TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Thursday 18 August 2011

Mohon Bantuan Hebahkan Sumbangan Ikhlas Bantu Rakyat Somalia


Tak tahu ler samada korang semua ada tengok berita kat Buletin Utama ke tak malam tadi. Kesian seh tengok rakyat Somalia menderita akibat East Africa Crisis. Sekarang nie rakyat Somalia yang majoritinya adalah umat Islam amat memerlukan bantuan makanan dari kita semua. 


Apa tindakan kita semua???? Dok diam jer ke???? Korang semua ada blogkan??? Kan??? Kan??? Meh kita sama-sama hebahkan pasal tabung bantuan nie untuk ringankan beban sedara seagama yang ada di Somalia. Sebelum tu korang leh tengok video nie dulu.



Aku tak kira samada korang suka ke tidak dengan entry nie aku tetap akan hebahkan untuk bantu Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk dapatkan dana supaya diaorang dapat bantu sedara seagama dengan kita semua yang tengah menghadapi musibah di Somalia. Ini misi kemanusian wehhhh.

Korang taknak ke pahala free???? Sesungguhnya menolong orang yang di dalam kesusahan macam rakyat Somalia nie pasti Allah akan berikan ganjaran pahala dan barokah pada korang semua. Tak nak ke??? Tambah lak tu dalam bulan yang mulia nie. Kalau ada duit lebih tu leh sedekah jariah pada mereka yang memerlukan. Tak rugi pun!!! tul tak???


Aku menyeru korang semua sama-sama buat entry khas pasal nie. Korang tak payah ler backlink kat sini. Aku tak kisah pun. Hanya aku minta kita sama-sama membantu. JOM HEBAHKAN SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA.



SUMBANGAN BOLEH DIBUAT SEPERI MAKLUMAT KAT BAWAH NIE. SILA RUJUK http://irmblog.org/donate/ UNTUK KEPASTIAN.

Anda juga boleh bank-in sumbangan ke akaun
Maybank (5621 4270 8704) 
atau 
CIMB (1259 0000 804 058)
Hantarkan resit bank-in ke fax kami (03-8948 7339) atau email resit ke info@irmblog.org..

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More