TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Friday, 28 October 2011

Sejarah Piala Malaysia

Sabtu nie 29 October 2011 jam 8:00 malam satu lagi detik bersejarah dalam kancah arena bola sepak tempatan. Di mana Terengganu akan berentap dengan Negeri Sembilan. Siapakah yang akan menjadi juara yang layak untuk membawa pulang Trofi Piala Malaysia yang gemilang.

Tahniah buat kedua-dua team berjaya melayakkan diri ke final Piala Malaysia. Yang pasti game Sabtu nanti akan jadi game sengit bagi kedua-dua pihak. 

Tahukan korang semua sejarah bagaimana bermulanya Piala Malaysia? Hari nie aku nak kongsi ngan korang semua satu lagi lakaran sejarah arena bola sepak tempatan. 

Korang leh baca kat bawah nie yer. Selamat berinformasi.

Sejarah Bola Sepak Malaysia

Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah hampir mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.

Sejarah Piala dan Kejohanan

Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil semperna nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948. Pada tahun 1967 piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia. Tidak lama kemudian, pasukan dari borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995 Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malysia. Ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir. Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 32 gelaran dan 16 kali naib juara. Manakala Kelantan merupakan juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yg pertama bagi mereka.

Era Kejohanan

Piala Malaya

1921 - 1932: Selangor vs Singapura

Perlawanan akhir pertama telah diadakan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur yang kini menjadi Dataran Merdeka pada 1 Oktober 1921. Ia melibatkan pertemuan sulung antara juara wilayah selatan, Singapura dengan juara wilayah utara, Selangor. Perlawanan dimenangi oleh Singapura dengan jaringan 2 berbalas 1. Perlawanan akhir juga telah dijalankan pertama kali di Stadium Jalan Anson, Singapura pada 1925. Sepanjang tempoh Piala Malaya dipertandingkan, Selangor dan Singapura bertemu diperlawanan akhir hampir setiap tahun. Hanya tiga pasukan sahaja telah memenangi piala ini termasuk Perak.

Piala H.M.S. Malaya

1933 - 1941: Selangor vs Singapura II

Singapura masih lagi menjadi wakil selatan manakala terdapat beberapa pasukan baru mewakili wilayah utara. Namun Selangor dan Singapura masih lagi bertemu diperlawanan-perlawanan akhir dibawah piala baru iaitu Piala HMS Malaya. Kedah dan Pulau Pinang berjaya menempatkan diri pada perlawanan akhir namun tewas kepada Singapura. Kedah layak pada tahun 1940 manakala Pulau Pinang pada 1934 dan 1941. Kerancankan Piala HMS terpaksa dihentikan apabila perang dunia kedua meletus dan merebak ke semenanjung Malaysia.

1948-1966: Saingan Empat Negeri

Pasukan-pasukan utara mula menunjukkan kebangkitan pada masa yang sama Selangor dan Singapura masih lagi memberi saingan. Pulau Pinang dan Perak seolah-olah mendapat semangat untuk menjadi kuasa bola sepak tanah air baru setelah perang berakhir. Negeri Sembilan menjuarai buat pertama kali dan edisi awal selepas tamat perang pada 1948. Perlawanan ulangan terpaksa dijalankan setelah terikat dengan Selangor. Selang setahun selepas itu kejutan berlaku apabila pasukan bukan status negeri iaitu Tentera telah layak ke Piala Malaysia sebelum tumbang pada Selangor dan sekali lagi pada 1966. Namun tewas juga pada pasukan Selangor. Pulau Pinang mejuarai sebanyak tiga kali pada 1953, 1954 dan 1958 serta menjadi naib juara pada 1950,1952 dan 1963. Perak juga layak ke perlawanan akhir tiga kali berturut-turut pada 1959, 1960 dan 1961. Meskipun tewas ketiga-tiga perlawanan, Perak berjaya juga mencipta nama sebagai juara Piala Malaysia pada 1957 sebagai pasukan pertama memenangi piala idaman tersebut di Stadium Merdeka, gelanggang baru Piala HMS Malaya. Pasukan dari pantai timur, Kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir akan tetapi tewas pada tangan Singapura.

Piala Malaysia

1967-1979: Selangor Gagah, Singapura Tenggelam

Piala baru diperkenal dengan nama Piala Malaysia menggantikan Piala HMS Malaya dan Perak sekali lagi menjadi pasukan pertama memenangi piala baru tersebut. Selangor terus memperkukuhkan status sebagai pasukan yang paling digeruni sepanjang tempoh ini dengan memenangi 9 Piala Malaysia dari 13 perlawanan akhir. Nasib berbeza terhadap Singapura kerana hanya menjuarai sekali pada tahun 1977 setelah lima kali mencuba. Kekebalan Selangor didorong oleh beberapa pemain berkaliber negara ketika itu. Antaranya Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh, mendiang R. Arumugam, Soh Chin Aun, Chow Kwai Lam , Hanafiah Ali dan beberapa pemain lain. Kekuatan pemain-pemain ini disetiap posisi padang telah menaikkan nama Selangor diarena bolasepak tanah air. Hanya pasukan Terangganu sahaja merupakan pasukan baru yang muncul pada perlawanan akhir pada 1973.

1980-1989: Beberapa Juara Baru

Pahang berjaya medapat Piala Malaysia pada tahun 1983 setelah menewaskan Selangor. Tetapi Selangor membalas dendam keatas Pahang setahun berikutnya. Johor juga berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dan memenanginya buat kali pertama keatas pasukan yang juga pertama kali melangkah perlawanan akhir iaitu Kuala Lumpur. Paling unik yang dapat dilihat ialah Kuala Lumpur menjuarai Piala Malaysia secara "hat-trick" pada 1987, 1988 dan 1989 dimana mereka menumbangkan musuh yang sama iaitu Kedah. Abdul Rashid Hassan, Serbegeth Singh dan Mat Zan Mat Aris merupakan tonggak penting dalam skuad wargakota pada ketika itu. Walaupun tewas tiga kali berturut pada Kuala Lumpur, Kedah berjaya merangkul Piala Malaysia setahun kemudian.

1990-1999: Selamat Tinggal Singapura

Kedah akhirnya merangkul Piala Malaysia apabila menewaskan Singapura pada 1990 manakala Johor berjaya membalas dendam keatas Selangor pada kekalahan mereka 1986. Trio pemain import Johor yang cukup terkenal ketika itu ialah Ervin Boban, Abbas Saad dan Alistair Edwards. Pahang juga tidak melepaskan peluang membawa pulang Piala Malaysia pada tahun berikutnya setelah menafikan Kedah untuk menjuarai kali kedua. Namun berita paling mengejutkan ialah penarikkan diri oleh pasukan Singapura dari kancah bola sepak Malaysia. Setelah 70 tahun lebih mencipta kejayaan dalam Piala Malaysia, Singapura tidak lagi sebagai pesaing mahupun pencabar bermula tahun 1995. Keputusan dibuat setelah terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara Persatuan Bolasepak Singapura dengan Persatuan Bolasepak Malaysia. Namun, Singapura berjaya memenangi Piala Malaysia yang terakhir bagi mereka pada 1994 sebagai kenangan. Selangor memenangi "hat-trick" pada 1995, 1996 dan 1997. Ini merupakan "hat-trick" kali ketiga bagi Selangor. Azman Adnan, Rusdi Suparman, Chris Kiwomya dan Alexander Freeman antara pemain yang memainkan watak utama dalam kejayaan Selangor. Pada tahun 1998, Piala Malaysia dilangsungkan di Stadium baru iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Perak sekali lagi mengukir nama sebagai pasukan pertama memenangi piala tersebut selepas menewaskan terengganu. Brunei menutup abad ke-19 dengan menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali di mana perlawanan akhir yang pertama melibatkan kedua-dua pasukan adalah dari Borneo. Kejayaan Brunei juga menyaksikan Stadium Merdeka digunakan untuk kali terakhir bagi venue akhir Piala Malaysia.

2000-Sekarang: Permulaan Alaf Baru yang Seimbang

Perak yang terkenal memenangi sesuatu yang baru, terus melakukannya apabila berjaya mendakap Piala Malaysia yang pertama di abad ke-20 setelah menewaskan Negeri Sembilan. Hasrat Terengganu juga akhirnya tercapai merasai Piala Malaysia selepas menunudukkan Perak pada 2001. Selangor masih bermaya dengan merangkul dua Piala Malaysia pada 2002 dan 2005. Pada tahun 2005 tersebut, Selangor menjuarai tiga kejohanan iaitu, Piala FA, Liga Perdana dan Piala Malaysia. Perlis juga berjaya menempatkan nama sebagai pasukan yang telah memenangi Piala Malaysia pada 2004, 2006 dan 2005 sebagai naib juara. MPPJ FC menjadikan kelab pertama memenangi Piala Malaysia setelah menundukkan Sabah. Kini, Kedah mencipta sejarah sebagai pasukan pertama memenangi ketiga-tiga piala selama dua musim berturut-turut. Mereka merangku Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2007 dan 2008.


SUMBER

2 Comments
Comments

2 comments:

haha.. info yg menarik.. tima kasih..

info menarik..
tak sabar nk tggu result game malam ni.. terengganu atau n.sembilan kita tetap satu malaysia kan.. moga tiada apa yg tidak diingini berlaku.. menang dan kalah adat pertandingan..

tapi kelantan tetap di hati.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More