TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Wednesday 14 September 2011

Salam Takziah - Nur Aisyah Mariam Anak Perempuan Safura Meninggal Dunia Akibat Demam (Al-Fatihah)

Allahyarhamah Nur Aisyah Mariam dua dari kiri

Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Nur Aisyah Mariam. Nur Aisyah Mariam adalah anak perempuan kepada penyanyi dan pelakon Safura. Difahamkan anak Safura meninggal dunia kelmarin lepas Maghrib akibat demam berpanjangan selama 3 hari berturut-turut. Semoga Safura dan suami redha dan tabah menghadapi dugaan dari Allah S.W.T. 
Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan. Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun. Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan. Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana.
AL-FATIHAH buat Allahyarhamah adik Nur Aisyah Mariam

1 Comments
Comments

1 comments:

"cdihnye..t Allahyrhm adk mrym akn tnggu safura disyurga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More