TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Tuesday, 22 January 2013

Betul Ke UiTM Lendu Melaka Berhantu??????

Tengah dok kecoh sana-sini pasal citer HANTU kat UiTM Lendu Melaka. Kat Twitter ngan Facebook pun bukan main kecoh lagi pasal isu nie.

Betul-betul ke ada hantu kat sana?????

Nie antara gambar kontroversi yang dikatakan ada HANTU dalam gambar nie. Diaorang claim di belakang awek tudung kuning nie ada kelibat seorang pompuan ala-ala ULIK MAYANG gitu. Nak katakan pokok kelapa pun leh jer hehehehe. Tak pasal-pasal adik nie jadi femes kat forum-forum, blog-blog, FB & Twitter hehehehe.


Pada aku makhluk ghaib tu tetap ada. Dalam Islam sendiri ada menceritaka pasal alam ghaib. Tapi tak perlu ler kita nak takut ngan makhluk ghaib nie. Insyaallah makhluk ghaib yang dikatakan HANTU nie tak akan jadi penyebab orang leh mati pun kalau jumpa. Kalau mati pun bukan sebab HANTU tu dah memang takdir dijadikan asbab untuk manusia tu mati.

Setiap manusia ada sifat penakutnya yang tersendiri termasuk ler aku. Yang penting kita kena yakin bukan kita jer ada dalam alam yang nyata nie. Kena ler ngan Firman Allah SWT seperti di bawah nie:-
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." - Surah Adz-Dzariyat: Ayat 56
Maknanya kita nie hidup berkongsi alam di antara makhluk alam nyata dan alam ghaib. Hanya kita sebagai  manusia tak semuanya dapat dibuka pancainderanya untuk melihat makhluk di alam ghaib.
 
Sesungguhnya kita (manusia) adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT seperti mana FirmanNya:-
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." - Surah Al-Baqarah: Ayat 30
Kita adalah KHALIFAH di muka bumi nie dan kita ler juga makhluk sempurna yang diciptakan oleh Allah SWT.


Monday, 16 January 2012

18SG - Kemalangan Ngeri Di Melaka 15 Januari 2012

Perghhhhh!!!! Memang dasyat kemalangan depan traffic light kat Melaka awal pagi tadi. Dikhabarkan seorang penunggang motosikal cedera parah akibat rempuhan kuat dari sebuah kereta jenama Kenari. 2 orang penunggang lagi dilaporkan cedera ringgan. 


Kalau dilihatkan dari video nie mesti ramai yang beranggapan akan ada yang maut. Itulah kekuasaan Allah.


Inilah akibatnya kalau memandu dalam keadaan merbahaya tanpa memikirkan nasib pengguna jalan raya yang lain. Lampu merah pun main redah jer tak pasal-pasal pengguna jalan raya yang lain jadi mangsa.


Aku tak pasti sapa yang bersalah dalam kemalangan nie. Nampak seakan-akan kereta tu jer yang bersalah. Apa-apa pun serah jer pada pihak Polis Traffic untuk tentukan.


Bayangkan kita berada ditempat kejadian???? Apakah tindakan kita bila melihat keadaan sebegini??? Kalau dilihat dari video nie selepas berlaku kemalangan hanya segelintir saja tampil ke depan untuk menghulurkan bantuan.





15/01/2012..

Pukul 9.16 pagi

kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah kereta dan 3 motosikal. Salah seorang mangsa kemalangan patah kaki manakala 2 orang mangsa lagi hanya mengalami kecederaan ringan. Pemandu kereta ditahan di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Saturday, 13 August 2011

Oh Kampung Halaman: Catatan Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke Rengit Batu Pahat

Alhamdullilah baru jer sampai kat rumah orang tua wife aku kat Rengit Johor. Memandangkan Raya Aidilfitri tahun nie turn aku so seperti biasa aku ngan wife confirm akan balik 2 minggu atau seminggu awal untuk berpuasa kat rumah orang tua kami. Ye lah jauh sehhhh. Cinta Kutub Utara Kutub Selatan. Menetap kat garisan khatulistiwa hehehehe. Nak adil ler katakan.

Kampung aku kat Parit Buntar, Perak & Penang. Wife aku Rengit, Batu Pahat. Jauh tu kalau seminggu nak beraya. Takkan nak raya 3 hari Johor 3 hari Penang. Sehari lagi abih kat perjalanan jer. Tak berbaloiiiii. So nak adil kena ler gilir-gilir. Dah 8 kali puasa gilir-gilir. Alhamdullilah semuanya masih dalam perancangan sejak kawin lagi. Huishhh korang jangan ingat takder kontrak hehehehe siap ada perjanjian lawyer matikan setem hasil lagi tu hehehehehe. Part tu aku kelentong jer hahahaha.

Hari nie adik aku kimi & adik wife aku Nurul Atiqah join jurney kami dari KL ke Batu Pahat. So berempat ler balik ke Johor. Sebelum nak gerak ujan lebat sepanjang perjalanan. Singgah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS atau nama sebelumnyer KISDAR) amik adik ipar aku dulu then terus ke UTEM lak amik adik aku lak. Dah sampai kat Melaka dah kul 10 lebih. Alang-alang dah sampai kat Melaka seperti biasa aku mesti cariiiii IKAN BAKAR kat UMBAI. Dah plan dalam jadual dari rumah memang nak singgah.

Medan Ikan Bakar Parameswara sentiasa jadi pilihan aku kalau nak melantak ikan bakar. Sekalai tutup awal lak dah. Baru aku tau banyak medan ikan bakar tutup maybe diaorang buka masa berbuka puasa je kot. So aku belasah jer medan ikan bakar yang ada kat situ. Lupa lak nak nama kedai. Sampai nak amik gambar pun terlupa sebab lapar sehhhh. Dari KL berbuka ngan roti telur 3 keping ngan air kotak jer. Makan leh katakan sedap gak. So licin semua yang diorder. Aku order 1 bungkus untuk sahur nanti.

Sampai rumah jer aku terus update kat sini sebagai catatan perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Rengit Batu Pahat. Insyallah esok kalau ada perkara menarik kat Rengit atau Batu Pahat aku maklumkan kat sini untuk tatapan korang. Mana tahu satu hari nanti korang datang atau tersesat kat area nie nanti ke leh singgah tempat yang aku suggest hehehehe. 
Oklah aku nak tidoq mata dah ngantuk kita jumpa lagi esok.....caucincau.....selamat bersahur dan selamat berpuasa.....Asssalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More