TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Maharaja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Maharaja Lawak. Show all posts

Saturday, 27 August 2011

Kontroversi Kumpulan Sepah Sah Berpecah


Tadi aku dapat perkabaran dari Abang Nara pasal kumpulan Sepah sah berpecah. Adoiiiiii. Nama tengah top berpecah lak dah. Ngat kan Sepah nie dapat ler jadi pengganti Bujang Lapok. Nampak nyer tinggal harapan ler. 

Apa leh buat. Masing-masing ada impian dan hala tuju yang mungkin berbeza. Harap lepas nie ada pengganti baru yang boleh dijadikan icon pengganti Bujang Lapok era millennium. 

Petikan yang aku amik dari blog Abang Nara.
Berikut ialah kata-kata Jepp Sepah selaku ketua kumpulan:-
Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.
Namun ternyata keputusan Jepp ini sangat-sangat mengejutkan Shuib. Kata Shuib:-
Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Isu Panas: Pelajar IPTA & IPTS Diharam Memakai Tudung????

Perghhhhh confirm akan jadi isu panas tak lama lagi. Rasanya bukan dalam Malaysia jer akan panas. Silap-silap seluruh dunia akan jadi kecoh pasal isu nie. Adoiyaiiiii!!! Pelajar IPTA & IPTS diharamkan pakai tudung. Biar betik???? Aku pun tak tahu ler nak cakap macam mana. Apa ke bengong ada Ahli Parlimen yang setuju ngan usul nie??? Korang baca ler sendiri sure korang pun akan hangin. Bila nak piliharaya nie? Rakyat harus bertindak singkirkan semua Ahli Parlimen yang mangkuk nie.  

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di Hospital Selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. 
Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak. 
Adakah Kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia. 
Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini. 
Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.
Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah. 
Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:- 
1)TUDUNG SAJI;
2)TUDUNG PERIUK;
3)TUDUNG TERMOS;
4)TUDUNG CAT; 
dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian. 
Hahahahaha aku pun terkono.....korang jangan marah ngan aku lak ek....sempena Aidilfitri yang bakal menjelma nie apa kata kita bermaafan hehehehehe......buang yang keruh amik yang jernih kekekekeke.....akhirnya korang terkono gak macam mana aku terkona hahahahaha......siot jer sapa yang buat artikel nie....kalau betul-betul mau huru-hara satu Malaysia. 

Selamat Menyambut Aidilfitri & Selamat Merdeka.

Sunday, 21 August 2011

Hai Seksi Tak Saya????? Jangan Tengok!!!!! Nanti Kurang Pahala Puasa

Hehehehehe......apa macam seksi tak ayam nie hahahaha......nie layak buat ayam golek kekeke.....confirm sedap tu wehhhh.....korang layan jer lah yer.....sekadar nak buat korang tersenyum sendiri hahahaha......jom beli ayam golek berbuka nanti....

Tuesday, 16 August 2011

Nabil Raja Lawak Dan Nazirah Ayub Bakal Bernikah September Ini - Tahniah

Tadi aku baca kat blog BeautifulNara pasal Nabil Raja Lawak nak tamatkan zaman bujang September nie. Alhamdullilah. Elok ler kawin cepat-cepat. Bakal wife dia pun cun maklumlah bekas pramugari Air Asia

6 tahun rupernye dia dah kenal ngan bakal isteri dia nie. Erk!!!! 6 tahun. Biar betik. Sebelum nie ngan Irma????? Erk!!! Ada question mark kat situ. Takperlah itu hal peribadi dia. Dia pun dah nak kawin memang elok sangat dah tu Nabil!!!.

Semoga menjadi seorang suami yang beriman dan beramal soleh pada Allah. Tahniah Nabil dan Nazirah Ayub.

Petikan dari blog Abg Nara:-

Kata orang kalau dah sampai serunya, pasti akan berkahwin jugak. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Nabil Raja Lawak (28 tahun) yang akan melangsungkan perkahwinannya dengan Nazirah Ayub (23 tahun). Bakal isteri Nabil adalah seorang bekas pramugari Air Asia. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan.
nabil raja lawak nazirah ayub
Nabil dan Nazirah sudah berkenalan selama 6 tahun. Dan Nabil mahu segera bergelar suami kerana takut pisang berbuah dua kali:-
"Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan. Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan ikhlas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri."
Tahniah kepada Nabil atas berita gembira ini. Semoga dengan pernikahan ini, rezeki Nabil akan bertambah-tambah. Jangan lupa jemput Abang Nara ye.

Saturday, 13 August 2011

Lawak Minggu Ini - Episode 2 APEK

Friday, 12 August 2011

Rafidah Ibrahim a.k.a Fida Jatuh Hati DenganTandatangan Mamat Sepah

Perghhhh betul-betul aku tak sangka siot Fida yang muka nak sama ngan Siti Nurhaliza tu rupernyer dah berkenan kat Mamat Sepah weh hehehehe. Korang kenal tak Fida tu sapa??? Tak payah cakap pun korang dah kenalkan hehehehe sepupu Siti Nurhaliza merangkap pelakon citer Kasih Alia yang dok tayang kat TV3 jam 7.00 malam setiap hari tu.

Kiranya Mamat nie bertuah sehhh dapat couple ngan Fida hahahaha. Melepas ler korang semua yang ada hari ada jantung kat Fida hehehehe. Fida dah dimiliki oleh MAMAT SEPAH hehehe. Korang tengok info kat bawah nie.


11 Ogos – "Saya mula tertarik pada Mamat sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL," ujar Fida Ibrahim kala diminta berkongsi kisah bagaimana hatinya boleh terpaut pada jejaka bernama Mamat dari kumpulan pelawak, Sepah.

Fida Ibrahim atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 25, yang juga bekas juara "Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007" tanpa berselindung mengakui dia dan Mamat kini dalam proses mengenali hati budi masing-masing kerana hubungan mereka baru sahaja menginjak enam bulan.

Ketika diminta bercerita lebih lanjut perihal Mamat di matanya, Fida menjawab, "Mamat sememangnya seorang yang kelakar, tetapi pada masa yang sama seorang yang manja, sensitif dan tegas orangnya."

"Salah satu sebab lagi yang membuatkan saya jatuh hati padanya adalah sikap penyayang dan mengutamakan keluarga. Selepas menjuarai pertandingan "Maharaja Lawak", Sepah memang sibuk dengan aktiviti promosi dan latihan namun walau sesibuk manapun dia terlebih dahulu balik kampung untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Dari situ saya mula perasan yang Mamat seorang yang bertanggungjawab." jelas Fida sambil menguntum senyuman.

Berbicara soal jodoh pula, apakah cinta yang baru bersemi ini akan disusuli dengan ikatan pertunangan seterusnya perkahwinan dalam masa terdekat, Fida mengatakan ia masih terlalu awal untuk dibicarakan.

"Biarlah kami mengenali hati budi masing-masing dahulu. Terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut. Apatah lagi kami berdua baru hendak menapak dalam industri ini. Biarlah kami masing-masing fokus pada kerjaya, stabilkan karier sebelum berfikir ke arah itu. Walaubagaimanapun sekiranya ada jodoh, saya tidak akan menolak," akhiri Fida. 

Saturday, 6 August 2011

Lawak Minggu Ini - Episode 1 JAMBU


Sapa ada tengok Lawak Minggu Ini??? Kalau korang tengok mesti leh guling-guling gelak part last show JAMBU. Memang lawak giler siot. Memang lawak takder cover line hahahaha. Nanti aku cuba uploadkan rakaman youtube Lawak Minggu Ini Episode 1 kat sini yer. Korang leh tengok kat sini.
Nampak nyer Lawak Minggu Ini yang ditayangkan kat Astro Warna sebanyak 12 Episode dapat mengubat rindu peminat pada show Maharaja Lawak baru-baru nie. Tu pun aku tengok kat luar. Kalau sapa-sapa ada LIVE Stream Lawak Minggu Ini untuk Episode ke 2 bagitahu ler yer. Leh aku upload kat sini hehehehe.

Part yang paling best dalam show JAMBU

Jom layan promo Lawak Minggu Ini dulu yer.


Gambar sekitar shown JAMBU


Sunday, 26 June 2011

Mael Lambung vs Ah Chai The Movie


Betul ke apa yang aku nampak kat tweet Ahmad Idham pengarah, pelakon & juri Maharaja Lawak. Kalau betul perghhhhh!!!! pakcik kayo lae......tak sangka dasat sungguh penangan Maharaja Lawak terutama berkaitan dengan karakter Mael Lambung & Ah Chai yang JOZAN bawa masa pertandingan MAHARAJA LAWAK baru-baru nie.

Friday, 24 June 2011

Maharaja Lawak 2011 Final

Saksikan Rakaman Penuh Final Maharaja Lawak 2011
Khas Untuk Anda Semua.......Selamat Berhibur......

Kedudukan Undian Terkini Maharaja Lawak

Final Maharaja Lawak 2011

Malam nie Final Maharaja Lawak 2011. Sapa agak-agaknya akan jadi juara yer bakal merangkul hadiah RM300,000.00? Banyak tu RM300,000 leh joli sakan. Antara Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu sapa pilihan hati korang? 

Pada pandangan peribadi aku JOZAN atau SEPAH layak untuk pilih jadi juara memandangkan persembahan diaorang memang SUPERB!!!! TERBAIKKK!!!!

Apa pulak pilihan korang? Jom kita kongsi sama-sama apa pilihan hati korang.

Jangan lupa malam karang aku akan upload rakaman penuh kat sini. So bagi yang tak leh nak tengok live kat Astro jangan risau korang leh tengok kat sini yer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More