TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Thursday, 24 November 2011

Ahmad Firdaus bin Arham Hilang Di Indonesia Selepas Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2011




Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Mohon bantuan korang semua untuk mencari orang hilang. Mohon korang war-warkan di Blog, Facebook, Twitter, Friendster, Forum atau mana-mana saja sumber Internet bagi mencari seorang rakyat Malaysia yang hilang.


Mengikut sumber rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang ini bernama Ahmad Firdaus bin Arham (IC No. 850512055293) berasal dari Seremban. Beliau telah didapati hilang sejak 2 hari dan tidak pulang ke Malaysia selepas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Edisi ke 26 di Stadium Gelora Bung Karno.


Berita kehilangan Firdaus telah diketahui oleh Pegawai Kedutaan Malaysia, Zuraya Yusuf. Difahamkan Kad Pengenalan (IC) milik Firdaus, Kad Kredit CIMB, Maybank, SIM dan duit sebanyak enam Ringgit Malaysia telah diserahkan ke pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.  

Pihak Kedutaan Malaysia berharap rakyat Indonesia yang menemukan Firdaus boleh menghubungi Zuraya Yusuf di talian berikut 08170841920 atau menghubungi Pengurus Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) yang masih ada di Jakarta, Shukri Harun (082178037932 atau +60123549305) dan Azrul Moh Nur (082178037931).


Semoga seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira status agama dan bangsa sama-sama berdoa agar Ahmad Firdaus bin Arham selamat dan tidak berlaku musibah pada beliau. 


Jasa baik korang semua untuk war-warkan info ini amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih. Semoga Allah SWT sahaja dapat membalas jasa baik korang semua.


Amin

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More