TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Monday 29 August 2011

Siapakah Pejuang Kemerdekaan Malaysia Yang Sebenar?

Salam Ramadhan semua. Semoga kita semua dilimpahi Rahmat Allah hendaknya di fasa terakhir Ramadhan nie. Tak lama lagi dah nak masuk bulan Syawal bulan kemenangan & bulan kemerdekaan setiap umat Islam seluruh dunia yang berpuasa. Yakni bebas dan merdeka dari belenggu hawa nafsu dan bisikan syaitan. 

Adakah benar kita merdeka dari belenggu hawa nafsu dan bisikan syaitan? Atau kita sebenarnya gagal mengawal hawa nafsu lalu menuruti perintah syaitan padahal syaitan semua nyer dibelenggu. Atau adakah kita sebenarnya syaitan yang tidak dibelenggu dalam bulan Ramadhan yang sentiasa meruntun untuk ikut perintah hawa nafsu? Banyak sungguh persoalan yang perlu kita jawab. Hanya kita sendiri jer boleh jawab dengan ikhlas.

Ok berbalik pada tajuk entry. Perghhhhh tengok tajuk jer aku sendiri dah meremang bulu roma. Layak ke kita nie yang lahir pasca selepas kemerdekaan Malaysia untuk berbicara perihal pejuangan. Sebelum tu cuba kita kaji jap. Tak ke sungguh cantik susunan Allah SWT pada rakyat Malaysia. Tak tahu le korang perasan ke tidak. Kita adalah insan yang bertuah sebenarnya. Bukan saja dapat menyambut kemerdekaan jiwa dari belenggu hawa nafsu dan syaitan malah kita juga ditunjukkan oleh Allah SWT erti kemerdekaan pada fizikal juga iaitu kemerdekaan negara kita tercinta Malaysia.

Sungguh cantik susun atur yang Allah telah tentukan. Sesungguhnya tiada kebetulan dalam pengetahuan Allah. Dialah Yang Maha Mentadbir Alam Semesta. Kalau kita mampu merancang tapi Allah lagi terer Dia yang menentukannya. 

Berbalik pada entry nie pada pandangan korang semua "Siapakah Pejuang Kemerdekaan Malaysia Yang Sebenar?"

Sekarang nie macam-macam komen dan ulasan kita akan dengar pasal isu nie selepas Mat Sabu dikatakan "mengangkat pejuang komunis yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar". 

Adakah korang semua setuju dengan statement yang dikeluarkan oleh Mat Sabu?

Sekarang nie ramai yang marah dengan statement tersebut dan ada juga yang menyokong kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu. Bagaimana dengan korang semua? Korang dengar sendiri video kat bawah nie then baru korang leh nilaikan. Selamat menonton.

3 Comments
Comments

3 comments:

salam ziarah..
selamat hari raya aidil fitri
dan salam 8-2

mesti ada sebab lain dia ckp mcm tu...kita kena selidik dlmesti ada sebab lain dia ckp mcm tu...kita kena selidik dl

bila org pas keluar kenyataan semua kena selidik ye??
kalau org UMNO terus kata kafir kan?
mmg tarrrrbaik la pas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More