat Khalid Hangin Dengan Namawee a.k.a Wee Meng Chee

Tadi aku ada baca kat blog Abang Mamat Khalid pasal luahan rasa Abang Mamat Khalid dengan sikap orang Melayu yang tak abis-abis nak menyokong NAMAWEE a.k.a WEE MENG CHEE. Sampai ada yang sanggup nak aturkan perjumpaan Namawee dengan Perdana Menteri.


Aku paham perasaan Abang Mamat Khalid melalui penulisan beliau. Sapa tak marah kan bila orang yang sah-sah menghina negara boleh diberi muka. Cuba bayangkan orang Melayu macam kita buat macam tu agak-agak apa jadi? Silap-silap masuk ISA doh!!! Sib baik Perdana Menteri kita dah nak mansuhkan akta ISA. Kalau tak masuk dalam dulu ler tanpa bicara.


Bagi aku mudah jer dalam hal nie. Aku suka berpegang pada kata-kata Tun Dr. Mahathir "MELAYU MUDAH LUPA". Apa leh buatkan. Cuba tengok ada Presiden MCA cakap pada Timbalan Perdana Menteri pasal isu HUDUD. Siap main ugut-ugut lagi doh!!!


Kalau aku jadi TPM mau hangin satu badan. Macam haram siap ugut-ugut lagi. Sama gak ngan Tuan Guru Nik Aziz kena ugut gak ngan Karpal Singh. Kita yang majoriti nie lak rasa takut dengan golongan minoriti. Adoiiiii pening seh. 


Itulah jadinyer bila kita Melayu yang majoriti nie berpecah dan bertelagah. Kaum minoriti melompat girang macam haram. Panas doh!!! 


Aku syorkan korang pahami intipati penulisan Abang Mamat Khalid. Kalau korang paham sure korang akan dapat selami isi hati Abang Mamat Khalid.


BANGSAT PENGARAH MELAYU NI KAN MAT?


Sedari mula aku mula mengarah hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan sayang. Segala perhal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman melayu harus megah dan disanjungi pembikinannya. Aku mahu filem dan drama melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.

Bukan aku seorang. Ramai pengarah-pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu. Filem-filem Uwei Hj Shaari memperceritakan budaya Melayu dalam setiap adaptasi penceritaannya. Erma dengan persoalan berat wanita melayunya. Aziz m osman juga di dlam filem terbaru Azura nya mengangkat budaya melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.

Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan hasilkerja mereka, aku mula gusar. Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar melayu aku di bumi melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri minta diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integerasi kaum.



Bangsa melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan memuji kebagusan sipolan membuat filem dengan membayar tiket masuk bergasak menyokong filem yang 'lebih elok dari filem melayu biasa' itu. Aku tidak irihati dengan karya beliau. Malah mereka melayu yang terlibat di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. Yang menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan bangsa aku. Di arak dan di beri penghormatan tahab menteri kerjanya itu. Kami yang terus menerus mendokong rasahormat kepada kedaulatan bangsa-bangsa dibumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu hamparannya.

Aku ingat lagi akan hari rakyat malaysia dikejutkan dengan video negara kuku nya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula aku menontonnya. Dan kini beliau hero? Kini beliau layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri?

Gusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan. Memusing cerita aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali ramai.

Adakah masyarakat kita kian lupa dengan maruah bangsa dan harapan anakcucu kita yang semakin rapuh dimakan dunia penuh pluralism ini? Adakah masyarakat kita sanggup menggadai hingga ke kain dalaman semata-mata untuk mendapat ereksi sementara tidak memperdulikan masa depan anakbangsa yang kian hanyut dikelabui mata dengan pandangan integrasi milik bangsa yang lain?

Aku dengan besar hatinya mengalukan perpaduan dengan filem aku namun bukan pujian atau sokongan yang aku dapat. Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang bermaruah terhadap bangsa aku. Dan bukan filem itu menjadi penyebab ramai yang mendekati dengan karya aku. Ianya hilang ditelan masa dan demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero pengarahnya!

Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf sipolan. Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi 'gua mau jumpa lu' berulang kali di youtube? Kalau mahu boleh la aku memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku baratur berjumpa menteri.

Bongkaknya entry aku kali ini adalah cermin bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang berjaya memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat mensucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More