TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Friday, 5 August 2011

KL Gengster vs KL Hamster

Hahahahaha yang nie lagi satu leh kira lawak sengal gak hehehehe......saksikan Trailer KL Hamster....korang layan jer lah yer....

KL Gengster Versi Jalan Jelatek hahahahaha

Hahahaha leh lak budak-budak nie buat short film macam nie. Memang kreatif. Rasa nak guling-guling pun ada gak hehehehe. Korang layan jer lah ek.

Ally Iskandar Pulak Dah Putus Tunang????



Tadi aku terbaca kat GUA.COM.MY 30 July lepas pengacara TV3 Ally Iskandar dah putus tunang dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal. Semoga kedua-dua insan berkenaan akan menemui jodoh yang bersesuaian kelak.


Hajat pengacara terkenal, Ally Iskandar untuk menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini kini hanya tinggal kenangan apabila ikatan pertunangan yang diikat pada 11 Februari lalu putus di pertengahan jalan.

Ally yang melangsungkan pertunangan dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal mengesahkan perkara ini ketika ditemui di rakaman program Mentor Raya di Sri Pentas 2, Shah Alam sebentar tadi.

“Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.”

“Walaubagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil,” jelas Ally tenang.

Apabila ditanya apakah punca perpisahan tersebut, Ally memberitahu, “Kami tidak bergaduh dan tiada konflik. Punca disebabkan pihak ketiga juga tidak benar sama sekali. Perkara ini datang berperingkat-peringkat. Kami cuba untuk selesaikan masalah ini, tetapi memang tiada jalan penyelesaian yang ditemui. Tidak dinafikan, perkara ini memang meninggalkan kesan yang sangat besar dan amat menyedihkan. Kami telah mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang baru. Keluarga saya juga agak terkesan sebab mereka semua cukup teruja bila saya bertunang hari itu,” tambah Ally lagi.

“Ini keputusan yang besar dan lebih baik keputusan ini dibuat sekarang dari dibiarkan berlarutan. Apa-apa pun, saya dan Aishah masih berkawan baik. Cuma setakat ini, saya tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan lagi kerana biarlah masa yang menentukan.”

“Selepas ini saya nak fikir tentang kerja balik serta kena ada tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri,” jelas Ally panjang lebar.

SUMBER : GUA.COM.MY

China Pakar Klone Kete???? Perodua Kembara Pun Diklonkan hehehehe

Aku dapat info nie masa layan youtube. Sekali terjumpa video nie. Memang superb ler teknologi China nie hehehehe semua barang dia leh klonkan. Perodua Kembara pun leh diklonkan hehehehe. Jangan lak lepeh nie orang pun diklonkan dah ler. Korang layan jer lah yer.

Berita Terkini: 'Buka Puasa Di Gereja Cubaan Murtadkan Umat Islam'

Perghhhh!!!! Isu nie mesti akan jadi hot lepas nie. Harap-harap takder agenda tersembunyi yang boleh meruntuhkan akidah umat Islam. Harap isu dapat diselesaikan dengan aman dan harmoni supaya takder salah faham.


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, malam semalam kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam, kata ahli exco hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali.


Menurut beliau, berdasarkan maklumat bahawa terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan, Jais menghatar anggota penguatkuasaannya bersama polis bagi menjalankan siasatan.


“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat.


“Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan,” kata Dr Hasan dalam satu kenyataan media.


Menurut beliau, anggota penguatkuasaan Jais bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.


“Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai,” katanya.


Beliau berkata pada majlis itu, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapanya ada diselitkan perkataan “Quran” dan “pray”.


“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Larikan diri

“Pegawai penguakuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang,” katanya.


Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam yang terbabit dengan majlis itu akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.


Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.


Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.


Semua mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan Jais untuk siasatan lanjut.


Sebelum ini, paderi kanan gereja itu, Daniel Ho dalam satu kenyataan akhbar berkata majlis makan malam yang diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.


Menurutnya, majlis itu bertujuan bagi meraikan usaha NGO berkenaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam beberapa projek komuniti, termasuk kerja-kerja amal dengan wanita dan kanak-kanak, mangsa HIV/AIDS dan penyakit lain.
 

Tahniah Pemenang Ke-4 Followers Dezaman Cottage

Tahniah buat pemenang Ke 4 Contest Followers Dezaman Cottage. Pemenang yang bertuah jatuh kepada CIK KULAT. Anda akan dihubungi melalui email sebentar lagi. Tahniah sekali lagi dari kami.

Thursday, 4 August 2011

Mayat Dikerat 15 Bahagian

Aduhhhh!!!! Kenapa ler manusia makin kejam sekarang nie yer.....kesian siot ngan mangsa yang kena kerat 15 tu......tergamak sungguh seorang manusia tu buat kekejaman pada manusia lain sampai macam tu sekali......tadi kat Buletin Utama pun ada tunjukkan pasal pembunuhan kejam nie.....aku makin tak paham ngan tahap perikemanusiaan sesetengah orang disekeliling kita sekarang nie.....semoga Allah SWT melindungi kita dari perkara seumpama ini.....

AMPANG: Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu, petang semalam.

Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.

Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu.

“Saya terkejut apabila menemui satu kaki manusia dikerat dari paras pinggang sebelum pihak pengurusan menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang berada di tempat kejadian, berkata anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.

“Identiti dan jantina mangsa belum dipastikan dan anggota terbabit sudah dihantar ke PPUM bagi tindakan lanjut.


“Anggota badan itu ditemui dibuang di merata-rata tempat dalam unit berkenaan yang lebih kurang 10 tahun tidak dihuni,” katanya.

Menurut Amirrudin, siasatan lanjutan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mangsa serta kejadian sebenar di sebalik penemuan mayat yang dikerat itu.


SUMBER: MYMETRO 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More