Entry TIPS BLOGGER yang berikut nie adalah sambungan dari post Tips: Teknik Penulisan Entri Dalam Blog : Part 1. So korang leh layan sambungan kat bawah nie yer. Semoga entry nie berguna dan bermanfaat untuk korang semua.
Sambungan daripada tips teknik penulisan entri blog part 1, entri kali ini akan memberikan 3 lagi point yang boleh dititikberatkan jika anda menaip entri di dalam blog. Bagi yang belum membaca part 1, anda boleh baca dahulu sebelum sambung entri ini. Atau mana-mana dahulu pun boleh.:)
Untuk kali ini, 3 lagi point yang anda perlu pertimbangkan untuk menaip adalah seperti berikut.
1. Gambar
Meletakkan gambar adalah penting untuk sesebuah entri. Kewujudan gambar akan lebih mencorakkan lagi apa yang anda taip di dalam blog. Jadi gambar sememangnya mempengaruhi minat pengunjung untuk membaca kandungan entri anda.
Untuk kali ini, 3 lagi point yang anda perlu pertimbangkan untuk menaip adalah seperti berikut.
1. Gambar
Meletakkan gambar adalah penting untuk sesebuah entri. Kewujudan gambar akan lebih mencorakkan lagi apa yang anda taip di dalam blog. Jadi gambar sememangnya mempengaruhi minat pengunjung untuk membaca kandungan entri anda.
Kalau anda baca buku, kan best kalau ada diselitkan gambar. Begitu juga entri blog. Paling kurang gambar yang ada adalah sekeping atau berapa banyak yang dirasakan perlu. Tetapi pastikan juga jangan letak terlalu banyak gambar dalam entri melainkan entri yang memang berbentuk penerangan bergambar.
2. Provokasi
Adakah bagus untuk melakukan provokasi semasa menaip blog.?. Jawapannya adalah YA. Menaip entri yang berbentuk provokasi sememangnya salah satu teknik menaip yang mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk membaca dan komen.
Tetapi harus diingatkan, jangan melakukan provokasi yang bersifat keras. Lakukan provokasi yang lebih bersifat lembut dan menarik orang untuk membaca dan komen yang bernas, bukannya membaca dan di balas dengan cacian. Dan jika anda hendak tahu, entri yang melakukan provokasi pada jantina yang berlainan lagi bagus.:)
Provokasi akan membuatkan pembaca berasa 'geram' untuk baca dan komen..:). Contoh provokasi 'lembut' untuk lelaki, Lelaki memang banyak bagi alasan macam ni eh.?, dan contoh provokasi 'lembut' terhadap perempuan yang pernah ditaip sebelum ini.,Perempuan memang selalu macam ni eh. So entri ini akan membuatkan pembaca akan berasa relax untuk membaca dan rasa hendak komen je berbanding entri berbentuk fakta.:)
3. Persoalan.
Tinggalkan persoalan untuk entri anda. Persoalan juga boleh memacu pembaca untuk ingin selalu mengikuti setiap entri anda. Selain itu, persoalan juga membolehkan pembaca lebih berminat untuk menghantar komen.
Contoh, jika anda buat persoalan, "Hendak tahu apa yang terjadi lepas tu.? Nanti aku cerita dalam entri akan datang ye.". Apabila membaca, pembaca ingin tahu apa yang berlaku dan kemungkinan akan datang lagi untuk membaca. Kerana entri anda menimbulkan pertanyaan di pikiran mereka.
Juga boleh tinggalkan persoalan di akhir entri untuk pendapat, seperti " Apa yang korang rasa, perlu tak aku teruskan hubungan ini?"..(psst:tetapi janganla setiap entri ada persoalan pula.:)
Entri sebegini akan membentuk satu pembacaan yang bercorak pelbagai, bukan entri yang berbentuk mendatar sahaja.:)
------------------------------------------
Kebiasaaannya, untuk menghasilkan entri yang menarik, ianya lebih kepada pendekatan psikologi dan pengetahuan anda kepada sifat dan perlakuan manusia. Sebab jika anda menaip entri sebenarnya banyak pandangan orang dari perspektif yang berbeza. So ianya bergantung bagaimana anda tackle emosi pengunjung blog anda. Dan cara untuk tackle adalah hasilkan entri yang menarik perhatian mahkluk bernama manusia.:)