TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Saturday, 27 December 2014

Hentikan Sebaran Status Kematian Bencana Banjir Pantai Timur

Orang Malaysia nie raja segala update bergambar kalau ada apa2 kejadian. Belum sempat masuk ke media arus perdana berita itu ini dah keluar FB dan lain2nya walaupun kesahihan masih samar2.

Selalunya apa2 berita yang diwar2kan melalui whatsapp, telegram, instagram, twitter dan fb tanpa gambar 90% adalah palsu. Memandangkan orang Malaysia kan raja update so jarang2 la kalau ada kejadian tak di amik gambar lepas tu update.

Apa yang aku nampak berita berasaskan tulis tanpa gambar nie majoritinya palsu contohnya dikabarkan berlaku kematian sana sini mangsa banjir di pantai timur. Ada yang cakap mayat terbiar bergelimpangan dah macam kejadian tsunami kat Acheh lak. Adoiiiiii!!!!!! nampak macam tak logik sbbnya ada smartpon tp update text status ja tanpa gambar.

Kan orang Malaysia nie raja update takkan ada berita sensasi tulis text ja kalau sah2 dah nampak kejadian ngeri.

Harap individu2 yang suka buat cerita sensasi seolah2 nak jadi juara update baik hentikan la. Jangan ditambahkan lagi kegusaran di hati para mangsa banjir di pantai timur dengan cerita tak sahih nie.

Kalau benar ada kematian seperti yang digembar-gemburkan sila amik gambar kejadian, amik koordinat lokasi kejadian (boleh rujuk google maps atau apa2 saja application yang ada dlm smartpon), nama tempat, tarikh, masa dan nyatakan status kejadian dan update terus kepada pihak berkuasa tak kira la kat FB ke atau mana2 saluran media. Minta pihak berkuasa uruskan kejadian nie bukannya mengembar-gemburkan kejadian tanpa fakta umpama tin kosong.

Sama2lah kita bertanggungjawab memastikan sumber adalah dari berita yang benar dan sahih bukannya mensensasikan situasi dan keadaan.

Tips Keperluan Asas Bantuan Ikhtiar Hidup Mangsa Banjir

Pada kawan2 yang nak bagi sumbangan pakaian untuk mangsa banjir harap2 jangan la bagi pakaian yang berstatus kain lap lak tau. Dapat tau tadi ada pakaian yg berstatus layak untuk dibuang dilonggokkan kat tempat pengumpulan mangsa banjir. Kalau nak bagi tu biarlah ikhlas dan molek.

Dalam situasi banjir nie antara jenis pakaian dan keperluan diri yang penting adalah:-

Baju Dalam Wanita (Perlu yang baru bukan hakmilik orang)
Seluar Dalam Lelaki & Wanita (Perlu yang baru bukan hakmilik orang)
Tudung Wanita (Jenis terpakai)
Kain Sarung (Jenis terpakai)
Seluar (Jenis terpakai)
Baju (Jenis terpakai)
Pampers Bayi (Perlu yang baru)
Pampers Orang Dewasa (Perlu yang baru)
Tuala Wanita (Perlu yang baru)

Keperluan makanan dan minuman yang perlu:-

Maggi Segera Dalam Bekas Plastik (mudah nak bancuh tak perlu bekas)
Susu & botol susu bayi
Air mineral / minuman
Air kotak (Paling ideal milo)
Air tin bertenaga (100 plus, Excel)
Biskut Tin (Paling ideal biskut Tiger Susu)
Coklat Bar 
Roti berinti

Keperluan makanan dan minuman segera amat penting terutamanya bagi mereka yang terpaksa pindah luar dari kawasan penempatan pemindahan contoh di tempat tinggi seperti bukit. 

Kalau ditengok dari keadaan mangsa yang terpaksa lari ke kawasan kaki bukit memerlukan tahap ketahanan survival sekarang nie mungkin ada mangsa yang takdak keperluan asas memasak hanya sehelai sepinggang membawa diri dan keluarga ke tempat selamat. Langkah terbaik misi bantuan udara atau pun darat perlu diberikan makanan dan minuman yang tidak memerlukan mangsa banjir memasak.

Monday, 8 December 2014

Penyokong Malaysia Tak Profesional


Penyokong Malaysia nie terutamanya golongan muda memang tak matang dalam bertindak.....agak2 la weh nak pi belasah penyokong Vietnam.....dah memang team kita main macam haram jadah nak buat macam mana.....kenapa tak pi belasah ja player kita yang main macam haram......tak pasal2 penyokong vietnam jadi mangsa sebab tak puas hati sbb kita kalah......

Bayangkan apa akan jadi next game masa kat Hanoi nanti.....silap2 haribulan ada penyokong kita balik tak cukup tangan tak cukup kaki kena 'potong' ngan geng2 vietnam kat sana nanti.....

Satu tindakan yang paling bodo dah sejarah bola sepak Malaysia.....menyerang membabi buta...

Kalau pun penyokong kita diprovoke oleh penyokong vietnam pasal kita kalah game tadi pada aku memang patut sangatttttt......mutu n kualiti persembahan bola sepak kita dah leh disepak masuk dalam tong sampah....balik2 kuda tua gak jadi pilihan.....pooooooraaaaahhhhhh!!!!!

Thursday, 13 November 2014

Menteri Tiada Kuasa Kawal Harga Rumah


Apa ke bangang Menteri kat Malaysia nie....mungkin kat Malaysia nie perlu ada sifat kebangangan kot.....baru la sesuai jadi Menteri.....mungkin seloka pantun 

Siakap Senohong 
Gelama Ikan Duri
Bercakap Bohong
Lama-lama Jadi Pencuri

nie yang moden punya seloka pantun

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Bercakap Bangang
Lama-lama Jadi Menteri 

hahahahahaha


Aku bangkitkan isu nie bukan apa.....makin lama makin mengarut komen2 pak menteri nie.....Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan cakap kerajaan tiada kuasa untuk kawal harga rumah......WHATTTTTT THE HELL MAN!!!!!

Apa punya statement nie?????

Ayam hangpa leh buat sekatan perkenalkan harga siling....daging pun boleh ada harga siling.....ikan pun boleh ditetapkan harga siling....

Rumah nie tak leh ka nak buat harga siling????? Kalau katakan takdak kuasa cuba2 la "CARI KUASA" bukannya tunding jari bagi alasan bangang n standard budak sekolah tadika.....agak2 la weh.....

Rumah dah jadi satu elemen keperluan penting sekarang nie...sama standard ngan stok makanan......macam mana rakyat yang berpendapatan rendah nak beli umah masa akan datang kalau kerajaan sendiri dengan kebangangannya takdak usaha nak cari kuasa untuk membantu rakyat....agak2 la bro......lu tu menteri bro....lu ada kuasa untuk bawaan isu nie ke Parlimen untuk dicadangkan untuk gubal undang2 berkaitan harga rumah....

Nasib Najib Razak la sebab dapat golongan Menteri Cap Ayam brand.....Pengarah JPJ dah tentu la dengan standard Cap Ayam Tak Sembelih....statement tak berbudi bahasa....tp itu lah Malaysia lagi bangang Pengarah n Menteri lagi mudah nak jadi VVIP hahahahaha.....

Kesian sungguh ngan pakcik Najib Razak.....

Wednesday, 12 November 2014

Menteri Pengangkutan Arahkan JPJ Tangguhkan Operasi No. Plat

kah kah kah......akhir Pengarah JPJ dah leh buat keje lap kereta dia kat opis lepeh nie kekekeke.....
Menteri Pengangkutan dah arahkan hentikan sebarang pemeriksaan no plat kete kekekeke......bila mak ketam nak ajaq anak ketam jalan lurus tp last2 mak ketam sendiri jalan senget kekekeke......
sama la ngan Pengarah JPJ yang "bagus budi bahasanya".....sama standard ngan mak ketam dalam cerita kat atas kekekeke.....sendiri nak saman org tp diri sendiri terpalit ngan nista.....

Zaman skrg nie zaman berita di update every second....dulu boleh la kejadian hari nie jadi bahan utk berita esok....skrg nie zaman kejadian saat nie berita keluar 1 saat lepas kejadian.....zaman berita esoknya dah tak laku dalam era la nie.....
Perlu diingat zaman la nie org dah pakai smartphone....terlintas nampak mak ketam jalan tak betoi ajak anak2nya jalan lurus terus update masuk berita maya....terus viral cari kesalahan kecanggihan teknologi.....menteri n vvip pun panas punggoq sbb org ramai akan jadi hakim tak berbayar untuk mempertahankan hak yang dibuat oleh mak ketam yang jalan tak betoi......
amik ubattttttt......


Alor Setar Dilanda Puting Beliung Kali Ke Empat 12.11.2014

Tadi dapat tahu berlaku kali ke empat puting beliung melanda bumi Kedah di Alor Setar Kedah....dikhabarkan banyak juga rumah yang rosak dalam kejadian nie....kejadian berlaku pada pukul 3 petang tadi di Kampung Sungai Nona dekat Simpang Empat....korang leh tengok video yang sempat dirakam oleh rakan di Alor Setar.




Puting beliung keempat landa Alor Setar

ALOR SETAR: Satu kejadian angin berpusar seakan-akan puting beliung berlaku di Kampung Sungai Nona, dekat Simpang Empat, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi, menyebabkan beberapa rumah di kawasan itu mengalami kerosakan.


Difahamkan, insiden puting beliung itu adalah yang keempat berlaku di Kedah sejak ia melanda Pendang pada 14 Oktober lalu.

Dua lagi insiden direkodkan sebelum ini ialah di Kampung Sungai Bharu pada 31 Oktober serta Taman Wira Mergong, di sini, pada 2 November lalu.

Gambar kerosakan akibat puting beliung





Tuesday, 21 October 2014

Puting Beliung Di Pandamaran Klang 21 October 2014



Tadi petang dikhabarkan ada satu kejadian puting beliung berlaku di Pandamaran Klang. Teruk gak bila tengok video kejadian. Sejak dua menjak nie cuaca di bumi Malaysia makin pelik.



Kepada semua mangsa yang terlibat semoga anda semua tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Yang Maha Berkuasa.

Semoga Allah SWT akan melindungi kita semua dari segala bentuk bala bencana dan musibah. Amin






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More