Apa pandangan korang semua pasal citer Ombak Rindu??? Intro memang menarik teringin gak aku nak tengok citer tu nanti. Tengah aku search info pasal citer Ombak Rindu nie aku terjumpa link Official Page Wardina Safiyyah pasal isu yang leh dikategorikan sebagai PANAS!!!!
Kata Maya Karin : "Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar".
Yang kat bawah nie pulak adalah komen dari Ahmad Farami:-
Bersyukur dan memuji Allah SWT kerana berjaya memaparkan elemen 'ranjang' dan 'mesra'? Ini satu kesesatan fikrah yang jelas.
Moga Allah SWT memberi taufik dan hidayah buat semua.
Sumber link leh klik kat sini (http://www.facebook.com/notes/wardina-safiyyah-officialpage/ombak-rindu-dan-adegan-ranjang/)
Pada pandangan peribadi aku memang statement yang dikeluarkan oleh Maya Karin nie amat tak sesuai dan tak kena tempat. Maybe atas alasan kekurangan dan kecetekan ilmu agama boleh jadi penyebab.
Rasanya tak perlu ler orang nak labelkan dia sebagai SESAT. Semua orang leh alami kecetekan ilmu agama. Hanya perlu berhati-hati nak mengaitkan sesuatu perkara yang batil tu dengan agama. Takut nanti akan jadi fitnah agama.
Apa yang perlu kita buat adalah berikan teguran membina dan mendoakan agar Allah SWT memberikan taufik dan nur hidayah pada beliau.