TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Monday 15 August 2011

World Championships 2011: Chong Wei Tewas Kepada Lin Dan

Aku sempat tengok game nie 2 set jer. Set 3 aku dah dalam perjalanan balik ke KL dari Batu Pahat. nak tahu pasal Journal Of My Life : Alhamdulillah Baru Sampai Dari Kampung meh ler baca kat sini.

Dapat perkhabaran sedih dalam kete Chong Wei kalah lagi dengan Lin Dan kali nie dalam kejohanan World Championships 2011 kat London. First set aku dah suka sangat-sangat Chong Wei dah menang. Masuk second set dia kena lak dah ngan Lin Dan adoiiiii. Takkan Chong Wei nie kena badi lak ngan Lin Dan. Adoiiiii bila jumpa jer confirm dok terkena jer ngan Lin Dan. Sedih siot!!!!!

Apa-apa pun aku tengok Chong Wei main sungguh-sungguh game nie. Yang pasti Lin Dan confirm akan makin berlagak lagi. Harap Chong Wei leh kalahkan Lin Dan lepas nie.
Dalam game tu aku nampak adik Mohd Asyraf Haziq ngan family dia pun ada kat stadium. Diaorang pun sama-sama bagi sokongan pada Chong Wei. Nampaknyer makin sakit ler rahang adik Asyraf sebab kecewa Chong Wei kalah hehehehe.

Chong Wei tewas kepada Lin Dan

LONDON: Datuk Lee Chong Wei kempunan untuk menjuarai kali pertama Kejohanan Badminton Dunia buat selepas tewas kepada pemain China, Lin Dan 22-20, 14-21, 21-23 pada final di Arena Wembley, sebentar tadi.

Kedua-dua musuh ketat itu mempamerkan permainan mantap dengan Chong Wei menang set pertama tetapi Lin Dan menyamakan set untuk mengheret permainan penentuan ke 'rubber set'. 

Set ketiga atau penentuan agak tegang dengan kedua-dua pemain saling merapatkan kedudukan mata. 

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More