TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Monday 7 January 2013

Ribut Tropika (SONAMU)

Ribut Tropika Sonamu dijangka akan sampai ke area Pantai Timur selewat-lewatnya hari Selasa nanti.

Diharapkan semua warga Pantai Timur Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur bersiap-sedia dengan  dugaan yang bakal dihadapi tak lama lagi.

Semoga warga Pantai Timur tabah menghadapi dugaan nie. Diminta juga korang semua amik langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas Ribut Sonamu tiba.

Make sure korang dapatkan informasi terkini dari Jabatan Kajicuaca sekerap yang mungkin. Bila tengok dari keadaan yang diwar-warkan dan laporan kajicuaca agak merisaukan sebenarnya.

Jadi amiklah langkah berjaga-jaga dari awal.

Seluruh warga Dezaman Cottage sentiasa mendoakan keselamatan rakan-rakan dan saudara mara yang tinggal di kawasan Pantai Timur.

Korang leh tengok LIVE UPDATE keadaan cuaca di sini http://www.ssd.noaa.gov   

 

Nasihat Ribut Tropika

Di keluarkan pada 08:52PM 06 Januari 2013

 
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).


Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.


Kedudukan : Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.


Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.


Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.


Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.


Sumber : http://www.met.gov.my

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More