TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Wednesday 29 February 2012

Yang Mana Betul 6 ÷ 2 (1 + 2) = 1 atau 9??

Confuse lak aku ngan kalkulator CASIO kat bawah nie hahahaha. Yang mana satu betul hehehe. Kalau ikut dari pengiraan jawapannya adalah 1. Macam mana lak operating system CASIO nie leh ada mistake macam nie hehehehe. Maybe calculator nie MADE IN CHINA hehehe. Cer cuber korang kira sendiri hehehehe.

Korang layan jer lah ek.


Contoh Pengiraan:
Yang kat bawah nie lagi dasyat hahahaha. Kalkulator pun leh confuse gak ek hahahaha.


Wednesday 22 February 2012

Lagu Khas Untuk Skuad Bola Sepak Harimau Malaya Selamat Berjuang



Thank you Fi Ali & Que Qoha atas penghasilan lagu yang menarik nie.


Aku up lagu korang nie kat sini yer. 


Jom layan lagu DAN GOAL!!!


Lagu ini ditujukan khas kepada Skuad Bola Sepak Malaysia (Harimau Malaya & Harimau Muda)


Semoga lagu ini akan menyuntik semangat player Bola Sepak MALAYSIA untuk menentang habis-habisan Team Matahari Terbit JAPAN.


Good Luck TEAM MALAYSIA. GO MALAYSIA!!!!

Jom Gie Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus 26 Februari 2012 Klang

Jom Gie Kuliah


Tarikh: 26 Februari 2012 (Ahad)

Masa: Lepas Maghrib

Tempat: Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang (Berdepan Hospital Besar Klang)

Panel: Ustaz Azhar Idrus

P/S: Sila bawa sejadah sendiri.

Monday 20 February 2012

Al-Fatihah Buat Allahyarham Latiff Ibrahim


AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM LATIFF IBRAHIM

Sama-samalah kita hadiahkan AL-FATIHAH buat Allahyarham LATIFF IBRAHIM. 

AL-FATIHAH 


20/02/2012 6:57pm

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Penyanyi dan pelakon era 70-an, Latiff Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara, di sini pada pukul 5.50 petang tadi akibat komplikasi jantung.

Jenazah beliau akan dibawa ke Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk urusan pengkebumian. 

SUMBER: UTUSAN

Shin Chan Sebenar Telah Dikenalpasti

POST KHAS BUAT PEMINAT CITER SHIN CHAN

Shin Chan sebenar telah dikenalpasti hehehehe......sebijik lak tu macam Shin Chan budak nie.....korang layan jer lah yer.....


Thursday 16 February 2012

Trend Letak Anak Patung Di Bumper Kereta Mengundang Syirik Pada Allah SWT

Aku dapat email dari adik aku Wira pasal trend orang dok letak anak patung di bumper kereta....Thank you Wira for the email....pada aku adalah lebih baik lepas-lepas nie sebelum nak ikut sesuatu trend tu selidik dulu....kang tak pasal-pasal kita dalam diam telah mensyirikkan Allah SWT...tak ke naya....apa-apa pun semoga entry nie bermanfaat pada korang semua....selamat membaca....

nasib ler aku tak wat... hahaa 



Saya teringat suatu perbualan dengan abang saudara saya semasa traffic jam di lebuhraya baru-baru ni. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang saudara sy pun bertanya,

“Ha kau tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok anak patung tu..

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”

“Salah…”

“Sebab, ni budaya orang Thailand . Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Peehhh…nasib baik saya pun tak buat…, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu ada jgk terfikir nk buat mcm tu…, npk comelkan?? So…apa2 pun nk buat, kita rujuklah dgn mana2 sumber yg patut..supaya jgn nnt org ckp… 

“nil ah dia..org yg suka beramal/mengikut....tapi takda ilmu…”

SEMOGA IANYA BERMANFAAT BUAT SEMUA -

Wednesday 15 February 2012

Tengku Sophia Kurang Ajar Hina Azan & Islam

Perghhhhhhhh!!!! menyirap darah aku tengok komen betina sekor nie.....huhuhu agak-agak ler nak keluarkan komen atau statement menghina Islam.....aku hanya mampu berdoa semoga Allah SWT akan berikan hidayah pada TENGKU SOPHIA dan kembali ke pangkal jalan yang sebenarnya.....amin


Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu akan nama Tengku Sophia yang amat mengemparkan statement beliau di twitter dimana belia menghina Agama Islam dan menghina Azan yang kini telah memeluk agama Kristian. Twitter beliau iaitu @TengkuSophia kini sudah menghampiri 40 ribu followers dari serata Nusantara.


Provokasi melampau ini ternyata mengundang kemarahan umat islam senusantara dan amat memalukan dirinya sendiri. Setiap agama telah menetapkan untuk kebebasan beragama dan mengamalkan budaya masing-masing. Namun Tengku Sophia ini langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam seluruh nusantara.

Banyak perkara yang tidak puas hati disampaikan oleh Tengku Sophia ini, beliau seharusnya menghormati agama lain dan bukannya mempertikaikan isu agama Islam itu. Beliau seharusnya dihukum oleh pihak berwajib bagi mengelakkan provokasi lebih besar bakal berlaku di Nusantara ini.

Walaupun Tengku Sophia ini seorang yang jahil ilmu agama, beliau tidak seharusnya melakukan provokasi melampau terhadap umat islam. Ini kerana umat islam tidak pernah berasa benci terhadap agama lain. Didalam twitter beliau, Tengku Sophia turut menghantar status seperti :-

- ISLAM is agama SESAT and paling ***** karena sembah ALLAH SWTF yang HALALKAN POLIGAMI.

- Muhammad SAWF adalah Kekasih ALLAH SWTF. *Can you **** this? DICK vs DICK = GOAL!!!

-JESUS adalah NABI ISA? Dari mana kau tau? Alqur’an?? Jangan la percaya kepada Isi Alqur’an. Because tu SEMUA TIPU, di karang Muhammad ****


Wednesday 8 February 2012

Video 18SG: Pak Guard GIANT Belasah Mamat Kelantan Pencuri Motor

Tadi tengah aku baca kat forum jumpa video 18SG seorang Mamat Kelantan dibelasah oleh Pak Guard akibat mencuri motorsikal di GIANT. Memang silap besar ler mamat nie gie curi motorsikal salah sorang Pak Guard tu. Memang ler kena hentak naya jer.


Korang tengok ler sendiri.









a

Terukir Di Bintang - Yuna (Yunalis Zaraai)

Aku suka lagu Yuna (Yunalis Zaraai) yang terbaru nie.....Terukir Di Bintang....senikata yang amat indah sekali....kalau lagu nie masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun nie ada harapan untuk menang.....Tahniah Yuna atas sebuah lagu yang amat indah dan menarik hati untuk didengar oleh semua orang dan golongan...very sentimental and classic.....Tahniah sekali lagi....

Korang layan jer lah....


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Tuesday 7 February 2012

Pekerja KFC Bergaduh Dengan Pelanggan Di I-City

Aku baru dapat tengok video nie lepas kawan aku sms jap tadi. Tak tau la sapa yang salah. Kalau ikut dari sinopsis citer pelanggan tu dan tunggu sampai sejam. Tapi bila sampai turn dia, mamat nie tak puas hati sebab ayam dah abih. So dia suruh Manager KFC tu minta maaf. Tah macam mana berlaku ler pertengkaran sampai gaduh macam nie. Adoiiiii!!!!

Korang layan ler video nie ek.

Saturday 4 February 2012

Salam Maulidur Rasul 2012 (Nabi Muhammad SAW Pembawa Rahmat Seluruh Alam)


Salam Maulidur Rasul daripada seluruh warga kerja Dezaman Cottage buat semua pembaca di blog Dezaman Cottage. 

Semoga kita semua menghayati kisah Nabi Muhammad SAW dan menjadikan baginda sebagai contoh di dalam kehidupan seharian kita. 

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.

Baginda merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."




Cahaya Seluruh Alam


Album : 
Munsyid : Al Mawlid
http://liriknasyid.com


Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika
Solawatullah ‘alaika


Cahaya telah menerangi
Ke seluruh penjuru alam
Setelah kelahiran
Nabi junjungan yang mulia
Lafaz dan ucapan salam
Bagimu wahai Baginda
Sollallahu ‘alaihi wa sallam


Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika
Solawatullah ‘alaika


Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam


Pujian dan kerinduan
Kaulah pembawa kebenaran
Selawat yang berpanjangan
Tanda cinta yang takkan hilang


Kaulah Rasul yang terpilih
Terpuji dan sungguh pengasih (oooh.. pengasih)


Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika (oooh.. Mustofa)
Ya Habib Salam ‘alaika (oooh..)
Solawatullah ‘alaika


Sollallah ‘ala Muhammad (cahaya yang wujud)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam (oooh.. yang turun kepada)
Sollallah ‘ala Muhammad (kita ummah.. ya Mustofa)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam


Kau bagaikan cahaya bulan purnama
Kekasih yang mulia sungguh sempurna
Cahaya seluruh alam


Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika (Ya Habibi)
Solawatullah ‘alaika (Ya Rasul)


Solawatullah ‘alaika
Sollallah ‘ala Muhammad
(ku perlukan bimbingan darimu)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
(ku perlukan syafaat darimu)
Sollallah ‘ala Muhammad (Muhammad)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam (Nabiyallah)


Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika (aku rindu padamu)
Solawatullah ‘alaika
(sambutlah salam dan rindu dalam hatiku)


Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam


Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika
Solawatullah ‘alaika


Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam

Friday 3 February 2012

Teka-teki Imam Al-Ghazali kepada Anak Muridnya

Salam 1Malaysia semua. Hari nie aku nak share ngan korang semua satu artikel yang amat menarik untuk dikongsi bersama. Aku dapat masa blogwalking tadi. Agak menarik untuk dikongsi dengan korang semua. Selamat membaca.


Teka-teki Imam Al-Ghazali kepada Anak Muridnya

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “


Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Sumber Teka-teki Imam Al-Ghazali kepada Anak Muridnya : http://ibnurodzli.blogspot.com & http://www.ar-rifke.com/

Thursday 2 February 2012

Ibu Lisa Surihani Masa Muda-muda

Tengah blogwalking terjumpa gambar ibu Lisa Surihani. Memang lawa ibu Lisa Surihani. Padan ler kecantikkan tu turun pada Lisa Surihani. Dikhabarkan Puan Siti Amira Ahmad iaitu ibu Lisa Surihani nie pun popular gak di zaman era 70an. Korang tengok ler sendiri ek.


Wednesday 1 February 2012

Video Hantu Kak Limah Balik Rumah Kena Samun

Macam-macam hal penyamun tarbus nie kan. Makin menjadi-jadi kes samun sekarang nie. Yang terbaru Pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati kena samun. Pecah cermin pintu kereta Kak Limah.

Maybe lepas nie dah boleh kot Kerajaan Malaysia bagi kelonggaran untuk kita semua memiliki senjata api secara sah. Payah-payah sangat kita kasi tanam satu peluru hidup kat penyamun tarbus nie baru tau. Suka-suka hati nak menyamunkan, kalau dah terpaksa demi menjaga hak dan keselamatan kita semua aku rasa tindakan itu perlu.

Korang layan jer lah ek video kat bawah nie. Berhati-hati semasa memandu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More