TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Sunday, 31 July 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Dan Selamat Berpuasa



Aku & seluruh keluarga mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Dan Selamat Berpuasa pada semua visitor yang sudi meluangkan masa di blog Dezaman Cottage. Semoga Ramadhan pada kali ini akan membawa seribu Rahmat kepada kita semua. Selamat Berpuasa Dan Selamat Menunaikan Solat Tarawih.

Selamat Berpuasa Dari Dezaman Cottage

Khairul Fahmi a.k.a Apek Dan Elia a.k.a Jejari Runcing Putus Tunang????

Biar betul apa yang aku baca nie?????? Nampaknyer dah takder jodoh untuk diaorang berdua mengikat talian sebagai suami isteri. Dah tersurat ikatan pertunangan diaorang putus dipertengahan jalan. Harap diaorang berdua dapat menghadapi dugaan nie dengan tabah dan berjumpa dengan pasangan yang sesuai kelak.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
 
SUMBER: Harian Metro

Mohor Besar Raja-Raja Umum Esok 1 Ogos 2011 Bersamaan 1 Ramadan 1432H Bermula Puasa

Esok dah mula Puasa wehhhh!!!!! Bestnyer malam nie dah mula Solat Tarawih.....JOM KITA GIE TARAWIH.....

KUALA LUMPUR: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, sebentar tadi mengumumkan esok, 1 Ogos bersamaan 1 Ramadan , sebagai permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia.

SUMBER:
BERITA HARIAN

Misi Memburu Patin Sg. Dengkil - GAGAL

Ingat lagi post entry aku Jumaat baru-baru nie....nampaknya misi memburu Patin Sg. Dengkil GAGAL.....keadaan cuaca sebelah petang hingga tengah malam memang elok.....hanya keadaan arus sungai yang deras dan banyak sampah sarap yang "berkeliaran sana sini" sepanjang Sg. Dengkil membuatkan sesi memburu menjadi buntu huhuhuhu......

Akhirnya lewat jam 3 pagi nampak langit menghitam dan angin sejuk datang dengan tiba-tiba......apa lagi kena pack semua "alatan perang" secepat mungkin sebab hujan dah nak turun.....sib baik sempat kemas semua barang-barang sebelum hujan sampai......masuk jer dalam keta terus hujan lebat....apa leh buat takder rezeki untuk penutup sesi memancing bulan nie sebab bulan Ramadan akan tiba tak beberapa jam lagi......so elok ler stop jap bulan puasa nie.....kita repeat balik lepas raya nanti.......semoga ada hasil dari dasar Sg. Dengkil......
 
lokasi tapak camp Abu Sayyaf...


Aku sedang mencuba nasib....



keadaan air sungai yang melimpah ruah...


Berita Terkini : Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz @ Aleesha Farhana meninggal dunia

 
Sedih dapat perkhabaran berita melalui media Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz @ Aleesha Farhana telah meninggal dunia semalam akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah. Marilah kita bersama-sama sedekahkan AL-FATIHAH buat arwah Mohd Ashraf yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Sesungguhnya setiap insan pasti akan kembali kepadaNya. Hanya masa saja yang menjadi penentu segala-galanya. 
 
Maybe sekejap lagi, maybe malam nanti, maybe esok, maybe lusa, maybe minggu depan, maybe bulan depan maybe tahun depan....yang pasti kita tak berupaya untuk mengetahuinya. Hanya Yang Maha Pencipta saja yang tahu bila kita akan kembali padaNya.

Jadi sama-samalah kita tingkatkan amal ibadah kita lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan bakal menjelma tak lama lagi. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendekatikan diri pada Allah sebelum dijemput oleh Malaikat Izrail untuk bertemu Yang Maha Esa. AL-FATIHAH buat saudara Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz.

KUALA TERENGGANU 30 Jun - Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam.

Allahyarham dilaporkan mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya menukar nama ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Sementara itu, Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu kini telah tiada.

Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia, awal pagi tadi.

Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, jam 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. Shahrizat berkata, kementerian sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

"Kita dari mula lagi rasa prihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang," katanya sebaik tiba di pejabat Wanita Umno di Menara Datuk Onn di sini, sebelum mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu.

"Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba," tambahnya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka dapat bersabar dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.

"Kita harap keluarganya menerima takdir ini dengan hati terbuka dan jika keluarganya memerlukan bantuan, diharapkan dapat menghubungi saya (Shahrizat) atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin," katanya.

Menurut beliau, ajal yang telah ditentukan Allah tidak memungkinkan pihaknya yang menawarkan bantuan bimbingan kepada Mohd Ashraf dapat ditunaikan kerana pemergian mengejutkan itu.

Allahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lalu dan menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.
 

Saturday, 30 July 2011

Trailer The Avengers 2012 (Gabungan Superhero)

Perghhhhh tadi aku saya search kat youtube terjumpa lak pasal citer nie......mesti menarik wehhhhh.....tak sabar nak tunggu kemunculan THE AVENGERS kat panggung wayang 2012 nanti.....mesti gempakkkk giler....sapa agak-agaknyer akan jadi team baik dan team jahat ek hehehehe.....nantikan kemunculan 2012 nanti.....korang layan trailer dulu ler yer.....

Isu Astro: Rais Perlu Letak Jawatan!


Kemelut kenaikan caj perkhidmatan Astro sudah lama diperkatakan tetapi apa yang dibuat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Rais Yatim- tiada!


Senang cakap macam ni sajalah, Rais selaku menteri telah gagal mengawal satu-satunya stesen televisyen swasta berbayar di negara ini, ASTRO All Asia Networks Plc (Astro), yang menafikan kepentingan rakyat dengan menaikkan harga pakej-pakej langganannya baru-baru ini.


Sebagai seorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjaga kepentingan rakyat dari kerakusan dan ketamakan ‘taikun’ bidang penyiaran seperti Astro, Rais sepatutnya bertindak tegas menghalang stesen televisyen tersebut dari membebankan rakyat.


Rakyat mungkin mampu memahami kenaikan harga minyak petrol, tarif elektrik dan beberapa harga barang ekoran tanggungan Kerajaan terhadap subsidi yang sangat tinggi serta kenaikan bahan mentah itu di pasaran dunia.


Namun, rakyat tidak langsung dapat menerima kenaikan tarif harga pakej perkhidmatan Astro yang memonopoli majoriti hak penyiaran utama di negara ini dan mendapat keuntungan ratusan juta.


Sebelum ini, Astro begitu berbangga mengumumkan keuntungan sebelum cukai RM430.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2010, berbanding kerugian RM372.37 juta tahun sebelumnya.


Pencapaian itu bersandarkan pendapatan yang meningkat 9.66 peratus kepada RM3.26 bilion, daripada RM2.97 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Januari 2009.


Selain itu, Astro juga mempunyai seramai hampir tiga juga pelanggan seluruh negara dan mereka begitu setia melanggan siaran stesen televisyen berbayar itu lebih dari sepuluh tahun.


Justeru itu, wajarkah Rais membenarkan Astro ‘membuli’ pelanggan-pelanggan yang juga merupakan rakyat negara ini, dengan menaikkan harga pakej-pakejnya sebagai ‘penghargaan’ kepada kesetiaan mereka?


Sewajarnya, sebagai seorang Menteri yang memilik autoriti yang diamanahkan rakyat untuk menjaga kepentingan mereka, Rais harus bertindak tegas dengan memaksa Astro mengekalkan tarif caj perkhidmatan mereka atau berdepan dengan penarikan hak penyiaran di negara ini.


Rakyat yang rata-ratanya pelanggan Astro merungut, mengecam dan mengutuk tindakan stesen televisyen itu menaikkan harga pakej perkhidmatan, namun semua itu tidak pun diendahkan oleh Astro.


Malah, Astro telah melakukan penyelarasan harga pakej mereka dan memberi alasan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersetuju dengan tindakan mereka itu.


Jadi, kepada siapakah yang harus rakyat suarakan rintihan dan rungutan mereka yang di’buli’ jika tidak kepada Rais? Tidakkah Rais rasa bersalah melihat rakyat tertekan dan rasa di’buli’ disebabkan oleh tindakannya yang tidak tegas terhadap Astro?


Atau, wajarkah Rais marah dan tersinggung sekiranya ada suara yang meminta beliau meletakkan saja jawatannya kerana gagal menjaga kepentingan rakyat?


Terserah kepada Rais untuk menentukannya.


Pisau dan timun ada ditangannya. Kita lihat sama ada beliau akan memotong timun atau terpotong jarinya?


Sumber :
http://mynewshub.my/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More