TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Thursday 30 June 2011

Padan Ler ASTRO Makin Kaya

Perghhhhhh!!!! patut ler ASTROK makin kaya......korang tengok ler sendiri berapa income ASTROK nie untuk iklan jer.......lebih dari RM500 Juta tu.....biar betik!!!!.......dah ler amik duit yuran langganan.....amik gak duit iklan......adoi!!!!! nie yang hangin nie......dah ler Pak Menteri buat bodo jer......cuba amik tindakan sikit......macam mana ler rakyat marhain nie tak hangin ngan government........korang tengok ler sendiri.....

UNTUK DIKONGSI BERSAMA, SENARAI PENGIKLAN DI ASTRO :

Pageview 20,000+ Tercapai Sudah!!!!

Tengah nak layan blog jap tadi nie aku terasa happy sebab akhirnya pageviews dah jejak angka 20,000++......tak sangka blog yang tak seberapa nie dah berjaya jejak angka 20,000++ pageviews.....maklumlah aku nie kira new comer dalam dunia berblogging......apa-apa pun aku kena ucapkan jutaan terima kasih pada korang semua kerana korang semua sebab sudi datang jenguk ke blog yang tak seberapa nie.....jasa baik korang semua amat aku hargai.......terima kasih sekali lagi......


Nampaknya nak ke tingkatkan entry yang lebih menarik dan berkualiti lagi lepas nie....supaya blog nie boleh jadi blog berinfomasi untuk semua.....

Jom Ikut Aku Ke Laut

Ke laut....ke laut....ke laut wehhh!!!! meh ler tengok koleksi gambar trip aku pegi memancing ke laut ngan kawan-kawan.....trip nie aku join bulan April baru-baru nie....mancing sekitar perairan Selat Melaka sejauh 30km - 70km dari pantai.......memang dah tak nampak darat dah dikelilingi laut lepas jer......insyallah next trip aku mancing bulan Julai nie ke perairan yang sama......so layan jer gambo kat bawah nie:-

5 ekor ikan kurau dapat waktu malam

 Apa macam beso tak....

Resepi: Kari Kepala Ikan Ala Dezaman

Hari nie aku kena masak hahahahaha.....kesian tengok wife agak busy dalam minggu nie.....nampaknya dalam minggu nie aku kena jadi Chef hehehehe.......so aku kena masak gak untuk malam nie........sebab semalam dah makan kat luar......dah ler aku nie jenis tak suka makan kat luar.....aku lebih selesa makan kat umah jer.......so malam nie aku nak makan kat umah walau apa pun terjadi hahahaha......RESEPI apa aku nak masak yer......ikan bawal ada, ikan siakap batu pun ada......oklah aku buat kari kepala ikan ikan bawal ngan kepala ikan siakap batu.......semua rencah ngan bahan-bahan ada dalam peti sejuk.....macam biasa kena prepare dulu ler semua bahan-bahan.....

Korang semua nie tahu ker siakap batu tu rupernyer macam mana......ada orang panggil siakap batu nie ngan gelaran ikan pecah periuk hahahaha......dah pening semua orang.....kejap siakap batu kejap pecah periuk.....tapi itulah namanya yang selalu digunakan oleh kaki pancing macam aku nie......meh tengok kat bawah nie bentuk ikan siakap batu a.k.a pecah periuk......

inilah dia ikan siakap batu a.k.a pecah periuk.....apa macam beso tak.....

Wednesday 29 June 2011

Keputusan Terkini Bola Sepak Pra-Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia Vs Taiwan


Keputusan terkini 29 June 2011 jam 10:30pm
Malaysia mendahului Chinese Taipei 2 - 1


Keputusan penuh wisel penamat jam 10:35pm
Malaysia menang 2 - 1 dengan Chinese Taipei.


Tahniah MALAYSIA

Harap Skuad Harimau Malaya akan mengaum kat stadium Taiwan nanti. Sama-sama kita doakan semoga Skuad Harimau Malaysia berjaya menundukkan Chinese Taipei.

Pendedahan Eksklusif - Kebenaran Batu Terapung Ketika Isra' Mikraj

Sebelum tu aku nak amik kesempatan nie nak ucapkan Selamat Memperingati Peristiwa Bersejarah Perjalanan Agung Rasullah SAW Bertemu Allah Sehingga Ke "Sidratul Muntaha" Langit Ke 7.

Peristiwa nie amat penting buat setiap umat Islam di seluruh pelosok dunia termasuklah kita di Malaysia. Kehebatan peristiwa nie sebenarnya takder tolok bandingnya sehinggakan ilmu dan akal yang diilhamkan oleh Allah kepada makhluk yang bernama manusia dan jin tidak boleh jejak sama sekali ketahap yang dicapai oleh Rasullah SAW ketika berlakunya Isra' Mikraj.

Tips Elak Dari Dilanggar Keretapi

Korang tengok ler video nie yer....memang terbaik.....

GOOGLE+ vs FACEBOOK - Google Perkenalkan Laman Sosial Saingi FACEBOOK

Seperti biasa rutin aku setiap hari akan baca berita semasa dalam Malaysia dan luar negara kat Berita Harian Online, Utusan Online, NST, MalaysiaKini dan HarakahDaily. Aku tertarik ngan satu artikel nie yang aku nak kongsi ngan korang semua. Sumber yang aku dapat nie dari Berita Harian Online. Kalau korang nak tahu tak lama lagi FACEBOOK akan ada persaing terbesar dari Google iaitu satu laman sosial yang dinamakan GOOGLE+.

Perghhhhh!!!!......Makin kaya ler cik Google lepeh nie. So apa pandangan korang yer???? Apa macam dah ready ke nak ubah angin ke laman sosial baru......

Perjalanan laman sosial terkenal: Friendster ----> Myspace ----> Facebook -----> Tweeter -----> Google+ (New Era)

Tips: Unlock FaceBook Layouts

TIPS FACEBOOK hari nie aku nak share macam mana korang nak Unlock FaceBook Layouts. Caranya korang leh check kat bawah nie tutorial video nak Unlock FaceBook Layouts. Kalau korang nak share ngan kawan-kawan sila ler yer. Selamat mencuba.

Tips: Teknik Penulisan Entri Dalam Blog : Part 2

Entry TIPS BLOGGER yang berikut nie adalah sambungan dari post Tips: Teknik Penulisan Entri Dalam Blog : Part 1. So korang leh layan sambungan kat bawah nie yer. Semoga entry nie berguna dan bermanfaat untuk korang semua.

Tips: Teknik Penulisan Entri Dalam Blog : Part 1

Hari nie dalam ruangan TIPS BLOGGER aku nak share teknik penulisan blog yang berkesan. Teknik penulisan blog nie aku amik dari blog yang kerap kali aku singgah untuk aku dapatkan tips berguna dalam berblogging

Aku harap korang akan manfaatkan teknik yang diterangkan sebab memang amat berguna pada korang kalau nak serius jadi sorang blogger yang bertaraf profesional. Rasanya tak payah ler aku nak membebel awal-awal pagi nie kat korang semua. Pandai-pandai korang ler baca kat bawah nie yer.

Bestnya Berblogging Dengan UNIFI

Fuhhhhh!!! separuh hari aku kat umah semalam tunggu technician UNIFI untuk buat pemasangan set UNIFI.....alhamdullilah akhirnya aku dengan rasminya telah menjadi salah sorang pengguna High Speed Broadband di bawah pakej UNIFI.....baru ler sedap nak layan blog & berinternet lepeh nie.....laju ler sikit dari sebelumnya.....leh tengok IPTV hehehehe......SAY NO TO ASTRO!!!!.......hahahaha.......dah tak risau lagi lepas nie kalau ujan ker awan tebal ke.....confirm siaran tetap ada setiap masa....... nampaknya berbaloi aku mohon untuk dapatkan UNIFI nie......ANDA BILA LAGI!!!!

PPIM vs ASTRO - Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan!


image
KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Tuesday 28 June 2011

Inilah Yang Dikatakan "Bila Nasi Dah Jadi Bubur"

Kisah nie sepatutnya aku buka entry semalam sebabnya benda nie terjadi pun malam semalam.....benar-benar berlaku hahahaha......adoiyaiii!!! maybe sebab nie ler gamaknya orang tua-tua zaman dulu dapat ilham untuk dijadikan perkara nie sebagai perumpamaan.......korang tengok ler gambar kat bawah nie.....dah tengok gambar jap lagi aku citer......ok

Nasi dah jadi bubur!!!!

Semua nie jadi sebab kutu beras punya hal ler nie.......kononnya aku nak asingkan kutu beras

Tips: Apabila Kemalangan Jalan Raya Berlaku

Kat sini dalam ruangan TIPS UMUM aku nak kongsi ngan korang semua tips dan tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kemalangan ke atas korang semua. So leh amik step-step penting kat bawah nie yer.
Berikut adalah langkah - langkah yang perlu di ambil sebaik sahaja kereta anda melanggar atau dilanggar di jalan raya :
  1. Cari kesan kecederaan secepat mungkin, luka, patah atau tersepit. 
  2. Catatkan nombor pendaftaran kereta (plet) dan model kenderaan - kenderaan yang terbabit (bukan untuk tujuan nombor ekor). 

Blog Feveret Wife Aku

Malam tadi sebelum nak tido wife aku cakap ler "Abang buat ler entry pasal blog yang ayang selalu masuk".....seperti biasa kalau orang pompuan nie confirm blog yang selalu diaorang lawati mesti ada kaitan ngan RESEPI.......ok no problem my darling as u wish hari nie abang buatkan entry khas berkaitan ngan semua blog yang ayang minat......so korang layan jer ler yer......mana tahu korang pun leh ke situ cari RESEPI.........kan kan kan.....


Jimmy Shanley Kini Bergelar Bapa

Aku ada terbaca kat mstar Online tadi kisah Jimmy dan wife dia Suhaila. Sedih bila mengenangkan kisah diaorang nie. Sekarang nie Jimmy dah bergelar seorang bapa. Semoga dengan kehadiran si kecil yang comel nie dapat mengukuhkan ikatan dan hubung suami isteri di antara diaorang berdua. Sama-sama kita doakan kebahagian mereka. "Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Kau satukanlah kembali ikatan kasih sayang kepada dua insan ini agar mereka mendapat kebahagian dari atas RahmatMu di dunia dan di akhirat. Amin"
**Tahniah Jimmy & Suhaila semoga korang berdua menjadi ibu bapa yang terbaik untuk Zahrah.

Jimmy Shanley Mahu Zahrah Membesar Depan Mata
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Jimmy dan isterinya, Suhaila.

PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya

Tahniah Pemenang Ke-2 Followers Dezaman Cottage



Pada kali nie keputusan pemilihan contest telah dipilih secara rawak oleh blogger terkenal Malaya BEN ASHAARI.....nampaknya kita dah ada pemenang ke 2 untuk contest nie bagi nombor siri 1xx iaitu 111 (bestnya duit) sepertimana yang telah dipilih oleh saudara Ben Ashaari.....walaubagaimanapun kemenangan peserta 111 terpaksa dibatalkan atas sebab ketidakpatuhan syarat contest iaitu peserta tidak memiliki blog atau website......pihak kami juga telah hubungi peserta terbabit untuk respon dalam masa 24 jam.....nampaknya beliau gagal dikesan......oleh itu pihak kami telah membuat keputusan untuk memberikan hadiah ini kepada peserta nombor siri 112 iaitu Haida Hida......anda akan dihubungi melalui email tidak lama lagi....tahniah daripada pihak kami.....

Boleh Ke Aku Maintain Traffic 300UV Sehari

Ada persoalan seperti tajuk kat atas nie.....boleh ke aku maintain blog nie dengan 300UV ke atas sehari?????.....leh ke ek......maklumlah aku nie baru jer berjinak-jinak dalam dunia blogging nie......yes i am a new comer a.k.a a newbie in blogging industry.......betul ke blogging nie boleh dikategorikan sebagai industri yer......jawapan aku"tak mustahil" blogging akan jadi industri pada masa akan datang......

Monday 27 June 2011

Remaja Malaysia Menang Peraduan Cipta Logo Antarabangsa Edisi Terbaru Filem Transformer

Tadi aku terbaca kat BERNAMA ada sorang pelajar Malaysia jadi pemenang utama peraduan cipta logo Transformer.....tak sangka anak Malaysia leh menang......tahniah buat
Wan Muhammad Hazzim Wan Muhammad Zulkifli



ALOR GAJAH Jun 27, 2011: Seorang pelajar Malaysia muncul sebagai pemenang utama dalam peraduan "Iridescent Artwork" iaitu mencipta logo bagi edisi kelima siri filem

Video Hukuman Pancung Amah Indonesia Ruyati Satubi

Baru-baru (18 June 2011) pihak Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman pancung ke atas amah Indonesia Ruyati Binti Satubi. Dia didapati bersalah sebab membunuh isteri majikannya, Khoiriyah Omar Moh Omar Hilwani pada 12 Januari 2010. Dia mengaku membunuh majikannya sebab majikan tak benarkan dia pulang. Dia juga mendakwa majikan memukulnya. Ruyati telah membunuh majikannya itu dengan menetak kepala mangsa beberapa kali dan lehernya ditusuk dengan pisau dapur. Korang leh tengok video kat bawah nie kalau berani ler yer. Jadikan ini sebagai ikhtibar.

Tips: Tutorial Buat Tab Menu / Navbar Menu

Rasanya korang penah tengok kot Tab Menu / Navbar Menu seperti kat bawah nie kan.....

Ok kali nie dalam ruangan TIPS BLOGGER aku nak bagi kat korang semua tutorial macam mana nak buat Tab Menu / Navbar Menu seperti kat atas nie. Sebenarnya Tab Menu / Navbar Menu nie bagus untuk korang letakkan dalam blog at least semua link-link penting atau feveret link yang selalu jadi perhatian visitor boleh diakses dengan mudah.

So macam mana nak buat yer. Meh tengok tutorial seperti kat bawa nie:-

Tips Langgan Channel Astro MUSTIKA Secara Percuma Meh Ler Try

Perghhhhh!!!! Layan Channel Astro MUSTIKA free wehhhh!!!!.....tak nak try ker.....tak rugi pun....dah ler ASTRO nak naikkan bil langganan....so apa lagi meh kita kasi lingkup ASTRO hahahaha......jom kita share ramai-ramai....baru padan muka ASTRO!!!!! walaupun kawan aku kat ASTRO tak bagi share ngan orang lain.....aku tak kira gak.....aku nak share gak ngan semua orang.....Malas nak bebel panjang-panjang moh kita CUBA TRY TEST.....korang ikut step kat bawah nie......

Suatu Ketika Dulu

Bila aku jumpa blog nie aku terus aku teringat kisah lama waktu muda-muda dulu......banyak kenangan dan memory yang aku alami suatu ketika dulu yang ada kaitan ngan kisah tuan empunya blog......aku paham kenapa tuan empunya blog happy ngan keja dia sekarang nie.......adakah aku rindu saat-saat dulu yer????.....jawapanya adalah YES I AM.....aku rindu untuk terbang di awan biru macam dulu-dulu......tu jer aku terbayang di kotak fikiran aku bila baca kat blog Syazwan Che Deraman......

Apam Dot-Dot Ler Pulak

Hari nie wife aku sibuk seharian kat dapur siapkan tempahan apam dot-dot untuk kawan-kawannya......sempat ler gak aku menyibuk sekali nak tahu resepi apam dot-dot.....hahahaha sekali tak berapa nak menjadi hasil keje tangan aku hahahaha......biasa ler tangan aku nie kalau bab untuk seni-seni nie memang fail sejak dari sekolah tadika lagi........mungkin sebab tu aku ditakdirkan oleh Allah untuk jadi seorang Engineer.......mungkin tangan nie lebih sesuai untuk ketukangan yang berat.....bab tukang nak melingkup pun insyalah aku terer......hahahaha......baru aku tau nak buat apam dot-dot nie nak kena ada skill tangan mesti lemah lembut kalau tak nie ler hasilnya hahahaha.....korang tengok ler sendiri.....jangan complaint lak yer......nanti aku minta wife aku kongsikan resepi kat sini yer......

Versi tak jadi hasil tangan aku hahahaha

 Yang nie wife aku buat yang mana tak cantik tu aku punya keje ler hahahha.....
Apam dot-dot yang dah dipack....inti berperisa coklat.......

Sunday 26 June 2011

Tips: Widget Wibiya

Pada post kali ini aku nak share TIPS BLOGGING macam mana nak pasang widget WIBIYA di blog. Wibiya adalah sebuah laman web yang menyediakan widget unik dan hanya ada di laman web tersebut. Widget produk Wibiya nie mengumpulkan beberapa widget menjadi satu dalam sebuah widget yang bernama Wibiya's Web Tools (biasanya disebut widget wibiya).

Widget ini sangat berguna sebab dapat mencantikkan blog korang dan secara automatik juga dapat kurangkan blog loading. Untuk mendapatkan widget nie korang kena daftar dulu jangan risau widget nie FREE / PERCUMA.

Widget yang disediakan oleh wibiya cukup sempoi. Contohnya korang leh tengok kat bawah nie:
- Kotak Pencarian
- Chatting Online
- Share
- Penterjemahan Bahasa
- Twitter Dasbhoard
- Facebook like button
- Facebook fan page
- Recent Post (Artikel Terbaru)
- Real Time User (Mengetahui pengunjung yang online di blog anda)
- You tube video gallery
- Dan banyak lagi....

Cara pasang:
1. Kunjungi wibiya.com
2. Klik Get It Now
3. Isi maklumat korang untuk buka akaun
4. Pilih theme widget yang korang nak.
5. Pilih widget-widget yang korang nak pasang. Korang leh pilih maximum sehingga 15 widget
6. Korang leh install kat Wordpress (widget), Install di Blogger (widget), Install di TypePad (kode) dan Install di laman Web atau platform blog yang lain (kode).

So sekarang korang dah berjaya pasang widget wibiya di blog korang. Korang boleh terus edit atau install widget  nie ikut  kesesuaian dengan kehendak korang semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More