TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Friday 29 July 2011

Safee Sali Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Tadi aku ada terbaca kat MYNEWSHUB Safee Sali mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kekalahan team Harimau Malaya dengan team "1% Singaporean". Bagi aku Safee dah main sebaik mungkin dalam game malam tadi. Lebih-lebih lagi ketiadaan partner gandingan mantap iaitu Norshahrul Idlan yang masih injure & Shafiq Rahim yang kena RED CARD di "1% Singaporean".  

Kita boleh nampak dengan jelas seakan-akan team Harimau Malaya hilang arah tumpuan dalam game malam tadi dengan ketiadaan Shafiq sebagai Kapten Harimau Malaya. Apa-apa pun tahniah pada Skuad Harimau Malaya sebab terus main bermati-matian menentang "1% Singaporean". Takper kita cuba lagi pada masa akan datang.

KUALA LUMPUR- Penyerang terhebat negara, Safee Sali memohon maaf kepada penyokong Malaysia atas kegagalan skuad Harimau Malaya melangkah ke pusingan seterusnya kelayakan Piala Dunia 2014.

Dalam nada yang sedih dan nyata kecewa, Safee memberikan reaksi demikian ketika ditemuramah wartawan RTM sebaik permainan berakhir.

“Saya mohon maaf kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau melihat pasukan pertahanan telah gagal memainkan peranan yang berkesan dalam perlawanan timbal balik dengan Singapura itu.

Safee merupakan penyumbang gol tunggal Malaysia dalam pertemuan yang berkesudahan dengan keputusan 1-1. Malaysia bagaimanapun tewas dengan kiraan aggregat 6-4.

Sementara itu, Jurulatih negara, Datuk K Rajagobal meluahkan rasa terkilan dengan sikap tidak profesional pemain negara jiran yang dilihat terlalu banyak berlakon dalam pertemuan itu.

“Setiap kali ada kecederaan, mereka melengahkan masa dan ini mengganggu rentak pemain kita,” katanya.

Beliau juga yakin, pengalaman bermain malam ini mematangkan para pemain dan membawa pengajaran penting kepada pasukan negara.

Oleh: Arshad Khan

1 Comments
Comments

1 comments:

Patut la....Cik Rose tertunggu...nak tengok Norshahrul main...rupa-rupanya dia tak boleh main huhuhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More