TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Friday 4 January 2013

Padah Menggunakan Inai Hitam


Khas untuk semua wanita dan bakal pengantin baru!!!!

Korang kena hati-hati bila menggunakan Inai Hitam.

Nie ler akibat & padah nyer menggunakan Inai Hitam yang mengandungi bahan kimia merbahaya.

Korang leh tengok sendiri kesan sampingan nya. Tak ke naya.
 
So korang hati-hati ler kalau nak pakai ek kang tak pasal-pasal jadi macam nie naya jer!!!!

Sumber: http://tinyurl.com/aduaspv

Apa kata Ustaz Don Daniyal:-

Padah melukis inai di tangan dengan produk yang "no status"

Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah

INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH

Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

Dari Ibnu Umar ra katanya:

“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :

“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.

wallahu’alam.

* Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam di Istana Negara, Kuala Lumpur
 


Contest Bergambar Bersama Burger Bakar Banjir @ Lava Grill Burger


CONTEST BERGAMBAR BERSAMA LAVA GRILL BURGER

 Contoh Gambar:
Nama: Abu bin Ali
URL FB: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=186105511517737&set=a.186104521517836.38266.169342259860729&type=3&theater
Komen: Apa macam ada berani ke nak telan semua hehehehe.



Hadiah-hadiah yang tawarkan adalah:-



Tempat Pertama: 

Wang Tunai RM150.00 + 1 Set Beef Cheese Burger Tower 10 Tingkat



Tempat Kedua: 

Wang Tunai RM100.00 + 1 Set Cheese Beef Burger Tower 5 Tingkat



Tempat Ketiga: 

Wang Tunai RM50.00 + 1 Set Triple Beef Lava Special



Saguhati No 4 - 10: 

Free 1 Set Double Beef Cheese Burger



***Hadiah yang ada setakat ini adalah seperti yang dinyatakan di atas. Kalau ada Hadiah tambahan pihak akan maklumkan. OK. Itu pun kalau ada sponsor baru kami dapat ler atau ada Hamba Allah yang sudi nak sponsor hehehe.


Kaedah Pengadilan:-



Cara pengadilan adalah sangat mudah. Dipenghujung contest nie nanti peserta yang tersenarai TOP 10 yang memiliki jumlah LIKES paling banyak pada gambarnya akan dikira sebagai pemenang. Mudah kan. Setiap peserta layak untuk menang 1 hadiah jer. Bagi ler peluang pada yang lain sama yer. So setiap orang ada peluang untuk menang hadiah. Segala keputusan adalah muktamad sebarang surat menyurat tak dilayan cewahhhh. Tak leh blah punya ayat hahahaha. Make sure gambar tu adalah gambar asli korang ek. Jangan nak cilok gambar orang lain ek. Kalau kami dapat tahu penyertaan korang akan digugurkan.



Macam mana nak join:-

  1. Penyertaan terbuka kepada semua pemegang akaun Facebook yang LIKE FANPAGE LAVA GRILL SAHAJA. Kalau yang tak LIKE nak join contest nie kena LIKE dulu ek. Leh klik link nie https://www.facebook.com/LavaGrillBurger untuk LIKE.
  2. Penyertaan dibuka hanya untuk sesiapa sahaja yang ada kat bumi Malaysia.
  3. Wajib ada akaun bank di Malaysia.
  4. Snap gambar korang, kawan-kawan atau family korang bersama-sama Burger Bakar Banjir a.k.a Lava Grill Burger sekreatif mungkin. Tak kisah ler korang semua nak posing mcm mana pun. Janji tak melanggar adap kita sebagai orang Malaysia. Yang penting korang kena bergambar ngan Burger Bakar kami ek.
  5. Kalau korang just letak gambar burger jer tak aci ler. So kami akan batalkan penyertaan mcm nie ek. Korang mesti ada dalam ini cerita hehehehe. Gambar berkumpulan pun kami terima baru nampak meriah hehehe.
  6. Then korang upload kat wall Fanpage Lava Grill Burger ek. Tulis kat wall kami Nama Korang, link FB korang & Komen sikit kat gambar tu ek supaya senang nak trace nanti.
  7. Contoh leh tengok macam kat gambar atas tu ek.
  8. Bila dah upload gambar nanti kami akan amik gambar korang letak kat satu folder khas contest bergambar nie ek.
  9. Then korang leh copy link gambar korang dari folder tu. Lepas tu pandai-pandai korang ler nak ajak kawan-kawan korang atau sesiapa saja untuk LIKE gambar korang. Korang kena kreatif ler nak promote gambar tu ek. Yang penting LIKES paling banyak akan jadi JOHAN.
  10. Tarikh Contest: 4 Januari – 24 Januari 2013 Jam 23:59PM 
  11. Penilaian pemenang contest akan dibuat pada 25 Januari 2013 sekitar jam 12.00 am - 01:00 am.
  12. Keputusan senarai pemenang akan diumum selepas 3 hari tamat contest.
  13. Pengajur berhak untuk ubah atau pinda mana-mana fasa contest pada bila-bila masa tanpa memaklumkan pada peserta.



Maklumat Tambahan:-



Sila tinggalkan maklumat berikut di ruangan wall Fanpage Lava Grill Burger seperti dibawah ini:

Nama:

URL FB:
Komen pasal gambar:

Banjir Lumpur Di Putra Heights

Tadi ada kawan aku ada cakap Putra Heights kena banjir lumpur yang agak teruk. Banyak kereta sangkut hampir tenggelam disebabkan oleh banjir lumpur nie.

Bila tengok gambar kat salah satu forum nie nampak keadaan kawasan bencana nie agak teruk gak ler. Kesian gak bila memikirkan mangsa yang terlibat. Semoga takder kemalangan jiwa.

Terpikir gak masa bila ujan turun hari nie. Kat Seri Kembangan cuaca nampak ok jer takder ujan pun. Tak sure lak banjir lumpur nie disebabkan oleh ujan ke atau ada tempat tadahan yang pecah.

Korang layan ler gambar nie ek.





Sumber Gambar: http://carigold.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More