Tadi aku singgah jap ke blog DenaiHati.com then aku baca entry bro Denaihati pasal isu Makcik Hajjah Sitt Alwuzara. Agak tertarik gak untuk aku tahu kisah nie lebih lanjut. Then aku guna cik google untuk cari maklumat. Then aku jumpa blog Arlene Tan dan dia dah buat entry menafikan bahawasanya dia adalah Makcik Hajjah Sitt Alwuzara yang dimaksudkan oleh pihak Gaysec melalui #OpsRamadhan.
So sekarang nie isu Makcik Hajjah Sitt Alwuzara dah jadi makin hot. Boleh katakan majoriti blogger di Malaysia jadikan isu Makcik Hajjah Sitt Alwuzara sebagai tajuk entry. Aku ada baca gak ler sedikit sebanyak artikel dalam blog Arlene Tan nie. Apa yang aku nampak ada gak beberapa isu yang dia tulis dalam blog tu seakan-akan mempersoalkan kewibawaan Islam. Yang itu pada pandangan peribadi aku. Kalau korang nak tahu kena ler baca sendiri.
Berikut aku copy paste entry penafian dari blog Arlene Tan.
"I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment."
Arlene Tan dah buat laporan Polis berhubung isu nie. Bagi aku dia ada hak untuk pertahankan diri dalam hal nie. Tindakan dia buat laporan Polis adalah amat baik pada aku supaya Polis dapat menyiasat secara menyeluruh. Maybe ada individu yang tak puashati dengan dia so buat perkara seumpama nie bagi menjatuhkan maruah Arlene Tan.
Aku suka amik petikan dari bro Denaihati seperti kat bawah nie,
"Banyak perkara yang pelik antaranya Kumpulan Murtads Malaysia dan Singapore begitu marah dengan pendedahan GaySec dan menyokong Arlene Tan untuk membuat report polis. Pasti mereka ini tahu siapa sebenarnya Makcik Hajjah Sitt AlWuzara kalau pun bukan Arlene Tan."
Emmmmm pelik bin ajaib kan.
Satu lagi aku ada baca gak kat GOOGLE PLUS yang Makcik Hajjah Sitt Alwuzara buat pengakuan bahawa Arlene Tan takder kaitan dengan identiti Makcik Hajjah Sitt Alwuzara. Korang leh tengok kat bawah nie.
So sekarang nie bagi aku biar ler Polis, SKMM dan pihak yang berwajib yang amik tindakan sewajarnya. Korang ingat pihak nie nak dok diam ke. Korang ngat Polis, SKMM dan pihak berwajib kat Malaysia nie tak pandai nak track ke sapa tuan punya blog nie. Panas seh isu nie.
Yang pasti aku yakin tak lama lagi identiti Makcik Hajjah Sitt Alwuzara yang buat onar nie akan ditangkap. Kita tunggu jer keputusannyer nanti. Bagi yang rasa teraniaya inilah masanyer yang paling sesuai untuk berdoa pada Allah Yang Maha Mendengar & Maha Memberi. Sekiranya benar anda teraniaya aku amat pasti Allah akan makburkan doa orang yang teraniaya nie.