TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Eksklusif. Show all posts
Showing posts with label Eksklusif. Show all posts

Saturday, 7 April 2012

Aaron Aziz "Itulah Di Panggil Kuku Jantan Hehehehe"

Semalam aku tengok gambar Aaron Aziz tunjuk IC kat forum sekali jadi isu lak dah hahahaha......Lawak seh!!!!! 

Dari isu IC dan tukar jadi isu KUKU CAGU la.....KUKU KUDIS la.....KUKU BURUK la.....macam-macam hal hehehehe.....sib baik tak jadi KUKU BESI hahahaha.....

Itulah kesannya bila dah jadi artis semua aspek orang nampak.....dari niat nak tunjuk IC dan jadi kelain lak dah hehehehe......jadi isu KUKU.....sib baik aku tak jadi retis (artis) hehehehe......

Nie ler gambar yang kontroversi tu korang leh tengok kat bawah nie.....


Apa-apa pun aku respek sama lu bro Aaron.....hang tak payah layan pasal KUKU nie......buat bodo jer bro hahahaha.....apa-apa pun statement bro kat kat TWITTER memang terbaik hahahaha....siap tunjuk gambar KUKU lagi hahahaha......terbaik bro..... 

Senyum! Tak perlu kata apa apa! Senyum! Itu lah di panggil kuku jantan hehehehe.
Tangan dan jari memang byk luka luka. Maklumlah kuku KL Gangster2 yg baru habis ni.


Aku rasa Aaron Aziz nie rajin memasak kat dapur kot hehehehe.....nampak macam kesan kunyit kat celah kuku hehehehe......KUKU aku pun lebih kurang macam tu gak kalau lepas memasak hahahahaha lebih-lebih lagi kalau baru lepas pegang kunyit hahahaha.......

Monday, 2 January 2012

Video Eksklusif - Bila Ustaz Azhar Idrus Jamming

Perghhhhhh!!! Tak sangka seh seorang ustaz yang popular dan berwibawa seperti Ustaz Azhar Idrus pandai JAMMING ruper nyer. Pandai gak Ustaz Azhar Idrus main gitar semasa Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Aku ngatkan gimik jer. 


Ruper-ruper nyer betu-betul Ustaz Azhar main gitar. Kena lak berganding dengan Zizan Raja Lawak lagi ler kecoh hehehehe. Memang sporting habis aku tengok cara santai yang dibawakan oleh Ustaz Azhar Idrus. Korang leh tengok sendiri video kat bawah nie yer.


Saturday, 24 September 2011

Zizan Cover Baik Punyer - Babak Eksklusif Hantu Bonceng



Tadi dapat tahu dari adik aku kat FB pasal babak eksklusif Hantu Bonceng. Mesti korang yang penah tengok pun tak akan perasan. Siot jer Zizan cover baik nyer. Tak leh blah tengok Zizan cover line ngan helmet hahahaha. Lawak doh!!!

Korang tumpu pada minit ke 1:00.....Zizan cover baik nyer....confirm Zizan dah stim tengok Julian Evans hahahaha siap cover ngan helmet....tak leh blah!!!!

Thursday, 1 September 2011

Pendedahan Eksklusif: Akhirnya Identiti Mak cik Sitt-Alwuzara Terbongkar????


Korang masih ngat lagi pasal isu Makcik Hajjah Sitt Alwuzara yang kecoh tempoh hari. Aku pasti korang masih ingat dan masih hangin ngan Makcik Hajjah Sitt Alwuzara kan.

Tadi aku dapat email dari sorang kawan pasal pendedahan akhir yang berjaya dilakukan oleh kumpulan GAYSEC , KID CSI TEAM dan ANONYMOUS. 

Kali siap dengan pelbagai detail yang didedahkan oleh kumpulan GAYSEC , KID CSI TEAM dan ANONYMOUS. Korang leh tengok kat bawah nie yer. Sebelum tu korang leh tengok gak kat FACEBOOK.

Korang disarankan untuk sertai petisyen di www.petitionbuzz.com bagi menyekat segala aktiviti berkaitan dengan Makcik Hajjah Sitt Alwuzara. Aku juga berharap Makcik Hajjah Sitt Alwuzara dapat dihadapkan ke muka pengadilan secepat yang mungkin supaya dijadikan pengajaran pada mereka yang cuba menghina Islam.


Gambar perempuan kat atas dan bawah nie dikatakan Makcik Hajjah Sitt Alwuzara yang sebenarnya. Nama Makcik Hajjah Sitt Alwuzara yang dimaksudkan adalah ADLIN BT ABDUL JALIL atau nama samaran di facebook LYNDA JOY.





Saturday, 27 August 2011

Kontroversi Kumpulan Sepah Sah Berpecah


Tadi aku dapat perkabaran dari Abang Nara pasal kumpulan Sepah sah berpecah. Adoiiiiii. Nama tengah top berpecah lak dah. Ngat kan Sepah nie dapat ler jadi pengganti Bujang Lapok. Nampak nyer tinggal harapan ler. 

Apa leh buat. Masing-masing ada impian dan hala tuju yang mungkin berbeza. Harap lepas nie ada pengganti baru yang boleh dijadikan icon pengganti Bujang Lapok era millennium. 

Petikan yang aku amik dari blog Abang Nara.
Berikut ialah kata-kata Jepp Sepah selaku ketua kumpulan:-
Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.
Namun ternyata keputusan Jepp ini sangat-sangat mengejutkan Shuib. Kata Shuib:-
Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Thursday, 25 August 2011

Menangisi Murtad Dan Zakat - Kupasan Eksklusif Dr. Mohd Asri Zainal Abidin


Salam Ramadhan semua. Korang ada tak baca artikel yang ditulis oleh Dr. Asri yang terbaru berhubung isu Gereja DUMC dan murtad baru-baru nie. Artikel Menangisi Murtad Dan Zakat. 

Aku amat tertarik hati dengan cara olahan yang disampaikan oleh Dr. MAZA. Memang menyentuh hati dan jiwa dalaman kalau dapat memahami dan menghayati setiap pandangan serta kupasan yang disampaikan oleh beliau.


Kalau korang tak baca lagi aku syorkan korang baca artikel tulisan Dr. MAZA. Aku tertarik ngan petikan nie:-
"Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini."
Cuba fahami petikan di atas tu. Siapa yang nak kita salahkan dalam hal nie? Cuba kita tanya diri kita sejujur-jujurnya. Salah siapa?

Sebenarnya itulah realiti yang berlaku ketika nie pada saudara seagama dengan kita. Kita yang tak prihatin sebenarnya dengan nasib saudara seagama yang dalam kepayahan dan keperitan. Kalau kita prihatin perkara seumpama nie tak akan berlaku. Saudara kita yang dalam kepayahan nie pun tak perlu merintih untuk dapatkan simpati dari pihak agama lain bagi membantu mereka.

Aku agak sedih dengan keadaan yang berlaku ketika nie. Memang amat menyedihkan. Dalam kesedihan nie aku rasa bahagia sebenarnya apabila masih ada insan yang berani seperti Dr. Asri untuk menyuarakan pandangan dan teguran yang membina bagi merungkai permasalahan yang berlaku. 

Tanggungjawab nie bukanlah tanggungjawab individu jer. Ini adalah tanggungjawab bersama. Tanggungjawab ummah. Setiap kita bertanggungjawab ke atas saudara Islam yang lain. 

Semoga lepas nie kalau kita ada terima berita seperti nie sama-sama lah kita bantu dan sebarkan. Kita kongsi bersama-sama. At least usaha kecil kita nie dapat membantu insan-insan yang memerlukan bantuan. Yang paling penting kita dapat membantu, menjaga dan mengekalkan akidah saudara Islam yang lain agar tidak terpesong dari landasan Islam yang sebenar.

Tuesday, 23 August 2011

Eksklusif : Pengakuan Berani Mati Lionel Messi????

Sapa tak kenal Lionel Messi. Player bola sepak terkenal tu. Main lak ngan team paling power kat dunia iaitu Barcelona FC. Dia juga main untuk Argentina. 




Pernah tak korang tengok temuramah eksklusif pengakuan Lionel Messi yang di alih suara dalam Bahasa Malaysia. Korang layan jer dulu ek nanti korang tahu ler kekekeke.


PERHATIAN!!!! 
TEKS DI BAWAH INI SENGAJA DIHILANGKAN DARI PANDANGAN
UNTUK LIHAT TEKS DI BAWAH INI KORANG PERLU HIGHLIGHT KESELURUHAN TEKS.

Hahahahahahaha aku hampir putus urat kentut layan gelak tengok video nie......macam harammmmm!!!!!! hahahahahaha.....SEMOGA KORANG TERHIBUR.....SEKALI SEKALA KENA GELAK GAK HEHEHE

Saturday, 20 August 2011

Kontroversi Bulan Mengelilingi Kaabah? Penjelasan Wakil ANGKASA

Korang ada dapat tak SMS atau message kat Facebook tak pasal isu Bulan Mengelilingi Kaabah???. Korang leh baca message kat bawah nie.
"Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)..."
Aku agak pelik ngan SMS nie. Kenapa ler mudah sangat nak percaya perkara-perkara macam nie. Pelik Tapi Benar???? Itulah yang terjadi di zaman sekarang nie. Mudah sangat orang nak sebar dan percaya dengan benda yang tak tahu kesahihan hujung dan pangkalnyer.

Bagi aku belum tentu SMS tu betul atau sahih walaupun nampak seakan-akan message tu dikeluarkan oleh bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof Datuk Dr Mazlan Othman. Tak ke pelik dengan SMS tu. Bagi aku mudah jer, nie semua keje budak-budak yang terencat akal!!!! 

Bagi yang dah dapat message tu harap jangan ler cepat percaya nak sebarkan pada kawan-kawan atau umum. Selidik dulu yer kesahihan message tu. Sekarang nie pihak ANGKASA sendiri dah keluarkan kenyataan rasmi menafikan kesahihan message yang dah tersebar nie.

Harap kita semua lebih berhati-hati untuk sebarkan maklumat seperti nie yer.

Kat bawah nie aku lampirkan penjelasan dari wakil ANGKASA untuk tatapan korang semua.
SalamBerdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya serta peta bintang di attachment (simulasi peta bintang di mekah pada jam 0325, 20 ogos 2011), saya boleh rumuskan bahawa:Berita seperti di bawah adalah rumours Tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan bulan, jarak bulan, keterangan bulan, fasa bulan untuk malam ini. Spesifikasi bulan malam ini:Bulan terbit:2243 (10:43 malam) Bulan terbenam:1121 (11:21 pagi) Bulan tepat di atas kepala (transit):0440 (4:40 pagi) Jarak bulan ke Bumi pada 20 Ogos 2011: 404,738 km [bulan paling dekat dgn bumi pada tahun 2011(perigee) yang berlaku pada 19 Mac 2011: 356,577km][bulan paling jauh dgn bumi pada tahun 2011(apogee) yang berlaku pada 2 April 2011: 406,655km]So purata jarak bumi ke bulan ialah 381,616kmFasa bulan: 67.88% (keterangan bulan) 

Harap maklumtqMHD FAIROS BIN ASILLAMUnit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA)Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)Tingkat 8, Bangunan Komersil 4C11Persiaran Perdana, Presint 462100 PutrajayaMALAYSIATel: +603 - 8888 8668Faks: +603 - 8888 3478E-mail 1: fairos@angkasa.gov.myE-mail 2: mhdfairos@gmail.comURL 1: http://www.angkasa.gov.my URL 2: http://www.angkasa.gov.my/langkawi_observatory/

Friday, 19 August 2011

Penjelasan JAIS Isu Gereja DUMC???

Tadi aku dapat email dari member pasal penjelasan JAIS berkenaan isu Gereja DUMC. Then aku nampak pada bloglist aku nie bro Ben Ashaari pun dah buka entry pasal maklumat yang dia perolehi. Maybe maklumat berbentuk email dalam file pdf yang aku dapat nie sama seperti mana korang semua kot. 
Maybe ada dikalangan korang dapat gak email nie. Rasanyer ler???? Sebelum nie aku ada buka entry pasal Berita Terkini: Video Eksklusif Bukti JAIS Serbu DUMC. Dalam tu ada video pasal isu nie.

Berkenaan sumber email nie aku tak boleh nak sahkan kesahihan hal nie pada korang semua. Korang layan jer lah yer. File pdf boleh didownload di SINI

PENJELASAN MENGENAI OPERASI PEMERIKSAAN ORANG ISLAM DI GEREJA DUMC

 
PENDAHALUAN

Kisah ini adalah penjelasan lengkap mengenai operasi pemeriksaan 12 orang Islam di gereja yang dijalankan pada 2 Ogos 2011 beralamat di Dewan 3, Damansara Utama Methodist Church (Dream Center) Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor DE.

LATAR BELAKANG


Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat awam yang mendakwa berlakunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis Berbuka Puasa yang dinamakan 'Thanksgiving Diner Program Itenary' seperti alamat di atas.

Tindakan berdasarkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1955 iaitu Menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

Siasatan juga dibuat mengikut Enakmen agama bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan orang Islam ) Negeri Selangor tahun 1988.

Program ini disyaki bertujuan untuk menyambut orang islam berbuka puasa dan meraikan Thanksgiving.

Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Penguatkuasa Agama - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dibantu oleh sepasukan Polis Diraja Malaysia seramai 20 orang daripada IPD Petaling Jaya dan Sea Park.

PERLAKSANAAN OPERASI


- Taklimat dibuat di pejabat JAIS pada jam 8.40 malam

- Bergerak ke lokasi dan tiba jam 9.30 malam.

- Tiba di lokasi keadaan di kawasan tersebut adalah tenang dan anggota terus bergerak ke Dewan 3.

- Jam 9.45 anggota masuk ke dewan. 100 orang ada di dalam dewan.

Semasa pemeriksaan, kelihatan seorang pemuda telah melakukan pengucapan awam di atas pentas, di depan tetamu yang hadir. 


Anggota didatangi oleh wanita bernama tag 'Sofea' dan meminta anggota membuat perbincangan di luar dewan.

Anggota PDRM dan JAIS yang telah memasuki dewan diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadiri oleh beberapa orang kenamaan. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan.

Sedikit pertelingkahan berlaku antara anggota dan penganjur. 


Anggota telah meminta buku pendaftaran peserta program untuk memeriksa kehadiran orang Islam di majlis tersebut. pada awalnya, penganjur memberitahu tiada orang Islam hadir di majlis tersebut.

Maklumat Pendaftaran diperolehi tanpa kerjasama dari penganjur. Anggota akhirnya memperolehi tentatif program. Terdapat di dalam tentatif tersebut nyanyian lagu 'Alhamdulillah dan Allahuakbar'.

Terdapat juga satu borang kuiz Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir.


Sementara itu, anggota yang menjaga pintu dibelakang premis mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang.

Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar dari dewan. 




12 ORANG ISLAM YANG DIKENALPASTI

1) Nadeane binti Che Mohd Salleh (Sofea) .

IC : 79xxxx-01-6094

2) Muhammad Khairul Dhillon bin Abdullah

IC : 69xxxx-08-6039

3) Ina Reima Fitriza binti Mahadzir

IC : 85xxxx-71-5018

4) Ade Andrian Putra bin Mahadzir

IC : 94xxxx-02-5609

5) Nea Reima Mareana binti Mahadzir

IC : 90xxxx-02-5778

6) Rasyidah binti Abd Razak

IC : 77xxxx-01-5908

7) Nur Umrah binti Abd Razak

IC : 95xxxx-01-6002

8) Mohd Haslan bin Bob Hasnan

IC : 80xxxx-10-5045

9) Faridah Binti Abdul Rahman

IC : 71xxxx-12-5478

10) Nur Al Ashikin bt Shaikh Dawood

IC : 72xxxx-10-5072

11) Faridah bt Abdul Latep

IC : 72xxxx-71-5256

12) Sahrunida bt Assad

IC : 81xxxx-08-6246

Nota : Terdapat ibu bapa yang beragama Islam membawa anak-anak kecil.


ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK 

 
Jemputan secara tertutup walaupun peserta yang ingin hadir itu di kalangan orang yang bukan Islam.

Peserta Islam (3 orang) dibawa keluar jalan belakang secara senyap. 


Nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakbar' dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya (gereja).

Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir. 


Majlis tersebut disyaki bertujuan untuk menarik orang Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan seperti ;

- Bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan.

- Baju yang dipakai oleh bukan Islam adalah baju kebaya, kebangsaan dan kurung.

- Cebisan soalan kuiz yang dikoyakkan oleh penganjur.

- Majlis diadakan di premis kristus.

- Malah seorang peserta (Melayu) yang ditanya lisan oleh anggota penguatkuasa berhubung agamanya.Jawapan beliau adalah - 'I believe in God' (mengikut cara kristian dan gereja)


FAKTA TAMBAHAN


Tiada serbuan dilakukan oleh anggota, sebaliknya rundingan. 


Adalah amat dikesalkan kerana terdapatnya segelintir pemimpin beragama Islam yang secara tergesa-gesa menyalahkan JAIS sebelum mendapat maklumat sebenar operasi menyelamatkan akidah umat Islam ini.

Rozita Che Wan "Imej Bertudung Ini Akan Membataskan Karakter Dan Watak"????

Perghhhhhh biar betik Rozita Che Wan punya statement nie. Adoiyaiiiii!!!! Pelik aku ngan golongan artis nie. Tapi tak semua ler macam tu kan. Ada yang betul-betul menjaga etika berpakaian dan statement pun takder ler melalut sangat. Sedih siot bila aku baca statement yang Rozita Che Wan. Korang baca ler sendiri ek.
"Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula. Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami."
Dalam hal nie aku setuju ngan statement Abang Nara.

"Kadang-kadang tak boleh salahkan artis yang terpaksa menjawap mengenai isu tudung. Dan tak boleh juga salahkan wartawan yang curious nak tahu sama ada artis-artis sudah bertukar imej. Kesimpulannya, kalau boleh, janganlah tanya bab-bab tudung nie. Makin lama makin pelik jawapan yang keluar dari mulut para artis."
Aku mohon maaf kalau ada yang terasa. Jangan dijadikan digadaikan hal agama kerana karier.

SUMBER : MSTAR

Keputusan Pool Bekas Perdana Menteri Malaysia Yang Paling Hensem?

Salam Ramadhan dan salam 1Dunia semua. Alhamdulillah hari nie dah masuk hari ke 19 kita semua berpuasa kan. Tak sedar rasanya masa cepat berlalu. Tak lama lagi dah nak raya.

Sebelum tu aku nak ucapakan terima kasih pada korang semua yang sudi vote poll yang aku buat sebelum nie. Korang masih ingat lagi tak entry aku sebelum nie
Gambar Kad Pengenalan Sebenar Bekas Perdana Menteri Malaysia. Aku ada buat poll khas pasal nie. Antara Semua Bekas Perdana Menteri Malaysia Siapa Yang Paling Hensem? 
 
 
So hari nie aku siarkan keputusan poll untuk korang semua. Rata-rata ramai visitor Dezaman Cottage memilih Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad sebagai Bekas Perdana Menteri Malaysia Yang Paling Hensem.
 

Memang ternyata Tun Dr Mahathir hensem orang nyer. Tak caya korang tengok wajah Tun Dr Mahathir tak nampak macam orang umur 80 lebih kan. Salah satu rahsia yang penah beliau kongsi ngan aku secara personally adalah jaga tabiat makan dan sentiasa bersenam.

Thursday, 18 August 2011

Queens Park Rangers (QPR) Bakal Dimiliki Tan Sri Tony Fernandes

Memang dasat sungguh Tony Fernandes!!!! Memang dia bakal jadi Billionaire terkenal kat Malaysia. Rasanya dalam tahun depan ada chance dia masuk ranking Top 10 Billionaire Di Malaysia. Apa-apa pun tahniah diucapkan pada Mr Tony. Aku suka baca buka pasal cara dia manage Air Asia dari sebuah company yang rugi juta-juta terus jadi company high profile.


LONDON - Tan Sri Tony Fernandes dijangka mengambil alih Queens Park Rangers dalam tempoh 24 jam lagi dan menyatakan sokongan penuh terhadap pengurus kelab Liga Perdana Inggeris itu, Neil Warnock.


Ahli perniagaan terkemuka Malaysia itu bakal menjadi pemegang saham majoriti kelab dan difahamkan membeli lebih daripada 51 peratus pegangan, seperti yang dibincang sebelum ini.

Fernandes, yang memiliki syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan Team Lotus dalam F1 dilihat berada di Loftus Road, Sabtu lalu untuk menyaksikan perlawanan pembuka tirai QPR melayan kunjungan Bolton.

Meskipun dibelasah 0-4, Fernandes berkata: "Saya fikir Neil ialah seorang yang hebat dan dia menjalankan tugasnya dengan begitu cemerlang sehingga menjulang QPR pada kedudukan sekarang.

"Dia akan mendapat sokong penuh daripada saya. Saya fikir seseorang pengurus harus mendapat apa diingininya."

Pemimpin F1, Bernie Ecclestone yang memiliki 66 peratus saham dalam QPR berhasrat menjual pegangannya, justeru urus niaga kali ini pastinya menamatkan segala ikatannya dengan Loftus Road.

Hartawan industri keluli, Lakshmi Mittal juga diramal meningkatkan pegangannya kepada 33 peratus tetapi Fernandes akan memiliki kuasa penuh di QPR.

Satu sidang media bakal diadakan di Loftus Road hari ini bagi mengumumkan pengambilalihan tersebut.

Perkembangan itu pasti menggembirakan Warnock kerana Fernandes mahukan dia membawa masuk empat pemain baru sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir. - Agensi

Tuesday, 16 August 2011

Lokasi Bazar Ramadhan Sekitar Di Kuala Lumpur 2011 / 1432H

Gambar Ehsan http://makan2jalan2.blogspot.com

Tadi aku baru dapat email dari kawan aku. Dia ada emailkan senarai Lokasi Bazar Ramadhan Sekitar Di Kuala Lumpur. Agak menarik untuk aku kongsi ngan korang semua. Mana tahu korang nak ke sana ker nanti.

Jadi korang yang bekerja kat area KL tu leh ler singgah ke Bazar Ramadhan nie. Tapi ngat jangan boros sangat dah ler yer. Nafsu tu kena control sikit hehehehe. Makan dan minum ikut keperluan jangan ikut nafsu. Kalau ikut nafsu nanti jadi lesu. Tarawih pun leh miss ooooo. Naya jer.

Lokasi Bazar Ramadhan yang aku paling suka pegi adalah kat Kampung Baru. Memang macam-macam juadah berbuka puasa ada kat sana. Rambang mata oooooo. Kuih yang pelik-pelik confirm ada kat sana. Kalau korang tak caya leh CUBA TRY TEST. Oklah selamat berbazar Ramadhan semua.

LOKASI BAZAR RAMADHAN DI KUALA LUMPUR 2011

BANDAR TUN RAZAK

  • Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan 
  • Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
  • Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
  • Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
  • Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
  • Taman Len Sen
  • Jalan Benteng (Sebelah Restoran Burger King & Bangunan Hong Kong & Shanghai Bank)
  • Parking Bersebelahan LRT Cheras
  • Jalan Budiman 25, Taman Mulia
  • Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
  • Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
  • Dataran Padang Permainan Bandar Tun Razak
BUKIT BINTANG
  • Siarkaki Leboh Pudu 
  • Jalan Masjid India
  • Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
  • Lorong Berangan
  • Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
  • No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman -Kawasan tempat letak kereta persendirian
  • Jalan Haji Taib
  • Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit Hingga Ke Supermarket Bintang (Jln Hj Taib/ Tuanku Abdul Rahman- Chow Kit)
BATU
  • Tapak Parking Pasar Selayang 
  • Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching 
  • Sentul Pasar 
  • Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh  
  • PPR Batu Muda  
  • Taman Wilayah Selayang Fasa 3  
  • Kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks, kawasan lapang di tepi Kompleks dan didalam Kompleks, Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh  
  • Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
CHERAS
  • Taman Segar 
  • Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu
KEPONG
  • Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong
SEPUTEH
  • Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah 
  • Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling  
  • Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama
LEMBAH PANTAI
  • Jalan Sri Jati 3 
  • Sebelah Pure Life off Jalan Puchong  
  • Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam  
  • Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat
SEGAMBUT
  • Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati) 
  • Jln Cochrane
TITIWANGSA
  • Pasar Datuk Keramat 
  • Jln Hj Hussein, Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit) 
  • Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang  
  • Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang
SETIAWANGSA
  • Jalan Rejang 11, Setapak Jaya 
  • Jalan Wangsa Melawati 3 
  • Jalan Wangsa Delima
  • Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6 
  • Di kawasan tanah kosong di hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak
WANGSA MAJU
  • Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota 
  • Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak  
  • Jalan Langkawi, Teratai Mewah  
  • Kaki lima Plaza Idaman  
  • Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju  
  • Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju  
  • Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman  
  • Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang  
  • Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman  
  • Tapak Pasar Malam Taman Melati

Wednesday, 10 August 2011

Arlene Tan Dah Buat Laporan Polis Berhubung Isu Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara

Aku dapat info nie dari blog MILOSUAM pasal Arlene Tan dah buat laporan Polis sebab dia dikaitkan dengan Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara. Laporan nie buat oleh Arlene Tan disebabkan dia dah terima banyak ugutan yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan dirinya.

Dalam laporan tu juga dia mendakwa kumpulan hackers GAYSEC telah membongkarkan maklumat yang salah dan dia menerima akibat dari kesilapan berhubung isu Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara.

Korang leh tengok salinan laporan Polis yang dibuat oleh Nor Arlene Tan Binti Khalid kat bawah nie.

Tuesday, 9 August 2011

Kakitangan Pos Malaysia Tak Mesra Alam????

Semalam dalam pukul 3.30 petang aku gie ke Pejabat Pos UPM seperti biasa ada dokumen yang perlu aku poslajukan. Sampai ke pejabat pos erkkkk ramainyer orang. Takperlah aku amik jer nombor. Dalam hati aku dah berkata-kata nie cewahhhh hehehehe "Sempat ke nak poslaju nie". Kat UPM last collect parcel poslaju kul 4.00 petang.

So aku tekad tunggu ler gak walaupun tak sedap hati nie. Nak "Q" ikut nombor tu agak banyak gak ler. Tup tup sampai ler turn aku. Aku tanya ler "sempat lagi ke kalau nak poslaju nie atau kira esok". Awek kat kaunter cakap "Jap yer encik saya cuba dulu tengok macam mana".

Dalam hati aku cakap fuhhhh lega sempat gak. Tup tup dia cakap "Encik maaf yer saya leh punch 1 jer barang nie". Adoiiiii!!!! masa tu mula ler menyirap siram limau ler muka aku. Mau tak hangin dah menunggu dekat 30 minit sampai depan kaunter dia punch 1 dokumen jer. Aku ada 5 lagi dokumen yang perlu sampai esok. Adoiiiii hangin jap aku ngan awek tu.

Mula ler aku nak minta semua dokumen balik sebab tak leh tunggu dah sebab aku kena pos gak hari nie. Kalau ikutkan hari aku tu nak jer aku amik semua dokumen termasuk yang dah dipunch tu. Pandai-pandai ler ko settlekan parcel yang ko dah key in dalam sistem. Memandangkan aku tengah berpuasa aku sabarkan jer pasti ada hikmah cewahhhhh pada hal hati berbulu bagai nak giler nie. Ikut hangin aku mau aku mengamuk jer masa kat situ hahaha. Takpe takpe cool hari nie hari dia esok-esok lak hari aku kan. Tuhan tu Maha Adil.

Sebenarnya aku memang tak puas hati. Bukan apa??? Bayangkan kalau korang sampai kul 3.00 petang so ada ler masa dalam sejam kan. Sekali korang tengok ramai orang kat situ. Lepas tu awek kat kaunter tu terhegeh-hegeh buat keje. Then sampai turn korang "MAAF YER ENCIK SAYA DAH CLOSE SYSTEM PARCEL ENCIK AKAN DIHANTAR ESOK"

Erkkkkk????? Apa perasaan korang masa tu.

Kesudahan citer aku bayar gak 1 parcel yang dah dipunch dalam system sebab taknak gaduh-gaduh sebab aku tahu memang salah aku gak sebab hati dah terdetik suruh gie ke Poslaju Bangi jer. Tapi biasa le tak nak ikut suara hati cewahhhhh. Kan dah kena uji dalam bulan puasa nie heheheh.

So aku pegi ler beratur sekali lagi kat kaunter Poslaju Bangi hantar semua parcel. Perghhhhh memang tension sebenarnya. Bagi aku dalam kes nie kakitangan pos tu boleh sebenarnya nak lepaskan semua dokumen aku tu sebab aku dah ada depan dia. Gunakanlah sifat tolenrasi dan tolak ansur sikit. Tak kesian ke kita nie sebagai pelanggan rasa macam teraniaya lak dah ler kena tunggu "Q" panjang dekat 30 minit sampai dekat kaunter jadi macam tu lak. Kena reject bodo-bodo jer. Adoiiiii!!!! Hati mana yang tak hangin kan.

Rasanya Pos Malaysia perlu bagi peluang pada para pelanggan yang dah amik nombor giliran sebelum masa proses pengumpulan ditutup. Lain ler kalau nombor giliran dah lepas waktu yang ditetapkan. Then nak cakap macam tu sila ler sapa pun tak marah. Keadilan dan sikap tolak ansur perlu ada dalam setiap pegawai meja depan kaunter pos nie. Cuba ler belajar macam sistem bank. Kalau ada dalam bank waktu sebelum tutup diaorang tetap dilayan selepas waktu penutupan bank. Yang mana datang selepas tutup tu tak leh ler. Yang mana sempat ada dalam premise bank waktu yang tetapkan pasti dilayan.

Elok ler Pos Malaysia ubah prosedur untuk beri peluang pada para pelanggan mengikut masa pada nombor giliran baru ler nampak keadilan pada pihak pelanggan yer tak. Kepada awek kaunter yang dimaksudkan tu aku nasihatkan satu jer. Cuba ler jadi manusia yang mesra alam???? Tak rugi pun tolak ansur pada orang lain.

Durian Runtuh Untuk Semua Kakitangan Kerajaan Bonus Setengah Bulan Gaji

Suka ler wife aku sebab dapat bonus setengah bulan gaji hehehehe leh ler aku paw sikit hahahaha. Berbahagialah mereka yang bekerja sebagai kakitangan tetap kerajaan. Syok kan dapat durian runtuh. Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia sebab sudi beri imbuhan bonus sempena nak raya nanti. Jasa baik Kerajaan Malaysia amat dihargai.

Tahniah gak pada CUEPACS sebab berjaya memujuk Kerajaan Malaysia untuk berikan bonus walaupun usaha diaorang minta 2 bulan dikira gagal. Kiranya dapat setengah bulan nie masih berbaloi ler tu. Bersyukurlah pada Yang Maha Esa yang memberikan rezeki pada kalian semua. Jangan lupa sujud syukur yer atas kurniaan rezeki dari Allah SWT.

Sepanjang aku bekerja seingat aku sekali jer aku penah merasa duit bonus. Maklumlah aku bukan kakitangan kerajaan. Aku penah keje ngan GLC jer dulu tu pun kejap jer. Lepas tu aku beralih ke dunia perniagaan secara serius. So penah ler rasa gak duit bonus sebulan gaji tu pun sekali jer setakat nie hehehehe. Alhamdullilah dapat gak merasa.

Seronokkan tengok kawan-kawan yang bercerita pasal bonus nie. Aku nak bercerita tak leh ler sebab aku yang kena bagi bonus ada ler hahahaha. Tu rezeki untuk kakitangan kita yang menguruskan bisnes nie tak perlu ler nak pikir perut kita jer kena pikir yang kat bawah tu makan ke idak. Diaorang ler yang menaikkan bisnes kita so kena ler beringat pada diaorang.

Hanya satu jer aku ada rasa terkilan pada CUEPACS nie. Aku tak salahkan CUEPACS nie nak minta bonus tiap-tiap tahun pada kakitangan tetap kerajaan. Aku setuju sangat CUEPACS bela nasib kakitangan tetap kerajaan. Tapi bagaimana pulak ngan kakitangan kontrak yer???? Tak kesian ke ngan diaorang. Bayangkan dalam orang lain berseronok dapat bonus aku pasti ada yang akan berduka kena usaha cari kerja lain sebab kontrak dah nak tamat. Raya pun dah nak dekat lak tu. Tak kesian ker wahai encik-encik CUEPACS.

Usaha tuan-tuan memang amat dihargai sebab membela nasib kakitangan tetap kerajaan. Bantulah juga kakitangan kontrak. Bantulah mereka. Mereka pun ada kehidupan, ada anak isteri yang perlu disara. Nasib diaorang juga patut CUEPACS bela kerana mereka juga menerima beban kerja yang sama dengan kakitangan tetap. Dengan pengalaman dan kemahiran yang diaorang ada tu tak ke sia-sia jer kalau ditamatkan kontrak macam tu jer?????

Kasihanilah mereka seperti mana Allah SWT mengasihani kita semua. Ingatlah setiap rezeki yang datang tu adalah milik Allah SWT dan jangan ler pula kita nak ganti tugas Tuhan untuk menyekat rezeki orang lain. Selamat bergumbira semua.

Kontroversi Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara???? Apakehe Ngan Minah Sekor Nie Yer!!!

Mengucap panjang aku bila dapat email dari member aku pasal satu blog nie. Perghhhh menyirap darah aku tengok blog tu mengutuk, menghina dan mengeji Nabi Muhammad SAW. Rasanya ramai yang dah tahu kot pasal isu nie kalau tak tahu meh sini tengok nanti tahu ler. 

Aku tak tahu ler naper ngan minah sekor nie benci sangat dengan Islam dan Rasullah SAW??? Apa salah Islam & Rasullah SAW sampai buat blog menghina macam nie???? Aku yakin minah nie bukan seorang Muslim. Aku baca blog tu rasa marah yang amat sangat. Korang baca ler sendiri kat blog minah nie mesti korang hangin satu badan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara


Bukan niat aku nak menjaja blog nie sampai jadi popular yer. Kalau boleh aku nak minta ngan korang semua buat aduan pada SKMM untuk amik tindakan sewajarnya pada tuan punya blog nie supaya boleh diambil tindakan yang sekeras-kerasnya. Biar semua orang tahu sapa empunya blog yang haramjadah nie.

Sama-samalah kita laporkan pada SKMM. Korang leh buat aduan kat sini http://aduan.skmm.gov.my. Sama-samalah kita banteras blog durjana nie dari bermaharajalela. Semoga usaha kecil yang kita lakukan ini akan diRahmati oleh Allah SWT. 


Sebagai tanda protes aku dah launched aduan secara rasmi jap tadi kat web SKMM. Korang bila lagi. Jangan rasa malu atau segan nak menegakkan agama ALLAH iaitu ISLAM

 

Monday, 8 August 2011

Jom Shopping Di Sogo KL Murah-Murah Tu Diskaun Sehingga 70%


Sabtu lepas aku, wife ngan adik aku (Kimi) gie ke SOGO KL beli baju, suar ngan kasut. Seperti biasa kalau SOGO nie buat sale harga confirm murah giler beb. Diskaun sampai 70% tu weh. Rambang mata hahahaha. Orang pun ramai dah macam semut dapat gula lak.

Dah lama rasanya aku tak membeli-belah kat SOGO nie sebenarnya. Bila wife aku ajak ke sana aku ok kan jer sebab dah lama tak ke sana kan. Beli ler beberapa helai baju, seluar jeans & kasut. Harga baju paling murah dapat RM17.00 jenama Diadora. Kira murah ler tu.

Bagi yang nak membeli baju raya nie boleh ler ke SOGO. Beli ler ikut budget yer jangan ikut nafsu. Kang nanti duit abih macam tu jer. Korang tengok ler ada sikit gambar kat bawah nie. Masa aku kat SOGO aku terserempak ngan Leez AF. Aku pun tak pasti ler betul ke idak Leez AF nie sebab nie first time jumpa kalau tengok dalam TV nampak beso bila kat depan-depan nampak kecik giler siot.

Rasa macam dia ngan adik tengah pilih baju waktu tu. Ada aku snap sekeping gambar dia hehehehe dah macam paparazzi lak jadinyer. Amik gambar pun pakai camera handphone jer tak tahu ler ok ke idak.


Najib Diugut Bunuh???? Erk Berani Sungguh Budak Nie (Shamila Grapes)

Aku sendiri tak paham apa ler kebenda budak nie marah sangat sampai nak berbunuh-bunuh nie. Nie lah akibatnyer bila cetek akal. Sekali lagi medium Facebook disalahguna untuk meluahkan perasaan amarah yang tak kena tempat. Tak ke banggang namanyer. Aku dapat info nie dari kawan aku masa chat kat facebook. Adoiyaiiiiiii tak paham aku ngan budak SHARMILA GRAPES nie???

Yang gatal tangan tulis terang-terangan kat Facebook sampai satu alam semesta tahu nie apa hal. Apa kejadahnyer dik oiiiii. Kan dah ada orang print screen apa yang awak tulis tu. Tak pikir ke kesan dan akibat buruk dari penulisan yang banggang nie?????

Yang awak keluarkan statement banggang berani mati nie nak bunuh tu adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dik oiiiii. Awak ngat diaorang tu sapa ek leh buat bahan mainan macam tu. Awak tu dah ler rakyat Malaysia kalau tak puas hati sangat-sangat pun jangan ler keluarkan kenyataan bodo sombong dan banggang. 

So sekarang nie sapa yang susah???? Tak pasal-pasal nanti ada lak Polis datang ke depan umah amik tindakan baru tahu. Sapa yang susah??? Dah tentu mak ayah yang penting kepala nak terima kesan nie. Tu ler lain kali pikir dalam-dalam dulu nak keluarkan statement macam nie yer. Dah tak pasal-pasal picture print screen awak nie dijaja sana sini. 

Bak kata pepatah yang sesuai ngan adik nie banyak aku leh listkan kat sini. Tapi aku bagi 3 cukup dah tu. 
  1. "Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian takder guna nyer dah"
  2. "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"
  3. "Telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya"

Sunday, 7 August 2011

Nani Jadi Penyelamat Kemenangan Manchester United FA Community Sheild 2011

Perghhhhhh memang terbaik lah goal Nani pada minit terakhir perlawanan FA Community Sheild 2011 jap tadi. Walaupun Man United ketinggalan 2 - 0 pada separuh masa pertama tak melunturkan semangat diaorang untuk mengaku kalah ngan team yang dah belanja besar dengan membeli player bagai nak giler beratus juta pound tu. Aku kagum ngan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Manchester United. "Setan Merah" tetap menyengat!!!! Nani!!!! You are really hero dude....

Tak sia-sia aku tengok game malam nie hahahaha. Buat isteri tercinta & adik aku WIRA "Apa macam Man U dah memang satu cup team hangpa bila lagi hahahahaha"



KEPUTUSAN TERKINI FA COMMUNITY SHEILD 2011

MANCHESTER UNITED : 3 (Smalling, Nani, Nani)

MANCHESTER CITY : 2 (Lescott, Dzeko)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More