TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Friday 16 September 2011

Tahniah Dato' Sri Najib Razak Atas Pemansuhan ISA


Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana akhirnya Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Razak telah mengambil langkah untuk memansuhkan ISA dan tiga Proklamasi Darurat yang lain. Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada malam tadi amat bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia dan boleh dikira sebagai satu lakaran sejarah baru dalam sistem perundangan negara.


Pada pandangan peribadi aku tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri ini adalah merupakan satu langkah yang amat berani dan boleh mengundang satu perdebatan dikalangan rakyat baik orang awam, pihak berkuasa mahupun ahli politik. Yang pasti majoriti rakyat Malaysia melahirkan kesyukuran di atas pemansuhan ini. Pemansuhan ini perlu dilaksanakan agar satu undang-undang yang lebih relevan dan bercirikan islamik dapat digubalkan kelak.

Kenapa ISA perlu dimansuhkan? Secara peribadi aku setuju dengan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam hal ini kerana ISA adalah merupakan satu akta yang tidak islamik bercanggah dengan norma-norma hak asasi kemanusiaan bagi seseorang individu.

Diharapkan dengan pemansuhan ISA ini kelak akan dapat membawa seribu sinar impian yang lebih bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia. Yang pasti seluruh rakyat Malaysia akan tersenyum lebar atas pengumuman yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Razak sebentar tadi. 

Aku secara peribadi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia di atas pengumuman yang cukup berani dan bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pengumuman ini lebih tampak berseri lagi memandangkan esok pada 16 September 2011 seluruh rakyat Malaysia baik di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan sama-sama akan menyambut Hari Malaysia yang ke 48. Pasti lakaran peristiwa ini akan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira batasan agama, bangsa dan etnik.

Aku berharap Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Razak melalui Kerajaan Malaysia akan menggubal satu undang-undang yang lebih relevan berbentuk islamik bagi menggantikan ISA yang diwarisi melalui tinggalan British.


Terima kasih dan tahniah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Najib Razak dan Kerajaan Malaysia. Selamat Menyambut Hari Malaysia.

1 Comments
Comments

1 comments:

slama ni aku tak tau pn psl ISA ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More