TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Sunday, 28 December 2014

Banjir Gelombang Ke 3 Bersediakah Kita

Bermula pada 28 December 2014 mengikut ramalan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) gelombang ke 3 siri hujan lebat akan melanda bumi Semenanjung Malaysia sepanjang 7 hari kelak.
Perghhhhhh 7 hari tu....bayangkan setiap hari hujan turun di seluruh Semenanjung Malaysia untuk tempoh 7 hari berturut-turut....memang sukar nak digambarkan memandangkan negara sedang diuji dengan siri bencana banjir paling besar dalam sejarah Malaysia ketika nie bukan setakat pantai timur sahaja hampir 8 buah negeri di Semenanjung terlibat dengan ujian dari Yang Maha Esa.
Tak senang duduk bila tengok sendiri maklumat JMM. Dalam keadaan banjir dah makin nak pulih nie harap-harap la apa yang diramalkan nie tak berlaku. Bukan apa dari segi psikologi memang amat berat sebenarnya ibarat "Sudah jatuh ditimpa tangga".....semoga gelombang ke 3 nie tak berlaku....
Apa yang aku risau sebenarnya adalah faktor ketumpatan isipadu tanah dilokasi banjir. Dalam keadaan air bah yang dah bertakung pada jangkamasa yang lama dengan aliran lumpur yang dibawa dari hulu pun disapu bersih akan jadi lebih kritikal sebenarnya. Daya serap air melalui liang n rongga tanah akan merosot lebih teruk disebabkan permukaan tanah dah mula diliputi dengan selut yang boleh dikategorikan sebagai tanah liat. Lagi susah air nak serap ke dalam tanah.
Kita hanya dapat harapkan air berkurangan secara semulajadi balik semula ke sungai. Pengurangan air sungai pula bergantung penuh pada keadaan di hilir sungai sebelum masuk ke laut yang bergantung penuh pada faktor air pasang surut. Tengok dari carta pasang surut hari nie dijangka paling tinggi 2 meter dan paling rendah 0.4 meter yang nie belah pantai timur. Kalau kat belah pantai barat lak paling tinggi 4 meter dan paling rendah 0.8 meter. Trend air pasang tinggi nie akan berlanjutan sampai awal bulan depan tu pun kalau tengok pada kalendar air pasang surut la.
Harap2 semua nie hanyalah ramalan semata-mata. Semoga kita semua dibekalkan kecekalan dan kekuatan menghadapi dugaan seperti nie.

0 Comments
Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More