TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Sunday, 9 December 2012

Makan Burger Bakar Banjir Kat Lava Grill Burger Sambil Menderma Untuk Tabung SAVE PALESTINE



Dah lama rasanya tak update blog nie. Dah berhabuk blog nie. Insyaallah lepas nie nak kena update kat blog selalu hehehehe.

Hari nie cawangan Lava Grill Burger @ Bismillah Restaurant buka seperti biasa dari pukul 7pm - 12am.

Bermula hari nie sampai 16 December 2012 LAVA GRILL BURGER Serdang akan buat jualan amal untuk program "TABUNG
SELAMATKAN PALESTINE".

Setiap pembelian Burger Bakar Banjir akan disumbangkan RM1.00. Kalau korang nak sumbang lebih pun takder masalah. Semoga sumbangan yang sedikit nie dapat meringgankan beban saudara-saudara kita di Bumi Palestine.

Korang dijemput datang ke stall kami di Serdang untuk memeriahkan lagi program nie.

Mohon korang semua war-warkan pada rakan-rakan lain ek.

Kalau korang nak beli Baju Free Palestine mcm dalam gambar nie leh contact sendiri Bro Sello Tape kat sini ek http://www.facebook.com/sello.tape.1

Setiap jualan baju nie Bro Sello Tape akan sumbangkan sebanyak 50% untuk tabung GAZA. Semoga rakan-rakan fan sudi membeli sambil menyumbang.

Saturday, 7 July 2012

Uncle Seekers Kantoi Positif Morphine


Ada berita tengah pasal UNCLE SEEKERS atau nama sebenarnya Syed Abdullah Bin Syed Husein.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dah keluarkan laporan siasatan Urine Test ke atas UNCLE SEEKERS oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya pada 6 Julai 2012.

Hasil siasatan didapati UNCLE SEEKERS POSITIF MORPHINE pulak dah......adoiiii!!!! KANTOI SUDAH!!!!

Dah tak pasal-pasal tambah lagi kes. Ibarat SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA lak dah jadinyer. Bertimpa-timpa ler kes UNCLE SEEKERS nie.

Ermmmm kita tunggu dah lihat jer lah.

Thursday, 5 July 2012

Promosi CARLSBERG Sempena Ramadhan

Apa perasaan korang semua kalau nampak promosi macam dalam gambar kat bawah nie.


Gambar Ihsan Facebook

Lokasi promosi CARLSBERG sempena RAMADHAN nie berlaku di THE STORE SRI PETALING.

Hangin siot bila benda yang haram dipromosi oleh pihak tertentu dengan menggunakan Bulan Yang Mulia (Ramadhan) sebagai bahan promosi.

Takdak sivik punya manusia yang buat promosi nie. Agak-agak ler nak buat promosi pun. Jaga ler sama sentimen Agama & Bangsa lain.

Harap pihak Jabatan Agama Islam Selangor amik tindakan tegas pada pemilik supermarket nie.

Wednesday, 6 June 2012

Tradisi Bunuh Ikan Paus Oleh Pelaut Viking

BEBERAPA penduduk menangkap sebelum membunuh ikan paus pilot dekat Sandur semalam.

SANDUR, Pulau Sandoy - Penduduk di Kepulauan Faroe, Denmark menangkap dan membunuh sejumlah ikan paus pilot dekat sini semalam.

Memakan daging ikan itu merupakan warisan penduduk di pulau ini yang merupakan keturunan pelaut Viking.

Namun, setiap daging haiwan itu tidak dibenarkan dijual dan ia hanya diedarkan dalam kalangan penduduk tempatan. - REUTERS

Monday, 4 June 2012

Super Tower Burger Bakar Banjir a.k.a Lava Di LAVA GRILL BURGER


Kalau suruh korang makan sorang-sorang SUPER TOWER 10 TINGKAT BURGER BAKAR BANJIR a.k.a LAVA nie agak-agak korang leh habiskan ke tak ek?????

Penuh dengan limpahan SOS CILI, BLACK PEPPER, SOS CHEEZY & COSLOW. 

Diapit lak tu dengan kepingan CHEESE setiap PATTY. 

Adoiiiiiii!!!!! Penat seh kalau nak abiskan hehehehe.

Semua nie korang leh dapat try kat LAVA GRILL BURGER SERDANG, SERI KEMBANGAN.

Kalau datang ke UPM atau MARDI leh singgah pekena BURGER BAKAR BANJIR a.k.a LAVA di LAVA GRILL BURGER.

Confirm puas hati!!!!


JOM LIKE FANPAGE NIE 


http://www.facebook.com/LavaGrillBurger

LAVA GRILL BURGER UPM SERDANG

Alamat: 
Restoran Bismillah, 
Jalan 18/5,
Taman Sri Serdang, 
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

GPS Coordinate:

3.004772, 101.717072

Google Maps: 


Maps


WAKTU OPERASI:

1) Waktu Operasi Dari 5:00PM - 12:00AM (Bergantung Kepada Jumlah Patty Yang Tinggal)

2) Kami Tidak Beroperasi Pada Setiap Hari Khamis

3) Kami Tidak Menerima Pesanan Atau Order Melalui PHONE CALLS / SMS. Anda Digalakkan Untuk Datang Sendiri Ke STALL Kami Di UPM Serdang.

Untuk Makluman Lanjut Boleh Hubungi Kami.

013-3823349 (Razman)
013-4136398 (Kimi)
017-3982204 (Izman)

Wednesday, 23 May 2012

M.Nasir Menangis Terpilih Sertai 'Imam Muda'

KUALA LUMPUR: Muhammad Nasir M Yakub Ismail atau M. Nasir dari Sumatera Utara, Indonesia memberitahu menangis apabila dimaklumkan terpilih menjadi sepuluh peserta akhir rancangan Imam Muda musim ketiga yang bakal bersiaran pada 1 Jun depan.

M.Nasir,26, memberitahu dia sangat terharu dipilih menyertai program tersebut kerana sentiasa mengikuti perkembangan dua siri terdahulu Imam Muda serta berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas dipilih menyertai program realiti tersebut.

"Saya menangis saat diberitahu menjadi sepuluh peserta akhir Imam Muda kerana akhirnya saya dapat belajar daripada ilmuwan terbaik dari negara ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran program itu di sini pada Selasa.

M.Nasir merupakan satu-satunya peserta antarabangsa dalam sepuluh calon akhir program Imam Muda musim ketiga.

Ia bakal bersiaran pada 1 Jun depan, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis sementara episod pengenalan akan muncul pada 28 Mei ini.

Pelancaran musim ketiga program berkenaan dilakukan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Masitah Ibrahim.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, untuk musim kali ini pihak produksi turut menerima penyertaan daripada negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Brunei dengan peningkatan sebanyak 32 peratus penyertaan berbanding musim lalu.

Pihaknya juga turut menerima 301 penyertaan menerusi dalam talian dan kebanyakan yang membuat permohonan itu adalah penuntut di luar negara seperti dari Jordan, Mesir, Brunei dan Indonesia.

"Daripada jumlah itu tiga peserta telah berjaya menjadi sepuluh peserta akhir selepas menjalani uji bakat secara dalam talian,” katanya.

Masih mengekalkan Datuk Mahmud Al-Hafiz sebagai Mudir (Pengetua), Imam Muda musim terbaru ini turut menyaksikan kembalinya alumni musim lalu iaitu Asyraf dan Hizbur yang bakal mengalas tanggungjawab sebagai Mursyid (Mentor).

Berbeza dengan musim terdahulu, Mudir dan dua orang Mursyid ini akan dibantu oleh barisan Naqib (Tenaga Pengajar) yang terdiri daripada barisan Imam Muda daripada musim sebelumnya.

"Seramai sepuluh orang Naqib daripada musim pertama dan kedua akan membimbing peserta kali ini dan pemilihan itu adalah untuk membolehkan mereka berkongsi ilmu dengan peserta baru," ujarnya.

Sementara itu, Izelan berkata, Imam Muda kali ini akan bertemakan Perhubungan Keluarga dan bakal memberikan cabaran lebih hebat.

Selain M.Nasir, sembilan peserta lain adalah Muhammad Ramadhan Subky Abdullah, 25 (Kuala Lumpur), Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26 (Perak) dan Mohammad Hafiz Abdul Kadir, 27 (Kuala Lumpur).

Turut menyertainya Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28 (Selangor), Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin, 26 (Perak), Mohammad Azri Nami Mohd Kamal, 21 (Johor) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).

Imam Muda musim ketiga bakal dihoskan oleh Akhil Hayy.



*****Mati-mati aku ngatkan M. Nasir yang penyanyi tu terpilih Imam Muda hehehehehe......

Monday, 21 May 2012

Jom Makan BURGER BAKAR Kat LAVA GRILL BURGER UPM - Sedappppp!!!!


Assalamulaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan semua.

Kat sini saya dengan rendah diri ingin menjemput tuan-tuan, puan-puan, abang-abang, adik, kakak semua untuk datang menjamu selera resepi rahsia BURGER BAKAR keluaran kami dengan jenama LAVA GRILL BURGER.

Kami akan bermula OPERASI pada 14 MAY 2012 (ISNIN) JAM 6.00PM - 12.00AM

Kami menyediakan sendiri PATTY LEMBU, ISI DADA AYAM, SOS CHILI, SOS BLACK PEPPER, MODIFIED SOS CHEEZY & MAYONIS dengan rahsia tersendiri. 

Anggaran berat Patty Lembu sekitar 165 gram - 175 gram & Ayam sekitar 165 gram - 220 gram. Patty diperap dengan ramuan khas bagi membangkitkan citarasa pada patty.

Patty & roti burger digrill atas LAVA ROCK BROILER khas yang ditempah oleh kami.

Syarikat adalah 100% milik Bumiputera dan dijamin 100% HALALAN TOYYIBAN.

Harga Bermula Dari RM7.00

LOKASI CAWANGAN KAMI:

1.) LAVA GRILL BURGER UPM SERDANG (Cawangan Pertama)

Alamat: 
Restoran Bismillah, 
Jalan 18/5,
Taman Sri Serdang, 
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.

GPS Coordinate:

3.004772, 101.717072

Google Maps: 


Maps




WAKTU OPERASI:

1) Waktu Operasi Dari 6:00PM - 12:00AM (Bergantung Kepada Jumlah Patty Yang Tinggal)

2) Kami Tidak Beroperasi Pada Setiap Hari Khamis

3) Kami Tidak Menerima Pesanan Atau Order Melalui PHONE CALLS / SMS. Anda Digalakkan Untuk Datang Sendiri Ke STALL Kami Di UPM Serdang.

Untuk Makluman Lanjut Boleh Hubungi Kami.

013-3823349 (Razman)
013-4136398 (Kimi)
017-3982204 (Izman)

Kengkawan semua digalakkan untuk menghubungi kami terlebih dahulu sebelum datang ke STALL.

Minta jasa baik kengkawan semua untuk LIKE FANPAGE KAMI & WAR-WAR kan kepada rakan-rakan yang lain.


Sokongan & doa dari kengkawan semua amat-amat saya hargai. Semoga Allah SWT jua yang dapat memberikan RahmatNya pada kengkawan semua. Amin

"LAVA GRILL BURGER"
ALANG-ALANG MAKAN BIAR PUAS

Saja nak bagi hangpa semua meleleh lagi hehehehe

















Senarai Harga Produk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More