TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Thursday, 17 April 2014

Karpal Singh Meninggal Dunia Kemalangan Di PLUS Gopeng

Tadi aku terbaca di FB n forum Karpal Singh bekas Pengerusi DAP telah meninggal dunia dengan keadaan cedera parah akibat kemalangan jalan raya di PLUS Gopeng.....

Dipahamkan Alphard yang dipandu oleh pemandu Karpal merempuh sebuah lori yang menukar haluan tanpa bagi signal.....

Salam takziah kepada ahli keluarga Karpal Singh....




Friday, 11 April 2014

Masalah Air Di Selangor - Air Oh!!! Air


Siapa yang kita nak salahkan sekarang nie bila berlaku catuan air besar-besaran di area Lembah Klang?????

Kalau orang politik mesti akan salahkan orang itu orang ini....pada aku tu adalah normal.....

Sekarang nie orang ramai dah mula merungut dan mengeluh sbb dah berhari-hari rumah n opis air kena catu sampai nak mandi n berak pun dah susah teruk dari Bukinafaso bak kata kawan baik saya Qebal Poyo.....

So salah siapa?????? Adakah kita masih nak salahkan orang itu orang ini....atau kita sebenarnya yang jadi penyebab????

Sebenarnya kita semualah yang jadi penyebab masalah besar nie.....tak payah nak tunding jari pada orang lain sebenarnya......apa jadi pada sungai-sungai yang ada di Lembah Klang.....cuba tengok dan perhatikan betul-betul.....

Inilah punca sumber air sebenar untuk kita semua yang menetap di Lembah Klang.....kita ler yang jadi penyebab sampai tercemar semua sungai-sungai nie.....nasib baik kita masih ada sungai-sungai di area hulu.....itu jer lah sumber air mentah yang kita ada untuk diempangkan.....cukup ke takat tu jer???? yang pasti pada aku memang tak akan cukup dengan kadar penambahan  penduduk Lembah Klang makin banyak sekarang nie....

Ada empangan pun tangan-tangan kita gak gie cemari sumber air di area hulu dengan pembalakan haram nyer ler.....tercemar dengan baja sawit la yang masuk ke sumber air mentah area hulu sampai le ke empangan.....dah tak pasal-pasal empangan-empangan nie tercemar juga....so salah siapa?????

Memang sekarang hujan turun mencurah-curah sana sini....tapi kenapa masih kena catu air???? mengamuk abih satu Lembah Klang cakap gitu gini.....hujan turun di kawasan berkepadatan penduduk di area barat Lembah Klang belum cukup untuk membantu sebenarnya.....apa yang kita harapkan adalah hujan yang terterusan di kawasan hulu atau tengah atau timur Lembah Klang maknanya di area pergunungan dan bukit sebelah Gombak, Karak, Ulu Yam dan Semenyih....walaupun hujan dah turun di kawasan yang aku nyatakan tadi tetap akan timbul masalah lain lak.....

Masalah racun dan baja di kawasan perladangan yang berhampiran dengan empangan termasuklah kawasan pembalakan haram......air yang mengalir dari hulu tercemar masuk ke dalam empangan......dah nak kena tunggu sampai bahan tercemar nie terurai baru la leh diproses......kalau tak masalah lain lak yang akan timbul.......

Sekali lagi aku tanya.....SALAH SIAPA SEBENARNYA?????

Mungkin pihak pengurusan air di Malaysia melalui kerajaan sediada atau pun kerajaan baru perlu amik serius pasal benda nie.....mungkin dah boleh buat sistem pengairan bersepadu seluruh Semenanjung Malaysia.....link kan sistem pengairan setiap negeri macam sistem elektrik dan telekomunikasi....memang akan belanja besar tapi manfaatnya adalah berpanjangan....sumber air bawah tanah pun dah boleh diusahakan dari sekarang nie.....termasuklah air laut yang dah sinonim dengan Malaysia baik di timur atau pun barat....Malaysia nie dikelilingi oleh laut......

Semoga masalah nie dapat diselesaikan dengan aman dan cepat......sesungguhnya kita lah penyebab semua bahana nie.....


Wednesday, 9 April 2014

Bertudung Pasal Syariat Atau Pasal Fesyen

Sekarang nie orang Islam kat dunia nie terutamanya bumi Malaysia nie dah jadi pelik bin ajaib......tak tau la orang pompuan nie bertudung atas dasar syariat atau pun pasal fesyen semata-mata?????

Dah tak pasal-pasal ada pengusaha buat design tudung macam tu macam nie.....layer sana layer sini.....pendek sana pendek sini.....then jual pada customer berebut-rebut orang beli walaupun mahal.....sampai tahap kena cetak rompak lagi tu......sekarang nie dah jadi isu saman sana sini......

Aku bukan nak perlekehkan usaha  sesetengah pengusaha tudung nie.....depa memang ada hak untuk patenkan sesuatu produk mereka.....tapi ada baiknya buat sesuatu produk yang mematuhi keperluan syarak a.k.a shariah compliance.....bila dikatakan tujuan pembuatan adalah untuk nak tarik golongan tak bertudung untuk bertudung memang adalah bagus tapai dengan fesyen yang dibuat pendek sana sini dah lari dari tuntutan syarak.....at least buat la design yang memenuhi keperluan syarak....

Yang mengikut dan menciplak pun satu hal lak.....turut sama nak terjebak dengan design tudung tu dah tak pasal-pasal dapat FREE SHARE di akhirat nanti......kat dunia dah kena cash dah saman dari pengusaha dan pihak penguasa....belum lagi di akhirat....

So aku syorkan pada pengusaha tudung yang baru nie buat la tudung yang memenuhi tuntutan syarak.....takder ler pakai tudung tersembur aset penting wanita sana sini......

Harap-harap jangan la sampai semua jenis tudung yang ada dipatenkan dah la hohohohoho......habis bermasalah orang pompuan nak bertudung nanti kekekeke



Dah Bersarang Blog Aku

Perghhhhhh dah lama aku tak tulis kat blog nie.....sampai dah bersarang lebih teruk dari sarang labah-labah......ngat lepeh nie nak menulis balik ler kot.....tulis apa yang terlintas dek pemikiran aku.....mana tau leh dikongsi bersama-sama ngan kawan-kawan yang lain.....


Wednesday, 3 April 2013

Parlimen Malaysia Dibubarkan Hari Ini 3 April 2013


Akhirnya dah terjawab sudah tarikh rasmi pembubaran Parlimen Malaysia seperti yang dah diumumkan oleh Perdana Menteri kita sebentar tadi.

Sampai tersasul Datuk Seri Najib sebut tarikh pembubaran hehehehehe.......maybe Datuk Seri Najib tersilap cakap 2012......takper yang penting Parlimen dah dibubarkan......

Leh tengok video kat sini pengistiharan pembubaran Parlimen. 

Jom kita nyanyi lagu MARILAH MARI.....PERGI MENGUNDI....TUNAIKAN KEWAJIPAN PADA NEGARA.....

Yang pasti pilihanraya tahun adalah yang paling sengit dalam sejarah.

Wednesday, 13 March 2013

PRU 13 Bakal Tiba? PM Mengadap Yang Di Pertuan Agong


Hari nie (13.0.13) Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengadap Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.

Adakah PRU 13 akan kunjung tiba tak lama lagi?????

Sudahkah seluruh rakyat Malaysia yang cukup syarat mengundi bersedia dengan pilihan raya pada kali nie. Sesungguhnya ramai dikalangan rakyat Malaysia ternanti-nanti dengan PRU 13 nie. Macam-macam andaian dibuat oleh penganalisa politik tempatan mahupun luar negara.

Yang pasti PRU 13 kali adalah salah satu Pilihan Raya Umum yang paling mendebarkan dan paling mencabar sepanjang tempoh bumi Malaysia Merdeka.

Jom kita dengar lagu nie dulu ek. Gendang PRU 13 telah berbunyi!!!!




KELIHATAN kenderaan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari Istana Negara selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini. - Foto Aizuddin Saad
Mar 13, 2013 11:24 am

Sumber berita harian Online

Friday, 8 March 2013

"Anak Saya Dipergunakan Untuk Jatuhkan Anwar Ibrahim" - Bapa Saiful Bukhari

Tengah kecoh sekarang isu bapa Saiful Bukhari mengesahkan bahawa anak dia dipergunakan oleh individu tertentu untuk menjatuhkan dan mengaibkan Anwar Ibrahim.

Tak abih isu kat Lahad Datu timbul lak isu nie. Korang baca ler sendiri ek.

   
JAMILAH HAMZAH
8 Mac 2013

Bapa Saiful, Azlan membacakan kenyataan pada sidang media yang diadakan dekat ibu negara pagi tadi. - Foto ihsan The Malaysian Insider

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak *bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," kata beliau pada sidang media di sini pagi tadi.

Beliau juga berkata, perkara itu adalah konspirasi jahat untuk mengheret Anwar, yang dibebaskan daripada tuduhan meliwat 9 Januari 2012, ke penjara buat kali kedua.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang (pegawai khas pemimpin kanan negara).

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Mengulas lanjut, kata beliau, kenyataan yang dibacakan oleh mereka kepada media sebelum ini telah dirancang dan didalangi oleh pegawai khas pemimpin kanan negara dan seorang peguam.

"Saya percaya anak saya telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka, percakapan yang dibuat pada media juga telah diatur dan dirancang.

"Saya hanya baca skrip tersebut disebabkan perasaan sayang saya kepada anak (Saiful), namun setelah lama saya berasa bersalah dan tak tenang.

"Ini adalah konspirasi politik jahat yang diatur untuk menjatuhkan dan mengheret kembali Anwar ke penjara," katanya.

Pada pertemuan hari ini, pemberita telah dibawa oleh seorang Ahli Parlimen dengan menaiki pacuan empat roda untuk bertemu dengan Azlan di sebuah kawasan perumahan dekat sini sekitar jam 11.30 pagi tadi.

Beliau juga dikenal pasti datang bersama dua orang saudaranya daripada utara tanah air serta dikenali sebagai Man dan Ekhsan.

Pendedahan ini juga dibuat dengan dimulai Azlan membacakan kenyataan akhbar serta menurunkan tandatantangannya di lampiran tersebut selepas sesi soal jawab dengan pemberita.

Azlan juga menjawab beberapa pertanyaan yang diajukan oleh beberapa wartawan yang hadir.

Selain itu, Azlan yang juga seorang pesara, menafikan pendedahan ini dilakukan bukan disebabkan desakkan politik oleh mana-mana pihak, sebaliknya disebabkan kekesalannya dan telah berjaya mengumpulkan maklumat.

Azlan juga berkata akan memohon maaf secara terbuka kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang berhubung isu yang didakwanya sebagai fitnah.
"Saya tahu kes ini masih berjalan di mahkamah, tapi saya dedahkan adalah kerana saya nak dedahkan, bukan juga sebab politik.

"Saya telah kumpul maklumat ini dari sejak kes perbicaraan, dan makluman orang ramai, saya juga nak beritahu pihak pemerintah tak pernah panggil saya untuk berbincang kerana ia telah dirancang dengan rapi (oleh pegawai khas terbabit).

"Ya, insya-ALLAH jika ada kesempatan saya akan bersemuka dengan Anwar untuk memohon maaf secara terbuka kepadanya," katanya lagi.

Dalam pada itu, Azlan juga enggan memberi sebarang komen apabila ditanya mengenai tindakan yang diambil itu telah diketahui oleh anaknya atau pun sebaliknya.

Beliau juga berkata akan menanggung sebarang tindakan risiko yang bakal dihadapinya dan menyerahkan kepada Saiful serta peguamnya untuk tindakan lanjut.

"Saya tak nak komen mengenai anak saya, saya tak mahu cakap mengenai (melibatkan) anak saya, sama ada dia tahu atau tak.

"Terpulang kepada anak saya dan saya serahkan kepada peguam jika ada sebarang perkara yang berlaku nanti," katanya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More