TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Thursday 7 July 2011

Salih Yaacob "Lawak Tak Kena Tempat"

SELAMA 30 tahun membabitkan diri sebagai insan seni, Salih Yaccob bukanlah satu nama asing di kalangan peminat industri hiburan tanah air. Apatah lagi, kini boleh dikatakan karier seninya berada di puncak walaupun Salih sudah agak berusia.

Siapa sangka pada usianya mencecah 48 tahun, Salih yang beristeri empat serta memiliki 11 anak berjaya mengumpul kelompok peminatnya tersendiri. Bahkan, tak keterlaluan jika mengatakan Salih diterima kerana bakat dan bukan isu peribadi.

Ini kerana, tiada apa yang pernah disembunyikan Salih termasuk perihal dia mengamalkan hidup berpoligami. Bersua dengannya ketika majlis pelancaran program TV terbarunya, Salih Yaacob Show, I Follow baru-baru ini, Salih cukup berterus terang.

Malah Salih mengakui tidak selesa apabila kisah perkahwinan keempatnya dijadikan bahan jenaka ketika Maharaja Lawak Akhir yang berlangsung pada 24 Jun lalu.


Tindakan teman gandingannya, Nik Sayyidah atau Mek dianggap agak keterlaluan apabila membangkitkan isu itu menyebabkan Salih kecewa. Masa sedikit diberikan produksi hanya berlawak mengenai perkahwinan tanpa objektif asal untuk mempromosi Salih Yaccob Show, I Follow.


Katanya, dia setuju muncul dalam acara selingan sebelum pengumuman juara adalah untuk mempromosikan program barunya tapi sia-sia kerana mesej tak sampai pada penonton.


“Saya berasa kurang manis apabila kisah perkahwinan dijadikan jenaka kerana ia bukan tujuan sebenar saya naik pentas. Saya tidak mencari publisiti murahan untuk itu sebaliknya hadir kerana mahu menguar-uarkan program TV saya.


“Sebenarnya saya tidak kisah jika orang gurau berdepan tetapi rancangan itu disiarkan secara langsung. Justeru, saya terkilan kerana lawak itu tak kena masa dan tempat. Saya harap isu mengenai perkahwinan itu tidak berpanjangan lagi,” katanya.


Apa yang lebih dikesalkan Salih kerana sebelum kemunculannya untuk persembahan itu, dia hadir menjalani sesi latihan tetapi lain pula yang berlaku ketika siaran langsung dan alasannya kekurangan masa. Jadi, siapa yang tidak terkilan atau berasa kecewa.


Bercakap mengenai Salih Yaacob Show, I Follow, penyampai Sinar FM itu tidak pernah menyangka dirinya diterima peminat. Bagaimanapun, Salih bersyukur pembabitannya selama empat tahun sebagai penyampai Sinar menerusi Sinar Pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid mendapat perhatian ramai.


“Ia cukup menggembirakan kerana selain Sinar FM kini menjadi stesen radio nombor satu negara, saya juga mendapat peluang mengacarakan program sendiri selepas tiga tahun menyepi daripada bidang pengacaraan.


“Lebih istimewa lagi, apabila program ini menggunakan perkataan I Follow yang selalu saya ucapkan setiap hari dalam program Sinar Pagi. Saya tak duga ia jadi ikutan ramai,” katanya.


Salih Yaccob Show, I Follow diterbitkan Global Station Sdn Bhd sudah siap dirakamkan 26 episod tetapi dijangka menemui penonton sebanyak 52 episod dan rakaman kemungkinan disambung. Ia akan bersiaran di Astro Warna setiap Jumaat, jam 9 malam mulai esok.


Untuk menjayakan program ini, Salih mengakui banyak masa dihabiskan di studio untuk rakaman. Apapun, di sebalik keletihan dialami, dia berasa seronok dan berbaloi kerana sokongan penonton.


Katanya, setiap hari tiga episod harus disiapkan dan penonton yang datang memberi sokongan itu sanggup tunggu dari siang hingga malam.


“Suntikan tenaga yang diberikan mereka sangat membantu saya untuk tampil menjayakan rakaman dibuat dengan penuh semangat serta idea segar. Malah, saya yakin kukuhnya nama Salih Yaccob kerana pembaharuan dalam setiap persembahan.


“Penonton kini sentiasa menginginkan idea baru yang menepati cita rasa mereka. Jadi, atas sebab itu saya sentiasa berusaha wujudkan pelbagai karakter pada persembahan dibuat,” katanya.


Salih berharap program itu mampu merapatkan lagi peminat dengan dirinya yang mesra dipanggil SY. Bahkan, watak seperti Abang Jem, Mak Neng dan Wak Jawa turut diketengahkan untuk hiburan penonton.


“Tak dinafikan, pada mulanya saya berkira-kira juga sama ada mahu terima atau menolak tawaran program ini. Bagaimanapun, ia cabaran dan istimewanya lagi Astro Warna (saluran 132) memberi sepenuh kebebasan pada saya untuk mencorak program ini. Apa yang penting, tidak tersasar daripada matlamat asal,” katanya.


Dalam program ini terdapat segmen Betul Tak Kembang Sa-Taman, Corat Coret dan Lagu Merapu. Salih turut bergandi dengan dengan Mek.


SUMBER

1 Comments
Comments

1 comments:

bagi saya, padan muka. x pyh nak kata kawin sbb sunnah, sbb nak ajar agama... tak silap, isterinya ada yang tak bertudung. dan anaknya pun sosial... jaga apa yg ada dulu. tapi manusia, memang takkan mengaku. semuanya nafsu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More