TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Tuesday, 19 February 2013

Amah Indonesia Yang Zalim Dipenjara 20 Tahun Amekawwww


KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah.

"Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya.

Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.

Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.

Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang.

Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba.

Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut".

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. - Bernama

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa...tahun-1.132663


Nie ler rupenyer wajah amah Indonesia yang kejam tahap "cipanzi"....amekawwww kan dah kena penjara 20 tahun......selamat beristirehat kat dalam tirai besi.....tahniah!!!!
 
Kali nie apa lak rakyat di Indonesia nak cakap lak pasal Malaysia.....tengok ler sendiri kekejaman amah diaorang.... 

Monday, 18 February 2013

Banjir Kilat Di IOI Mall Puchong

Tadi aku dapat tau dari kawan aku Highway LDP menghala ke IOI Mall Puchong dah jadi "sungai". Banyak gile kete yang sangkut akibat banjir kilat kat sana.

Korang layan gambar ek.



 Yang nie gambar dalam AEON IOI




Sumber Gambar: http://carigold.com

Friday, 15 February 2013

Meteor Jatuh Di Bumi Rusia

Tadi aku ada terbaca kat forum ngan blog pasal sebuah batu meteor jatuh kat bumi Rusia. Setakat nie dikabarkan hampir 300 orang cedera akibat rempuhan meteor nie. Dikabarkan juga ada satu lagi meteor sebesar setengah padang bola sepak sedang menuju ke bumi sekarang nie. Lokasi impak lum dikenalpasti lagi. 

Korang leh tengok video kat sini ek.

Tuesday, 29 January 2013

Apa Hal Gadis Melayu Bertudung Dok Dalam Gereja Nie????

Apa hal lak gadis-gadis Melayu bertudung nie dok dalam gereja ek????? Apa diaorang buat dalam tu ek????
 
Banyak persoalan yang bermain-main dalam kotak minda aku sekarang. Apa hal diaorang dok kat situ sambil dengar ceramah????

Aku tak berani nak cakap apa-apa samada diaorang nie ikuti ceramah mubaligh ke atau pun tak. Tapi agak pelik sebenarnya. Kenapa perlu ada kat situ????

Harap ada penjelasan lebih lanjut pasal isu gambar nie. Yang pasti perkara nie berlaku di bumi Malaysia. Tak caya tengok sign KELUAR kat sebelah kanan gambar nie.


Saturday, 26 January 2013

Asal Usul Logo Starbuck


Korang nak tahu tak macam mana asal usul logo Starbuck????? Korang leh tengok video kat bawah nie kalau nak tahu hehehehehe.


Oooooo gitu rupernya asal usul logo STARBUCK hahahahaha.....lawak siot



Friday, 25 January 2013

Video Ular Berkepala Dua

Korang mesti tak penah tengok kan ular berkepala dua. Tapi yang nie bukan kepala sebelah menyebelah tau......yang nie betul-betul RARE....tak tahu nak cakap mana ekor mana kepala hehehehe....sebab hujung n pangkalnya ada kepala.....

Tak caya ke????? Meh tengok sini. 

Ular nie dijumpai oleh sorang petani di China.

Wednesday, 23 January 2013

Ada Apa Dengan Kotak Printer????



Haaaaaa!!!! Apa yang boleh dibuat sebenarnya dengan kotak printer korang????
Rasanya lepas dah buka kotak printer confirm ada yang dibuangkan dan ada gak yang disimpan kat dalam stor kan.

Lepas nie korang jangan buang atau simpan kotak printer korang ek sebab banyak guna nyer hehehehe.

Naper??? Tak caya ke!!!!

Meh tengok kat sini kalau nak tahu detail apa yang boleh dibuat dengan kotak printer korang tu.


ALAT-ALAT YG PERLU DIGUNAKAN



LANGKAH 1



LANGKAH 2
Potong bahagian depan seperti di bawah



LANGKAH 3









Masukkan printer balik







Lepas habis print boleh tutup. Printer tak kena habuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More