TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Arlene Tan. Show all posts
Showing posts with label Arlene Tan. Show all posts

Saturday, 13 August 2011

Gaysec Keluarkan Kenyataan Rasmi Mohon Maaf Pada Arlene Tan

Tadi aku baru jer baca kat web Gaysec, diaorang keluarkan kenyataan rasmi mohon maaf pada Arlene Tan sebab diaorang telah melakukan kesilapan dengan menuduh Arlene Tan adalah dalang di sebalik identiti Makcik Hajjah Sitt AlWuzara.

Aku harap isu nie dapat diselesaikan dengan aman. Diharapkan juga lepas nie kalau ada yang nak keluarkan tuduhan macam nie perlu kumpul data dan maklumat secukupnyer. Kalau tak naya seh orang lain lak yang terima akibat dari apa yang kita tuduh. Naya jer. Dah jadi fitnah. 
 
Apa-apa pun aku respek dengan Gaysec sebab diaorang sudi nak keluarkan kenyataan rasmi mohon maaf pada Arlene Tan atas kesilapan diaorang. Nak lagi bagus jumpa dengan Arlene Tan secara peribadi mohon maaf. Agak-agak berani ke ek???? Harap lepas nie lebih berhati-hati lagi nak keluarkan statement. Peace No War

Statement kenyataan rasmi dari Gaysec
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.


Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.


Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu. Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.


Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.


Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?


kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.


Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.


Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.


Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan
.

SUMBER : GAYSEC

Wednesday, 10 August 2011

Arlene Tan Dah Buat Laporan Polis Berhubung Isu Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara

Aku dapat info nie dari blog MILOSUAM pasal Arlene Tan dah buat laporan Polis sebab dia dikaitkan dengan Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara. Laporan nie buat oleh Arlene Tan disebabkan dia dah terima banyak ugutan yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan dirinya.

Dalam laporan tu juga dia mendakwa kumpulan hackers GAYSEC telah membongkarkan maklumat yang salah dan dia menerima akibat dari kesilapan berhubung isu Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara.

Korang leh tengok salinan laporan Polis yang dibuat oleh Nor Arlene Tan Binti Khalid kat bawah nie.

Penafian Arlene Tan Berhubung Isu Makcik Hajjah Sitt Alwuzara


Tadi aku singgah jap ke blog DenaiHati.com then aku baca entry bro Denaihati pasal isu Makcik Hajjah Sitt Alwuzara. Agak tertarik gak untuk aku tahu kisah nie lebih lanjut. Then aku guna cik google untuk cari maklumat. Then aku jumpa blog Arlene Tan dan dia dah buat entry menafikan bahawasanya dia adalah Makcik Hajjah Sitt Alwuzara yang dimaksudkan oleh pihak Gaysec melalui #OpsRamadhan.

So sekarang nie isu Makcik Hajjah Sitt Alwuzara dah jadi makin hot. Boleh katakan majoriti blogger di Malaysia jadikan isu
Makcik Hajjah Sitt Alwuzara sebagai tajuk entry. Aku ada baca gak ler sedikit sebanyak artikel dalam blog Arlene Tan nie. Apa yang aku nampak ada gak beberapa isu yang dia tulis dalam blog tu seakan-akan mempersoalkan kewibawaan Islam. Yang itu pada pandangan peribadi aku. Kalau korang nak tahu kena ler baca sendiri.

Berikut aku copy paste entry penafian dari blog Arlene Tan.

"I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment."


Arlene Tan dah buat laporan Polis berhubung isu nie. Bagi aku dia ada hak untuk pertahankan diri dalam hal nie. Tindakan dia buat laporan Polis adalah amat baik pada aku supaya Polis dapat menyiasat secara menyeluruh. Maybe ada individu yang tak puashati dengan dia so buat perkara seumpama nie bagi menjatuhkan maruah Arlene Tan.

Aku suka amik petikan dari bro Denaihati seperti kat bawah nie,

"Banyak perkara yang pelik antaranya Kumpulan Murtads Malaysia dan Singapore begitu marah dengan pendedahan GaySec dan menyokong Arlene Tan untuk membuat report polis. Pasti mereka ini tahu siapa sebenarnya Makcik Hajjah Sitt AlWuzara kalau pun bukan Arlene Tan."

Emmmmm pelik bin ajaib kan.


Satu lagi aku ada baca gak kat GOOGLE PLUS yang
Makcik Hajjah Sitt Alwuzara buat pengakuan bahawa Arlene Tan takder kaitan dengan identiti Makcik Hajjah Sitt Alwuzara. Korang leh tengok kat bawah nie.

So sekarang nie bagi aku biar ler Polis, SKMM dan pihak yang berwajib yang amik tindakan sewajarnya. Korang ingat pihak nie nak dok diam ke. Korang ngat Polis, SKMM dan pihak berwajib kat Malaysia nie tak pandai nak track ke sapa tuan punya blog nie. Panas seh isu nie.

Yang pasti aku yakin tak lama lagi identiti
Makcik Hajjah Sitt Alwuzara yang buat onar nie akan ditangkap. Kita tunggu jer keputusannyer nanti. Bagi yang rasa teraniaya inilah masanyer yang paling sesuai untuk berdoa pada Allah Yang Maha Mendengar & Maha Memberi. Sekiranya benar anda teraniaya aku amat pasti Allah akan makburkan doa orang yang teraniaya nie.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More