Tengah kecoh pasal Ustaz Fathul Bari Mat Jahya kawin lari kat Siam dengan sorang gadis dari Filipina. Tadi aku tengok video penjelasan Ustaz Fathul Bari pasal perkahwinan beliau yang dikatakan tengah kontroversi nie.
Leh tengok video kat sini ek.
Aku leh terima penjelasan beliau sebab kenapa dia kawin ngan gadis Filipina nie sampai ke Siam. Yang penting perkahwinan beliau dah didaftarkan di Malaysia. Itu yang lebih penting.
Korang leh tengok semua dokumen perkahwinan beliau kat bawah nie.
Korang leh tengok semua dokumen perkahwinan beliau kat bawah nie.
Bukan apa nak kawin ke Siam tu bukan tak boleh....memang boleh....tapi makesure lepas kawin kat sana balik ke Malaysia daftar kat Jabatan Agama Islam Negeri. Yang jadi masalah orang kawin kat Siam nie bila dah balik ke Malaysia tak nak daftar perkahwinan di sini.
Jangan menganiayai golongan hawa sebab diaorang pun ada hak dalam perkahwinan lebih-lebih lagi perkahwinan tak didaftarkan di Malaysia. Kalau jadi apa-apa dalam perkahwinan tu payah ler nak di bawa ke Mahkamah Syariah kat Malaysia.
Tu pasal banyak kes tergantung pasal kes macam nie.
Apa-apa pun TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU KHAS BUAT USTAZ FATHUL BARI MAT JAHYA SERTA PASANGANNYA.